Monday, February 29, 2016

Pengasuh ditahan bersama kepala budak



Moscow: Polis menahan seorang wanita yang bekerja sebagai pengasuh selepas dia didapati membawa kepala seorang budak dalam beg di stesen kereta api di bandar raya ini, semalam.
Wanita itu dilihat menjinjing kepada berkenaan di stesen Oktyabrskoye Pole, utara Moscow, sambil menjerit ‘kepada pengganas, mati kamu’.

Polis menemui mayat seorang budak perempuan berusia tiga atau empat tahun di sebuah flet berhampiran.

Wanita itu dipercayai membunuh serta memenggal kepala mangsa tanpa sebab diketahui selepas ibu bapa kanak-kanak itu keluar bersama seorang lagi anak mereka dan kemudian dia turut membakar flet berkenaan.

Menurut media tempatan, mangsa ialah Nastya berusia empat tahun dan pengasuh itu dikenali sebagai Gyulchekhra Bobokulova, 38, dari Uzbekistan.

Polis menahan wanita itu di stesen berkenaan untuk memeriksa dokumennya dan dia mengeluarkan kepala mangsa dari dalam beg sambil menjerit akan meletupkan dirinya.

Menurut polis, wanita itu memberitahu mereka di kecewa dengan suaminya.

-Metro

Buaya 'jaga' wang RM1.26j



Amsterdam: Hilang kepercayaan pada manusia mungkin menyebabkan ketua kumpulan pengedar dadah di sini menggunakan buaya bagi ‘mengawal’ wang hasil jenayah berkenaan. Aktiviti itu terbongkar selepas polis menyerbu beberapa lokasi di sini baru-baru ini dan menahan 11 suspek termasuk dua wanita yang dipercayai anggota kumpulan pengedar dadah.

Dalam serbuan berkenaan polis merampas beberapa kilogram pelbagai jenis dadah dan sejumlah senjata api daripada kumpulan itu. Polis juga menemui wang tunai berjumlah AS$300,000 (RM1.26 juta) di sebuah kediaman dipercayai milik ketua kumpulan itu yang ‘dikawal’ dua buaya.

Jurucakap polis berkata, wang tunai itu disembunyikan di satu lokasi rahsia dan perlu melalui satu kawasan yang menempatkan reptilia ganas berkenaan.“Ini sangat luar biasa dan kali pertama kami terpaksa berdepan dengan haiwan ganas seperti itu.“Kami pernah berdepan dengan ular atau anjing yang garang.

Kali ini ia sangat memberi cabaran kepada kami,” katanya. Menurutnya, suspek mungkin memilih untuk membela buaya kerana haiwan itu senang dijaga dan tidak makan dengan kerap.“Mungkin suspek ini juga tidak percaya pada manusia dan bimbang wangnya dicuri,” jelasnya.

Menurutnya, semua suspek yang berumur 25 hingga 55 tahun didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas kesalahan mengedar dadah.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/118703#sthash.qBB9r4UN.dpuf

Thursday, February 25, 2016

Wanita dilarang guna telefon bimbit di Kampung Suraj

Wanita bujang dan kanak-kanak perempuan  bawah umur dilarang memiliki
 
GUJARAT 24 Feb. – Wanita bujang dan kanak-kanak perem­puan bawah umur di Kampung Suraj, daerah Gujarat, India dilarang memiliki telefon bimbit atas alasan melindungi mereka daripada gangguan semasa berada cdalam kelas atau diganggu lelaki melalui aplikasi telefon berkenaan.
 
Golongan wanita yang me­langgar peraturan tersebut boleh dikenakan denda 2,100 rupee (RM128) dan mereka yang melaporkan kesalahan itu akan menerima imbuhan 200 rupee (RM12).
Purata pendapatan harian rakyat India ialah sebanyak 193 rupee (RM11.80), dengan 250 juta penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan hanya 86 rupee (RM5.20) sehari.

