Tuesday, April 29, 2014

Tak mesti tak bertudung ke neraka?


SAYA kira pembaca budiman sudah selalu ke masjid dan surau di kawasan sendiri, tetapi apabila ada peluang, kunjungilah masjid ketika dalam perjalanan balik kampung atau di tempat-tempat baru bagi anda.

Di samping mengimarahkan masjid dan menikmati ganjaran beriktikaf dan pahala berganda dengan menunaikan solat berjemaah, anda juga akan menyaksikan banyak perkara berbeza dan menarik.

Anda akan dapati hampir setiap masjid dan surau yang ada di seluruh pelosok negara ini mempunyai keistimewaan masing-masing.

Di zaman digital ini, banyak masjid sudah menggunakan skrin raksasa untuk memaparkan isi khutbah Jumaat ketika khatib menyampaikannya atau ketika ceramah disampaikan.

Kalau dengan cara itu pun masih ada jemaah yang boleh tersengguk-sengguk mengantuk, tak tahulah apa nak dikatakan lagi!

Di banyak masjid dan surau, di samping mempamerkan waktu solat, kemudahan digital digunakan untuk mengiklankan program yang dianjurkan seperti sesi pengajian dan kuliah, juga untuk memberi peringatan, nasihat dan amaran.

Banyak yang mengingatkan jemaah supaya tidak bercakap perkara yang sia-sia dalam masjid, tidak tidur di ruang solat atau menasihatkan umat Islam membaca doa masuk dan keluar masjid serta doa iktikaf, antaranya.

Sejauh mana kesan daripada peringatan yang diberi menggunakan kemudahan digital itu, wallahualam. Yang penting ada usaha ke arah kebaikan.

Ada pentadbir masjid yang agak ‘brutal’, yang memilih untuk memaparkan ayat-ayat amaran sebagai peringatan kepada umum.

Banyak masjid mempamerkan ayat seperti ‘Solatlah di belakang imam sebelum imam solat di belakang kamu’, ‘Bacalah al-Quran sebelum al-Quran dibaca di hadapan kamu’ atau ‘Pergilah ke masjid sebelum kamu dibawa ke masjid’.

Ayat begini tidak syak lagi merupakan peringatan supaya kita sentiasa ingat kepada mati, menunaikan perintah ALLAH dan meninggalkan laranganNya.

Masalahnya yang membaca peringatan yang diulang-ulang di skrin setiap masa itu ialah mereka yang kerap ke masjid.

Bagi yang tidak ke masjid, siapa yang akan mengingatkan mereka tentang perkara seperti itu?

Saya kira tentulah yang selalu ke masjid perlu mengambil tanggungjawab itu. Jika tidak, mesej itu mati di situ sahaja.

Sebenarnya, pergi ke masjid boleh dapat banyak cerita dan berita baru lagi menarik.

Ramai penceramah, apa lagi yang celek teknologi maklumat, bukan calang-calang.

Mereka pun ikuti perkembangan melalui internet dan mampu menyampaikan kepada anda apa yang sedang tersebar dan menjadi polemik dalam laman sosial.

Di sebuah masjid yang saya pergi baru-baru ini, umpamanya, penceramahnya menyentuh tiga isu kontroversi.

Pertama tentang dakwaan tidak semestinya wanita tidak bertudung masuk neraka; kedua mengenai luahan orang yang sanggup ke neraka dalam mempertahankan perlakuannya dan ketiga tentang persoalan terhadap penggunaan hadis oleh ustaz.

Penceramah yang memiliki PhD dalam bidang agama itu jelas tidak senang dengan kenyataan-kenyataan seperti itu turut menyentuh tentang pengertian syirik dan murtad dalam penjelasannya ringkasnya itu.

Di akhir penjelasannya, beliau berkata, kalau ALLAH mahu memasukkan orang yang melanggar perintahNya ke syurga dan memasukkan orang yang patuh kepada perintahNya ke neraka, tiada siapa boleh menghalang, kerana ALLAH berhak lakukan apa sahaja yang ALLAH mahu.

Tetapi apakah ALLAH akan melakukan demikian?

Beliau membaca Surah al-Baqarah ayat 286 yang sebahagiannya bermaksud: “...Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”

Beliau juga merujuk kepada Surah Ali Imran, ayat 9 yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan himpunkan sekalian manusia untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya ALLAH tidak memungkiri janjiNya. - Surah Ali’Imran : 9.

Apakah ALLAH akan lakukan apa yang bertentangan dengan apa yang ALLAH sendiri janjikan?

-FARUSH KHAN/SH

Monday, April 28, 2014

Dua beradik mati dikelar amah


Sungai Buloh: Dua beradik lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun dikelar hingga mati menggunakan pisau oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Putra, di sini petang semalam.

Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia itu ketika ibu bapa, datuk dan nenek mangsa keluar sejak jam 8 pagi untuk menguruskan perniagaan kedai kopi milik mereka.

Jiran yang mahu dikenali sebagai S Sivakumar, 34, berkata, biasanya seluruh keluarga berkenaan termasuk datuk dan nenek serta ibu bapa kanak-kanak berkenaan akan keluar rumah jam 8 pagi dan pulang semula jam 6 petang.

"Kejadian itu hanya disedari nenek kanak-kanak itu yang pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang tadi (semalam) dan ketika itu, keadaan rumah agak sunyi.

"Selepas memanggil nama cucunya dari luar, nenek kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah sebelum terkejut selepas ternampak cucunya yang berusia enam bulan berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri manakala pembantu rumah yang berlumuran darah pula berada berhampirannya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, terkejut dengan penemuan itu, nenek kanak-kanak itu mencari seorang cucunya yang berusia dua tahun sebelum menemuinya dalam keadaan leher dikelar di tingkat dua rumah berkenaan.

Katanya, nenek kanak-kanak itu kemudian menghubungi polis dan ahli keluarga lain memaklumkan kejadian itu.

Berdasarkan sumber polis, kejadian berkenaan dilakukan pembantu rumah terbabit berikutan tiada kesan pecah masuk rumah malah tiga anjing jenis Rottweiler tidak menyalak sepanjang kejadian.

-Metro

Sunday, April 27, 2014

Boleh ingkar suami


Kuala Lumpur: “Seorang isteri berhak menuntut cerai fasakh sekiranya dipaksa suami melakukan perkara diharamkan syarak,” kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang.

Menurutnya, seorang isteri tidak dianggap ‘nusyuz' walaupun melanggar perintah suami kerana perbuatan itu boleh mendatangkan kemudaratan bukan sahaja kepada diri, malah kepada agama.

Beliau mengulas pendedahan berita Harian Metro Sabtu lalu berhubung tindakan ganas seorang suami yang memukul isterinya selain memaksa wanita terbabit menjadi pelacur bagi melangsaikan hutang judi.

Mangsa yang menderita sejak setahun lalu akhirnya melarikan diri dari rumah bersama bayi berusia lapan bulan sebelum turut membuat laporan polis di Balai Polis Cheras, di sini.

Musa berkata, seorang isteri juga mempunyai hak untuk melawan suami sekiranya dipaksa melakukan perbuatan maksiat.

“Terdapat dua tindakan yang boleh diambil si isteri iaitu membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam dan si suami boleh didakwa di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah jika melacurkan isteri.

“Tindakan kedua adalah si isteri berhak untuk memfailkan cerai fasakh dengan keluar daripada rumah berkenaan, duduk di tempat selamat serta meminta cerai fasakh,” katanya, semalam.

