Sunday, May 31, 2015

Bapa dikecam heret anak seperti anjing

Beijing: Seorang bapa dikecam selepas dia dirakam mengheret anaknya dengan tali yang diikat pada leher kanak-kanak itu. Rakaman mengejutkan itu menunjukkan bapa berkenaan menarik anaknya sejauh 100 meter tanpa mempedulikan jeritan dan tangisan mangsa, kononnya untuk mengajar si anak.

Dalam video yang menjadi viral di China sejak beberapa hari lalu, lelaki itu dilihat membuka pintu sebuah van dengan anaknya berada di dalam. Dirakam di wilayah Zhejiang, video itu menunjukkan lelaki berkenaan memaksa anaknya keluar.

Tetapi, apabila si anak enggan, lelaki itu menarik tali berkenaan, menyebabkan anaknya terjatuh dari kenderaan itu.

Si bapa kemudian berjalan dengan menarik tali yang dijerut pada leheri anaknya sambil menjerit: “Lebih baik besarkan kamu seperti anjing.” Walaupun si anak tertiarap, lelaki itu terus menariknya di sepanjang laluan berkenaan sebelum memasuki sebuah blok apartmen.

Seorang jiran yang merakam kejadian itu kemudian memuat naik video itu ke laman sosial. Ribuan pengguna yang menontonnya mengecam tindakan lelaki itu.

Menurut laporan, lelaki itu, pemandu trak yang tidak disiarkan namanya berkata, dia hilang sabar apabila melihat anaknya bermain di luar dan tidak mengulang kaji pelajarannya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/54385#sthash.NI4xS8ZW.dpuf

Thursday, May 28, 2015

Iklan cari buah pinggang

Columbus (Amerika Syarikat): Seorang lelaki memerlukan buah pinggang baru dan dia menggunakan kenderaannya untuk memberitahu orang ramai mengenainya.

Neal Raisman, 67, bekas profesor dan pentadbir sebuah kolej menghidap masalah buah pinggang dan terpaksa menjalani dialisis tiga kali seminggu.

Bagaimanapun, itu tidak menyelesaikan masalahnya.

Selepas gagal menemui penderma dalam kalangan keluarga dan rakannya, Raisman mengambil keputusan mencari orang yang memiliki buah pinggang sesuai untuk menggantikan organ miliknya yang bermasalah itu.

Dia mencari orang berkenaan menerusi iklan yang ditampalkan pada belakang SUVnya.
Sejak bertindak demikian, Raisman menerima beberapa panggilan dan teks pesanan ringkas, tetapi sehingga kini masih belum ada yang serius.

“Ada yang menelefon saya, menawar untuk menjual buah pinggang mereka secara haram. Tetapi, mereka setakat bercerita saja,” katanya.

Menurut bekas profesor itu, dia akan mengekalkan iklan itu sehingga dia menemui penderma yang dapat menyelamatkan nyawanya.

Raisman berkata, iklan itu mungkin dapat membantu pesakit lain sepertinya.

“Mungkin ada yang hendak menderma buah pinggang, tetapi tidak sesuai untuk saya. Mungkin ia sesuai untuk orang lain yang berdepan masalah seperti saya,” katanya. - Agensi/Metro

Air hujan selamatkan bayi ditanam hidup-hidup

GUANGXI - CHINA. Berpantang maut sebelum ajal, itulah ungkapan sesuai untuk menggambarkan nasib seorang bayi di China, walaupun telah dikuburkan oleh ‘orang tuanya’ selama lapan hari namun ajaibnya dia masih hidup.

Memetik laporan Dailymail.Co.Uk. bayi ajaib berkenaan merupakan seorang bayi lelaki yang dilapor ditanam hidup-hidup ibu bapanya kerana malu dengan keadaan bayi berkenaan, yang didakwa dilahirkan sumbing.

Bayi berkenaan ditanamkan hidup-hidup di sebuah pergunungan di wilayah Guangxi, bahagian China Selatan dan ditemui seorang wanita bernama Lu Fenglian, apabila secara tidak sengaja mendengar suara tangisan bayi tatkala dia sedang mencari ‘pucuk kayu herba’ China di pergunungan tersebut.

Fenglian yang terkejut mendengar suara tangisan bayi di kawasan itu segera berlari ke sebuah kuil Buddha berhampiran untuk meminta bantuan.

Selepas bantuan diminta, seorang sami, Zhao Shimin, akhirnya menyedari bahawa tangisan bayi tersebut datang dari bawah tanah di kawasan pergunungan tersebut.