“Kenapa golongan perempuan perlukan telefon bimbit? Internet merupakan suatu pembaziran masa dan wang bagi masyarakat kelas pertengahan,” kata ketua kampung itu, Devshi Vankar.

Menurut UPI.com yang memetik laporan Hindustan Times, Vankar berkata, kaum wanita sepatutnya menggunakan masa untuk belajar dan melakukan kerja-kerja lain.

Penduduk kampung berkenaan dilaporkan bersetuju dengan keputusan tersebut kerana telefon bimbit dilihat sebagai alat yang banyak digunakan golongan muda untuk meninggalkan kampung dan melarikan diri bersama kekasih masing-masing.

Wanita hanya dibenarkan menggunakan telefon bimbit di rumah dengan pengawasan ibu bapa, namun pelajar perempuan di kolej dikecualikan daripada larangan itu.

“Pelajar perempuan di kolej sudah cukup matang untuk membezakan antara baik dan buruk, selain itu mereka memerlukan telefon bimbit untuk meng­hubungi ibu bapa mereka memandangkan kolej mereka terletak di bandar, bukan di kampung,” katanya.

-Utusan

Wednesday, February 24, 2016

Gurau bawa padah



Beijing: Seorang wanita mencetuskan kemarahan selepas dia memuat naik gambar di Internet yang menunjukkan dia membawa bayinya berusia sembilan bulan di dalam beg tangannya. Xue Hsueh, 26, memasukkan anaknya itu di dalam beg berjenamanya sementara berbual dengan beberapa rakan. Seorang rakannya merakam gambar itu. Kerana sukakannya, dia memuat naik gambar itu di laman sembang Internet.

Tindakannya itu membawa padah apabila ramai yang mengecamnya dan membandingkan tindakan itu dengan wanita yang gemar membawa anjing atau kucing dalam beg berjenama mereka untuk meniru gaya Paris Hilton.

Seorang pengguna Twitter WuLei34 menulis: “Bayi berjenama, aksesori terbaru yang perlu dimiliki wanita.” Seorang lagi. LucyX menambah: “Saya tidak pasti apa yang dilakukan wanita itu jika tali beg putus?” Xue bagaimanapun membela dirinya dengan berkata, bayinya dimasukkan ke dalam beg itu untuk seketika saja. Dia sebenarnya mahu berjenaka mengenai penjagaan kanak-kanak jika bayi sekecil itu ditinggalkan kepada lelaki. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21140#sthash.Qn7ZT8RM.dpuf

Tuesday, February 23, 2016

Tinggal dalam pesawat sejak 15 tahun



PESAWAT Boeing 727 yang menjadi rumah Campbell sejak 15 lalu di Portland, Oregon. - AGENSI





MIYAZAKI, Jepun – Seorang lelaki warga Oregon, Amerika Syarikat telah tinggal di dalam sebuah pesawat Boeing 727 sejak 15 tahun lalu dan sedang merancang menjadikan sebuah lagi kapal terbang lama yang mampu memuatkan sehingga 660 penumpang sebagai rumah keduanya di sini.

Bruce Campbell yang kini menghabiskan masa setengah tahun di Jepun berkata, dia sedang mencari sebuah pesawat B47-400 yang pernah digunakan oleh syarikat penerbangan seperti United, British Airways dan Delta untuk dijadikan rumah pesawat keduanya di bandar Miyazaki.


CAMPBELL duduk berehat di dalam ‘rumah’ pesawat miliknya.- AGENSI





Sejak 15 tahun lalu, dia tinggal di dalam sebuah pesawat Boeing 727 di Portland, Oregon yang ditukar menjadi sebuah rumah lengkap dengan ruang tidur, dapur, dobi dan bilik mandi menerusi projek yang menelan belanja sehingga AS$220,000 (RM925,00).

