Sunday, October 22, 2017

Hilang akal telefon 'terjun' tasik



Beijing: Seorang wanita dirakam ‘hilang akal’ selepas telefon bimbitnya terjatuh ke dalam tasik ketika dia mengambil gambar, malah terpaksa ditahan daripada terjun ke dalam air untuk mengambil alat komunikasi itu.
Kejadian itu dirakam seorang penumpang yang bersamanya menaiki pelayaran di Tasik Erhai, Yunnan.
Selama lebih seminit, wanita itu yang resah dan menjerit berusaha terjun ke dalam air tasik sedalam tujuh meter itu tetapi berjaya dihalang lima atau enam orang yang berada di kelilingnya.
Mereka turut dilihat memujuknya supaya tidak bertindak sembarangan.
Rakaman itu menunjukkan dia berjaya dipujuk sebelum penumpang yang mengambil video berkenaan tiba-tiba dimarahi rakan wanita berkenaan.
Menurut Sina Video, pekerja pembersihan berusaha mencari telefon bimbit wanita itu tetapi tidak berjaya disebabkan air yang terlalu dalam dan keruh.
Seorang pengguna Weibo berkata, wanita itu sebenarnya bukan sedih kehilangan telefon, sebaliknya tidak lagi boleh mengambil serta menghantar gambar dan video di WeChat.
“Tak gunalah mengembara jika tidak boleh berkongsi gambar,” kata pengguna itu. - Agensi/Metro

No comments:

Post a Comment