Monday, April 4, 2016

Ikan emas hidap tumor berjaya dibedah

Bubbles
Bubbles

MELBOURNE - AUSTRALIA. Seekor ikan emas yang menghidapi tumor yang mengancam nyawanya berjaya dibedah dengan selamat akhir bulan lepas.
Bubbles, 9 tahun dibedah oleh ahli veterinar, Dr. Tristan Rich.
Kata Dr. Tristan, tumor berkenaan menyebabkan Bubbles tidak mampu makan dan berenang dengan betul.
"Kami letak Bubbles dalam bakul mengandungi Anestetik dan selepas dia 'tidur', kami masukkan tiub oksigen ke mulutnya," kata Dr. Tristan menerangkan prosedur membedah Bubbles.
Selain dibedah, Bubbles juga diberikan suntikan bius kerana ia juga merasai kesakitan.
"Kami membedah Bubbles dengan pantas dan menutup luka pembedahan dengan gam tisu.
"Tak lama kemudian, Bubbles sedar dan bernafas dan berenang seperti biasa," kata Dr. Tristan kepada Yahoo News sambil tersenyum.
Seekor ikan emas mampu hidup sehingga 30 tahun, dan Dr. Tristan mungkin sudah memberikan Bubbles peluang untuk hidup selama 20 tahun lagi.


-Sinar

No comments:

Post a Comment