Moscow: Dua wanita dirakam kamera litar tertutup (CCTV) mencuri gula-gula dan coklat di sebuah pasar raya dengan cara pelik apabila menyumbatnya ke dalam seluar dalam.
Dua wanita itu yang memakai gaun pendek dilihat berlegar-legar di sekitar laluan yang mempamerkan gula-gula serta coklat sebelum menyelak pakaian mereka dan menyembunyikan hasil curian di dalam seluar dalam.
Seorang wanita terbabit juga dilihat menggerak-gerakkan badannya mungkin untuk memastikan keadaannya lebih selesa dengan manisan berkenaan di dalam seluar dalamnya sebelum mereka keluar dari pasar raya berkenaan.
Tiada kakitangan pasar raya kelihatan ketika kejadian.
Media tempatan melaporkan polis kini memburu dua wanita berkenaan dan menyiarkan rakaman kejadian itu sebagai usaha untuk menjejak mereka.
Seorang pengguna media sosial yang melihat rakaman itu berkata: “Senangnya mereka mencuri. Mungkin mereka terpaksa berlatih lama untuk membiasakan diri.”
Manakala seorang lagi pula menulis: “Pasti coklat itu cepat cair. Baik mereka makannya cepat-cepat.”
- Agensi/Metro
No comments:
Post a Comment