Monday, January 30, 2017

Pengunjung zoo maut dibaham harimau

https://youtu.be/gWeCDaCaD30
Beijing: Seorang lelaki maut dibaham harimau di sebuah zoo di Ningbo, timur China, semalam, selepas dia memanjat dua tembok setinggi tiga meter untuk memasuki taman hidupan liar berkenaan namun malangnya termasuk ke dalam kawasan harimau.
Harimau yang membahamnya ditembak mati oleh pengurusan Taman Hidupan Liar Youngor di Ningbo.
Menurut South China Morning Post, rakaman video kejadian itu tersebar di media sosial menunjukkan mangsa di heret seekor harimau disaksikan beberapa beberapa harimau lagi.
Usaha menyelamat mangsa mengambil masa lebih sejam dengan kakitangan zoo menggunakan pelbagai cara, termasuk mercun dan meriam air namun harimau itu enggan melepaskan mangsanya sebelum akhirnya ia ditembak mati.
Lelaki itu dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.
Menurut kenyataan Kumpulan Pengurusan Pelancongan Daerah Ningbo Oriental Fortune yang menguruskan zoo berkenaan, dua lelaki dikenali sebagai Zhang dan rakannya, Li, tidak membeli tiket masuk.
Rakaman CCTV menunjukkan mereka memanjat tembok luar di sebelah utara zoo, tidak menghiraukan papan tanda amaran bahaya namun hanya Zhang memanjat satu lagi tembok tiga meter yang memagari kawasan harimau sebelum dia diserang haiwan buas itu.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua mereka datang bersama keluarga namun isteri dan dua anak Zhang masuk menggunakan tiket.
Bayaran masuk ialah 130 yuan (RM83.76) untuk dewasa dan 70 yuan (RM45) untuk kanak-kanak.
Menurut keluarganya, Zhang, 40, berasal dari Hubei, dan bekerja Ningbo sejak 2000 dengan pendapatan beberapa ribu yuan sebulan (1,000 yuan = RM644.3).
-Metro

Thursday, January 26, 2017

Marahkan isteri, 
lelaki rompak bank

KANSAS 26 Jan. – Seorang lelaki warga emas bertindak merompak sebuah bank semata-mata mahu dia ditangkap dan dipenjarakan kerana tidak mahu lagi tinggal bersama-sama iste­rinya lagi.
Lawrence John Ripple, 70, mengaku bersalah merompak Bank of Labor di 756 Minnesota Avenue pada bulan September lalu.
Berdasarkan dokumen mah­kamah yang diperoleh oleh Star-Telegram Kansas City, Ripple te­lah menyerahkan seke­ping nota bertulis ‘Saya mempunyai pistol. Beri saya wang’ kepada juruwang bank sebelum merompak.
Juruwang kemudiannya menyerahkan wang tunai AS$2,924 (RM) sebelum Ripple duduk di lobi bank dan kemudian memaklumkan kepada pengawal yang mendekatinya bahawa beliaulah yang merompak bank itu, demikian menurut laporan portal msn.com.
“Warga emas itu juga menulis nota tuntutan di hadapan isterinya dan memberitahu wanita itu bahawa dia lebih rela ditempatkan dalam penjara daripada duduk di rumahnya,’’ kata seorang ejen FBI dalam afidavit ke­terangannya.
Ripple memberitahu pegawai FBI sebelum kejadian tersebut dia telah bertengkar dengan isterinya.
Mahkamah Kansas City masih belum menetapkan tarikh perbicaraan kes berkenaan.
Ripple pula kini dilepaskan dengan ikat jamin dan hadir di mahkamah dengan ditemani oleh isterinya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/marahkan-isteri-8232-lelaki-rompak-bank-1.436918#sthash.gNrhvFu7.dpuf

Wednesday, January 25, 2017

Azan terakhir bilal Ariffin


Azan terakhir bilal Ariffin

KAMPUNG AMIR - Seorang bilal ditemui terbaring dan meninggal dunia selepas solat Subuh di Masjid Kampung Amir dekat Alor Lintang di sini pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.39 pagi itu, mangsa Ariffin Ismail, 70, dilihat terbaring oleh jemaah lain ketika berzikir di ruang hadapan dalam masjid tersebut.

Isterinya, Endun Soap@Shuib, 51, berkata, suaminya sempat meluangkan azan Subuh di masjid itu sebelum solat jemaah. Usai solat, mereka masih berada di dalam masjid itu sementara menunggu hujan reda.
Menurut Endun, dia membaca al Quran di dalam masjid sementara suaminya, berada di ruang hadapan berzikir sebelum dia terbaring di situ.

“Setelah hujan berhenti seorang jemaah lain yang menyangka suami saya terlelap di situ cuba mengejutkannya untuk memberitahu hujan sudah reda untuk pulang.