Menurutnya, seorang isteri mempunyai pilihan sama ada patuh kepada arahan suaminya untuk melakukan perbuatan maksiat atau patuh kepada perintah Allah.

“Dalam soal ini, isteri harus berani dan tidak menurut sahaja arahan suami secara membuta tuli walaupun disakiti secara fizikal,” katanya Sementara tokoh agama yang juga pendakwah bebas, Datuk Hassan Mahmud menasihati golongan suami supaya memelihara amanah Allah SWT serta menjaga keselamatan dan kehormatan diri isteri.

Menurutnya, setiap pasangan perlu menjaga amanah Allah ini dan tidak patut berbuat perkara berdosa, kejam serta dilarang dalam Islam.

“Malah dalam Islam, isteri diibaratkan seperti pakaian kita di mana ia perlu dijaga dengan baik dan diletakkan di dalam almari bukan dengan mencampaknya ke dalam tong sampah.

“Dalam soal ini, suami atau lelaki yang bertindak sedemikian kemungkinan mempunyai kerosakan di dalam dirinya dan perlu dirawat dengan segera dari segi fizikal, mental dan rohani,” katanya,

-Metro.

Lihat diri rasa syukur nikmat Ilahi


Bersyukur kepada Allah SWT ialah tanda pertama hikmah. Sesiapa yang bersyukur kepada Allah SWT bermakna dia bersyukur untuk dirinya. Bermula daripada kelahiran, maka nikmat Allah SWT yang tidak boleh dihitung terus-menerus dianugerahkan kepada manusia dalam segala segi.

Bumi tempat tinggal manusia

Kesihatan, makanan, tempat tinggal, pasangan, udara, matahari, ilmu, bakat, kepakaran, harta, zuriat, haiwan ternakan, emas, perak, ladang dan sebagainya. Bumi yang menjadi tempat tinggal manusia dijadikan Allah SWT sebagai tempat kediaman yang sesuai lagi menenangkan jiwa.

Bulan yang menyinari waktu malam memberi cahaya serta panduan hitungan musim dan kalendar. Graviti yang ditakdirkan ke atas bumi sangat sesuai untuk kehidupan manusia dan makhluk lainnya. Bijirin dan makanan dikeluarkan tumbuhan selepas siraman air hujan yang turun sepanjang tahun.

Perhatikan pula seluruh haiwan, besar atau kecilnya dipermudahkan untuk kegunaan manusia. Ini nikmat kurniaan yang besar kepada manusia. Gajah yang besar tunduk kepada manusia, apatah lagi binatang ternak yang memenuhi padang rumput dengan mudah dikawal manusia.

Nikmat Allah kepada manusia

Kuda ditunggangi untuk perjalanan dan peperangan. Unta menyeberangi padang pasir dengan penuh kesabaran. Anjing mengikut perintah tuannya. Ayam itik menjadi makanan harian manusia. Ini sebahagian nikmat Allah SWT untuk manusia.

Apabila manusia merenungi dirinya pula maka timbul rasa kesyukuran yang sangat tinggi terhadap setiap anggota dan pancaindera kurniaan Ilahi. Merenungi anatomi mata manusia yang begitu kompleks, deria dan fungsi setiap komponen serta saraf yang berkaitan dengan penglihatan, meninggalkan rasa kagum yang tidak berkesudahan ke atas nikmat kurniaan Ilahi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami pasti menambah (nikmat) kepada kamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), sesungguhnya azab-Ku pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).

-BH

Friday, April 25, 2014

Tok Kenali pelopor transformasi


TOK KENALI, atau nama sebenarnya Hj Mohamad Yusof Ahmad, adalah seorang ulama pondok tersohor. Lahir di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kelantan sekitar 1860an, beliau bagaikan magnet yang mampu dekatkan pemerintah istana dengan rakyat, antara ahli agama dengan karyawan, serta membina jambatan antara pemimpin dengan orang biasa.

Berguru dengan ulama pondok hebat Hj Wan Ahmad al-Fatoni, beliau mahir dalam pelbagai cabang ilmu agama. Tok Kenali adalah tokoh rohaniah, malah pemikir, penulis dan guru. Di Malaysia, muridnya ribuan orang, datangnya dari dalam dan luar negara.

Malah ramai di antara mereka yang kemudian membuka pondok di merata tempat. Antara muridnya ialah Hj Nik Mahmud Ismail, yang kemudian menjadi Menteri Besar. Sebagai ahli bahasa, beliau mahir 12 ilmu bahasa Arab.

Selama 22 tahun di luar negara, 12 tahun beliau mengajar tauhid, feqah, nahu, tafsir dan tasauf di Makkah. Antara jasanya ialah idea menubuhkan Majlis Agama Islam dan kemudian menjadi anggotanya, menjadi guru besar di Masjid Muhammadi, ahli Majlis Ulama dan pengarang Majalah Pengasuh.

Tok Kenali juga seorang futurist dan berwawasan. Banyak idea dan pandangannya masih relevan hingga ke hari ini. Beliau menekankan adab dan disiplin kerana inilah faktor yang mengangkat maruah sesuatu bangsa.

Katanya, sesuatu bangsa perlu capai kemajuan dengan mencontohi bangsa yang sudah maju dan berjaya, namun penting bertunjang pada tradisi agar tidak menjadi lalai. Beliau mengajar umat bekerja bersungguh-sungguh dan sabar kerana ini adalah kunci kejayaan.

“Manusia tidak menikmati kesempurnaan dengan mudah untuk mendaki ke puncak, kejayaan menghendaki seseorang itu banyak bersabar, kerana kalau berharap mencapai ketinggian dengan tiada berusaha sama seperti orang menjalankan bahtera di atas darat, sebab bahtera tidak ada yang berlari di atas tanah yang kering.”

Dalam melahirkan kekecewaan tentang tahap kemajuan bangsa Melayu yang rendah, beliau sebenarnya mencabar dan mendorong bangsanya untuk bangun menjadi maju.

“Anak-anak putera saya ini tiada sangat berbeza di antara masa mereka berteduh di bawah telinga gajah (kerajaan Siam) dan masa mereka itu berteduh di bawah dagu Singa (kerajaan British)... Ayuhai ahli Semenanjung Tanah Melayu, marilah kita munafakat menjadi satu kalimah, supaya mudah kita buat kerja tolong menolong...

Puaslah saya menanti dari berdiri hingga duduk, dan dari duduk hingga tidur, orang-orang yang pandai buat kerja. Saya harap daripada mereka yang boleh buat kerja itu berhalus-halus dan perlahan-lahan pada menariknya yang liar pada jinak, jangan penat sahaja maksudnya tiada hasil.

Tiadalah puas hati saya mati sebelum saya lihat perubahan yang baru lagi elok.” Pada saya, jelas Tok Kenali adalah antara pelopor transformasi yang terawal. Beliau mengambil berat tentang umat Melayu-Islam.

Pernah masyarakat berdebat tentang istilah Melayu pada awal 1920an. Ada yang kata Melayu malas, tak bangga menjadi Melayu, malah ada yang mencadangkan supaya istilah ‘Melayu’ ditukar sebab ada bunyi ‘layu’ padanya.

Tapi dalam bahasa Jawa, ‘layu’ maknanya ‘lari’ - ada konotasi laju dan kuat di situ. Tok Kenali mengkaji perkara ini dari sudut etimologi, antropologi dan tingkah laku bangsanya. Akhirnya, dalam Majalah Al-Hidayah (1923), dia melahirkan bangkangannya terhadap cadangan yang tidak munasabah itu.

