Wednesday, November 16, 2016

Buang anak kerana tak mahu tinggal pesawat




Vienna: Seorang wanita Nigeria ditangkap selepas didakwa membuang anak yang baru dilahirkannya ke dalam tong sampah di sebuah tandas di lapangan terbang di sini.
Bayi itu ditemui oleh seorang pekerja di dalam beg plastik di Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna, tetapi mati di hospital beberapa hari lalu.
Pihak berkuasa mengesahkan wanita berusia 27 tahun itu yang namanya tidak didedahkan ialah ibu bayi itu.
Menurut laporan media tempatan, wanita itu yang tiba dari Minsk, Belarus dan mahu menaiki pesawat ke Washington, Amerika Syarikat memberitahu pihak berkuasa, dia membuang bayinya kerana tidak mahu terlepas penerbangan.
Jurucakap polis berkata, dia ditemui berlumuran darah di kawasan menunggu sebelum dibawa ke hospital.
Wanita itu dilaporkan berkata, dia menyangka dia keguguran dan anaknya mati, menyebabkan dia membuangnya ke dalam tong sampah.
Bagaimanapun, pegawai mengesahkan, bayi itu mati di hospital kerana kekurangan oksigen dalam tempoh lama.
Pembedahan mayat bayi itu akan dilakukan bagi memastikan kematiannya sementara wanita terbabit, seorang pelajar, masih ditahan.

-Metro

No comments:

Post a Comment