Tuesday, August 4, 2015

Mata bionik pulih wanita buta

FLORIDA – Seorang wanita yang buta selama 16 tahun dapat melihat semula selepas menerima sepasang mata bionik baru-baru ini.

Wanita itu, Carmen Torres merupakan individu pertama yang menerima rawatan baharu tersebut yang melibatkan pemasangan implan ke dalam matanya.

Menerusi teknologi itu, seseorang pengguna akan memakai sebuah kaca mata khas yang dilengkapi kamera video. Imej yang dilihat akan melalui sebuah komputer kecil yang dipakai untuk diproses sebelum isyarat dihantar ke kaca matanya.

Torres memberitahu, dia kini boleh melihat jalan dan bangunan di sekelilingnya selepas menggunakan teknologi baharu itu.

“Ia sangat beremosi tetapi saya tidak menangis, malah terlalu gembira dan hanya ketawa sekuat-kuatnya,” kata Torres.

Wanita berusia 45 tahun itu disahkan menghidap penyakit retinitis pigmentosa yang menyebabkan penglihatannya semakin merosot ketika usia remaja. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3htzUE0ks

No comments:

Post a Comment