Bangkok: Seorang wanita yang mendakwa pernah berpacaran dengan 5,000 lelaki kaya kini membuka kelas secara dalam talian bagi mengajar wanita cara-cara untuk menggoda lelaki kaya.
Praiya Suriya, 24, terkenal di Facebook kerana sering menonjolkan kehidupan mewahnya dan selalu memberi nasihat mengenai hubungan dengan lelaki.
Wanita itu yang dikenali sebagai Madam Raya mendakwa dia adalah pakar menggoda terutama lelaki warga asing dan sudah berpacaran dengan 5,000 lelaki kaya.
Madam Raya baru-baru ini menawarkan kelas berbayar secara dalam talian dengan memberi jaminan membantu pelajarnya menggoda lelaki kaya idaman mereka.
Wanita itu juga bakal mendedahkan rahsia bagaimana mendapatkan wang dan hadiah mewah daripada lelaki kaya yang digoda.
-Metro
No comments:
Post a Comment