Beijing: Akibat ‘mencuri’ beras dalam kedai di Heyuan, China, seekor tikus ‘dimalukan’ dengan dihukum diikat pada troli bersama nota digantung pada lehernya berbunyi ‘Saya tak akan buat lagi.’
Dua gambar tikus itu disiarkan di media sosial Weibo (mirip Twitter) semalam, olah pengguna 'jiu lian shan she zhang', menyatakan rakannya menangkap tikus itu di tempat penyimpanan sebuah kedai runcit di Heyuan, wilayah Guangdong.
Menurut Daily Mail, dalam gambar pertama, satu nota digantung pada leher tikus itu berbunyi “Huh, ini yang terbaik kamu boleh buat? Jika dipukul sampai mati sekali pun, saya tak akan mengaku mencuri beras di rumah kamu”.
Manakala gambar kedua, diletakkan nota lain yang berbunyi ‘Saya tak akan buat lagi’ ditulis pekerja kedai runcit berkenaan,
Zhang yang menyiarkan gambar itu berkata, dia tidak menyangka ia menarik perhatian pengguna media sosial di China yang memberikan pelbagai reaksi.
“Ada pengguna kasihan melihat tikus itu, ada yang benci dan ada menganggap ia lucu,” jelasnya.
-Metro
No comments:
Post a Comment