Monday, February 29, 2016

Buaya 'jaga' wang RM1.26j



Amsterdam: Hilang kepercayaan pada manusia mungkin menyebabkan ketua kumpulan pengedar dadah di sini menggunakan buaya bagi ‘mengawal’ wang hasil jenayah berkenaan. Aktiviti itu terbongkar selepas polis menyerbu beberapa lokasi di sini baru-baru ini dan menahan 11 suspek termasuk dua wanita yang dipercayai anggota kumpulan pengedar dadah.

Dalam serbuan berkenaan polis merampas beberapa kilogram pelbagai jenis dadah dan sejumlah senjata api daripada kumpulan itu. Polis juga menemui wang tunai berjumlah AS$300,000 (RM1.26 juta) di sebuah kediaman dipercayai milik ketua kumpulan itu yang ‘dikawal’ dua buaya.

Jurucakap polis berkata, wang tunai itu disembunyikan di satu lokasi rahsia dan perlu melalui satu kawasan yang menempatkan reptilia ganas berkenaan.“Ini sangat luar biasa dan kali pertama kami terpaksa berdepan dengan haiwan ganas seperti itu.“Kami pernah berdepan dengan ular atau anjing yang garang.

Kali ini ia sangat memberi cabaran kepada kami,” katanya. Menurutnya, suspek mungkin memilih untuk membela buaya kerana haiwan itu senang dijaga dan tidak makan dengan kerap.“Mungkin suspek ini juga tidak percaya pada manusia dan bimbang wangnya dicuri,” jelasnya.

Menurutnya, semua suspek yang berumur 25 hingga 55 tahun didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas kesalahan mengedar dadah.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/118703#sthash.qBB9r4UN.dpuf

No comments:

Post a Comment