“Namun tidak ada reaksi sebelum saya diberitahu mengenai kejadian. Ketika itu dia masih bernyawa,” katanya yang tinggal kira-kira 400 meter daripada masjid tersebut.

Endun berkata, namun beberapa minit kemudian dia menghembuskan nafas terakhir dan disahkan petugas kesihatan yang datang memeriksa keadaannya selepas itu.

Menurut Endun,  jenazah suaminya itu tidak dibawa pulang ke rumah sebaliknya semua diuruskan di masjid itu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Amir yang hanya terletak bersebelahan masjid.

-Sinar

Tuesday, January 24, 2017

Hukuman untuk 'pencuri beras'

Beijing: Akibat ‘mencuri’ beras dalam kedai di Heyuan, China, seekor tikus ‘dimalukan’ dengan dihukum diikat pada troli bersama nota digantung pada lehernya berbunyi ‘Saya tak akan buat lagi.’
Dua gambar tikus itu disiarkan di media sosial Weibo (mirip Twitter) semalam, olah pengguna 'jiu lian shan she zhang', menyatakan rakannya menangkap tikus itu di tempat penyimpanan sebuah kedai runcit di Heyuan, wilayah Guangdong.
Menurut Daily Mail, dalam gambar pertama, satu nota digantung pada leher tikus itu berbunyi “Huh, ini yang terbaik kamu boleh buat? Jika dipukul sampai mati sekali pun, saya tak akan mengaku mencuri beras di rumah kamu”.
Manakala gambar kedua, diletakkan nota lain yang berbunyi ‘Saya tak akan buat lagi’ ditulis pekerja kedai runcit berkenaan,
Zhang yang menyiarkan gambar itu berkata, dia tidak menyangka ia menarik perhatian pengguna media sosial di China yang memberikan pelbagai reaksi.
“Ada pengguna kasihan melihat tikus itu, ada yang benci dan ada menganggap ia lucu,” jelasnya.

-Metro

Monday, January 23, 2017

Dirantai dari leher hingga badan

Serdang: Seorang wanita diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat selepas ditemui dirantai dari leher hingga badan di hadapan Kompleks 3K, Serdang Raya, di sini, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya diminta membantu memotong rantai itu jam 9.34 pagi.
"Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang ke lokasi memotong rantai menggunakan pemotong.
"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis," katanya.
Sementara, jurucakap polis ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung motif dan punca wanita itu dirantai.

-Metro

Sunday, January 22, 2017

Rawat ketumbuhan hanya dengan kasut




Pretoria: Sudah menjadi kebiasaan bagi dukun membuat dakwaan luar biasa mengenai kemampuan mereka merawat pesakit.
Tetapi, seorang paderi Afrika Selatan membuat kejutan lebih daripada dukun lain apabila berkata, dia berjaya memulihkan seorang wanita yang menghadapi masalah ketumbuhan di kemaluan dengan hanya menggunakan kasutnya.
Satu rakaman video menunjukkan paderi itu, Zendile Andries November bertanya seorang wanita mengenai ‘ketumbuhan’ itu.
Paderi gereja Victorious Faith di Afrika Selatan itu yang juga mendakwa boleh merawat pesakit AIDS dengan kekuatan doanya, kemudian dilihat menanggalkan kasutnya dan menyerahkannya kepada wanita itu. Wanita terbabit meletakkan kasut berkenaan di celah kelangkangnya.
Selepas dia ke bilik air, seorang wanita yang bersama-samanya menjerit, rakannya sudah pulih dan ia disambut dengan sorakan orang ramai di gereja di bandar Bloemfontein itu.
November kemudian memberitahu sebuah akhbar tempatan, The Times: “Wanita itu datang kepada saya dan menceritakan masalah ketumbuhan pada kemaluannya yang menyebabkan dia sukar tidur bersama suaminya.
“Kerana masalah itu berada di kemaluannya, saya menggunakan kasut.”
Dia juga memberitahu: “Saya juga merawat ramai pesakit AIDS. Sejurus selepas berdoa, saya minta mereka ke klinik terdekat dan menjalani pemeriksaan. Kebanyakannya datang semula dengan berkata, mereka sudah pulih.” 