Menurut bekas jurutera elektrik itu, dia membeli pesawat itu pada tahun 1999 pada harga AS$100,000 (RM420,000) dengan tujuan menyelamatkannya daripada menjadi besi beruk.

Campbell kemudiannya membeli sebidang tanah empat hektar pada harga AS$23,000 (RM97,000) untuk dijadikan lokasi dia meletakkan pesawat terbabit.- AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0223&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz412sEvy3O

Monday, February 22, 2016

Penyanyi dangdut ditahan jadi pelacur kelas atasan



Jakarta: Penyanyi dangdut Indonesia, Hesty Aryatura atau dikenali sebagai Hesty ‘Klepek-klepek’ ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran kelas atasan. Hesty, 21, ditahan bersama seorang lelaki yang dipercayai bapa ayam di sebuah hotel empat bintang di Lampung pada awal pagi semalam.

Jurucakap polis, Sulistyaningsih berkata, Hesty dan lelaki itu dipercayai sedang menunggu pelanggan yang mahu melanggan perkhidmatan penyanyi itu.“Hesty dijanjikan bayaran sebanyak Rp100 juta (RM 31,261) oleh bapa ayam itu untuk melayan pelanggan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, Hesty yang popular dengan lagu Cintaku Klepek-klepek ditahan untuk soal siasat sebelum dibebaskan.

“Buat masa ini polis menganggap Hesty hanya mangsa bapa ayam berkenaan dan dia bakal dibebaskan selepas keterangannya diambil.“Lelaki yang dipercayai bapa ayam itu bakal didakwa atas tuduhan memperdagangkan manusia untuk aktiviti pelacuran,” jelasnya.

Menurutnya, polis juga sedang menyiasat sekiranya ada penyanyi atau artis popular lain yang terjebak dengan aktiviti pelacuran berkenaan. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/116534#sthash.bvjvhy1V.dpuf

Sunday, February 21, 2016

Lahir bayi 6kg



Buenos Aires: Seorang wanita melahirkan bayi perempuan seberat 6 kilogram (kg) sekali gus dipercayai menjadi bayi paling berat dilahirkan di Argentina. Maria Fernanda Basly melahirkan bayi berkenaan melalui pembedahan di sebuah klinik di wilayah Rio Negro baru-baru ini.

Bayi sepanjang 55 sentimeter (sm) itu dipercayai bayi paling berat yang pernah direkodkan lahir di Argentina. Maria berkata, dia sudah menjangka bayinya besar, tetapi tidak menyangka ia dilahirkan seberat itu.

“Ketika pemeriksaan doktor memberitahu bahawa kandungan saya besar, tetapi saya tidak menyangka seberat ini.“Saya sangat gembira kerana anak saya sihat dan tidak mengalami sebarang masalah,” katanya.

Doktor berkata, bayi perempuan yang dinamakan Olivia itu dua kali ganda lebih besar daripada bayi normal yang lain. Pada Jun tahun lalu, seorang wanita di Liverpool, Britain melahirkan bayi seberat 7kg sekali gus memecah rekod bayi paling berat pernah dilahirkan di negara itu.

Sementara itu, menurut Buku Rekod Dunia Guinness, bayi paling berat ketika dilahirkan dikongsi dua individu. Pada 1879, wanita Kanada, Anna Haining Bates melahirkan bayi lelaki seberat 9.97kg dan berukuran panjang 71.12sm.

Bagaimanapun, bayi berkenaan yang tidak dinamakan secara rasmi meninggal dunia ketika berusia 11 bulan. Rekod itu dikongsi wanita Itali, Carmelina Fedele yang melahirkan anaknya seberat 9.97kg pada 1955.

 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/116820#sthash.0coTIDtz.dpuf

Thursday, February 18, 2016

Parang melekat di kepala



Beijing: Kerana berang selepas mendapat tahu suaminya mempunyai perempuan simpanan, seorang wanita bertindak menetak kepala lelaki itu dengan parang pemotong daging.

