Tuesday, December 20, 2016

Dua diarak keliling pulau selepas dituduh curi basikal



Jakarta: Dua pelancong Australia yang dituduh mencuri basikal dipaksa berjalan kaki di sebuah pulau dengan kadbod digantung pada leher mereka.
Pada kadbod itu tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris bermakna ‘Saya pencuri. Jangan tiru saya.’
Pelancong itu yang identiti mereka tidak didedahkan, didakwa mencuri basikal 10 hari lalu di Gili Trawangan, destinasi popular pelancong.
Rakaman CCTV menunjukkan kedua-dua rakyat Australia itu mengambil basikal dari sebuah hotel, kata ketua kampung, Muhamad Taufik.
Menurutnya, pengurus hotel melaporkan kecurian itu kepada pihak berkuasa yang menangkap pasangan itu keesokan hari.
“Kami menyoal siasat mereka, buat perjanjian dengan mereka dan mengarak mereka sekeliling pulau sebelum memaksa mereka meninggalkan Gili,” kata Taufik.
Kedua-duanya adalah warga asing pertama yang menjalani hukuman seperti itu tahun ini.
Tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua pelancong itu disiasat polis sebelum ini.
“Mengarak pesalah adalah peraturan di kampung kami.
“Saya tidak pasti sama ada polis mendakwa mereka atau tidak.
“Yang pasti, mereka sudah meninggalkan kampung ini,” kata Taufik.
Penduduk Gili Trawangan - pulau kecil di luar pantai Lombok dan tidak jauh dari Bali - melaksanakan hukuman seumpama itu sejak beberapa tahun lalu. 

- AFP/Metro

No comments:

Post a Comment