Katanya, mengubah nama bangsa tidak boleh mengubah tingkah laku orang Melayu. Yang penting ialah perubahan dari segi pendidikan dan kebijaksanaan. Dia mengambil contoh orang Jepun, yang mampu mencapai kemajuan tinggi namun tetap setia dan bangga dengan cara hidup mereka.

Tok Kenali berkata orang Melayu bukan lemah jika dilihat daripada tanggungjawab dan kerja berat yang mereka buat. Dia menjelaskan, orang Eropah pun mengakui otak orang Melayu sama dengan otak orang Jepun.

Kita ingin melihat adanya jiwa dan semangat Tok Kenali dalam kalangan ulama dan tok guru pondok masa kini. Mari kita hayati kata-kata Tok Kenali ini.

Katanya: “Hendaklah kita berbuat sesuatu yang dapat menunjukkan bahawa kita dapat berbuat baik sekurang-kurangnya jauh berbeza dengan masa yang sudah-sudah, diharapkan kepada Tuhan kita berada dalam perubahan yang baik.”

-DR MASHITAH IBRAHIM/Sinar

Thursday, April 24, 2014

Larangan mencabut uban


SOALAN:

Assalamualaikum Ustaz. Saya seorang lelaki yang agak berumur dan rambut saya mula dipenuhi uban. Saya seringkali mencabut uban dan isteri saya pernah menegur dan mengatakan bahawa uban tidak boleh dicabut kerana uban ialah cahaya seorang Mukmin. Katanya, ada hadis yang mengatakan sebegitu. Adakah ini bermakna haram mencabut uban? Mohon penjelasan ustaz.

JAWAPAN: Hadis berkenaan mencabut uban diriwayatkan dengan pelbagai sanad. Namun yang terkuat diriwayatkan oleh 'Amr bin Syu'aib daripada bapanya daripada datuknya, Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah mencabut uban kerana tidaklah seorang Muslim mendapat uban dalam Islam, melainkan (uban itu) akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti."

Hadis ini terdapat dalam beberapa kitab hadis muktamad seperti Sunan Abu Dawud, Sunan al-Tirmizi dan Sunan al-Nasaie.

Mengikut riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman: "Uban ialah cahaya Mukmin. Tidaklah seseorang mendapatkan uban dalam Islam melainkan ia akan mendapat satu pahala dan diangkat satu darjat bagi setiap lembar uban itu."

Hadis ini mengandungi larangan. Baginda melarang kita untuk mencabut uban sebab uban akan menjadi cahaya bagi kita di hari kiamat nanti. Namun para ulama daripada empat mazhab mentafsirkan larangan di sini bermakna makruh, bukan haram. Justeru, hukum mencabut uban makruh sahaja.

Imam Malik pernah ditanya tentang hukum mencabut uban. Beliau menjawab: "Aku tidak melihatnya sebagai perkara haram. Namun, membiarkannya lebih aku sukai."

Begitulah yang dinukilkan oleh karya al-Baji dalam kitabnya al-Muntaqa. Bagaimanapun, sebahagian ulama berpendapat hukumnya haram. Mereka mentafsirkan makna larangan dalam hadis ini haram. Ibn al-Rif'ah menukilkan pendapat ini daripada kitab al-Umm karya al-Syafii.

Imam al-Nawawi berkata, dalam Majmuk: "Jika dikatakan haram mencabut uban kerana larangan yang sahih (daripada Nabi SAW), maka pendapat ini tidak dikira melampau. Tiada perbezaan antara mencabutnya dari rambut kepala ataupun janggut."

Jika saudara meminta pandangan peribadi saya, maka saya cenderung kepada pendapat jumhur ulama. Mencabut uban hukumnya makruh sahaja, bukan haram. Uban di atas kepala menandakan paras umur kita yang semakin tua, bermakna semakin hari semakin kita menghampiri ajal. Setiap kali melihat cermin dan terlihat uban di kepala yang semakin bertambah, ia boleh menjadi pemangkin dan motivasi untuk kita mempertingkatkan amal ibadah, Insya-Allah.

-Kosmo

Tuesday, April 22, 2014

Ghaib ke alam lain?


Sudah 18 tahun berlalu. Kalau Ting Song Sheng masih hidup, usianya kini 27 tahun. Namun sampai sekarang, Song Sheng yang hilang pada 15 Januari 1996, masih tidak ditemui. Di mana dia?

Kepada yang tidak mengetahui kisah ini, untuk pengetahuan anda, Song Sheng hilang ketika menunggu bas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Taman Rasah, Klang untuk pulang ke rumahnya. Ada pihak mendakwa dia telah dilarikan sindiket lalu dijadikan pengemis di Thailand. Kalau benar, mengapa sampai sekarang pihak berkuasa negara berkenaan gagal mengesannya?

Gan Kim Choo dan isterinya, Tin Kuwi Diun telah menghabiskan wang sebanyak RM40,000 untuk mencari Song Sheng, termasuk menggunakan khidmat 80 orang bomoh, namun semuanya hampa.

Apa sebenarnya yang berlaku kepada Song Sheng?

Kehilangan Song Sheng memang misteri, tapi kes kehilangan seorang kanak-kanak di Kampung Gantuk, Mentakab, Pahang, pada 28 November 1998 lebih pelik. Pagi itu Zulaiha Muhamad, 6, bermain dengan adiknya, Muhamad Nur Rahman, dua setengah tahun, di bawah pokok jambu mawar di halaman rumahnya. Ibu mereka, Kamariyana Osman pula sibuk menyapu sampah.

Oleh kerana sakit perut, Kamariana meninggalkan mereka dan bergegas ke tandas. Namun sekembalinya Kamariyana ke halaman, didapatinya Zulaiha tiada. Ke mana menghilangnya Zulaiha? Muhammad Nur berlari datang dari balik sebatang pokok sambil menjerit-jerit. Dia menangis dan memberitahu bahawa kakaknya itu jatuh di pangkal pokok jambu tersebut.

Kalau setakat jatuh, mengapa Zulaiha tiada di situ? Muhamad Nur tidak dapat memberikan jawapan.

Usaha mencari dilakukan segera. Pihak polis menghantar anjing pengesan, beberapa buah bot dan helikopter untuk menyusuri Sungai Semantan yang terletak 200 meter dari rumah Kamariyana. Namun Zulaiha tidak ditemui. Selepas lebih hampir dua minggu berusaha, akhirnya operasi itu terpaksa dihentikan.

Bagaimana Zulaiha boleh ghaib dalam waktu yang sebegitu cepat? Ada pendapat mengatakan kanak-kanak itu pergi ke Sungai Semantan dan lemas. Persoalannya, kalau benar begitu, kenapa tiada seorang jiran pun yang melihatnya sedangkan Zulaiha memerlukan kira-kira 10 minit untuk ke sana.

Zulaiha lemas di sungai? Kalau benar, kenapa tidak ada kesan tapak kaki, seliparnya mahupun kesan tergelincir di tebing sungai? Mengapa mayatnya tidak dijumpai? Dia diculik? Soalnya, mengapa ramai jiran yang pagi itu berbual dan mengemas halaman tidak melihat kejadian tersebut. Juga tidak kedengaran langsung suara jeritan, raungan atau kesan pergelutan.

Kedua, kenapa Muhamad Nur tidak diculik sekali? Muhamad Nur malah tidak memberitahu pun ada seseorang telah membawa Zulaiha pergi.