- Agensi/Metro

Thursday, January 19, 2017

Dahsyatnya kesan pil ecstasy jahanam

London: Bagi mereka yang menggunakan dadah, termasuk pil ecstasy lihatlah dua gambar ini - kesan ecstasy terhadap dua remaja perempuan dengan seorang daripadanya meninggal dunia manakala seorang lagi hampir maut namun terselamat selepas tiga hari koma.
Pelajar, Leah Betts, mati pada 1995, empat hari selepas koma akibat mengambil ecstasy pada hari jadinya yang ke-18.
Kira-kira 21 tahun kemudian, seorang lagi pelajar, Leah Robinson, koma selepas mengambil dadah itu ketika pesta Krismas yang lalu, dua hari selepas dia genap berusia 16 tahun.
Harga pil ecstasy yang dimakan Leah Ronbinson hanya £5. Beberapa minit selepas dia meninggalkan rumah rakannya, tempat dia makan pil berkenaan, kesannya mula terasa - terhuyung-hayang seperti orang mabuk, jatuh dan bangun sepanjang perjalanan pulang ke rumah sebelum akhirnya terbaring pengsan di tepi jalan.
Menurut Daily Mail, rakannya menghubungi ambulans dan ketika ibunya, Kerry, 35, sampai ke unit kecemasan, doktor tidak dapat memberitahu sama ada anaknya akan hidup atau tidak.
“Saya hampir pengsan, hampir tidak kenal anak saya. Kepalanya bengkak, tubuh basah dengan peluh dan suhu badan jatuh ke 26 selsius (suhu normal 37 selsius),” katanya.
Tidak seperti Leah Betts 21 tahun lalu, Leah Robinson amat bernasib baik kerana selepas tiga hari koma, dia kembali sedar tanpa kerosakan organ.
Ibunya yang tidak mahu remaja lain menjadi mangsa pil itu seperti anaknya, menyiarkan gambar Leah di Facebook anaknya dengan amaran: “Inilah kesan Ecstasy - Tolonglah jangan ambil.”
Pada 1995, Leah Betts ditemui tidak sedarkan diri depan bilik air oleh ibu tirinya, pada malam majlis hari jadinya yang ke-18. Remaja itu mati empat hari kemudian akibat ‘keracunan air’ - minum tiga liter air dalam masa singkat selepas mengambil ecstasy menyebabkan otaknya membengkak.

-Metro

Wednesday, January 18, 2017

Wanita tua dikurung bertahun anak menantu



Wanita tua dikurung bertahun anak menantu
GUANGXI - CHINA. Rakaman yang menunjukkan seorang warga emas 92 tahun dikurung bertahun-tahun oleh anaknya di dalam kandang babi mengundang kecaman netizen selepas perbuatan itu mula tular.
Wanita dengan nama keluarga Yang, dikurung di dalam kandang babi oleh anak lelaki serta menantunya itu dibiarkan tanpa makanan dan pakaian yang cukup serta sering dipukul dan dimarahi, lapor Nangui Morning News yang berpusat di Guangxi.
Video kehidupan wanita itu dimuat naik di laman sosial Weibo.
"Saya tidak dapat melihat apa-apa," kata Yang lemah.
Anak lelaki serta menantu mendakwa, warga emas itu secara sukarela mahu berpindah ke bilik bawah berpintu pagar besi yang terletak di sebelah rumah mereka.
Bagaimanapun menafikan wanita itu diletakkan di dalam kandang babi.
Gambar menunjukkan wanita yang berpakaian buruk diselamatkan oleh pegawai kerajaan tempatan yang pergi ke kediaman wanita itu selepas video berkenaan viral bulan ini.Wanita tua dikurung bertahun anak menantu
Dia kini dirawat di sebuah hospital tempatan dan masih belum pulih sepenuhnya.
Kejadian yang menimpa wanita itu mendapat kecaman netizen yang rata-rata menuduh anaknya sebagai tidak berperikemanusiaan dan tingkah laku seperti binatang.
Malah ada yang berkata, anak serta menantunya akan dilayan dengan cara yang sama oleh anak-anak mereka nanti apabila mereka tua nanti.
China berdepan masalah sistem penjagaan warga tua dek penambahan penduduk China.
Pada tahun 2013 China meluluskan "undang-undang hak-hak orang tua" termasuklah peruntukan yang diperlukan anak-anak untuk kerap melawat ibu bapa mereka.
Menurut Biro Perangkaan Negara, negara itu kini mempunyai lebih daripada 212 juta orang yang berusia lebih 60 tahun.

-Sinar

Cari calon isteri di FB


Johor Bahru: “Saya cuma mampu sediakan yang terbaik untuk kehidupan selepas perkahwin an termasuk rumah, kenderaan dan simpanan untuk bakal isteri dan anak, malah jika sesiapa yang sudi penuhi syarat ini, saya sudi mengambilnya sebagai isteri,” kata Dr Mohd Ariff Ahmad Nazri.
Tindakan pensyarah berusia 32 tahun itu mendapat perhatian pengguna laman sosial apabila status yang dimuat naik di Facebook jam 4.11 petang kelmarin dikongsi 900 pengguna dan mendapat 1,500 likes setakat jam 5 petang semalam sehingga tular di aplikasi sosial lain termasuk Twitter.
Mengulas lanjut mengenai tindakannya itu, anak jati Gelang Patah yang berkhidmat di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu berkata, hatinya terbuka menulis status berkenaan kerana mahu menamatkan zaman bujang secepat mungkin.
“Saya anak sulung daripada dua beradik, ayah (Ahmad Nazri Wahad, 58) dan ibu (Asmah Ayob, 56) kerap bertanya bila saya mahu berkahwin kerana mereka mendapati kehidupan saya sudah stabil.