Dalam video yang dirakam di sebuah hospital, parang itu dilihat masih melekat di belakang kepala lelaki berkenaan.

Video yang menjadi viral selepas dimuat naik ke LiveLeak semalam dirakam sebelum lelaki itu menjalani pembedahan untuk mencabut parang berkenaan.

Dia juga kelihatan dalam keadaan sedar dan duduk sambil menjawab pertanyaan beberapa jururawat.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut nama mangsa, isteri mahupun tempat kejadian. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/116224#sthash.oSW2seWf.dpuf

Wednesday, February 17, 2016

Wanita hamilkan diri elak hukuman mati



Vietnam: Empat pengawal penjara disoal siasat selepas didakwa membantu menghamilkan seorang banduan untuk membolehkan dia mengelak hukuman mati.
Nguyen Thi Hue, pengedar dadah yang menanti hukuman mati di sebuah penjara di Vietnam, menghamilkan dirinya dengan air mani yang dibelinya dengan harga AS$3,100 (RM13,100) dari seorang rakan banduan, lapor akhbar Thanh Nien News.

Keempat-empat pengawal penjara itu digantung tugas atas tuduhan cuai, selepas penyiasat mendapati Nguyen Tuan Hung memberikan picagari mengandungi air maninya dua kali kepada Hue pada Ogos tahun lalu.
Hue, 42, hamil selepas menggunakan air mani itu dan dijangka melahirkan kandungannya April depan.
Undang-Undang Vietnam menetapkan, wanita hamil atau ibu yang anaknya berusia kurang daripada 36 bulan, tidak boleh dijatuhi hukuman mati.
Dalam kes Hue, memandangkan hukuman mati telah diputuskan oleh hakim, ia akan dikurangnya dan dipinda kepada penjara seumur hidup.
Ini bukan kali pertama di Vietnam wanita bersubahat dengan pengawal untuk mengambil kesempatan terhadap undang-undang yang tidak jelas.
Pada 2007, dua pengawal dipenjarakan selepas didapati bersalah membiarkan seorang wanita yang dihukum mati mengadakan seks dengan banduan lelaki dan kemudiannya hamil. - Agensi

Tuesday, February 16, 2016

Budak tahun 1 tidak tinggal solat duha

KOTA BHARU 16 Feb. – Ketika murid-murid lain sibuk bergegas ke kantin untuk membeli makanan, seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail 1 di sini Muhammad Haziq Amsyar Ahmad Mustamam, 7, menggunakan masa tersebut untuk menunaikan solat sunat duha di surau.