Rupa-rupanya bayi malang yang tengah menangis itu telah dikuburkan hanya 5 cm di bawah permukaan tanah,dia dimasukkan ke dalam sebuah kotak dan ditutupi tanah.

Setelah menemui bayi malang itu, dia segera menelefon polis dan bayi itu dibawa ke Hospital Tian Dong untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Doktor hospital yang dikenali sebagai Bibi Liu, mengatakan bayi itu berada dalam kondisi yang sangat tenat dan ia harus disimpan dalam inkubator selama beberapa hari.

“Ketika kami membersihkan kotoran dari tubuh bayi itu, dia batuk dan ada tanah tebal yang keluar daripada mulutnya. Kotoran tersebut akibat tanah yang tertelan ketika di dalam tanah,” katanya.

Beliau turut mengesahkan kemungkinan besar bayi itu selamat dan masih hidup kerana ‘terminum’ air hujan.

Mengikut perkiraan mereka, bayi itu telah minum air hujan yang secara tidak sengaja masuk ke dalam kotaknya.

Difahamkan, air hujan telah menjaga kelembapan di sekitar tubuhnya, sehingga bayi tersebut mampu bertahan.

Akhirnya, setelah beberapa hari mendapatkan rawatan , kondisi bayi tersebut telah stabil.

Polis sedang menyiasat isu ini dan sedang mencari keluarga bayi berkenaan yang disyaki pasangan muda yang berasal dari Desa Siping, Kota Ping Ma, China.

-Sinar

Wednesday, May 27, 2015

Tumbang ditampar lepas pegang punggung

RAKAMAN seorang pelanggan tumbang akibat ditampar menggunakan buku menu selepas memegang punggung seorang pelayan wanita dimuatnaik ke laman sosial dan mendapat perhatian lebih 5 juta pelayar.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebut yang dimuatnaik pada 22 Mei 2015 bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi dan masa berlaku kejadian tersebut.

Dalam rakaman tersebut, seorang pelayan wanita mula bertindak menumbuk seorang pelanggan yang didakwa cuba menyentuh payu daranya.

Pelanggan tersebut kemudian bertindak memegang punggung pelayan terbabit dan wanita berkenaan pantas menampar memukulnya menggunakan buku menu.

Lelaki tersebut yang tumbang selepas dipukul kemudian dibantu oleh beberapa pelanggan lain untuk bangun dan beredar.

Rakaman tersebut membuktikan 'kuasa wanita' dan tindak balas pantasnya dipuji pelayar di laman sosial.

"Lelaki tersebut masih berani pegang punggung walaupun ditumbuk. Padan mukanya," kata Joe Bigornia di laman Youtube.

"Perempuan tersebut tenang (selepas menumbuk). Kalau saya, mungkin saya dah belasah lelaki tersebut," kata Kelly Stout.

"Anda dipukul lepas cuba meraba, dan anda bertindak pegang punggungnya pula? Sangat bijak," kata Mutagen.

-Sinar

Tuesday, May 26, 2015

Desak Perancis haramkan Islam

LONDON: Datuk Bandar Venelles di selatan Perancis, Robert Chardon, mendesak diwujudkan undang-undang menghalang Islam diamalkan di negara itu. Dalam kenyataannya melalui Twitter, Chardon berkata: “Kita mesti mengharamkan Islam diamalkan di Perancis.

”Menurut portal Express milik Daily dan Sunday Express di London hari ni, Chardon mendesak undang-undang sekular yang wujud sejak 1905 dimansuhkan dan diganti dengan menggalakkan Kristian.

Chardon berkata: "Kita juga memerlukan perancangan besar untuk menghantar umat Islam ke negara yang mengamalkan agama itu.

Beliau yakin Islam akan diharamkan di Perancis pada 2027 tetapi tidak menjelas lebih lanjut bagaimana ia boleh dicapai pada tahun berkenaan.

Dalam temuramah dengan akhbar La Monde, Chardon berkata rancangannya itu satu-satunya penyelesaian kepada masalah Perancis.

Parti berhaluan kanan yang diwakilinya, Union for a Popular Movement, dikatakan merancang memecat Chardon. Ada kira-kira lima juta penganut Islam di Perancis.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53616#sthash.NYPYfJ17.dpuf

Monday, May 25, 2015

Pekena syabu sebelum bersalin

Ampang: Walaupun sarat mengandung, seorang ibu muda sempat mengambil dadah untuk melepaskan gian ketika menunggu hari bersalin sebelum ditahan dalam satu operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jumaat lalu.