-Metro

Tuesday, January 17, 2017

Ibu bakar anak dihukum mati

Lahore: wanita yang membakar anak perempuannya hingga mati kerana berkahwin dengan lelaki pilihan sendiri, dijatuhi hukuman mati hari ini.
Zeenat Bibi, 16, disimbah dengan minyak tanah oleh ibu dengan bantuan abangnya sebelum dibakar Jun lalu, di Lahore, seminggu selepas dia berkahwin lari dengan mekanik motosikal, Hassan Khan, 20.
Menurut pendakwa raya, Mian Mohammad Tufail, hakim mahkamah anti keganasan di sini, menjatuhkan hukuman mati terhadap Perveen Bibi kerana membunuh serta beberapa lagi kesalahan keganasan.
Perveen juga dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan denda satu juta rupee (RM42,500 ) bagi kesalahan lain berkaitan pembunuhan itu. Anak lelakinya, Mohammad Anees (abang mangsa) dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan denda 1.5 juta rupee (RM64,000) kerana bersubahat.
Parveen dituduh mengikut undang-udang keganasan Pakistan, bukannya undang-undang pembunuhan demi maruah yang baru diluluskan kerana penggunaan minyak tanah.
Undang-undang baru itu juga berikutan pembunuhan selebriti media sosial Qandeel Baloch yang dibunuh abangnya, Julai lalu, kerana terlalu mendedahkan tubuh di media sosial.
Dalam kejadian terbaru semalam, polis menahan seorang lelaki kerana membunuh adik perempuannya dengan renjatan elektrik di Punjab, selepas mangsa berkahwin dengan lelaki pilihannya.
Menurut polis, mangsa diseksa abangnya sebelum diikat dengan kabel dan dikenakan renjatan elektrik.

-Metro

Monday, January 16, 2017

Bogel naik motosikal, nak beli tiket



Pontianak (Kalimantan Barat): Seorang wanita mencetuskan kekecohan di sini apabila dia menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.
Orang awam yang melihat wanita berkenaan menahan dan menyerahkannya kepada polis.
Menurut laporan Liputan6.com, wanita berusia kira-kira 28 tahun itu berasal dari Sukabumim, Jawa Barat dan dikenali dengan singkatan nama R atau D.
Dia ditahan di jalan raya menuju ke Lapangan Terbang Supadio Pontianak.
Seorang kakitangan lapangan terbang, Fira Meydar mengesahkan kejadian berkenaan.
Menurut Fira, pihaknya menahan wanita terbabit pada 12.45 (waktu tempatan) tengah hari semalam.
Dalam keterangannya kepada polis, wanita itu berkata, dia bekerja di bandar Pontianak sejak setahun lalu dan menetap di rumah sewa.
Dalam pada itu, Fira berkata, dia dimaklumkan wanita terbabit sering merasa ketakutan sejak dua bulan lalu.
“Pada hari kejadian, dia keluar rumah dan menunggang motosikal dengan hanya memakai telekung. Tetapi dalam perjalanan itu, dia membuang telekungnya dan hanya berbogel sebelum ditahan oleh orang awam dan diserahkan kepada polis.
“Dia dikatakan memberitahu polis bahawa dia ingin membeli tiket kapal terbang untuk pulang ke Sukabumi,” kata Fira..

-Metro

Sunday, January 15, 2017

Tiga lelaki setan!





Jakarta: Beberapa kesan luka pada muka seorang kanak-kanak perempuan baru berusia lima tahun yang diperkosa bergilir-gilir tiga lelaki di Kota Sorong, Papua Barat, menunjukkan perbuatan kejam mereka memukul mangsa sebelum membunuh budak itu.
Antara kesan luka yang ditemui ialah bibir atasnya bengkak serta kesan luka sepanjang satu sentimeter pada bahagian dalam bibir. Selain itu, dagu kanak-kanak malang itu juga ada kesan luka serta bengkak.
Mayat budak perempuan itu, Khezia, ditemui dalam lumpur di di kawasan paya berhampiran sungai dekat Jalan Basuki Rahmat, Sorong Manoi di Kota Sorong, Selasa lalu.
Perogolnya ialah jiran mangsa, iaitu Donal Wanggaimo, 20, Nando Kinombae, 19, dan Lewi Gogoba , 20, yang sudah ditahan polis.
Menurut portal berita Indonesia, ketiga-tiga mereka mengaku merogol sebelum mencekik hingga mati mangsa itu sebelum membenam mayatnya dalam lumpur.
Ketua Polis Sorong Kota, Edfrie R Maith, berkata sebelum kejadian, Donal mengambil budak itu dari rumahnya dan membawa ke dalam semak di hujung jalan sebelum dua rakannya datang dan mereka bergilir-gilir memperkosa mangsa.
Menurutnya, ketiga-tiga suspek mengaku mabuk akibat arak ketika kejadian.
Mayat Kheiza ditemui berdasarkan maklumat abangnya yang melihat dia dibawa pergi oleh Donal yang membawa kepada penahanan mereka beberapa jam kemudian.
Buat masa ini, hukuman untuk kesalahan itu adalh penjara seumur hidup namun kerajaan Indonesia juga bakal melaksanakan hukuman kembiri secara kimia terhadap pesalah seks kanak-kanak.

