Tuesday, November 22, 2016

Sama-sama anti-Islam

Sami Buddha Myanmar dakwa selari dengan Trump



DHAKA 18 Nov. - Sami Buddha anti-Islam Myan­mar, Ashin Wirathu mengaitkan dirinya dan bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebagai mempunyai persamaan terhadap pandangan mereka tentang Islam.
Pemimpin kumpulan radikal Buddha Myanmar Ma Ba Tha, Wirathu berkata, dia menyokong tindakan pengundi AS memilih Trump sebagai Presiden selepas pe­mimpin parti Republikan itu dalam kempennya bercadang mahu mengharamkan umat Islam daripada memasuki negara ber­kenaan selain mening­katkan pengawasan terhadap masjid.
“Kami dipersalahkan oleh dunia yang menganggap kami berfikiran sempit tetapi kami hanya melindungi penduduk dan negara kami.
“Namun apabila penduduk di AS yang merupakan negara di mana bermulanya demokrasi dan hak asasi manusia memilih Trump, dia juga sama seperti saya kerana menekankan kepada nasiona­lisme, mungkin kami akan kurang dipersalahkan masyarakat antarabangsa selepas ini,” katanya.
Wirathu pada masa sama, mencadangkan idea untuk bekerjasama dengan kumpulan nasionalis di AS.
“Di AS, wujud pertubuhan seperti kami yang melindungi mereka daripada ancaman Islam dan kumpulan itu boleh datang ke Myanmar bagi berbincang atau mengemukakan cadangan.
“Myanmar tidak perlu mendapatkan pandangan daripada negara-negara lain tetapi mereka boleh mendapat idea dari Myanmar,” katanya.
Wirathu telah didakwa sebagai individu yang mencetuskan keganasan kebencian, mengeluarkan ke­­nyataan retorik anti-Islam di negara itu sehingga mendorong penduduk Buddha Myanmar merusuh yang mengakibatkan lebih 200 orang etnik Rohingya terbunuh pada tahun 2012 manakala ribuan lagi terpaksa menjadi pelarian.
Dalam perkembangan ber­asingan, penduduk Bangladesh di daerah Teknaf yang tinggal berhampiran dengan kawasan sempadan negara itu dan Myanmar menceritakan pengalaman mereka menyaksikan nasib malang etnik Rohingya berdepan tindakan kekerasan tentera.
“Sepanjang tempoh minggu lalu, kami menyaksikan api besar meranapkan beratus-ratus buah rumah ketika helikopter tentera melepaskan tembakan ke aras kawasan yang didiami penduduk Islam,” kata Mohammad Hossain. 

– AGENSI
- See more at: https://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sama-sama-anti-islam-1.409334#sthash.eKXPwy5t.dpuf

Monday, November 21, 2016

Balasan isteri curang

Nairobi: Rahsia seorang isteri yang curang dengan suaminya terbongkar dengan cara memalukan apabila dia melekat ketika melakukan hubungan seks dengan kekasihnya.
Pasangan itu dilaporkan melekat ketika mereka melakukan hubungan seks di rumah wanita berkenaan di sebuah bandar daerah Kisii, Kenya.
Ketika kejadian suami wanita itu tiada di rumah kerana keluar daerah atas urusan perniagaan.
Kerana kesakitan dan tidak dapat melepaskan diri, pasangan berkenaan yang melekat di bahagian kemaluan menjerit meminta tolong.
Beberapa jiran yang mendengar jeritan pasangan berkenaan kemudian memecah masuk rumah untuk membantu mereka.
Bagaimanapun, jiran yang masuk ke dalam rumah itu terkejut apabila melihat pasangan berkenaan melekat dalam keadaan bogel di atas katil.
Keadaan bertambah kecoh apabila orang ramai mula berkumpul di rumah itu melihat apa yang berlaku.
Suami wanita itu yang dihubungi seorang jirannya mengarahkan pasangan berkenaan dibawa berjumpa seorang bomoh.
Menurut media tempatan, suami wanita itu sudah lama mengesyaki isterinya berlaku curang tetapi dia tiada bukti untuk mengesahkannya.
Lelaki itu berjumpa seorang bomoh bagi mengenakan sihir terhadap isterinya.
Pasangan itu akhirnya berjaya dipisahkan selepas bertemu dengan bomoh berkenaan.

