Tuesday, December 22, 2015

Bas diserang, penumpang Islam lindungi sahabat Kristian

Bas diserang, penumpang Islam lindungi sahabat Kristian

NAIROBI - KENYA. Kisah ajaib ketika kumpulan militan Somalia, Al-Shabaab menyerang sebuah bas di Kenya Isnin lalu menyaksikan bagaimana penumpang yang beragama Islam menolak permintaan militan untuk menyerahkan penumpang Kristian.
Memetik laporan Reuters, serangan yang menyebabkan dua penumpang terbunuh itu berlaku  di Mandera, Kenya ketika bas itu dalam perjalanan ke ibu kota Nairobi.
Menurut seorang penumpang yang beragama Islam, Abdi Mohamud Abdi ketika kejadian, lebih 10 anggota Al-Shabaab masuk ke dalam bas dan memerintahkan penumpang Islam memisahkan diri daripada penumpang Kristian, namun ditolak mereka.
"Kami bahkan memberikan pakaian keagamaan kami ke penumpang bukan Islam itu sehingga mereka tidak mudah dikenali. Kami bersatu-padu," kata Abdi.
"Para militan mengancam akan menembak kami, namun kami tetap menolak dan melindungi saudara-saudara kami. Akhirnya mereka menyerah dan pergi, namun dengan peringatan akan kembali lagi," ujarnya.
Terdahulu beberapa siri serangan Al-Shabab pernah menyerbu sebuah bas sebelum ini dan telah membunuh 28 penumpang Kristian.

-Sinar

Monday, December 21, 2015

Pilih kucing lagi bagus



Barnaul: Penduduk di sini mahukan seekor kucing menjadi datuk bandar baru mereka kerana bosan dengan pertelingkahan politik dan perebutan kuasa. Penduduk bandar Barnaul di Siberia ini yang terletak 2,900 kilometer ke timur Moscow akan mengundi minggu depan untuk memilih datuk bandar baru.

Satu suruhanjaya terdiri daripada ahli majlis perbandaran dan gabenor wilayah akan memilih seorang daripada enam calon yang bertanding. Bagaimanapun, tidak seorangpun daripada enam orang itu menarik minat penduduk Barnaul.

Kelmarin, satu undi tidak rasmi yang dilakukan secara online meminta penduduk memilih dalam kalangan enam orang itu dan seekor kucing bernama Barsik. Hasilnya menunjukkan lebih 90 peratus penduduk memilih kucing itu.

Bagi pemerhati, keputusan itu membawa mesej serius yang hendak disampaikan penduduk. Barnaul, seperti kebanyakan bandar Russia lain, tercemar dengan kegiatan rasuah dalam kalangan pegawainya. “Hasil undian itu menunjukkan penduduk tidak percaya terhadap semua calon yang bertanding.

Bagi mereka, lebih baik melantik kucing menjadi datuk bandar. Ia pasti bersih daripada rasuah,” kata pegawai kanan Parti Komunis tempatan Ivan Karpov.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/101440#sthash.lq9ZeqNx.dpuf

Wednesday, December 16, 2015

Bapa berang anak diikat doktor gigi



Carrollton (Amerika Syarikat): Seorang bapa di sini berang selepas mendapati anak perempuannya diikat seorang doktor gigi ketika menjalani rawatan pergigian. James Crow berkata, dia membawa anaknya, Elizabeth ke sebuah klinik pergigian di sini selepas kanak-kanak itu mengadu sakit gigi.

Katanya, ketika sampai di klinik doktor memberitahu gigi Elizabeth perlu dicabut dan meminta dia keluar sementara menunggu rawatan dijalankan. “Selepas beberapa minit saya mendengar suara Elizabeth menjerit dan saya terus bertanya jururawat apa yang berlaku.

“Bagaimanapun, jururawat itu tidak membenarkan saya masuk ke bilik rawatan dan memberitahu tidak ada apa yang berlaku,” katanya. Katanya, selepas beberapa minit dia sekali lagi mendengar Elizabeth menjerit dan kerana curiga dia terus masuk ke bilik rawatan.