-Metro

Wanita simpanan ditendang ala tomoi





Bangkok: Seorang wanita yang berang apabila mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dirakam menyerang serta menendang kepala kekasih lelaki itu sebanyak sembilan kali di kepalanya.
Si isteri melakukan serangan ganas itu di rumah perempuan simpanan suaminya itu dalam kejadian dipercayai berlaku di ibu negara Thailand.
Dalam serangan selama dua minit itu, si isteri dilihat memberikan tendangan kuat ala tomoi di kepala wanita berkenaan. Bukan itu saja, mangsa turut ditampar dan rambutnya ditarik.
Dia hanya berhenti selepas ditenangkan oleh rakannya yang turut datang bersamanya ke rumah wanita terbabit.
Saksi yang merakam kejadian, Ploy Tapadchum berkata: “Cinta tiga segi bertukar menjadi ganas selepas suaminya mengaku mempunyai wanita simpanan.
“Si isteri begitu berang dan bersemuka dengan wanita berkenaan di rumahnya sebelum membelasahnya. Mangsa langsung tidak melawan.
“Bagi saya, amat kejam apabila rakan si isteri hanya memandang perbuatannya tanpa berusaha menghentikannya.
“Memanglah kekasih gelap itu salah apabila mengganggu rumah tangga orang, tetapi memukulnya seperti itu tidak betul, walaupun tidak dinafikan kita faham perasaannya,” katanya.
Ploy berkata, dia mahu klip video itu tersebar supaya dilihat lebih ramai orang.
Katanya, polis tidak berminat menyiasat kejadian itu.

-metro


Thursday, January 12, 2017

150 cacing dalam perut



New Delhi: Selepas muntah berterusan selama beberapa minggu, Neha Begum akhirnya dikejarkan ke hospital awal bulan ini.
Apabila diperiksa di KG Nanda Hospital, doktor menemui sesuatu yang menghalang ususnya dan Neha yang berasal dari Chandauli, Uttar Pradesh, terpaksa menjalani pembedahan serta-merta.
Pasukan lima doktor yang menjalankan pembedahan selama empat jam itu terkejut apabila mendapati masalah yang dialami Neha berpunca daripada cacing yang hidup di dalam perutnya.
Mereka mengeluarkan cacing itu dan jumlahnya mencecah 150.
Lebih teruk lagi, panjang setiap cacing itu melebihi 25 sentimeter.
Pakar ginekologi hospital berkenaan, Dr Anand Prakash Tiwari berkata: “Saya terkejut. Kes ini amat luar biasa. Saya belum pernah berdepan kes dengan begitu banyak cacing dalam badan manusia.
“Biasanya, hanya ada tiga atau empat cacing. Tetapi, yang ini, terlalu banyak.”
Neha juga bernasib baik kerana dirawat lebih awal sebelum cacing itu bergerak ke otaknya yang boleh menyebabkan kerosakan neuro.
Menurut Neha, dia pernah pergi mendapat rawatan di klinik lain dan semua doktor yang merawatnya hanya memberikan dia ubat penahan sakit.
“Saya teramat sakit selama beberapa minggu. Saya menemui beberapa doktor tetapi tidak seorang pun dapat membantu saya. Mereka gagal mengesan masalah saya dan suruh saya pulang dengan memberikan ubat penahan sakit.
“Sudah begitu lama saya tidak dapat tidur malam dan kadang kala menjerit kesakitan dan muntah.
“Kini, saya mempunyai kehidupan baru. Saya terhutang budi kepada doktor di sini,” katanya.

-Metro

Wednesday, January 11, 2017

Cakap terlalu kuat, wanita ditumbuk, rambut ditarik

Cakap terlalu kuat, wanita ditumbuk, rambut ditarik

XIAN - CHINA . Seorang penumpang bas wanita di tengah bandar Xian ditumbuk dan rambutnya ditarik oleh seorang penumpang lelaki dan wanita dek kerana bercakap terlalu kuat di telefon bimbitnya, lapor stesen radio tempatan.
Mangsa yang berusia 55 tahun, dengan nama keluarga Yang memberitahu Shaanxi Radio, dia sedang bercakap di telefon ketika seorang lelaki yang duduk di belakangnya menumbuk belakang lehernya.
"Anda bercakap terlalu kuat," protes lelaki itu.
Rakaman dari dalam bas menunjukkan kedua-dua mereka bergaduh, kata laporan itu.
Lelaki itu menolak wanita itu ke lantai, menarik rambutnya manakala seorang lagi wanita yang bersama-sama dengan lelaki itu turut menampar mangsa di muka.
Kedua pasangan itu bersama mangsa turun dari bas ketika bas tersebut berhenti dan mangsa membuat laporan polis.
Yang, seorang pelukis berkata, sebagai seorang pekerja, saya biasa bercakap dalam nada kuat.
"Jika dia menegur saya dengan baik supaya memperlahankan suara saya, saya akan berbuat demikian," kata yang kepada stesen radio dipetik South China Morning Post.