-Metro

Sunday, November 20, 2016

Tak mati dilanggar, diseret 18 meter

Johannesburg: Seorang wanita nyata masih panjang umur selepas dilanggar lari pemandu pikap yang turut mengheretnya sejauh lebih 18 meter di bawah tayar depan kenderaan terbabit.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan saat wanita itu dilanggar dan diheret ketika dia sedang melintas jalan yang sibuk di Johannesburg, Afrika Selatan.
Dalam rakaman itu, pikap berkenaan tiba-tiba muncul dengan dipandu laju sebelum melanggarnya. Wanita itu diheret sekurang-kurangnya 18 meter dengan kepala dan bahunya dapat dilihat jelas di bawah kenderaan itu.
Mangsa yang tidak dinamakan bagaimanapun terselamat dan kini dirawat di Hospital Akademik Charlotte Maxeke Johannesburg.
Polis menunggu laporan perubatan sebelum membuat siasatan rasmi, tetapi gerakan Kesedaran Masyarakat dan Risikan Jenayah Afrika Selatan sudah melancarkan gerakan memburu pemandu itu di Facebooknya.
Rakaman kejadian sudah disaksikan lebih 10,000 kali sejak dikongsi di Internet dengan keterangan: “Tolong sebarkan kepada semua. Mari kita sama-sama mencari pesalah dalam kes mengerikan ini.” 

- Agensi/Metro

Wednesday, November 16, 2016

Buang anak kerana tak mahu tinggal pesawat




Vienna: Seorang wanita Nigeria ditangkap selepas didakwa membuang anak yang baru dilahirkannya ke dalam tong sampah di sebuah tandas di lapangan terbang di sini.
Bayi itu ditemui oleh seorang pekerja di dalam beg plastik di Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna, tetapi mati di hospital beberapa hari lalu.
Pihak berkuasa mengesahkan wanita berusia 27 tahun itu yang namanya tidak didedahkan ialah ibu bayi itu.
Menurut laporan media tempatan, wanita itu yang tiba dari Minsk, Belarus dan mahu menaiki pesawat ke Washington, Amerika Syarikat memberitahu pihak berkuasa, dia membuang bayinya kerana tidak mahu terlepas penerbangan.
Jurucakap polis berkata, dia ditemui berlumuran darah di kawasan menunggu sebelum dibawa ke hospital.
Wanita itu dilaporkan berkata, dia menyangka dia keguguran dan anaknya mati, menyebabkan dia membuangnya ke dalam tong sampah.
Bagaimanapun, pegawai mengesahkan, bayi itu mati di hospital kerana kekurangan oksigen dalam tempoh lama.
Pembedahan mayat bayi itu akan dilakukan bagi memastikan kematiannya sementara wanita terbabit, seorang pelajar, masih ditahan.