Tengku Kamariah Tengku Losin mengajar cucunya, Muhammad Haziq Amsyar Ahmad Mustamam membaca al-Quran di rumah mereka, Kota Bharu, Kelantan, semalam.
Biarpun begitu bapa kanak-kanak tersebut, Ahmad Mustamam Alang Ahmad, 39, menjelaskan anak sulung daripada empat adik beradik itu tidak mempunyai sebarang kelebihan, sama seperti rakan sebayanya yang lain.
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Meranti itu berkata, minat Muhammad Haziq Amsyar untuk menunaikan ibadah sunat itu apabila mendapat penjelasan tentang kelebihan solat itu daripada datuknya, Raja Hasan Raja Bongsu, 85, dan neneknya, Tengku Kamariah Tengku Losin, 80.
“Saya dan keluarga selalu juga solat dhuha tetapi tidak setiap hari. Bila nak solat dhuha dia tanya mengenai kelebihannya. Ayah mentua dan ibu mentua saya selalu bercerita mengenai solat duha kepada dia. Daripada itu minatnya untuk solat duha.
“Bukan solat duha sahaja, Amsyar juga suka solat tahajud, dia selalu berpesan kepada saya supaya kejutkannya solat tahajud tetapi saya tidak galakan sangat pada hari sekolah, bimbang dia mengantuk di sekolah nanti,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Guru, Pintu Geng di sini hari ini.
Katanya, setiap hari anaknya itu tidak makan makanan di kantin dan akan membawa bekal yang disediakan oleh isterinya, Tengku Noor Adlina, 36, yang bekerja sebagai jururawat di Klinik Kesihatan Bandar di sini pada setiap hari.
Sejak semalam, gambar kanak-kanak itu solat seorang diri di dalam surau sekolah tersebut menjadi viral di laman sosial dan mendapat reaksi positif dari semua pihak.
Sementara itu, Muhammad Haziq Amsyar berkata, setiap kali waktu rehat dia akan meluangkan masa selama beberapa minit pada waktu rehatnya untuk menunaikan solat sunat yang menjadi rutin hariannya pada setiap pagi.
“Waktu rehat di sekolah pukul 9.45 pagi, sebelum menunaikan solat saya akan makan bekal yang diberikan oleh ibu dan kemudian bergegas ke surau untuk menunaikan solat Duha.
“Solat ini hanya beberapa minit sahaja dan saya masih ada masa untuk bermain dengan rakan lain kerana waktu rehat setengah jam, ada kawan-kawan ikut solat de­ngan saya sekarang,” katanya.
Tambahya, dia mula bersolat lima waktu sejak berusia lima tahun dan amalan solat duha di sekolah tidak membebankannya.

-Utusan

Monday, February 15, 2016

Gajah betina punya pasal



Beijing: Seekor gajah jantan yang patah hati merosakkan hampir 20 kereta di kawasan hutan simpan Taman Negara China di wilayah Yunnan selepas tewas pertarungan dengan gajah jantan lain berebutkan seekor gajah betina, semalam.

Menurut agensi berita Xinhua, renjer taman berkenaan menyatakan gajah yang cemburu itu merayau keluar dari hutan dan merosakkan kereta pengunjung dengan memecahkan cermin atau merosakkan badan kereta melepaskan marahnya.

Gajah yang diberi nama Zhusunya itu merosakkan 18 kereta ketika mengamuk selama sejam dengan orang ramai bertempiaran lari.

Difahamkan pemilik kereta terbabit akan diberi ganti rugi. Ada tidak sampai 250 gajah Asia di China sekarang ini dengan kebanyakannya tinggal dalam hutan di Yunnan yang bersambung dengan hutan Laos, Vietnam dan Myanmar.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/115187#sthash.0Gndc87l.dpuf

Sunday, February 14, 2016

Kepala bayi terputus ketika dilahirkan

Bayi maut putus kepala.  Agensi
 
MEDAN, Sumatera Utara - Seorang bayi maut selepas kepalanya terputus ketika ibunya, Farida Hanum sedang melalui detik cemas bagi melahirkannya di rumah dengan menggunakan khidmat bidan desa Aek Tarum, Bandar Pulau, Asahan, Sumatera Utara baru-baru ini.

Portal berita bangkapos.com melaporkan, semasa proses bersalin, kepala bayi yang baru keluar dari pintu rahim ibunya tiba-tiba terputus dan badan bayi malang itu tertinggal di dalam rahim ibunya.
Sejurus mendapati kepala bayi itu terputus, bidan desa yang sedang menyambut kelahiran bayi berkenaan bertindak pantas mengejarkan ibu bayi itu ke hospital berdekatan.
Difahamkan, Hanum telah dimasukkan ke Rumah Sakit Umum (RSU) Abdul Manan Simatupang.
Namun tanpa disedari bidan desa itu telah tertinggal kepala bayi terbabit di rumah Hanum. Selain itu, badan bayi yang terputus berjaya dikeluarkan dari rahim Hanum sebelum proses pembedahan dilakukan pihak hospital.
Hanum kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital.
Sejurus itu, keluarga Hanum bertindak membuat laporan polis mengenai kejadian itu di balai polis Asahan.
Pihak polis setakat ini masih melakukan siasatan lanjut membabitkan kejadian itu dengan melakukan soal siasat ke atas empat saksi.
Empat saksi yang dimaksudkan ialah bidan bersalin tersebut yang hanya dikenali sebagai B, 35; suami Hanum, RS dan M yang merupakan jiran tetangga kepada Hanum.
Pegawai polis Asahan, Tata Dirsa Atmaja berkata, ketika ini pasukan penyiasat masih melakukan siasatan ke atas bidan desa terbabit.
“Kesemua saksi sedang disoal siasat dan hingga saat ini, keterangan suspek masih dikumpul untuk semakan lanjut,” ujarnya.

