RANCHI 3 Feb. – Dua beradik di India, Anjali Kumari, 7, dan Keshav
Kumar yang baru berusia 18 bulan, menggemparkan penduduk kampungnya apabila rupa
paras mereka kelihatan jauh lebih tua berbanding usia sebenar.
Adik beradik itu dilaporkan mengalami sindrom penyakit kulit yang jarang
ditemui, iaitu Progeria yang membuatkan rupa paras seseorang yang mengalaminya
kelihatan jauh lebih tua berbanding usia sebenar.
Anjali dan Keshav menetap di Ranchi, Jharkhand, bersama ibu bapa mereka, Rinki Devi, 35, dan Shatrughan Rajak, 40.
Anak sulung pasangan berkenaan, Shilpi, 11, tidak mengalami sindrom penyakit kulit tersebut.
Keadaan itu, menyebabkan dua beradik terbabit sering menjadi bahan ejekan ketika berada di luar rumah.
“Saya tahu rupa saya berbeza dengan budak-budak lain yang sebaya. Orang sering memerhatikan saya dan mengutuk rupa saya,” kata Anjali kepada Mail Online.
Kanak-kanak sekolah itu berkata, dia sering dipanggil dengan gelaran ‘daadi Amma’ (nenek), ‘budhiya’ (perempuan tua), ‘bandariya’ (monyet), dan ‘hanuman’ (seekor dewa monyet Hindu)
Ibu bapa kanak-kanak itu sangat berharap agar penyakit tersebut dapat dirawat, namun beberapa doktor di India memberitahu mereka agar pergi mendapatkan bantuan perubatan di luar negara.
-Utusan

No comments:
Post a Comment