-Metro

Penduduk bunuh perogol kanak-kanak


La Paz (Bolivia): Seorang lelaki yang dituduh merogol serta membunuh seorang budak perempuan berusia empat tahun dibelasah sebelum digantung sampai mati di khalayak ramai oleh penduduk kampung.
Lelaki didakwa fidofilia itu ditangkap di Reyes, utara Bolivia selepas polis menemui mayat kanak-kanak berkenaan beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, penduduk kampung yang marah dengan kejadian itu tidak sabar menunggu proses keadilan dan mengambil keputusan menjatuhkan sendiri hukuman terhadapnya.
Sekumpulan orang ramai menyerbu balai polis, tempat dia ditahan sebelum mengheretnya keluar ke jalan raya dan menggantungnya pada pokok.
Rakaman video menunjukkan kumpulan itu memecah masuk ke lokap balai berkenaan dan mengheret lelaki itu keluar.
Mereka juga memukulnya berulang kali. Keseluruhan kejadian mengambil masa hanya beberapa minit.
Polis tidak berupaya menghalang tindakan penduduk kampung kerana tidak ramai yang bertugas ketika itu.
Mangsa berusia empat tahun bukan penduduk tempatan, sebaliknya datang bersama ibu bapanya untuk pengebumian neneknya.
Pengarah Pasukan Khas Menentang Jenayah, Ivan Zambrana berkata: “Mayat mangsa dan lelaki terbabit sudah dihantar Palos Blancos, berhampiran La Paz.
Belum ada sesiapa ditahan kerana kejadian itu, dan polis masih menyoal siasat penduduk tempatan selain menggunakan video yang tersebar di media sosial untuk menyelesaikan kes berkenaan. 

- Agensi/Metro

Monday, November 14, 2016

Culik bayi kerana suka


Beijing: Seorang pekerja sebuah restoran didakwa menculik bayi pelanggannya dalam kejadian yang dirakam kamera litar tertutup premis berkenaan.
Rakaman menunjukkan wanita terbabit selamba berjalan keluar dari restoran itu dengan membawa bayi lelaki berusia 10 bulan terbabit di bandar Shiyan, tengah China.
Ibu bayi itu dilaporkan meninggalkan anaknya dengan wanita berkenaan selepas dia menawarkan untuk menjaga kanak-kanak itu seketika.
Bagaimanapun, apabila kembali mendapatkan anaknya, ibu bayi terbabit mendapati wanita berkenaan sudah hilang bersama bayinya itu.
Polis berjaya mengesan wanita dan bayi berkenaan dalam masa dua jam menggunakan rakaman kamera litar tertutup dan suspek mengaku menculik kanak-kanak terbabit atas alasan terlalu sukakannya dan mahu menjadikannya anak angkat.
Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan wanita itu membongkok di kaunter untuk melihat bayi berkenaan yang didukung rakan sekerjanya. Dia juga dilihat melihat keadaan sekeliling sebelum membawa bayi itu keluar dari restoran berkenaan. 

- Agensi/Metro

Sunday, November 13, 2016

Mayat dalam tin


Beijing: China terpaksa menafikan dakwaan bahawa ia memerap mayat sebelum memasukkannya dalam tin dan dijual sebagai bahan makanan di Afrika selepas khabar angin mengenainya menjadi viral di Facebook.
Khabar angin mengenai penggunaan daging manusia itu mula viral selepas beberapa gambar kononnya mayat manusia dilapah tersebar di media sosial, kononnya dirakam di dalam kilang memproses daging.
Media Zambia dituduh menggalakkan penyebaran khabar angin itu selepas menyiarkan artikel yang kononnya memetik sumber dari kilang memproses daging di China.
Menurut satu ‘sumber’ dipetik, idea untuk menjual daging manusia sebagai bahan makanan tercetus selepas pihak berkuasa menyedari ia semakin kehabisan ruang untuk mengebumikan mayat.


Ada pula mendakwa kononnya Beijing mahu menjual ‘daging yang elok’ hanya kepada negara maju dan kaya.

-Metro

Guna parang paksa suami pulang


Bangkok: Seorang isteri yang berang terhadap suaminya yang tidak pulang ke rumah kerana menghabiskan masa sepanjang malam minum arak, menggunakan parang untuk memaksa lelaki berkenaan pulang.
Wanita itu memandu sekeliling bandar untuk mencari suaminya di waktu puncak selepas dia gagal pulang malam sebelum itu.
Apabila melihat suaminya makan di sebuah gerai, dia memberhentikan keretanya.
Rakaman video yang dimuat naik dan viral di Internet menunjukkan wanita itu keluar dari keretanya dengan mengacukan parang pada lelaki itu. Wanita terbabit memarahi suaminya dan menyuruhnya menaiki kereta untuk pulang.
Dia memukul suaminya dengan parang itu apabila lelaki berkenaan cuba mencari alasan untuk tidak menaiki kereta.
Kejadian itu mengejutkan orang yang berada di tempat kejadian.
Berdasarkan kata-kata wanita itu yang didengar dalam rakaman berkenaan, suaminya tidak pulang ke rumah kerana berparti dan minum arak.