-Sinar

Kelar leher sendiri dalam mahkamah



London: Seorang lelaki mengelar lehernya sendiri dalam mahkamah ketika hakim hendak menjatuhkan hukuman bagi kesalahannya mencabul jurujual wanita.
Lukasz Robert Pawlowski, 33, meminta ke tandas namun apabila dia kembali, lelaki itu mengelar lehernya dan jatuh berlumuran darah dalam Mahkamah Majistret Pembrokeshire, di Wales Barat.
Menurut Daily Mail, ambulans dan helikopter dikejarkan ke tempat kejadian dan dia dihantar sebuah hospital di Swansea.
Polis kini sedang menyiasat bagaimana lelaki itu memperoleh senjata yang digunakannya itu.
Pawlowski menghadapi dakwaan serangan seksual, termasuk meraba pembantu jualan terbabit.

-Metro

Tuesday, January 10, 2017

Kondom jadi penyelamat


Beijing: Seorang lelaki China yang tertelan penutup botol berjaya diselamatkan selepas pembedahan selama hanya lima minit dengan hanya menggunakan kondom untuk mengeluarkan objek berkenaan.
Lelaki dikenali sebagai Liu, 40, dari Lianyungang itu berkata, dia tertelan penutup botol dibuat daripada besi itu secara tidak sengaja kerana minum terlalu cepat ketika majlis perjumpaan semula dengan rakan lamanya pada 6 Januari lalu, lapor People’s Daily Online.
Doktor memutuskan menggunakan kondom kerana ia cukup nipis untuk dimasukkan ke dalam badan pesakit dan mengelak luka pada esofagus serta ususnya memandangkan bucu tajam pada penutup botol itu.
Liu dilaporkan mengalami sakit perut selepas menelan penutup botol itu dan dibawa ke unit kecemasan di Hospital Rakyat di Lianyungang, di wilayah Jiangsu.
Imbasan x-ray menunjukkan penutup botol bergerigi daripada botol bir tersangkut di dalam perut Liu.

-Metro

Monday, January 9, 2017

Ibu, dua anak miliki rupa paras sama


LONDON – Seorang ibu di sini dikatakan memiliki paras wajah menyerupai dua anak perempuannya menyebabkan orang ramai keliru dan menganggap mereka sebagai kembar. Natalie Wardell berkata, dia menganggap kedua-dua anak perempuannya, Tamika, 19, dan Jazmyne, 21, seperti rakan baik dan kerap keluar meluangkan masa bersama-sama pada hujung minggu.
Katanya, setiap kali mereka keluar, orang ramai yang tidak mengenali keluarganya menyangka bahawa dia sebaya dengan anak-anaknya. Malah ada yang menganggap dia sebagai adik bongsu dalam kalangan mereka.
“Ada yang mengatakan Jazmyne ialah ibu saya dan kerana dia lebih tinggi daripada saya. Ramai juga menganggap kami seperti kembar tiga. Ia hanya genetik,” kata Wardell.
Wardell berpendapat, orang ramai mungkin keliru disebabkan rupa paras dan bentuk badannya yang langsing. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4VJxgO9Bf 

Sunday, January 8, 2017

Macam mana boleh tersangkut?



Jiamusi (China): Seorang budak lelaki terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba selepas kepalanya tersangkut di dalam lubang kerusi konkrit di sebuah taman di bandar ini.
Dalam kejadian pada Khamis lalu, budak lelaki itu secara tidak sengaja memasukkan kepalanya di dalam lubang kecil di kerusi berkenaan ketika bermain.
Satu video yang dimuat naik di media sosial di China menunjukkan anggota bomba berusaha membebaskan budak itu yang menjerit kesakitan.
Anggota bomba meletakkan topi di kepala budak itu sebagai perlindungan sebelum menggunakan satu peralatan khas untuk memecahkan simen pada kerusi itu.
Walaupun simen itu berjaya dipecahkan tetapi batang besi di dalamnya masih memerangkap kepala kanak-kanak berusia dalam lingkungan lima tahun itu.
Anggota bomba menggunakan alat pemotong untuk memotong batang besi berkenaan dan budak lelaki itu akhirnya bebas.
Budak itu dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan dan doktor mengesahkan dia tidak mengalami kecederaan.
Video itu menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial yang seperti tiada percaya kepala budak itu boleh tersangkut di lubang kecil berkenaan.
“Saya sanggup membayar 100 yuan (RM65) kepada sesiapa yang boleh menerangkan bagaimana kepala kanak-kanak itu boleh masuk dalam lubang berkenaan,” kata seorang pengguna. 