“Apabila masuk ke bilik rawatan saya terkejut melihat Elizabeth terikat pada kerusi dan tidak ditemani sesiapa. “Berang melihat keadaan Elizabeth seperti itu saya terus membawa anak saya keluar,” jelasnya.

Menurutnya, doktor memberitahu, dia terpaksa mengikat Elizabeth kerana kanak-kanak itu meronta ketika giginya dicabut. Tambahnya, dia merancang membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana tindakan doktor itu membuatkan anaknya trauma. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62023#sthash.DtSxORnd.dpuf

Tuesday, December 15, 2015

Masuk ular, katak beracun dalam mulut



Manaus (Brazil): Seorang aktivis memasukkan ular dan katak berbisa ke dalam mulutnya sebagai bantahan terhadap aktiviti penebangan hutan di Amazon.

Satu rakaman video menunjukkan aktivis itu, Arteval Duarte melakukan aksi bahaya berkenaan di kawasan hutan di Amazon baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, Duarte dilihat memegang seekor anak ular berbisa dan seekor katak beracun. Dia kemudian melilit ular itu pada katak sebelum memasukkan kedua-dua haiwan berkenaan ke dalam mulutnya.

Kedua-dua haiwan berkenaan dibiar berada dalam mulut Duarte selama beberapa saat sebelum ia keluar dengan sendirinya.

Duarte memegang kedua-dua haiwan berkenaan sebelum melepaskannya kembali ke hutan.

Katanya, dia melakukan aksi bahaya itu sebagai tanda protes terhadap aktiviti memusnahkan hutan yang kini berlaku di Amazon.

“Sekiranya hutan ini musnah, haiwan yang luar biasa seperti ini pasti akan pupus,” katanya. Duarte memberitahu, dia sudah bermain dengan haiwan berbisa selama 15 tahun.

Dia sebelum ini pernah memasukkan tiga labah-labah berbisa ke dalam mulutnya. - Agensi


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/100229#sthash.e9YtKXJd.dpuf

Wednesday, December 9, 2015

Isteri mengandung 'musnahkan' kereta suami curang

Isteri mengandung 'musnahkan' kereta suami curang


CEILANDIA - BRAZIL. Seorang wanita dirakam mengamuk dan melepaskan marah ke atas sebuah kereta dipercayai milik suaminya yang didakwa berlaku curang, Sabtu lepas.
Menurut laporan Dailymail, wanita tersebut yang juga sedang mengandung mendakwa ternampak suaminya dengan seorang wanita yang disyaki wanita simpanannya di sebuah restoran.
Wanita tersebut kemudian mula 'membelasah' kereta milik suaminya yang diparkir di luar restoran tersebut.
Video rakaman amatur menunjukkan cermin kereta yang sudah dipecahkan dan keadaan wanita tersebut yang sedang menendang bumbung kereta.
Tak cukup dengan itu, beliau mengambil beberapa batu dan membaling ke arah kereta suaminya.
Orang ramai yang melihat kejadian tersebut menasihatkan wanita tersebut supaya berhenti, namun tidak diendahkan.
Difahamkan, kejadian tersebut tidak dilaporkan kepada polis dan tiada siasatan yang akan dijalankan.


-sinar

Tuesday, December 8, 2015

Wangian mandul




Kuala Lumpur: Orang ramai boleh menjadi mandul kesan menggunakan minyak wangi berjenama terkemuka tiruan berikutan ada antaranya dicampur kimia beracun benzyl salycilate. Difahamkan kimia bersifat wangi ini biasanya digunakan di dalam wangian diletakkan di bangunan atau campuran di dalam cecair pembersih lantai di rumah. Kimia yang boleh menghasilkan bauan segar menyerupai buah strawberi ini disahkan pakar perubatan boleh merosakkan hormon seksual pada manusia serta menjadi penyebab kanser.