 - Agensi/Metro

Wednesday, November 9, 2016

Sanggup tinggal anak tepi jalan





Miri: Wanita berusia 36 tahun ditahan selepas didapati cuai meninggalkan anak perempuannya seorang diri di Jalan Bulan Sabit, Miri, di sini, pagi tadi.
Kanak-kanak berusia dua tahun itu dilihat berjalan seorang diri pada 10 pagi sebelum orang ramai menghantarnya ke Balai Polis Pusat Miri.
Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, ibu kanak-kanak itu kemudiannya datang ke Balai Polis Pusat Miri bagi menuntut anaknya.
Bagaimanapun, menurutnya menahan wanita itu kerana cuai serta terbabit dalam salah guna dadah.
"Ujian air kencing mendapati suri rumah itu positif dadah jenis amphetamine," katanya.
Kanak-kanak itu kini ditempatkan di rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri untuk sementara waktu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta Kanak-kanak 2011.

-Metro

Tuesday, November 8, 2016

Mengamuk tak dapat buah

Beijing: Seorang lelaki kini mungkin serik serta menyedari cinta dan kasih sayang bukan setakat boleh diucapkan dengan kata-kata sahaja, tetapi juga dengan wang, selepas dia ditendang di kemaluan oleh kekasihnya kerana enggan membelikannya buah.
Pasangan muda itu dalam perjalanan pulang apabila melintasi sebuah gerai buah-buahan tempatan.
Pertengkaran meletus antara mereka apabila lelaki itu membantah selepas kekasihnya meminta dia membelikan buah.
Tidak jelas buah apa yang diminta wanita itu tetapi teman lelakinya dilaporkan berkata, dia tidak mahu menghabiskan wang kerana buah itu terlalu mahal.
Pasangan itu bertengkar di hadapan penjual berkenaan dengan wanita itu menuduh kekasihnya kedekut.

-Metro

Monday, November 7, 2016

Penguin mengamuk lihat 'isteri' curang

Penguin mengamuk lihat 'isteri' curang



HAIWAN juga ada perasaan! Seekor penguin bagaikan 'hilang akal' apabila pulang ke sarang dan menjumpai 'sang isteri' bersama penguin jantan lain.

Bagaikan kisah cinta tragik, 'si suami' terus menerkam penguin jantan di situ dan memulakan pergaduhan.
Kedua-dua penguin jantan memukul lawan masing-masing sehingga berlumuran darah selama beberapa minit.

Dalam keadaan berlumuran darah, 'skandal' si isteri pulang ke sarang, sambil sang suami mengekori.

Pergaduhan tercetus lagi di dalam sarang di mana sang isteri hanya melihat tanpa meleraikan pergaduhan kedua-dua penguin jantan berkenaan.

Akhirnya, sang suami mengaku kalah, kelihatan ia seolah-olah mengatakan sesuatu kepada sang isteri, umpama merayu untuk sang isteri menerimanya kembali.

Si isteri bagaimanapun memeluk 'teman lelakinya', menyebabkan si suami berlalu pergi.

Kejadian berkenaan berjaya dirakam dan disiarkan oleh National Geographic malam semalam.

Rakaman tersebut pantas viral di laman sosial, sambil majoriti pelayar terkejut dengan kejadian tersebut.

"Si suami kalah, hilang keluarga, kemudian berlalu pergi. Tidaaakkkkkk!" kata Chieft di Twitter.