Andaian yang tinggal sekarang sangat aneh. Ada pihak yang mengatakan, Zulaiha sebenarnya telah dibawa ke alam lain. Dia telah disedut masuk ke dalam dunia ghaib oleh makhluk halus yang tinggal di pangkal pokok jambu mawar!

Apatah lagi menurut bapa kanak-kanak tersebut, Muhamad Petah, 42, berlaku kejadian-kejadian pelik sebelum Zulaiha hilang. Pertama, anaknya, Siti Rofeah pernah terhidu bau wangi di pangkal pokok tersebut dan bau itu melekat pada badannya selama beberapa hari.

Esoknya, seekor kucing mereka enggan masuk ke rumah dan hanya mahu tidur di bawah pokok berkenaan. Seorang bomoh yang cuba mencari Zulaiha pula tiba-tiba berasa tubuhnya bagaikan ditarik oleh suatu kuasa ghaib ke arah pangkal pokok jambu itu. Puas dia mengelak hingga tubuhnya terpelanting.

Kalau kisah itu belum cukup misteri, bagaimana dengan peristiwa ini pula. Pada pukul sekitar pukul 10.30 pagi, 6 November 2004, Baharudin Sallehuddin, 6, bersama adiknya, Budin, 5, dan Asmira, 3, hilang ketika bermain-main berhampiran pondok yang dibina oleh bapanya di ladang getah Felcra Mambang Seberang, Paloh Hinai, Pekan, Pahang.

Misterinya ialah ketiga-tiga beradik ini ditemui semula lima hari kemudian di sebuah pulau kecil dipenuhi belukar dan dikelilingi paya, enam kilometer dari pondok tempat kali terakhir mereka dilihat!

Apa yang berlaku kepada mereka? Kisah yang diceritakan oleh tiga beradik ini sangat pelik. Kata Baharudin, akibat leka bermain, mereka telah berjalan hingga 1.5 kilometer dari pondok tersebut. Ketika itulah mereka terserempak dengan seorang lelaki berbadan sasa yang membawa seekor anjing berwarna hitam.

Lelaki itu mengarahkan Baharudin, Budin dan Asmira duduk di belakang anjing tersebut, lalu haiwan itu membawa mereka bersiar-siar. Sampai di suatu tempat, anjing tersebut melompat melepasi sebatang parit selebar 10 meter yang memisahkan Felcra Mambang Seberang dengan kawasan sekitarnya.

Tiga beradik tadi terus dibawa bersiar-siar sehingga sampai di Tanjung Cempaka, Lepar, enam kilometer dari Felcra Mambang Seberang. Lewat petang, lelaki berbadan sasa yang dipenuhi bulu itu mengarahkan pula anjingnya berenang merentasi sebuah paya.

Sambil membawa tiga beradik itu di atas belakangnya, anjing tersebut berenang sehinggalah sampai di sebuah pulau yang dipenuhi belukar. Sekeliling pulau itu hanyalah paya yang sedalam 1.2 meter. Baharuddin dan adik-adiknya diturunkan dari belakang anjing berkenaan.

Menjelang senja, datang seorang nenek dan memberikan mereka buah-buahan. Di situlah Baharudin, Budin dan Asmira terdampar, hinggalah ditemui oleh polis lima hari kemudian, iaitu pada pukul 5.45 petang 10 November 1995.

Pembaca sekalian, apa yang berlaku ini memang misteri. Akal yang waras tidak dapat menjawab persoalan bagaimana tiga beradik itu boleh sampai di pulau berkenaan. Mustahil juga mereka boleh pergi ke tempat sejauh itu dan melintasi parit selebar 10 meter, kalau tidak dibantu oleh `sesuatu

-Utusan

Monday, April 21, 2014

Contohi semangat waja Sultan Muhammad Al-Fateh


Sebut saja Constantinople yang kini dikenali sebagai Istanbul di Turki, pasti ramai akan terkenangkan ketokohan pejuang Islam, Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali Parit Khandaq: “Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Riwayat Imam Ahmad)

Pejuang Islam berusaha dan berlumba-lumba dalam cubaan untuk membebaskan Constantinople daripada empayar Byzantine bagi mendapatkan penghormatan yang dijanjikan Allah SWT.

Hadis Nabi SAW menjadi realiti kira-kira 800 tahun kemudian oleh khalifah ketujuh kerajaan Uthmaniyyah, Sultan Muhammad Al Fateh, bersama 150,000 tenteranya.

Sultan Muhammad Al-Fateh atau nama sebenar beliau Sultan Muhammad dilahirkan di Adrianapolis (sempadan Turki-Bulgaria) pada 29 Mac 1432 Masihi.

Cintakan ilmu

Terkenal dengan sifat yang sangat cintakan ilmu, beliau memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang antaranya ketenteraan, sains, kejuruteraan, falsafah dan matematik. Beliau juga menguasai enam bahasa iaitu Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki dan Parsi.

Beliau seorang yang sangat rendah diri sehingga ulama serta pemimpin terbabit dalam membina Benteng Bereli Hassan melihat beliau membuka serban untuk mengangkat batu dan pasir.

Bapanya, Sultan Murad menjadikan al-Quran sebagai asas utama dalam mendidik Sultan Muhammad Al-Fateh hingga beliau menjadi pemuda yang hebat.

Sejak kecil iaitu dari umur empat tahun, ibunya, Huma Hatun membawa Sultan Muhammad Al-Fateh ke atas bukit berdekatan Kota Constantinoplel bagi menanam impian dan wawasan suatu hari nanti beliau akan mampu menguasai kota itu.

Pada usia 12 tahun, Sultan Muhammad Al-Fateh dilantik menjadi pemimpin sebuah pulau kecil, Pulau Magnesia kerana bapanya ingin melihat bagaimana Sultan Al-Fateh belajar membuat keputusan serta berdikari.

Misi takluk Byzantine pada usia 21 tahun

Beliau memulakan misi penaklukan Kota Constantinople pada umur 21 tahun iaitu dua tahun selepas dilantik menjadi sultan. Sebelum beliau terdapat 12 kali percubaan telah dilakukan untuk merobohkan Empayar Byzantine.

Sebelum serangan, Sultan Muhammad Al-Fateh pernah menyamar untuk menyelinap masuk ke dalam kota bertujuan mengenal pasti selok-belok kota serta mencari sendiri kekuatan dan kelemahan kota milik Empayar Byzantine itu.

Strategi dilancarkan terhadap tentera Rom ini sama dengan strategi daripada peperangan Rasulullah SAW dan Salahuddin Al-Ayyubi kerana dua ikon hebat ini antara rujukan paling disanjungi Sultan Muhammad Al-Fateh.

Persediaan dilakukan kira-kira dua bulan termasuk mereka bentuk meriam gergasi sebagai alat perang. Berkat kesungguhan serta sifat sabar dimiliki, akhirnya pada tanggal 29 Mei 1453 Kota Constantinople berjaya ditawan kerajaan Islam dan nama Constantinople ditukarkan menjadi Istanbul (Islam keseluruhannya).

Sultan Muhammad Al-Fateh juga telah melumurkan pasir ke mukanya selepas melakukan sujud syukur di atas pembukaan kota itu menyebabkan beliau digelar sebagai Al-Fateh yang membawa maksud pembukaan.

Semangat dan sifat mulia beliau seharusnya menjadi contoh belia Islam hari ini. Kita seharusnya memanfaatkan usia muda ini dengan sebaiknya. Sebolehnya dalam diri perlu ada cita-cita tinggi. Kita juga hendaklah berusaha membangunkan dan mempertahankan bangsa, negara dan agama Islam.