- Agensi/Metro


Thursday, January 5, 2017

Kami makan 'ayam sampah'

Kami makan 'ayam sampah'

DEMI kelangsungan hidup, rakyat miskin di Filipina terpaksa menjadikan 'ayam sampah' sebagai menu harian mereka.
Ayam sampah atau dalam bahasa Tagalog dikenali sebagai pagpag, ianya diperolehi hasil daripada sisa buangan ayam dari restoran segera.
Golongan miskin ini, akan mengeledah tempat pembuangan sampah untuk mendapatkan pagpag, dalam pada itu ada juga yang pergi sendiri ke restoran segera untuk memungut hasil buangan itu.
Menerusi perkongsian sebuah video dokumentari yang memaparkan mengenai kisah ini, penduduk di kawasan Tando, ada diantaranya menjadikan menu hidangan ini sebagai bahan jualan mereka.
"Saya dahulu menjual buah...tetapi kini saya menjual pagpag, kerana ia sememangnya laku," kata seorang pengusaha wanita pagpag ketika ditemubual.
Katanya, sisa ayam yang mereka ambil itu, dibersihkan dahulu sebelum dimasak semula.
"Saya menjualnya dalam pelbagai saiz, dari harga 20peso (RM1.81) sehingga 50peso (RM4.53), kadang-kadang ada jiran yang minta diskaun, mereka susah termasuklah saya," katanya yang mendapat keuntungan dalam 200peso (RM18.12) dalam sehari.
Dalam pada itu, menurut seorang wanita berkata, dia terpaksa makan pagpag kerana dia tidak mempunyai cukup wang untuk membeli hidangan makanan yang lain.
"Kami tidak mempunyai cukup wang untuk membeli makanan lain," ujarnya.
ISU KEBERSIHAN JADI PERSOALAN.
Ada segelintir masyarakat yang mempersoalkan mengenai tahap kebersihan hidangan ini, namun menurut seorang wanita yang lazim menjadikan pagpag sebagai hidangan harian keluarga mereka, masalah kebersihan tidak timbul.
"Jika kamu tahu masak pagpag ini, kamu tidak akan ditimpa penyakit," katanya yang memberitahu bahawa ayam itu sebelum dimasak perlulah direbus dan dibersihkan terlebih dahulu.
Pagpag selalunya akan dimasak bersamanya, kicap,sos, cuka dan garam serta sedikit sedikit.

-Sinar

Wanita Saudi kini bekerja di lapangan terbang



Jeddah: Wanita Saudi kini sudah diambil bekerja di barisan hadapan lapangan terbang di bandar raya ini.
Perkembangan terbaru itu selari dengan ‘Wawasan 2030’ kerajaan Saudi yang antara lain merancang meluaskan skop pekerjaan untuk wanita negara itu.
Seorang daripada mereka, Asrar Mushee ketika diwawancara akhbar Al-Madinah mengenai perasaannya menjadi perintis dalam pekerjaan seumpama itu berkata: “Saya bangga menjadi antara kumpulan wanita pertama Saudi terbabit dalam industri penerbangan negara, khususnya di lapangan terbang.
“Adalah menjadi cabaran untuk membuktikan keupayaan kami dan membuktikan kepada masyarakat serta seluruh dunia bahawa wanita Saudi juga mampu mencapai kejayaan di semua bidang apabila diberi peluang.
“Dan secara peribadi, saya bahagia dapat memberi perkhidmatan kepada penumpang, pengunjung dan membuatkan mereka berpuas hati dengan khidmat yang kami berikan.”
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan Arabia Gulf Air, Samer Abdul Salam Al-Majali berkata, buat masa ini syarikat itu mengambil 10 wanita bekerja sebagai ‘kakitangan pergerakan lapangan terbang’ dan merancang mengambil lebih ramai lagi menjelang April.
Menurutnya, tugas itu sebelum ini dikendalikan kakitangan lelaki.
“Mereka menjalani latihan intensif sebelum dilantik ke jawatan masing-masing,” katanya. 