"Ini adalah kisah penguin paling menyedihkan saya tonton tahun ini," kata Shayne.

"Si suami merayu kepada si isteri, tetapi si isteri tidak mahu menerima si kalah," tulis Jack.

-Sinar

Dulu penjual teh kacak, kini penjual sayur cantik

Dulu penjual teh kacak, kini penjual sayur cantik

GORKHA - NEPAL. Selepas penjual teh kacak, Arshad Khan mendapat perhatian netizen, kini giliran seorang penjual sayur pula untuk mencipta nama.

Penjual sayur tersebut, Kusum Shrestha, 18 menarik perhatian laman sosial selepas fotonya sedang menjual sayur dimuat naik.

Beberapa foto lain ketika beliau berjalan membawa epal juga telah dimuatnaik dengan hashtag #Sabjiwali dan #Tarkariwali yang bermaksud 'penjual sayur'.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pembuat teh kacak tarik perhatian]

Kusum memberitahu BBC beliau merupakan seorang pelajar yang kini sedang bercuti dan menolong ibu bapanya menjual sayur dan buah.

"Kawan saya tanya adakah saya individu yang viral di laman sosial, saya kata tak tahu," kata Kusum.

Kusum berkata, kawannya kemudian menunjukkan foto-foto yang viral tersebut kepadanya.

"Saya terkejut individu itu adalah saya. Hari foto diambil, saya sedang tolong keluarga saya jual sayur ketika jurugambar, RupChandra mengambil foto saya. Tapi ketika itu, saya tidak tahu foto saya sedang diambil," jelas Kusum.

Warga laman sosial memuji-muji kecantikan Kusum dan mengusik beliau patut menjadi pasangan penjual teh kacak, Arshad yang berasal dari Pakistan.

Arshad pula menarik perhatian laman sosial selepas jurugambar, Jiah Ali memuat naik fotonya yang sedang membuat teh di laman sosial, Oktober lepas.

-Sinar

Sunday, November 6, 2016

Seluar dalam disumbat coklat




Moscow: Dua wanita dirakam kamera litar tertutup (CCTV) mencuri gula-gula dan coklat di sebuah pasar raya dengan cara pelik apabila menyumbatnya ke dalam seluar dalam.
Dua wanita itu yang memakai gaun pendek dilihat berlegar-legar di sekitar laluan yang mempamerkan gula-gula serta coklat sebelum menyelak pakaian mereka dan menyembunyikan hasil curian di dalam seluar dalam.
Seorang wanita terbabit juga dilihat menggerak-gerakkan badannya mungkin untuk memastikan keadaannya lebih selesa dengan manisan berkenaan di dalam seluar dalamnya sebelum mereka keluar dari pasar raya berkenaan.
Tiada kakitangan pasar raya kelihatan ketika kejadian.
Media tempatan melaporkan polis kini memburu dua wanita berkenaan dan menyiarkan rakaman kejadian itu sebagai usaha untuk menjejak mereka.
Seorang pengguna media sosial yang melihat rakaman itu berkata: “Senangnya mereka mencuri. Mungkin mereka terpaksa berlatih lama untuk membiasakan diri.”
Manakala seorang lagi pula menulis: “Pasti coklat itu cepat cair. Baik mereka makannya cepat-cepat.”

 - Agensi/Metro

Wednesday, November 2, 2016

'Kalau tak nak derma pun, tak payah lah tampar'

'Kalau tak nak derma pun, tak payah lah tampar'