-Utusan

Thursday, February 11, 2016

Cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia



Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya :

Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ?

Nabi menjawab : Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ). (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahawa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam, tiba-tiba datang seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata :

“Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia?

Rasul menjawab, Ada, engkau berdoalah untuk keduanya dan meminta diampunkan dosa-dosa mereka dan tunaikan wasiat dan janji-janji mereka dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarga mereka dan hormati serta muliakan kawan-kawan mereka.“ (HR. Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)


Wallahu a'lam.

*Tazkirah+Lenggang Kangkung 


Pelamin DIY



Kuala Lumpur: Demi merakamkan hari bersejarah dengan cara tersendiri, seorang lelaki sanggup membina pelamin perkahwinannya menggunakan kayu pallet terbuang yang dihiasi pelbagai koleksi barangan jenama Coca-Cola.

Ekhsan Aris dan pasangannya, Zalifah Shamsudin, masing-masing berusia 26 tahun sepakat memilih konsep itu dalam majlis persandingan mereka yang berlangsung di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang, Ahad lalu.

Kreativiti pasangan berkenaan menarik perhatian ramai selepas gambar persandingan mereka menjadi viral di laman sosial.

Menurutnya, dia mendapat ilham itu kira-kira dua minggu menjelang majlis perkahwinannya apabila melihat banyak kayu berkenaan terbiar di belakang rumah ibunya.

“Saya guna kemahiran bertukang untuk bina pelamin ini yang dapat disiapkan dalam masa tiga hari dengan dibantu abang ipar dan dua adik.

 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113958#sthash.YW4MvOio.dpuf

Wednesday, February 10, 2016

Cara Sujud Syukur


 




Sujud Syukur adalah dianjurkan pada masa mendapatkan nikmat atau ketika terhindar dari musibah.

Syarat sujud syukur :

1. Suci dari hadas kecil dan hadas besar. (Berwuduk).
2. Pakaian dan tempat yang suci.
3. Menutup aurat,
4. Menghadap kiblat.


Cara Sujud Syukur :

1. Niat (di dalam hati): "Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala".
2. Takbir.
3. Sujud hanya satu kali.
4. Mengangkat kepala dari sujud dengan mengucapkan takbir.
5. Duduk tanpa membaca tahiyat (tasyahud) dan diakhiri dengan mengucapkan salam.


Wallahu a’lam

*Lenggang Kangkung-Tazkirah

Tuesday, February 9, 2016

Kejang otot atas pokok petai



GOMBAK – Seorang lelaki berjaya diselamatkan oleh pihak bomba apabila dia tersangkut di atas sebatang pokok petai setinggi 12 meter dalam satu kejadian di Kampung Sungai Pusu di sini semalam.

Mangsa, Haizal Ipzul Latip Mohammad, 28, memanjat pokok petai berkenaan pada pukul 12 tengah hari untuk menurunkan buah petai sebelum dia tiba-tiba mengalami kekejangan otot pada kakinya.

Seorang rakannya yang berada di bawah pokok tersebut kemudian merasa cemas setelah mangsa tidak bergerak.

Bagaimanapun, Haizal Ipzul kemudian menjerit memberitahu rakannya bahawa dia mengalami kekejangan otot dan tidak boleh turun.