Kebiasaannya sindiket yang menghasilkan minyak wangi jenama terkenal tiruan akan mencampurkan kimia bersama alkohol dengan pelbagai kimia lain sebelum dipasarkan. Dalam kes terbaru semalam, lima peniaga minyak wangi tiruan dan kosmetik jenama terkenal cetak rompak di Chow Kit di sini, diserbu anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur.


 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98401#sthash.ThxgION4.dpuf

Monday, December 7, 2015

Majlis kahwin RM90 juta





Seorang jutawan India menghabiskan £14 juta (RM90 juta) untuk perkahwinan anak lelakinya di Florence, Itali. Kira-kira 500 tetamu dijemput menghadiri upacara perkahwinan Rohan Mehta dan pengantin perempuan Roshni yang diadakan selama tiga hari berturut-turut. Rohan ialah satu-satunya anak lelaki Yogesh Mehta, jutawan yang menubuhkan empayar Petrochem di Dubai pada 1995.


Majlis bermula Rabu lalu selepas tetamu dari seluruh dunia diterbangkan ke Florence dan disediakan tempat tinggal di beberapa hotel terbaik bandar raya itu.


Sebelum majlis bermula, pengantin perempuan dilihat muncul dari sebuah hotel di Arno River dengan memakai pakaian tradisional India, sari sambil berpegangan tangan dengan beberapa tetamu lebih muda. Tidak lama selepas itu, pasangan pengantin baru dilihat muncul di tempat bersejarah bandar itu sambil menari.


Perkahwinan mereka kemudian diraikan di Dataran All Saints, tempat berlangsungnya perarakan yang diketuai pengantin lelaki. Media Itali melaporkan pihak berkuasa bandar raya Florence sebelum ini menolak permintaan pengantin lelaki untuk tiba di majlis itu menaiki gajah. Menurut akhbar Florence La Nazione, permintaan itu ditolak atas alasan kesihatan dan keselamatan serta kebimbangan mengenai kesihatan haiwan berkenaan.


Bapa pengantin lelaki, Mehta yang juga dikenali sebagai Yogi memuat naik status dalam laman Twitternya awal minggu lalu mengenai perkahwinan terbabit. Dia menulis: “Anak kami Rohan akan mengahwini kekasih hatinya Roshni pada 27 November 2015 di Florence, Itali.


Perkahwinan magis pasangan RORO!” Mehta dipercayai memiliki kekayaan sekitar AS$623 juta (RM2.7 bilion) yang dikumpulnya selepas berpindah ke Asia Barat pada usia 29 tahun tanpa pekerjaan mahupun pelan perniagaan sebelum menubuhkan syarikat Petrochem.


 Syarikat itu kini menjadi antara syarikat pengedar petrokimia terbesar di Asia Barat. Rohan dijangka mewarisi syarikat itu pada masa akan datang selepas lulus dalam jurusan perniagaan dari Universiti Northeastern di Boston. Isterinya, Roshni yang dilahirkan dan dibesarkan di London memiliki sebuah syarikat fesyen dan mereka akan menetap di Dubai selepas mendirikan rumah tangga.







- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/97038#sthash.tgASp10M.dpuf

Wednesday, November 18, 2015

Kecil-kecil sudah kahwin








Teheran: Gambar seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mengahwini budak perempuan 10 tahun di Iran menjadi viral di laman media sosial. Pasangan itu yang masih bawah umur sah mengikut undang-undang negara berkenaan, dilaporkan bernikah pada 14 Ogos lalu selepas mendapat izin pihak berkuasa. Pengantin lelaki memakai sut kelabu manakala isterinya berbaju gaun putih tradisional. Keluarga mereka turut dilihat dalam gambar berkenaan. Iran membolehkan budak perempuan berkahwin semuda usia 13 tahun asalkan mendapat kebenaran ayah mereka, manakala lelaki pula pada umur 15 tahun.










- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73952#sthash.6e8HkT3L.dpuf

Tuesday, November 17, 2015

Kembar dua kepala meninggal dunia




Dhaka: Bayi kembar siam perempuan dengan dua kepala, tetapi berkongsi satu badan yang dilahirkan di Bangladesh minggu lalu dilaporkan meninggal dunia Ahad lalu. Ribuan orang datang melawat bayi yang dianggap ajaib itu selepas berita kelahirannya tersebar. Bayi itu dilahirkan dengan dua kepala dan dua jantung tetapi satu badan. Bayi itu dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Kolej Perubatan Dhaka dengan sepasukan pakar ditugaskan merawat mereka. Ketua Unit Rawatan Rapi Abid Hossian Molla berkata, malangnya bayi itu meninggal dunia lewat semalam (waktu tempatan) akibat kegagalan jantung.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); “Bayi itu memang tidak stabil kesihatannya sejak dilahirkan. Dia meninggal dunia sebelum kami dapat membantunya. “Bayi kembar siam dengan dua kepala seperti ini memang amat jarang berlaku. Dia mempunyai sepasang tangan serta kaki seperti bayi biasa, tetapi memiliki dua jantung dan dua pasang paru-paru, selain berkongsi organ jantina,” katanya. Bapa kembar berkenaan, Jamal Mia berkata anaknya itu dikebumikan di tanah perkuburan awam di Dhaka. “Kami terlalu miskin dan saya tidak mampu mengupah ambulans untuk membawanya pulang. “Doktor memberi saya sedikit wang untuk mengebumikannya di Dhaka. “Sebenarnya saya amat sedih kerana kami tidak mampu menyelamatkannya,” katanya. Menurutnya, dia masih belum memaklumkan kepada isterinya mengenai kematian anak mereka kerana dia masih belum pulih sepenuhnya selepas melahirkan anak itu secara Caesarean.




- AFP




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93592#sthash.j2gXZMcw.dpuf

Monday, November 16, 2015

Vape perisa ganja disahkan


Kakitangan makmal Eseri melakukan ujian ke atas sampel cecair vape yang dibekalkan wartawan Kosmo!.




KUALA LUMPUR – Terdapat cecair perisa vape yang kini menjadi kegilaan ramai anak muda disahkan mengandungi dadah jenis ganja selepas sampel cecair rokok elektronik berkenaan diuji di makmal Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri), Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

Sampel perisa vape menga­ndungi ganja itu diperoleh wartawan Kosmo! daripada seorang pembekal di Shah Alam, Selangor setelah seminggu mereka me­nyamar sebagai pembeli rokok elektronik tersebut.

Sebelum ini, ada pihak sekadar men­dakwa terdapat perisa vape dicampur ganja tetapi tidak mengemukakan bukti saintifik.

Pengarah Eseri, Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir berkata, analisis makmal menggunakan kaedah kromatografi gas spektrometri jisim (kromatografi) ke atas satu sampel perisa vape yang dibekalkan wartawan Kosmo! tersebut mendapati perisa berkenaan mengan­dungi dua jenis ganja semula jadi iaitu kanabidiol dan kanabinol serta satu ganja sintetik jenis dronabinol.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1117&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3rigqjtbl

