AGENSI - TANGAN remaja ini dipotong bapa seorang bayi kerana disyaki merogol bayi perempuannya.
PUNJAB, India – Seorang bapa bertindak memotong tangan seorang remaja sehingga putus kerana merogol bayi perempuannya yang berumur tujuh bulan baru-baru ini.
Lelaki tersebut yang kini menyembunyikan diri daripada pihak berkuasa dikatakan mengikat seorang remaja pada pokok sebelum memotong tangannya menggunakan sebilah parang.
Kejadian tersebut berlaku selepas remaja berusia 17 tahun itu hadir ke mahkamah kerana didakwa merogol seorang bayi.
Ketika prosiding mahkamah, bapa bayi malang itu dilaporkan bersedia untuk memaafkan remaja berkenaan dan menerima perjanjian pampasan bagi mengurangkan hukuman.
Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang, lelaki tersebut menawar menumpangkan motosikalnya dan tiba di satu kawasan dia bertindak mengikat mangsa pada pokok sebelum memotong tangannya.
Remaja yang cedera parah itu dibawa ke hospital oleh orang ramai yang menemuinya, manakala bapa bayi terbabit sedang diburu polis. – Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0423&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz46nfwoYqZ
No comments:
Post a Comment