Rakannya itu kemudian meminta pertolongan penduduk kampung sebelum menghubungi bomba.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3zjGRt3Bt

Thursday, February 4, 2016

Potong lidah jika usik gadis



Amman: Pelawat yang mengunjungi Jordan perlu lebih berhati-hati apabila melihat gadis cantik. Ini kerana mereka kemungkinan hilang lidah sekiranya mengganggu gadis biarpun hanya dengan perkataan.

Seorang lelaki tempatan baru-baru ini didapati bersalah oleh panel satu kabilah Badwi kerana mengganggu seorang gadis masyarakat itu di Aqaba, bandar di selatan Jordan. Panel berkenaan menjatuhkan hukuman potong lidah ke atas lelaki itu.

Hukuman itu hampir dilaksanakan apabila keluarga lelaki itu berjaya mengumpul 40,000 dinar (RM237,000) dan membayarnya kepada mangsa pada saat akhir. Menurut akhbar di Jordan , panel itu menerima ‘diya’ itu dan memaafkan lelaki terbabit.

Mereka bagaimanapun, merampas keretanya dan memberinya kepada gadis itu. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112389#sthash.pQqpEQ5W.dpuf

Wednesday, February 3, 2016

Wajah dua beradik seperti orang tua

Anjali Kumari (kanan) dan Keshav Kumar kelihatan tua berbanding
 
RANCHI 3 Feb. – Dua beradik di India, Anjali Kumari, 7, dan Keshav Kumar yang baru berusia 18 bulan, menggemparkan penduduk kampungnya apabila rupa paras mereka kelihatan jauh lebih tua berbanding usia sebenar.

Adik beradik itu dilaporkan mengalami sindrom penyakit kulit yang jarang ditemui, iaitu Progeria yang membuatkan rupa paras seseorang yang mengalaminya kelihatan jauh lebih tua berbanding usia sebenar.
Anjali dan Keshav menetap di Ranchi, Jharkhand, bersama ibu bapa mereka, Rinki Devi, 35, dan Shatrughan Rajak, 40.
Anak sulung pasangan berkenaan, Shilpi, 11, tidak mengalami sindrom penyakit kulit tersebut.
Keadaan itu, menyebabkan dua beradik terbabit sering menjadi bahan ejekan ketika berada di luar rumah.
“Saya tahu rupa saya berbeza dengan budak-budak lain yang sebaya. Orang sering memerhatikan saya dan mengutuk rupa saya,” kata Anjali kepada Mail Online.
Kanak-kanak sekolah itu berkata, dia sering dipanggil dengan gelaran ‘daadi Amma’ (nenek), ‘budhiya’ (perempuan tua), ‘bandariya’ (monyet), dan ‘hanuman’ (seekor dewa monyet Hindu)
Ibu bapa kanak-kanak itu sangat berharap agar penyakit tersebut dapat dirawat, namun beberapa doktor di India memberitahu mereka agar pergi mendapatkan bantuan perubatan di luar negara.

-Utusan

Tuesday, February 2, 2016

Aktres makan telinga mayat


Paris: Pelakon Perancis, Béatrice Dalle mengaku pernah makan telinga yang dipotong dari mayat di rumah mayat ketika dia dan rakannya yang ketagih dadah giat mencuri mayat untuk dijual kepada pelajar perubatan. Béatrice, 51, pernah memainkan watak perempuan kanibal dalam filem Trouble Every Day pada 2001, dan baru-baru ini mengaku sebenarnya pernah menjamah daging manusia.

“Ketika itu kami di dalam rumah mayat dan terlalu lapar kerana baru mengambil dadah.“Kami menjamah telinga. Alah, bukannya penting pun dan dia (mayat) tidak merengus kerana tidak tahu pun kami memakan telinganya!” katanya.