-BH

Sunday, April 20, 2014

Nasi goreng tinggi kandungan minyak


HIDANGAN nasi goreng yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sebenarnya mempunyai kandungan minyak yang sangat tinggi manakala pengambilan secara berlebihan akan menambah jumlah kalori dalam badan.

Menurut pakar pemakanan Indonesia, Inge Permadhi, seseorang selalunya tidak sedar jumlah minyak dalam sesuatu makanan.

“Nasi goreng mengandungi kadar minyak dua kali ganda, begitu juga dengan makanan bergoreng yang lain.

“ Sebagai contoh keropok, pada dasarnya makanan tersebut mengandungi 10 kalori tetapi apabila digoreng, minyak yang terlekat di atas makanan tersebut secara automatik akan menukar kalori menjadi dua kali ganda iaitu 20,” katanya.

Tambah Inge, kandungan minyak nasi goreng tinggi kerana ia dimasak sepenuhnya menggunakan minyak atau mentega.

Jika dipanaskan, nasi tersebut akan menyerap minyak serta menjadi lemak tepu yang merupakan punca penyakit jantung dan kegemukan.

Justeru, orang ramai disarankan mengurangkan pengambilan makanan bergoreng terutamanya nasi goreng di samping menggantikannya dengan cara memasak yang lebih sihat seperti kukus, rebus, panggang ataupun ditumis dengan sedikit minyak.

-Kosmo

RM43,000 jika pukul isteri


Riyadh: Arab Saudi akan menguatkuasakan undang-undang yang mengenakan hukuman denda sebanyak SR50,000 (RM43,00) bermula minggu depan ke atas suami yang memukul isteri mereka.

Rang undang-undang itu yang diluluskan minggu lalu turut memperuntukkan hukuman penjara antara sebulan hingga setahun bagi pesalah.

Ia bagaimanapun dilihat tidak akan menyelesaikan masalah penderaan yang dilakukan ibu bapa ke atas anak mereka.

Undang-undang terbaru itu juga masih tidak jelas sama ada akan merangkumi penghinaan secara lisan atau sekadar serangan fizikal.

Sumber media Saudi itu menyatakan mereka percaya hukuman bakal dikenakan kepada suami yang mendera isteri mereka berdasarkan laporan perubatan yang mengesahkan isteri itu dipukul.

Undang-undang yang didebatkan selama dua tahun itu diluluskan badan kehakiman berikutan peningkatan kes keganasan rumah tangga di negara itu dan kebanyakan lelaki yang terbabit dibebaskan kerana tiada peruntukan khas undang-undang untuk mendakwa mereka.

Ulama terkenal, Sheikh Ayed Al Qarni dalam nada bergurau berkata: “Kini kita mengetahui hukuman yang bakal dikenakan bagi suami yang memukul isteri tetapi apa pula hukuman bagi isteri yang memukul suami? Seorang lagi ulama, Sheikh Adel Al Kalbani pula menyatakan di laman Twitternya: “Nasihat saya, lebih baik kamu berkahwin lain daripada memukul isteri kamu dan dikenakan denda.”

- Agensi/Metro

Thursday, April 17, 2014

Sebelas perkara elak anak degil


Pertama kita perlu tahu apakah yang dinamakan degil. Degil ialah bila seseorang itu tidak mahu melakukan apa yang kita minta dia lakukan atau membuat apa yang kita tidak mahu dia lakukan.

Kenapakah ini berlaku? Ini adalah kerana kedua-dua pihak mempunyai gambaran yang berlainan mengenai perkara yang menjadi isu.

Sehinggalah gambaran di minda itu boleh menjadi sama atau hampir sama, maka degil boleh berlaku lagi.

Persoalannya, bagaimana hendak menyamakan gambar di minda itu?

Jawapannya ialah mempengaruhi. Bagaimana pula hendak mempengaruhi? Jawapannya, membina perhubungan rapat atau rapport. Apabila ada perhubungan rapat, apa pun mudah diterima.

Dalam NLP kata-kata ini sering dinyatakan; “Resistance is an indication of a lack of rapport" (Tak mendengar kata, degil, adalah petunjuk bahawa kurangnya hubungan rapat.)

Bila anda sudah faham ini, maka anda boleh memikirkan apakah yang menjadikan hubungan rapat 'rapport' dengan anak anda terjejas?

Ibu beri 11 perkara besar:

1-Hati anak selalu dilukai sehingga dia tidak merasakan kasih anda. Bila anak dapat adik, perasaannya dibiarkan. Bila marah, tiada penjelasan yang memuaskan. Anak akan degil bila hatinya menjadi 'Closed Heart'. ini banyak berlaku kepada remaja.

2-Bergaduh suami isteri di hadapan anak, sehinggakan anak tidak nampak contoh teladan yang baik dari anda.

3-Mungkir janji dan tidak benar-benar meminta maaf kerana tidak dapat menunaikan janji.

4-Menyuruh dan mengarah tetapi sendiri tidak melakukan. Marah anak bercakap kasar, tetapi sendiri bercakap kasar dengan anak.

5-Tidak mendengar apakah pendapat anak itu. Walaupun anda tidak setuju, dengarlah dahulu.

6-Terlampau mengikut kehendak anak, sehinggakan anak menjadi tuan. Janganlah menjadi ibu bapa yang lemah dan membiakan sahaja anak-anak memanjat kepala, tetapi tidak perlu juga untuk garang dan keras. Pegang teraju kepimpinan anda. Jadilah pengasih dan tegas.

7-Tidak mempunyai ilmu dan skil berkomunikasi berkesan yang menyebabkan payah untuk menjual idea kepada anak lalu anak tidak mengikut kata. Apabila tiada skil dan ilmu, maka ibu bapa menggunakan arah dan perintah. Ini menjadikan anak menjadi bertambah degil. Sedarilah ibu bapa kepimpinan di dalam korporat pun sudah berubah. Bos-bos yang asyik memerintah dan mengarah dibenci oleh anak buah. Corak kepimpinan sudah berubah.

8-Selalu mengatakan kepada anak dia degil dan selalu sangat bersangka bahawa dia degil. Ini menjadi doa. Jagalah mulut dan lidah. Jangan mudah mengeluarkan kata-kata kesat yang menjadi doa yang terlafaz.

9-Anak tidak dididik untuk menghormati ibu bapa. Atau cara menyuruh anak menghormati ibu bapa adalah dengan kasar dan bukan dengan penuh kesabaran dan kasih-sayang. Maka anak tidak menghormati ibu bapa. Sebab hormat adalah sesuatu yang diberi bukan boleh dipaksa.

10-Anak tidak dididik dengan agama. Bila tiada agama, tiadalah tiang untuk berpaut. Nilai murni pun akan mengikut apa yang sempat sahaja.

11-Elakkan menggunakan bahasa yang anak tidak faham. Gunalah bahasa yang mudah mereka fahami. Bila berkomunikasi dengan anak, janganlah hendak menunjuk anda hebat. Tunjukan bahawa bila dia melakukan saranan baik anda kehebatannya akan lebih meningkat.

Ingatlah kuncinya, ialah hubungan rapat. Apabila anda membina hubungan anda dengan anak, tiada lagi perkataan degil dalam kamus anda mengenai anak anda.

Sedarilah kepentingan membina perhubungan kebal dengan anak-anak agar kesejahteraan keluarga terkawal. Bila keluarga sejahtera, rezeki membuak-buak datangnya.