Wanita berusia 19 tahun itu adalah antara empat wanita termasuk seorang remaja berusia 14 tahun daripada 39 individu yang ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan di sekitar daerah Ampang bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Relawan Malaysia (RELA).

Dia yang ditahan bersama seorang rakan selepas didapati positif dadah jenis syabu mengaku terlebih sehari daripada tarikh sepatutnya dia melahirkan anak.

Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Siti mengaku mengambil dadah kerana terpengaruh dengan rakan, selain mahu melepaskan perasaan bimbang ketika melahirkan anak nanti.

Menurutnya, walaupun mengetahui kemungkinan implikasi buruk yang bakal ditanggung khususnya terhadap anak dikandung, dia gagal mengawal diri daripada mengambil bahan larangan itu.

-Metro

Sunday, May 24, 2015

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku
sebelum di Israqkan........"



1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di
datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil
nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN
DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.



2. Aku melihat seorang dari umatku
telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat
WUDUKNYA YANG SEMPURNA.



3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni
oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan
berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.



4. Aku melihat bagaimana umatku
diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan
dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut
Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya
dari seksaan itu.



5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap
kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa
puas.



6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang
duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka
menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku
seraya duduk disebelahku.



7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam
keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan
binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT
lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.



8. Aku
melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak
pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA
BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.



9. Aku melihat umatku sedang
menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA
YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api
tersebut. BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"



Sumber di sini

Thursday, May 21, 2015

Adakah Kita Sudah Bersedia?

1)
Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf
b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara
menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu
penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

dah jadi dah...


2)
Zina bermaharajalela.

"Dan
tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti
himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih
Muslim

dah nampak dah...


3)
Bermaharajalela alat muzik.

"Pada
akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang
bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda
menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita"
-Ibnu Majah

~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah
Industri Muzik


4)
Menghias masjid & membanggakannya.

"Di
antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan
masjid" - Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...banyak masjid cantik
dibina tapi jarang2 org sembahyang


5)
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak
baik.

"Tidak
akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan
hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan
Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu


6)
Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak
akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli
agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina
& buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran"
- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal


7)
Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di
antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin
Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah
orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

~
george bush


8)
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya
di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan
salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

~
jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...


9)
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan
dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat ialah akan muncul
pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)


10)
Bulan sabit kelihatan besar.

"Di
antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan
sabit." - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...


11)
Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada
akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa
berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2
kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

~ try baca akhbar2 &
majalah2 yg popular skarang nie...


12)
Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya
sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan
kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq


13)
Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

"Tidak
akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput &
sungai2" - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene
banjir






Sumber: di sini

Orang Yang Baik

Ayat yang seringkali kita dengar dari orang yang mengaku Islam di dalam dirinya:
  1. "Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat."
  2. "Orang yang solat belum tentu baik."
  3. "Orang berpuasa belum tentu sembahyang."
  4. "Wanita yang tutup aurat belum tentu baik."

    Jawapannya adalah:
  5. Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah s.w.t?
  6. Orang yang baik tentu akan solat.
  7. Orang yang solat sudah tentu berpuasa.
  8. Wanita yang baik sudah tentu tutup aurat.
-

Wednesday, May 20, 2015

Kumpulan militan didakwa jual anak dara di Raqqa

DAMSYIK -SYRIA. Kumpulan militan IS didakwa menghantar gadis sunti ke bandar Raqqa di utara Syria untuk dijual pada harga yang tinggi, menurut wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Wakil khas setiausaha PBB mengenai keganasan seksual, Zainab Bangura memberitahu portal berita Middle East Eye kelmarin, bahawa IS melakukan jenayah dahsyat terhadap wanita terutamanya kepada komuniti etnik Yazidi.

Menurutnya, selepas menyerang kampung-kampung, anggota IS akan menjalankan ujian pengesahan dara ke atas wanita dan kanak-kanak perempuan.

Mangsa biasanya 'disimpan' untuk tempoh beberapa bulan sebelum mereka dijual semula lapor Press TV.

"Kami terima maklumat bahawa seorang gadis telah dijual sebanyak 22 kali. Malah hasil siasatan mendapati, gadis-gadis malang ini dijadikan habuan atau isteri kepada anggota IS yang baharu.

"Ini adalah taktik bagi IS untuk memancing ahli baharu," katanya. 