RAKAMAN seorang lelaki mendakwa seorang pengutip derma menipu dan menamparnya viral di laman Facebook hari ini.
Seorang pelayar yang memuatnaik video berkenaan mendakwa kejadian berkenaan berlaku di hadapan sebuah bank di Kuala Kangsar.
Menurut laporan portal tempatan, lelaki terbabit pada mulanya memarahi pengutip derma berkenaan yang mendakwa mengutip derma untuk pembukaan pondok agama dan jualan tanah wakaf.
Pengutip derma tersebut menafikan dia menipu untuk mengutip derma, selain mendakwa dirinya adalah wakil dari jabatan agama.
Walau bagaimanapun, lelaki yang memarahinya mempertikaikan kesahihan 'cerita' pengutip derma tersebut.
Lelaki itu kemudian menampar pengutip derma berkenaan sambil mencabar pengutip derma terbabit datang semula dan membawa wakil pejabat agama.
Video berkenaan yang dikongsi lebih 3,000 pelayar menarik reaksi berbeza.
Segelintir pelayar menganggap lelaki berkenaan bertindak keterlaluan dengan menampar pengutip derma terbabit.
"Tak mau derma sudah...tak payah la tampar," kata Mohd.
"Kesiannya. Kalau taknak derma, tak payah la layan. Jalan je," kata Shahirah.
"Saya (bagi) viral sebab hak menghukum bukan pada kita. Kita derma pahala sedekah kita dapat. Tu bahagian kita. Kemana duit sedekah tu pergi, tu urusan dia dengan ALLAH," kata individu yang memuatnaik video berkenaan.

-Sinar

Tuesday, November 1, 2016

Mampu hidup lama jika ‘ketagih’ Facebook?

SAN DIEGO 1 Nov. - Peminat Facebook kini mem­punyai alasan untuk menghabiskan masa lebih lama dalam laman sosial itu apa­bila kajian oleh Universiti California, San Diego mendapati me­reka yang ‘ketagih’ Facebook mam­pu hidup lebih lama.
Namun begitu para penyelidik menegaskan, keadaan itu hanya meliputi mereka yang menggu­nakan laman sosial tersebut un­tuk mengekalkan dan mempertingkatkan hubungan sosial dalam dunia realiti.
Kajian terhadap 12 juta pengguna Facebook itu turut mendapati tidak kira berapa banyak ‘like’ yang mereka peroleh tetapi interaksi dalam talian merupa­kan aktiviti sihat apabila dila­kukan secara sederhana dan di­tambah dengan hubungan di lu­ar talian.
Kajian yang diketuai oleh penyelidik, William Hobbs dan James Fowler dengan kerjasama rakan sekerja mereka di Facebook dan Yale telah disiarkan menerusi jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.
Kata Hobbs, kesan negatif akan wujud apabila pengguna menghabiskan masa dalam ta­lian tetapi tidak berhubungan dalam dunia sebenar.
Portal Daily Mail melaporkan, kajian berkenaan mengesahkan penemuan para saintis yang telahpun mengetahui bahawa individu yang mempu­nyai hubungan sosial yang kukuh dalam dunia sebenar hidup le­bih lama.
Tetapi, untuk pertama kali­nya perkara yang berlaku dalam talian turut memberi kesan terhadap manusia.
Kajian itu juga mendapati pengguna Facebook yang bersetuju menerima rakan baharu dalam laman sosial tersebut adalah mereka yang hidup pa­ling lama.
Mereka yang mempunyai hu­bungan di luar talian yang lebih tinggi dengan mengambil kira tindakan memuat naik banyak gambar selain aktiviti bersemuka, menjalani jangka hayat hebat yang lebih lama.
Pengguna yang mempunyai banyak laman sosial iaitu antara 30 peratus sehingga 50 peratus, hidup lebih lama berbanding mereka yang hanya mempu­nyai 10 peratus laman sosial iaitu pe­nemuan yang konsisten de­ngan kajian lama tentang hubungan di luar talian dan jangka hayat manusia.
Para penyelidik berkenaan berharap kajian seterusnya mam­pu memberi kefahaman yang lebih baik terhadap jenis pengalaman sosial dalam talian yang mampu melindungi kesihatan.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mampu-hidup-lama-jika-8216-ketagih-8217-facebook-1.402466#sthash.1d7M79up.dpuf