-Utusan

Tuesday, April 15, 2014

Buang kembar parasit


Guangdong: Doktor berjaya membuang anggota tubuh berlebihan seorang bayi selepas dia dilahirkan dengan empat tangan dan empat kaki.

Kanak-kanak itu kini dalam keadaan stabil di sebuah hospital di wilayah Guangdong, selatan China, empat hari selepas pembedahan.

Ketua Pakar bedah di hospuital itu berkata: “Mereka sepatutnya kembar tetapi satu gagal membesar dan menjadi cacat.” Bayi lelaki berusia 13 hari itu dari Huizhou, dilahirkan bercantum dengan kembar parasit di perut pada 2 April lalu.

Kembar siam itu hanya kira-kira tiga kilogram sebelum dibedah.

Menurut Global Times, bayi itu didiagnos mengalami pneumonia dan penyakit jantung kongenital yang biasa dalam kalangan kanak-kanak di China, sebelum menjalani pembedahan.

Bapanya yang dikenali sebagai Chen berkata dia terpaksa membawa anaknya ke beberapa hospital berdekatan, tetapi tidak satu pun dapat menjelaskan punca kecacatan bayi itu.

- Agensi/Metro

Monday, April 14, 2014

Habibah Yaacob dalam kenangan


SHAH ALAM - Seorang penyanyi pujaan ramai era 1960-an, Habibah Yaacob atau nama sebenarnya Khairani binti Yaacob, 66, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Selayang, Batu Caves Sabtu lalu.

Difahamkan, Allahyarham terlantar sakit di hospital tersebut sejak tiga minggu lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan darah.

Menurut anak keduanya, Suzila Hamid, 40, Allahyarham sering meninggalkan pesan seolah-olah menggambarkan ajalnya makin hampir.

"Sejak kebelakangan ini, arwah mak selalu menyanyikan lagu Allahyarham Sudirman, Salam Terakhir, mak seolah-olah tahu ajalnya akan datang.

"Sebelum ini arwah pernah berpesan kepada keluarga untuk mengambil batu sungai untuk diletakkan sebagai batu nisan, arwah juga tidak mahu kami mencabut rumbut yang tumbuh di atas pusara kerana rumput juga tumbuhan hidup yang mampu mensedekahkan zikir selawat ke atasnya," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Habibah terkenal pada era 1960-an dengan lagunya 'Malam Ini Kita Berpisah' dan 'Ku Sayang Padamu'.

Bakatnya dicungkil oleh Tan Sri P. Ramlee ketika beliau menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran pada akhir tahun 60-an dan Habibah akhirnya menerima tawaran merakamkan sebuah lagu dalam filem arahan P Ramlee dan syarikat EMI.

Habibah meninggal dunia pada rakaat kedua solat Subuh dan kematiannya disahkan pada jam 7.30 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tua, Batu Caves pada hari sama.

-Sinar

Malam Ini Kita Berpisah

Malam ini kita berpisah

Rasa hati resah gelisah

Pulanglah kanda wahai pujaan

Tinggallah dinda keseorangan

Selamat Jalan

[ Korus 1 ]

Mengapa kita berjumpa

Bercinta dan putus pula

Mengapa kita berjumpa

Bercinta dan putus pula

Kalau dah nasib

Apa nak di kata

Pulanglah kanda wahai pujaan

Tinggallah dinda keseorangan

Selamat jalan

[ Korus 2)

Hatiku sudah berdarah

Asmara hancur dan musnah

Hatiku sudah berdarah

Asmara hancur dan musnah

Kalau dah nasib

Apa nak di kata

Pulanglah kanda wahai pujaan

Tinggallah dinda keseorangan

Pulanglah kanda wahai pujaan

Tinggallah dinda keseorangan

Selamat jalan...

Aku ‘dimadu’ isteri


Kuala Lumpur: Remuk redam hati seorang suami apabila isteri yang disangkanya membuat lawatan kerja, rupa-rupanya lari mengikut bekas teman lelaki selepas hubungan mereka terjalin semula menerusi laman sosial facebook (FB).

Lebih mengejutkan, wanita berusia 29 tahun itu turut melarikan wang berjumlah RM50,000 milik suaminya, selain mengugut akan membunuh diri jika dia membuat laporan polis.

Suami terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 30, berkata, isterinya meninggalkan rumah pada 5 Februari lalu dengan alasan mengikuti lawatan kerja ke Perak bersama rakan sekerja selama tiga hari.

“Bagaimanapun, selepas tiga hari dia masih tidak pulang ke rumah. Bimbang dengan keselamatannya, saya menghubungi beberapa rakan sekerjanya, namun terkejut apabila mereka memberitahu isteri saya memohon cuti seminggu.

“Mereka juga memberitahu tiada sebarang lawatan kerja di Perak dilakukan pihak syarikat sebagaimana yang dikatakan isteri saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

-Metro

Sunday, April 13, 2014

Bomba pindah wanita obes

ANGGOTA bomba cuba menaikkan Norfaizah ke dalam trak bagi memindahkannya dari Hospital Banting ke HTAR, Klang, Selangor semalam.

SEPANG - Kerja rutin bomba biasanya memadamkan api atau menangkap ular sawa namun lain pula yang dilakukan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila mereka terpaksa memindahkan pesakit obesiti seberat 200 kilogram semalam.

Pemindahan ihsan tersebut dilakukan pada pukul 12 tengah hari sebaik bomba menerima panggilan daripada Hospital Banting setengah jam sebelum itu.

Mereka terpaksa menggunakan sebuah trak seberat lima tan untuk memindahkan pesakit pendarahan paru-paru, Norfaizah Mohammad Rashid, 31, ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, Yahya Mohd. Sham berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk menggunakan trak tersebut untuk memindahkan pesakit memandangkan Norfaizah tidak boleh dibawa dengan ambulans kerana faktor berat badannya.

-Kosmo

Thursday, April 10, 2014

'Restoran jamban' idea pelik


JOHOR BAHRU - Entah di mana silapnya apabila sebuah restoran berkonsepkan tandas yang mengundang rasa jijik dalam kalangan masyarakat tempatan dibenarkan beroperasi di tingkat enam pasar raya Johor Bahru City Mall di sini.

Masakan tidak, pengunjung pastinya berasa geli apabila disajikan hidangan menggunakan bekas makanan menyerupai peralatan tandas seperti jamban dan tindakan pihak restoran itu dianggap suatu budaya kotor.

Pun begitu, pihak Restoran T Bowl yang memperkenalkan restoran berkonsepkan tandas itu menafikan mereka mempromosi- kan budaya pelik dan kotor dalam kalangan masyarakat tempatan.

Pengurusnya, John Chai Wen Joan, 23, menegaskan, restoran itu tetap menghormati budaya dan kebersihan di negara ini dan pihaknya sekadar mengetengah suatu konsep idea baharu.

"Memang benar konsep ini seperti kamu lihat di Jepun atau Taiwan, namun suasana di restoran kami tidak sama.

-Kosmo

460,000 lebah hinggap badan lelaki


CHONGQING - Seorang penternak lebah di China, She Ping merelakan dirinya dihinggapi beberapa ratus ribu ekor lebah dalam usaha untuk memecahkan rekod mantel lebah paling berat di dunia.

Dianggarkan sebanyak 460,000 ekor hinggap pada badannya dalam masa selama 40 minit.

Lebah-lebah itu membentuk mantel lebah seberat 45.65 kilogram (kg).

Penternak berusia 34 tahun itu melakukan percubaan tersebut di bandar raya ini, barat daya China kelmarin.