-Sinar

Tuesday, May 19, 2015

Meninggal dunia selepas koma 42 tahun

NEW DELHI - INDIA. Seorang jururawat yang koma selama 42 tahun selepas diserang dan diperkosa rakan sekerjanya di sebuah hospital di India akhirnya meninggal dunia, semalam.

Aruna Shanbaug mengalami serangan seksual ketika bertugas di Hospital King Edward Memorial di Mumbai pada 1973.

Semasa kejadian, Shanbaug berusia 24 tahun.

Shanbaug diserang Sohanlal Bharta Walmiki menggunakan rantai anjing sehingga memutuskan aliran darah ke otak.

Walmiki ditangkap dan sekadar dipenjarakan selama tujuh tahun atas tuduhan menyerang dan merompak mangsa.

"Aruna Shanbaug meninggal dunia pada jam 8.30 pagi (waktu tempatan). Dia sempat dimasukkan ke ICU dan diberi bantuan ventilator," menurut jurucakap hospital.

Kejadian menimpa Shanbaug antara kes rogol paling sadis pernah berlaku di India, negara yang kerap berlakunya jenayah seumpama itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - The Mirror/Sinar

Sunday, May 17, 2015

Wanita hidap penyakit darah keluar daripad mata

HAWAII – Seorang wanita di sini menderita sejenis penyakit misteri dengan matanya mengeluarkan darah ketika tidur sekali gus mengejutkan sekumpulan doktor.

Linnie Ikeda, 24, yang berasal dari Waikele disahkan menghidap penyakit Gardner Diamond pada 2008 menyebabkan darah keluar daripada matanya.

Bagaimanapun, dua tahun kemudian, darah mula keluar dari lidahnya menyebabkan beberapa doktor yang memeriksanya bingung mengenai punca penyakit itu.

“Apabila darah keluar daripada mata, ia tidak menyakitkan sebaliknya saya cuma merasa tekanan pada bahagian mata.

“Lazimnya, ia akan berdarah sekitar antara pukul 2 hingga 5 pagi. Saya akan mengetahui mata mengeluarkan darah apabila ia membengkak dengan teruk,” katanya.

Keadaan itu menyebabkan seluruh lengan tangan, belakang badan dan lutut Ikeda akan mempunyai kesan lebam.

Bagaimanapun, Ikeda terpaksa membiasakan diri dengan penyakit pelik itu kerana doktor masih gagal merawat penyakit tersebut. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3aSOAe0iK

Thursday, May 14, 2015

India sangkal monumen cinta makin kuning

New Delhi: Kerajaan India semalam menyangkal dakwaan Taj Mahal, satu daripada tujuh keajaiban dunia semakin kuning. Menteri Kebudayaan Mahesh Sharma dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam juga menolak dakwaan kononnya monumen marmar itu semakin buruk disebabkan pencemaran udara di kawasan sekeliling.

“Pihak berkuasa tempatan mengambil langkah untuk mengurangkan pencemaran udara di sekitar Taj Mahal. Lembaga Survey Arkeologi India (ASI) juga mengawasi kualiti udara di kawasan sekeliling dan memberi tumpuan terhadap usaha memulihara monumen itu,” kata Sharma.

Dalam pada itu, dia juga menafikan tuduhan kononnya ASI mendapatkan khidmat pakar antarabangsa untuk kerja memulihara bangunan berusia 366 tahun itu.

“Kerja memulihara sentiasa dilakukan dan dipantau oleh ASI. Apabila perlu, nasihat diminta daripada agensi kerajaan di negara ini bagi memastikan keadaan monumen itu sentiasa terpelihara,” kata menteri itu. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50969#sthash.8DWDooBX.dpuf

Wednesday, May 13, 2015

Gadis mati ketika selfie atas bumbung kereta api

Bucharest: Seorang gadis belasan tahun mati melecur selepas tersentuh kabel elektrik berkuasa tinggi ketika cuba merakam selfie di atas bumbung kereta api. Anna Ursu, 18, dan rakannya pergi ke sebuah stesen kereta api di bandar Iasi di timur laut Romania untuk merakam selfie untuk dimuatnaik ke Facebook.

Tetapi, ketika baring di atas bumbung sebuah gerabak kereta api, sebelah kakinya yang diangkat ke udara tersangkut pada kabel elektrik 27,000 voltan, menyebabkan dia terbakar serta-merta.

Kedua-dua gadis itu dibawa ke hospital dengan helikopter, tetapi Anna meninggal dunia sebaik tiba dengan 50 peratus tubuhnya melecur teruk.