Sunday, November 15, 2015

Harimau, piranha jadi pengawal penjara


Jakarta: Apabila Ketua Agensi Narkotik Kebangsaan (BNN) mengumumkan rancangan menempatkan buaya di penjara yang mengurung banduan menanti hukuman mati di sebuah pulau negara itu, kerajaan bergegas menyatakan ia hanya gurauan. Bagaimanapun, kelmarin, Budi Waseso berkata, dia kini merancang untuk turut menggunakan harimau dan piranha mengawal penjara berkenaan. Media tempatan memetik ketua BNN itu sebagai berkata, dia sudahpun memperoleh dua buaya dari sebuah ladang untuk menjalankan kajian mengenai keganasan dan kekuatan mereka dan mungkin menempatkan 1,000 ekor haiwan itu bagi menghalang pesalah melarikan diri. “Jumlah itu akan bergantung sebesar mana kawasan berkenaan. Mungkin kami juga akan menempatkan piranha di sekeliling pulau itu.
“Memandangkan jumlah pengawal tidak mencukupi, kami juga mungkin menggunakan binatang liar. Kami boleh menggunakan harimau, mungkin pada masa sama untuk menggalakkan pemuliharaan,” katanya. Piranha, sejenis ikan yang memakan daging manusia biasanya didapati di Amerika Selatan, tidak di Indonesia. Dalam kenyataan berasingan menerusi stesen televisyen TVOne, Waseso menolak kritikan yang mendakwa rancangannya menggunakan haiwan untuk mengawal penjara sebagai mencabuli hak asasi pesalah. “Kita perlu lihat kepada masalah itu secara menyeluruh. Mereka adalah pembunuh. Pembunuh yang menyebabkan kematian ramai orang dengan dadah mereka. Kenapa tidak kita melihat hak asasi mangsa mereka?” katanya. Jurucakap agensi berkenaan Slamet Pribadi berkata, rancangan menempatkan binatang liar di sekeliling penjara berkenaan bukan jenaka. “Kegiatan menyeludup dadah adalah jenayah luar biasa. Kerana itu, untuk memeranginya juga perlu cara luar biasa,” katanya. Slamet berkata, idea itu masih diperingkat awal dan agensi berkenaan masih di berbincang dengan kementerian kehakiman.




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93365#sthash.9WRhhW7I.dpuf

Thursday, November 12, 2015

Ayah, tolong saya




Acailandia (Brazil): Seorang lelaki yang cuba menyamun seorang wanita dan rakannya di tepi jalan mendapat nasib malang kerana wanita berkenaan adalah juara seni mempertahankan diri.
Akibatnya lelaki berkenaan terpaksa merayu dilepaskan malah rela diserah kepada polis apabila lehernya dikunci dengan gerakan seni jiu-jitsu.
Lelaki itu dan rakannya menghampiri Monique Bastos serta rakan perempuannya yang berada di atas motosikal dan menuntut mereka menyerahkan telefon bimbit.

Menurut laporan lama web Brazil, iG, Mobique, 23, yang pernah menjuarai enam pertandingan MMA, menumbuk lelaki itu sebelum menjatuhkannya ke tanah dan mengunci lehernya selama 20 minit sehingga polis tiba.
“Seorang lelaki merampas telefon saya. Melihat mereka tidak bersenjata, saya menolak motosikal mereka hingga jatuh.
“seorang lelaki melarikan diri tetapi penunggang motosikal itu tidak sempat membolehkan saya menangkapnya dengan mengunci lehernya dengan kaki,” katanya.
Lelaki itu menjerit: “Ayah, ayah, panggil polis. Tolong, saya janji ini kali pertama dan terakhir buat macam ini. Sesiapa saj tolong saya.”




- Daily Mail/Metro

Tuesday, November 10, 2015

Korek telaga, jumpa 'istana'





Beijing: Seorang petani terkejut apabila menemui gua karst di bawah halaman belakang rumahnya ketika menggali perigi.
Lelaki dikenali sebagai Zang itu membuat penemuan berkenaan 65 kaki di bawah tanah di rumahnya di daerah Qixian, wilayah Henan.
Kini orang ramai dari seluruh negara datang ke rumahnya untuk melihat gua misteri berkenaan.
Klip video selama tiga minit menunjukkan wartawan membawa kamera menunjukkan gua bawah tanah itu dengan ribuan stalagmit dan stalagtit berbentuk unik diperbuat daripada batu kapur, yang membentuk tiang serta teratai.
Zang berkata dia sekeluarga menggali perigi itu sejak 2007 kerana tanah itu tidak subur langsung. Pada 1 Oktober lalu mereka menemui gua bawah tanah berkenaan.
“Pada mulanya saya menyangka sudah menemui kubur, tetapi nyata kawasan ini terlalu besar. Hasil pemeriksaan mendapati ia tidak ubah seperti istana bawah tanah,” katanya.


