ANDHRA PRADESH - INDIA . Seorang bayi maut selepas seekor tikus memakan
mata dan jari seorang bayi yang baru berumur 10 hari di sebuah hospital,
semalam.
Menurut Dailymail, tiga kakitangan hospital tersebut digantung kerja
berikutan kejadian itu.
Bayi tersebut ditempatkan di Hospital Kerajaan Guntur berkenaan kerana
mengalami masalah saluran kencing.
Kejadian tersebut disedari oleh ibu bayi tersebut, Chavali Lakshmi selepas
mendapati jari bayinya mempunyai kecederaan seperti digigit.
Mata kiri bayi berkenaan juga rosak akibat digigit.
Ketua Menteri Andhra Pradesh, N Chandrababu Naidu memerintahkan kejadian
tersebut disiasat.
-Kosmo
No comments:
Post a Comment