Rakannya yang beransur pulih memberitahu penyiasat, mereka mahu merakam selfie di tempat yang dianggap pelik tanpa memikirkan mengenai bahaya yang bakal dihadapi.

Seorang lelaki yang menyaksikan kejadian itu dan antara orang pertama berusaha menyelamatkan kedua-dua mangsa berkata, dia melihat mereka bermain di atas kereta api itu.

Menyedari bahaya kabel elektrik berkenaan, dia menjerit menggesa kedua-dua gadis itu tunduk dan berhenti menjulurkan kaki mereka ke atas.

Beberapa saat kemudian, satu letupan kuat kedengaran dan dia melihat Anna terbakar.

 - Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50818#sthash.UXoyFQ3y.dpuf

Monday, May 11, 2015

Makhluk asing wujud?

NEW MEXICO 11 Mei - Dua keping gambar yang diambil oleh seorang ahli geologi, menjadi bahan bukti penting menyatakan bahawa objek terbang tidak dikenali (UFO) yang terhempas di Roswell, di sini pada tahun 1940-an, dinaiki oleh makhluk asing. Laman web Inquisitr melaporkan, gambar yang memaparkan sebahagian daripada bentuk badan makhluk asing itu diambil oleh Bernard Ray sekitar tahun 1947 hingga 1949 dengan menggunakan filem Kodachrome. Pakar UFO mengesahkan, gambar tersebut tulen dan tidak wujud sebarang unsur penipuan selepas menjalankan kajian selama lima tahun.

“Kami percaya gambar ber­kenaan adalah tulen kerana pada masa itu lakaran makhluk asing masih belum wujud dan tidak mungkin manusia boleh memikirkan cara menghasilkan model sedemikian. “Ini jelas menunjukkan memang wujud perhubungan antara makhluk asing dengan Bumi sejak dahulu lagi,” kata pakar UFO Mexico, Jaime Maussan ketika menjadi pengacara dalam rancangan Be A Witness, yang memaparkan imej makhluk asing berkenaan kepada umum buat pertama kali di National Auditorium, baru-baru ini.

Kata Maussan, gambar tersebut dijumpai di dalam kotak yang dipenuhi dengan gambar-gambar lama di rumah loteng milik Ray di Arizona, Amerika Syarikat. Bagaimanapun, pengkaji dan penulis buku UFO terkenal, Richard Dolan tidak setuju dengan keputusan kajian berkenaan dengan berkata, foto tersebut perlu dianalisis dengan lebih mendalam kerana bukti bergambar tidak memberi maklumat yang jelas.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/makhluk-asing-wujud-1.90798#sthash.NVOW360y.dpuf

Sunday, May 10, 2015

Pelajar bunuh, masak anjing peliharaan

BANGALORE - INDIA. Tiga pelajar di India ditahan pihak berkuasa setelah didakwa membunuh dan memasak anjing peliharaan mereka.

Lapor portal India Today semalam, tiga pelajar terbabit yang dikenali sebagai Dholjit, Micheal dan Romen ditahan selepas jiran mereka membuat laporan polis.

Menurut laporan tersebut, jirannya terhidu bau pelik datang dari rumah pelajar-pelajar itu sebelum membuat keputusan untuk menyiasat punca bau tersebut.

Dia bagaimanapun terkejut selepas mendapati pelajar-pelajar itu sedang melapah kulit anjing peliharaan mereka sebagai persediaan untuk memasak.

“Pelajar-pelajar itu membeli anjing tersebut pada enam bulan lepas. Mereka memelihara dan membesarkan anjing tersebut sehinggalah Rabu lepas di mana mereka membunuh, melapah serta memasak anjing itu,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Tindakan pelajar-pelajar terbabit mengundang kecaman serta kritikan masyarakat dan orang ramai.

Ketiga-tiga pelajar yang didakwa berdepan dengan tindakan undang-undang dan boleh dipenjara sehingga dua tahun.
-Sinar

Thursday, May 7, 2015

Kisah si ayam hitam legam

UNIK dan ‘menawan’ itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan mengenai ayam Cemani (hitam legam keseluruhannya).

Apa yang menarik mengenai ayam ini adalah mengenai rupa parasnya yang 100 peratus hitam hinggakan dagingnya juga turut berwarna hitam.

Warna hitam itu menyelimuti seluruh tubuhnya termasuk balung, gelambir, paruh, bola mata, rongga mulut, lidah, bulu, sayap, lubang dubur, kaki dan kuku.