Béatrice berkata demikian ketika diwawancara stesen televisyen Perancis untuk rancangan yang disiarkan semalam. Béatrice mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk disabitkan di Perancis atas kesalahan dadah, menyerang wardar trafik dan mencuri batu permata yang disorokkan dalam butnya.

Dia juga pernah ditahan di Miami, Amerika Syarikat kerana memiliki kokain.“Saya lebih banyak membuat perkara berbahaya dalam kehidupan sebenar berbanding dalam filem,” katanya. Béatrice sebelum ini menceritakan pelbagai perbuatan peliknya di rumah mayat di Paris, tempat dia bekerja sebelum menceburi bidang lakonan pada 1986 melalui filem Betty Blue.

Dalam kisah itu dia memainkan watak Betty yang tidak stabil emosi. Béatrice berkahwin selama 10 tahun dengan penyanyi rap Perancis Joey Starr. Dia kemudian mengahwini seorang banduan yang didakwa memukul dan merogol teman wanitanya pada 2005.

Béatrice berkata, dia jatuh ‘cinta pandang pertama’ dengan banduan itu ketika membuat penggambaran filem mengenai kehidupan di dalam penjara. Banduan itu, Guenaël Meziani, kemudian didapati bersalah merogol, tetapi pada 2009 dibenarkan keluar setiap hujung minggu. Béatrice menceraikan Meziani pada 2013 selepas lelaki itu mengugut membunuhnya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112105#sthash.JgQlMyi7.dpuf

Monday, February 1, 2016

Komrad Bala dijel 23 tahun



London: Seorang ketua ajaran sesat berfahaman Maoist yang didapati bersalah merogol dan memukul pengikut wanitanya serta mengurung anaknya sendiri selama lebih 30 tahun, dipenjara selama 23 tahun, semalam. Aravindan Balakrishnan, 75, yang juga dikenali sebagai Komrad Bala, menggunakan penderaan seks dan keganasan fizikal serta mental untuk mengekalkan wanita itu di bawah kawalannya.

Pendakwa raya berkata, dia mengubah kumpulan Komunis London Selatan yang diketuainya menjadi ajaran sesat peribadi dengan anggotanya mempercayai dia Tuhan.“Anda bertindak kejam ke atas mereka,” kata hakim Deborah Taylor ketika menjatuhkan hukuman itu di Mahkamah Southwark di London.

Anak kandungnya, Katy Morgan-Davies, yang dilahirkan oleh seorang daripada wanita dalam tahanannya, juga dibuli dan dipukul tidak dibenarkan meninggalkan rumah, bersekolah, bermain dengan rakan dan juga mendapatkan rawatan doktor.“Dia gemarkan keganasan dan bersikap seperti diktator. Dia mahu menjadi seperti Stalin, Mao atau Pol Pot,” kata Katy dalam wawancara dengan Sky News tidak lama dulu.

Balakrishan, menafikan semua tuduhan itu, tetapi dia di dapati bersalah oleh Mahkamah Southwark di London Disember lalu atas kesalahan selama hampir 34 tahun, termasuk kekejaman terhadap kanak, mengurung, merogol dan serangan tidak bermoral.

Dia bermula dengan menjadi ketua sebuah kumpulan komunis yang dinamakan Institut Pekerja di selatan London pada 1970-an dengan mengikuti ajaran Pengerusi Mao Zedong, pengasas China moden. Lama kelamaan jumlah anggota kumpulan itu berkurangan.

Dia mengancam baki pengikutnya, yang terdiri daripada beberapa wanita, termasuk seorang wanita Melayu berasal dari Jelebu Negeri Sembilan, Siti Aisyah Abdul Wahab, dengan apa yang digelarnya jentera kawalan minda kuasa ghaib yang dinamakannya ‘Jackie’ - singkatan daripada Jehovah, Allah, Christ, Krishna dan Immortal Easwaran.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111423#sthash.Z0z2RiPZ.dpuf