- SG/Metro

Wednesday, January 4, 2017

Wanita dipancung kerana keluar rumah sendirian

Pancung

KABUL - AFGHANISTAN. Seorang wanita dilaporkan dipancung oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Afghanistan selepas memasuki bandar tanpa ditemani suaminya.
Perbuatan ngeri itu berlaku di kampung terpencil di Latti, wilayah Sar-e-Pul yang berada di bawah kawalan Taliban.
Jurucakap Gabenor wilayah, Zabiullah Amani memberitahu Nation, wanita berusia 30 tahun itu menjadi sasaran kerana dia keluar bersendirian tanpa suaminya yang kini berada di Iran.
Middle East Press melaporkan wanita itu pergi ke pasar untuk membeli belah.
Di bawah peraturan Taliban, wanita dilarang meninggalkan rumah kecuali disertai saudara lelaki terdekat.
Mereka juga dilarang untuk bekerja atau belajar dan perlu memakai burka.
Bagaimanapun Taliban menolak penglibatan dalam kejadian terbaharu ini.
Awal bulan ini lima pengawal Afghan wanita yang bekerja di lapangan terbang di selatan Kandahar telah dibunuh oleh lelaki bersenjata yang tidak diketahui ketika mereka sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.

-Sinar

Tuesday, January 3, 2017

Pencuri bertelekung masjid


Segamat: Penahanan dua beradik oleh polis kelmarin menyelesaikan tiga kes curi wang tabung masjid dan surau di sekitar Bukit Siput di sini.
Remaja lelaki 13 tahun dan adik perempuannya berusia 12 tahun itu ditahan polis di sekitar bandar Segamat jam 11.30 malam selepas siasatan yang dijalankan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah masjid.
Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Yusuf Unis berkata, siasatan mendapati dua beradik terbabit tidak bersekolah.
Beliau berkata, polis mengesan mereka melalui rakaman CCTV satu daripada masjid yang melaporkan sering menjadi sasaran pencuri sejak sebulan lalu apabila mendapati tabung masjid sering dipecahkan.
“Dalam rakaman CCTV itu, suspek lelaki dilihat mengambil telekung di ruang solat wanita dan memakainya ketika mengambil wang dari tabung di ruang solat bagi mengelak wajahnya dirakam kamera.
“Manakala adik perempuannya yang berambut pendek didapati menggunakan batang lidi yang dilekatkan gula-gula getah di hujungnya untuk menarik wang dari tabung berkenaan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Katanya, siasatan turut mendapati suspek gemar melakukan perbuatan itu antara jam 11 pagi dan 5 petang ketika surau atau masjid sunyi daripada jemaah bersolat.
“Kedua-dua suspek menunggang basikal ke masjid atau surau yang menjadi sasaran mereka dan kami percaya penangkapan mereka membantu menyelesaikan tiga kes curi wang tabung masjid sekitar Bukit Siput.
“Mereka direman empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya.
Sementara itu, bilal Masjid Al-Muhajirin, Bukit Siput, Rauf Jaafar, 52, berkata, sejak tiga bulan lalu jawatankuasa masjid membuat tiga laporan polis berhubung kecurian wang tabung sumbangan.
Katanya, wang sumbangan jemaah itu digunakan membayar bil utiliti masjid, diagihkan kepada tahfiz dan anak yatim serta keluarga yang kurang kemampuan di sekitar Bukit Siput.
“Pengurusan masjid memasang CCTV ternyata berbaloi kerana ia membantu polis mengesan dan menangkap individu yang melakukan kecurian ke atas wang sumbangan orang ramai itu,” katanya.

-Metro

Monday, January 2, 2017

Video 'budak Rohingya' diseksa di Internet

Naypyidaw: Satu rakaman video menyayat hati menunjukkan lelaki yang tidak dikenali mendera seorang kanak-kanak bogel - didakwa askar Myanmar dan budak Rohingya - menggunakan pistol renjat dimuat naik sebuah laman web Pakistan.
Tempat kejadian dan bila rakaman itu sebenarnya direkodkan tidak dapat disahkan, tetapi orang yang memuat naik video berkenaan mendakwa kejadian itu berlaku di Myanmar.
Keterangan video itu berkata: “Video budak Rohingya diseksa menggunakan pistol renjat berulang kali oleh askar Burma. Moga Allah melindungi mereka.”
Dalam video itu, kanak-kanak terbabit dilihat menggeliang-geliut sepanjang rakaman untuk mengelak ‘ditembak’ lelaki itu.
Kanak-kanak itu juga menjerit dan menangis kesakitan sepanjang rakaman berkenaan.
Orang Islam Rohingya berdepan penganiayaan kejam daripada tentera Myanmar yang menganggap mereka pendatang haram dari Bangladesh.
Sejak 2012, lebih 100,000 Rohingya melarikan diri, kebanyakannya ke Bangladesh. Pada Oktober lalu, kerajaan dan tentera mula menyerang golongan berkenaan kerana didakwa pemberontak.
Pertubuhan Rohingya Myanmar United Kingdom berkata, pelbagai kekejaman seperti rogol, pembunuhan beramai-ramai dan pembakaran tempat tinggal berlaku setiap hari. Namun, kerajaan Myanmar menafikan tuduhan itu yang didakwa sebagai palsu dan diputarbelitkan.

 - Agensi/Metro