Namun, menurut Guinness World Records dia gagal memecahkan rekod dunia kategori tersebut yang dicatat pada tahun 2009.

Mantel lebah paling berat yang memiliki berat 61.41kg dan merangkumi anggaran 613,500 ekor lebah dicatat oleh lelaki India, Vipin Seth pada 9 Mac 2009.

- Agensi/Kosmo

Tuesday, April 8, 2014

Mohon dilindungi daripada seksaan neraka


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka peliharalah dirimu daripada api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang kafir.” (Surah al-Baqarah, ayat 24)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Wahai orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat kasar, yang harus, yang tidak pernah menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Jika seseorang itu tahu seksaan neraka, nescaya dia tidak akan tenang dalam hidupnya dan tidak menutup pintu ketaatan kepada Allah SWT walau sedetik pun serta tidak melakukan maksiat kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW meskipun sudah dijamin Syurga, Baginda tetap sentiasa memohon perlindungan daripada Allah SWT supaya tidak diazab di dalam neraka jahanam. Baginda juga sentiasa mengingatkan sahabat dan umat Islam supaya sentiasa memohon perlindungan daripada Allah SWT supaya tidak diseksa dalam neraka.

Dicipta untuk jin, manusia lakukan maksiat

Neraka dicipta untuk jin dan manusia yang melakukan maksiat serta kejahatan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).” (Surah al-A’raf, ayat 179)

Malaikat yang sentiasa beribadah kepada Allah SWT juga sering memohon perlindungan daripada Allah SWT supaya tidak diazab dalam api neraka. Mengenai pintu neraka, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Jahanam itu benar-benar tempat yang telah diancam kepada mereka (pengikut syaitan) semuanya. Jahanam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka.” (Surah al-Hijr, ayat 42-44)

Suara mereka yang diseksa dalam neraka adalah seperti himar yang diiringi dengan tarikan nafas panjang dan kemudian berakhir dengan teriakan keras. Ahli neraka merasai seksaan yang amat pedih, lalu mereka meminta pertolongan, tetapi pintu neraka tertutup rapat.

Selain itu, mereka berasa sangat lapar, dahaga, pedih dan pelbagai kesakitan lain. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jika mereka meminta minum, nescaya akan diberi minuman air seperti logam yang terlebur dan menghanguskan muka mereka. Itulah seburuk-buruk minuman dan tempat istirehat yang paling buruk.” (Surah al-Kahfi, ayat 29)

Sumber Ensiklopedia Kiamat/BH

Khasiat kunyit, teh hijau


Kebaikan teh hijau

Salah satu herba tradisional yang turut mendapat perhatian masyarakat dunia ialah teh hijau. Ia ialah daun teh yang masih hijau dan belum diproses untuk dijadikan serbuk untuk minuman. Daun teh hijau kaya dengan pelbagai komponen aktif yang baik terutamanya polifenol baik untuk kesihatan dan juga kecantikan. Lagi hijau daun teh itu, lagi tinggi kandungan polifenolnya. Menurut pakar nutrisi di Boston, Amerika Syarikat, Dr. Beth Reardon, teh hijau turut mengandungi bahan aktif Catechins yang mencegah kerosakan sel-sel di dalam badan.

Teh hijau juga turut dipercayai melancarkan peredaran darah dan menurunkan kadar kolesterol. Kini teh hijau menjadi saranan kepada mereka yang menghidap penyakit berkaitan dengan jantung dan tekanan darah tinggi. Malah apa yang baik untuk badan, juga baik untuk otak. Satu kajian MRI di Switzerland membuktikan mereka yang mengamalkan pengambilan teh hijau setiap hari berjaya meningkatkan tahap memori dan menghalang pembentukan plag yang menjadi punya kepada penyakit Alzheimer. Menurut Dr. Reardon, teh hijau juga boleh diambil oleh penghidap kencing manis bagi menstabilkan paras gula dalam darah.

Ubat sebelum sakit

Kombinasi curcumin yang diekstrak daripada kunyit dan teh hijau merupakan kombinasi terbaik bagi melawan dan mencegah pelbagai jenis penyakit dengan mudah. Tidak terhad untuk mereka yang ingin mengatasi masalah kesihatan, curcumin dan teh hijau harus dijadikan amalan harian untuk menguatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan kerosakan sel-sel badan. Pendek kata, kombinasi ini seumpama ubat untuk sebelum sakit.

Kajian mendedahkan kunyit dan teh mengandungi khasiat yang dapat mencegah kita daripada pelbagai penyakit.Kita sering mengambil mudah bila diceritakan tentang kehebatan kunyit. Mungkin kerana ia bahan yang sering kita temui di dapur. Namun bahan yang digunakan nenek moyang kita kini mendapat perhatian yang serius daripada pakar-pakar hospital ternama di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah. Kehebatan herba ini terletak pada ekstrak pigmennya yang memberikan warna kuning kepada kunyit. Pigmen ini mempunyai banyak khasiat dan berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit dikenali sebagai curcumin.

Curcumin

Melawan Kanser

Curcumin adalah antara bahan penyembuh yang terbaik dalam dunia perubatan tradisional dan moden. Sebiji pil daripada ekstrak curcumin ini seolah-olah mengambil 20 sudu teh serbuk kunyit yang terdapat di setiap dapur. Menurut pakar perubatan dari Pusat Kanser Texas, curcumin mempunyai keupayaan anti oksidan yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi akar umbi kepada penyakit kanser. Radikal bebas merupakan bahan kimia yang meresap ke dalam darah dan merosakkan sel-sel dalam badan. Menurut salah seorang pasukan penyelidik ini, Dr. Thomas Evans, curcumin yang mengandungi komponen bioaktif polifenol membantu mencegah tanda-tanda awal kanser.

Anti radang

Selain kanser, curcumin juga sangat baik untuk melawan radang yang menyebabkan bengkak, angin, sakit-sakit sendi dan sengal badan. Kepada mereka yang mengalami sakit-sakit artritis yang disebabkan juga oleh radikal bebas, curcumin ialah bahan utama yang meringankan beban kesakitan. Dalam kajian ke atas para pesakit artritis di Eropah, pakar perubatan mendapati khasiat curcumin boleh dibandingkan dengan ubat-ubatan tahan sakit moden seperti phenylbutazone. Malah didapati para penghidap artritis merasakan kekurangan sakit pada waktu pagi, mampu berjalan dengan lebih lama dan bengkak berkurangan. Selain itu, curcumin juga membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

-Utusan

Monday, April 7, 2014

Peratap profesional diupah tangisi kematian



Beijing: Penduduk China kini boleh mengupah “pelakon” untuk meratapi kematian seseorang jika mereka terlalu sibuk untuk pergi menziarahi keluarga atau waris si mati.

Dengan bayaran kira-kira RM1,630 tujuh ‘peratap profesional’ akan menangisi kematian itu dengan sewajarnya seperti lazim dilakukan penziarah biasa dalam rituan tradisional Cina.

Keadaan itu juga membolehkan orang lain tidak malu atau teragak-agak untuk sama meratap.

Menurut kepercayaan, kematian yang tidak ditangisi menandaka si mati tidak disayangi atau mungkin menyebabkan aib kepada keluarganya.

TANPA tangisan orang ramai menganggap seseorang yang meninggal dunia tidak disayangi keluarga atau pernah mengaibkan mereka.

Ketua peratap di Feishan di wilayah Fujian, Chen Shuqiang, 35, berkata bisnesnya kini berkembang maju.

“Kebanyakan permintaan adalah untuk peratap di kalangan wanita,” katanya.