Ayam yang berasal dari pulau jawa ini merupakan antara ‘ayam lagenda’ di Indonesia dek kerana kelainannya itu, sekali gus tidak hairanlah mengapa ayam ini sentiasa menjadi buruan di Indonesia.

Menurut sejarah, pada zaman dahulu di sebuah desa Kedu, sewaktu Majapahit masih memerintah Indonesia pada abad ke 19, ayam cemani adalah ayam yang sangat istimewa dan ayam ini menjadi koleksi para pembesar dan raja-raja zaman dahulu.

Lantaran itu, ayam ini mahal harganya kerana dijadikan koleksi oleh para raja-raja dan keturunan pembesar.

Namun setelah beberapa generasi, ayam ini semakin berkurangan populasinya disebabkan ‘peminatnya’ itu.

Antara lain, ayam Cemani ini dikatakan dijadikan sebagai ‘alat’ untuk upacara ritual alam ghaib, sajian dalam perubatan tradisional, penarik rezeki dan sebagainya.

Maka tidak hairanlah ayam ini dijual dengan harga yang tinggi sehinggakan ada yang dijual dengan harga RM17,000 hinggalah RM85,000 seekor bergantung kepada pemiliknya meletakkan harga.

Namun harga bukan lagi ukuran kepada mereka yang menginginkannya. Ayam Cemani tetap diburu kerana khasiat dan kegunaannya.

-Simar

Terajang ibu sendiri

Ampang : Anak setan. Itu gambaran sesuai terhadap tindakan seorang lelaki yang menumbuk dan menendang ibunya berusia lewat 70-an hanya kerana gagal memperoleh RM10 daripada mangsa.

Dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, suspek turut menghantuk kepala wanita terbabit di dinding rumah mangsa di Lembah Jaya Utara di sini.

Sumber berkata, mangsa sebelum itu muncul di rumah ibunya sebelum meminta mangsa wang RM10.

Bagaimanapun, mangsa enggan memberikan wang diminta menyebabkan berlakunya pertengkaran mulut lebih 10 minit. “Suspek berusia 30-an gagal mengawal kemarahannya bertindak menyerang ibunya.

“Suspek dilapor menumbuk, menendang selain menghentak kepala ibunya itu di dinding rumah berulang kali hingga cedera,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49184#sthash.iutqXwxF.dpuf

Wednesday, May 6, 2015

Bomba berjaya potong cincin terlekat pada zakar

KUALA LUMPUR 5 Mei - Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan sebentuk cincin yang terlekat pada kemaluan seorang lelaki yang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan daripada HKL kira-kira pukul 3.45 petang yang meminta bantuan untuk mengeluarkan cincin pada zakar mangsa.

Menurut twitter jabatan itu, anggota Bomba bergegas ke HKL sebaik sahaja menerima panggilan daripada HKL pada pukul 3.46 petang dan tiba kira-kira setengah jam selepas itu.

Pihak Bomba akhirnya berjaya memotong cincin di sekeliling zakar lelaki berusia 44 tahun itu.

See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/bomba-berjaya-potong-cincin-terlekat-pada-zakar-1.88083#sthash.PS2QWBLa.dpuf

Monday, May 4, 2015

Haram pasangan jadi pembonceng

Banda Aceh: Sebuah daerah di Aceh meluluskan satu undang-undang yang mengharamkan pasangan yang belum berkahwin menaiki motosikal bersama. Anggota Parlimen Aceh Utara, Fauzan Hamzah semalam berkata, undang-undang itu diluluskan pada minggu lalu dan akan berkuatkuasa dalam tempoh setahun lagi.

Tambahnya, pihak berkuasa daerah itu juga berusaha untuk menguatkuasakan undang-undang Syariah sepenuhnya.“Pasangan belum berkahwin yang duduk terlalu rapat di atas motosikal, jelas melanggar undang-undang Islam. “Perlakuan seperti ini boleh mendorong pasangan belum berkahwin melakukan perkara tidak bermoral,” katanya.

Pihak berkuasa daerah Aceh Utara turut mengharamkan konsert muzik dan mengarahkan pelajar lelaki dan perempuan diasingkan di sekolah. Kata Fauzan, pihak berkuasa daerah itu masih belum memutuskan hukuman yang bakal dikenakan kepada pasangan yang belum berkahwin menaiki motosikal bersama

.“Pesalah mungkin akan dikenakan denda atau dihalau dari kampung mereka.“Kami mahu perkara yang membawa kepada dosa besar ini dihapuskan dari Aceh Utara,” tegasnya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/48531#sthash.2g1CAJM5.dpuf