Chen berkata, keluarga yang kematian saudara suka jika orang ramai melihat ia diratapi dengan sepenuh hati dan waris begitu bersedih.

Kata Chen, selain diupah oleh keluarga si mati, mereka juga sering dibayar oleh individu yang terlalu sibuk untuk hadir menziarah mayat berkenaan.

“Biasanya kami dibayar untuk harga tujuh peratap profesional,” katanya. Kebanyakan peratap itu, kata Chen, adalah pelakon.

Chen sendiri pernah menjadi penyanyi kumpulan opera di sebuah kawasan luar bandar namun pendapatan diperoleh tidak memuaskan.

Keadaan berubah apabila dia menukar kerjaya sebagai peratap profesional dan pengalamannya sebagai penyanyi banyak memberi kelebihan.

- Agensi/Metro

Sunday, April 6, 2014

Buku cukai gergasi seberat 7,000 kilogram


BRASILIA - Sebuah buku panduan cukai gergasi diterbitkan oleh seorang peguam di Brazil memiliki sebanyak 41,266 helai muka surat.

Berat buku tersebut pula menyamai seekor gajah dewasa sebanyak 7,000 kilogram(kg).

"Saya menerbitkan buku gergasi ini untuk menunjukkan kepada masyarakat betapa kita perlu mengatasi kerenah birokrasi dan memudahkan cukai kepada rakyat," kata peguam tersebut, Vinicios Leoncio.

"Kita memerlukan sistem percukaian baharu yang lebih mudah," tambahnya.

Firma di Brazil katanya meluangkan masa 2,600 jam setahun untuk menyelesaikan pelbagai cukai yang dikenakan.

-Kosmo

Marah suami, kelar anak


Shanghai: Seorang wanita yang marah dengan suaminya selepas satu pergaduhan melepaskan geramnya terhadap anak lelaki mereka berusia lapan tahun dengan memotong tiga jari tangan kiri kanak-kanak itu.

Akhbar Shanghai Daily melaporkan wanita berkenaan dan suaminya bertengkar mengenai isu keluarga Rabu lalu sebelum si isteri yang terlalu marah menarik anak lelaki mereka ke dapur dan memotong jari budak terbabit.

Kanak-kanak itu dibawa ke hospital, namun tidak diketahui sama ada doktor mampu menyambung semula jari-jarinya.

Wanita itu kini ditahan polis.

- Agensi/Metro

Thursday, April 3, 2014

‘Saya hanya tunggu hidayah’

dir="livtr" st
Kuala Lumpur: “Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Semuanya bergantung pada Tuhan. Sama ada cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Saya tunggu hidayah,” kata Felixia Yeap. dir="livtr" st
Model jelita berusia 28 tahun itu yang pernah beraksi untuk majalah Playboy, baru-baru ini mengejutkan masyarakat negara ini apabila berubah imej daripada berpakaian seksi kepada bertudung biarpun masih belum memeluk Islam. dir="livtr" st
“Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah,” katanya. dir="livtr" st
Malah, kata Felixia, dia menyambut Tahun Baru Cina hari ini dengan pakaian berimej Islam termasuk memakai tudung kerana berasa lebih selesa dan tenang. dir="livtr" st
Menurutnya, Tahun Baru Cina kali ini disambutnya secara sederhana, namun meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan saudara-mara terdekat. dir="livtr" st
-Metro

Pakar motivasi didakwa buat ‘uji kaji’ cabul


Arau: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, mendakwa dicabul oleh pensyarahnya yang juga penceramah dan pakar motivasi terkenal.

Sumber memberitahu, mangsa yang berusia 20 tahun, mendakwa diperlakukan sedemikian oleh pensyarah berusia 40-an itu ketika berada dalam bilik suspek di IPT berkenaan, jam 2.30 petang Jumaat lalu.

Mangsa pergi ke bilik pensyarah berkenaan selepas diminta oleh suspek, kononnya bagi melakukan uji kaji.

Sebaik memasuki bilik itu, suspek didakwa duduk di sebelah penuntut berkenaan di atas lantai, sebelum meraba kaki mangsa.

Lapor pengurusan IPT

“Selepas itu, tangan suspek dikatakan mula beralih ke dada mangsa beberapa kali. Mangsa yang terkejut, cuba menghalang, namun takut dan terpaksa merelakan perbuatan itu,” kata sumber berkenaan. Mangsa melaporkan kejadian itu kepada pihak pengurusan tertinggi IPT sebelum membuat laporan di Balai Polis Arau di sini, Isnin lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan siasatan sedang dijalankan.

Katanya, pol

is sudah mengambil keterangan mangsa dan sedang mengesan suspek yang kali terakhir berada di bandar ini.

“Kita sudah menghubungi pensyarah itu dan masih menunggunya tampil bagi membantu siasatan serta diambil keterangan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya.

-BH

Wednesday, April 2, 2014

Kereta kebal halimunan


WARSAW 1 April - Sebuah syarikat Poland berjaya menghasilkan sebuah prototaip kereta kebal 'halimunan' yang mampu mengelak dikesan sinaran inframerah sekali gus mampu mengelirukan musuh.

Keupayaan prototaip PL0-01 itu mampu dicapai dengan menekan plat logam heksagon dilengkapi dalam kenderaan tersebut yang boleh mengubah suhunya.

Sekiranya suhu kereta kebal itu diubah bersamaan suhu kawasan persekitarannya, kenderaan tersebut akan 'hilang' daripada sensor imej yang biasanya digunakan untuk mengesan pergerakan kenderaan di medan perang.

Sebaliknya, kereta kebal itu hanya dikesan sebagai kenderaan biasa.

Kereta kebal dibangunkan oleh firma Obrum dan BAE tersebut, berukuran tujuh meter panjang dan berat 35 tan serta boleh memuatkan tiga orang pada satu-satu masa.

Mail Online melaporkan, kelebihan itu sekali gus mengelakkannya daripada dikesan peluru berpandu inframerah dan mengelirukan tentera.

Difahamkan, idea disebalik penghasilan PL0-01 adalah bagi cuba menghapuskan imej inframerah, radar dan pengenalan visual sebuah kereta kebal tradisional.

PLO-01 dijangka dipasarkan pada tahun 2018.

-Utusan

Tuesday, April 1, 2014

Sambung solat lepas bunuh


Johor Bahru: Seorang lelaki yang mengelar leher rakannya sehingga mati ketika sama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah di sebuah masjid di Tampoi, di sini, sempat mencuci tangan berlumuran darah sebelum masuk semula ke saf dan meneruskan sembahyang bagi mengelak perbuatannya dikesan.

Dalam kejadian jam 7.15 malam kelmarin, Ahmad Syukri Abu Bakar @ Mohamed, 41, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di beranda masjid sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Difahamkan, kedua-dua lelaki itu bekas pesakit mental di Hospital Permai, di sini, dan hanya mereka berdua berada di saf paling belakang ketika solat, menyebabkan apa yang berlaku tidak disedari jemaah lain.

Seorang saksi yang enggan nama disiarkan berkata, mangsa dan suspek mula bergaduh ketika menunaikan solat Asar dan pertelingkahan mereka turut disedari jemaah lain.

“Bagaimanapun, kami tidak menyangka ia berlarutan sehingga ke waktu solat Maghrib dan akhirnya menyebabkan kematian seorang daripada mereka,” katanya yang turut menunaikan solat Asar dan Maghrib berjemaah bersama suspek serta mangsa, sebelum kejadian.

-Metro