- Agensi/Metro

Thursday, November 5, 2015

Wanita tertembak suami ketika bergurau




Hermosillo (Mexico): Seorang wanita secara tidak sengaja menembak hingga mati suaminya ketika bergurau sambil mengacukan pistol ke arah lelaki itu. Kejadian berlaku ketika Rosa Isela Contreras Leyva, 41, terjaga dari tidur selepas suaminya, Abel Tarango Avitia, 54, yang mabuk pulang dari rumah pada jam 3 pagi (waktu tempatan). Rosa kemudian memarahi suaminya dan meminta lelaki itu supaya tidak membuat bising. Bagaimanapun, Avitia mengeluarkan pistolnya dan memberitahu Rosa bahawa dia adalah ketua di rumah itu.
Rosa memberitahu polis, dia tahu suaminya seorang yang berhati-hati dan sentiasa memastikan pistolnya tidak berisi peluru. Kerana terlalu yakin, dia merampas pistol dari tangan Avitia dan mengacukan ke arah suaminya itu bagi menunjukkan dia tidak takut. “Saya tidak tahu pistol itu berpeluru dan saya hanya bergurau apabila mengacukan senjata itu ke arah suami saya yang ketakutan. “Saya berasa lucu melihat suami saya sangat takut dan cuba mengelak dari ditembak,” katanya. Menurutnya, apabila dia menarik picu pistol itu dia terkejut apabila senjata itu meletup. Polis berkata, peluru pistol itu menembusi tekak Aviatia menyebabkan dia rebah. Pasukan perubatan yang tiba mengesahkan mangsa meninggal dunia. Rosa kini ditahan polis dan media tempatan melaporkan wanita itu kemungkinan berdepan dakwaan membunuh.


- Agensi








- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90812#sthash.TmURu2OZ.dpuf

Wednesday, November 4, 2015

Pengemis raih RM12,000 sehari


Taif (Arab Saudi): Polis yang menahan seorang pengemis Arab di depan sebuah hospital kerajaan di sini terkejut apabila mendapati dia meraih pendapatan lebih SR11,000 (RM12,500) sehari.
Polis menahan lelaki berkenaan yang duduk di pintu masuk hospital itu ketika kempen menangkap pengemis, perbuatan yang diharamkan di Arab Saudi dan negara pengeluar minyak Teluk lain.
“Polis menemui wang tunai SR11,000 pada pengemis berkenaan. Dia mengaku wang itu diperoleh dengan mengemis pada hari itu. Polis juga menemui mata wang asing daripadanya,” lapor portal berita ‘Sada.’
Kebanyakan pengemis yang ditangkap di Arab Saudi dan negara Teluk lain adalah asing.
Mereka biasanya akan diusir dari negara itu. - Agensi







- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90794#sthash.3YF82ozz.dpuf

Tuesday, November 3, 2015

Gagal bunuh tiga anak




Dallas: Seorang wanita semalam dituduh cuba membunuh anaknya dengan memaksa mereka memakan racun semut. Paw Eh, 31, didakwa menyuapkan racun berkenaan kepada anak lelakinya berusia empat tahun, tetapi gagal berbuat demikian pada dua anaknya yang lain, seorang lelaki berusia tujuh tahun dan seorang perempuan berumur 12 tahun. Akhbar The Dallas News melaporkan, kanak-kanak berumur empat tahun itu dikejarkan ke hospital dalam keadaan krtikal, tetapi kini dikatakan semakin stabil. Apabila polis tiba di rumah mereka di Lake Highlands, kanak-kanak berusia 12 tahun itu berkata, ibunya menyatakan hasratnya untuk membunuh dia dan dua adiknya sebelum membunuh diri.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); Kanak-kanak itu juga memberitahu polis, Paw Eh membancuh racun semut dengan air serta memaksa anak bongsunya meminumnya. “Tetapi, adik saya menutup mulutnya. Kerana berang, ibu saya menampar pipinya dan menyuapkan racun itu ke mulutnya secara paksa. “Ibu mahu membunuh kami dengan racun itu,” katanya. Kedua-dua kanak-kanak itu diserahkan kepada Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak tempatan sementara yang bongsu masih dirawat di hospital. Paw Eh yang tidak mempunyai sejarah jenayah berdepan dengan tuduhan cubaan membunuh. Seorang jirannya berkata, wanita itu menghadapi masalah kesihatan dan kadang kala pengsan tiba-tiba serta tidak ingat apa berlaku.






- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90548#sthash.xcbpb9er.dpuf

Monday, November 2, 2015

Wanita terperangkap 8 jam dalam peti sejuk Subway



GLOUCESTER, Britain – Seorang pekerja berusia 20 tahun di sini nyaris maut selepas terperangkap dalam peti sejuk di sebuah syarikat makanan segera, Subway selama lapan jam.

Ketika kejadian, Karlee Daubeney sedang bertugas secara berseorangan di restoran tersebut sebelum terperangkap dalam peti sejuk yang besar itu.

“Saya menjadi panik kerana tidak dapat membuka pintu peti sejuk itu dari dalam lantas menulis perkataan SOS dengan menggunakan sos di atas sehelai kertas dengan harapan pengawal di situ dapat melihat mesej berkenaan.

“Namun, nasib saya tidak baik apabila tidak ada sesiapa yang menyedari mesej itu sehingga beberapa pekerja yang bertugas pada syif pagi memulakan tugas mereka,” katanya,

Dia terkunci di dalam restoran itu dari pukul 11 malam hingga 7 pagi pada minggu lalu.

Bagaimanapun, firma itu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Cheltenham kerana tidak menjaga keselamatan, kebajikan dan kesihatan pekerja-pekerjanya mengaku pihaknya tidak bersalah.

– Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3qOPshIbS

Tuesday, October 27, 2015

Polis AS ‘belasah’ pelajar perempuan

Rakaman video seorang anggota polis Amerika Syarikat bertindak kasar terhadap seorang pelajar perempuan berkulit hitam di sebuah sekolah tinggi di sini, termasuk mengepit kepala dan menarik pelajar itu hingga jatuh dari kerusi sebelum mengheretnya keluar kini menjadi viral di media sosial.
Ia menambah imej buruk polis Amerika Syarikat yang dikecam kerana bertindak kasar serta keganasan terhadap penduduk kulit hitam.

Kejadian terbaru itu berlaku Sekolah Tinggi Spring Valley di Columbia, Carolina Selatan, hari ini dan menurut stesen televisyen tempatan, WIS, ia mendapat dua rakaman video kejadian itu.
Rakaman video dengan hashtag #AssaultAtSpringValleyHigh kini merebak pantas di Twitter.
Dalam video itu yang dirakam pelajar lain dalam kelas berkenaan, anggota polis berkenaan memasuki kelas dan bercakap sebentar dengan mangsa yang duduk di mejanya sebelum mencekak leher, menariknya hingga jatuh dari kerusi sebelum mengheretnya keluar sambil dilihat pelajar lain yang terdiam kerana terkejut dan takut.
Pelajar perempuan itu dilihat tidak memberi sebarang tentangan dan dia sememangnya tidak berpeluang untuk menentang.
Jurucakap Jabatan Syeriff Daerah Richland, Curtis Wilson, berkata pelajar itu sudah beberapa kali diarahkan meninggalkan kelas tanpa menyatakan sebabnya tetapi dia enggan.
Media Amerika menyatakan anggota polis itu ialah Ben Fields, seorang daripada dua anggota yang ditugaskan ke sekolah berkenaan. Fields sudah diberi tugas pentadbiran ketika siasatan kejadian itu.
Menurut NBC, Fields pernah dinamakan sebagai defendan dalam kes saman pada 2013 yang mendakwa dia bertindak tidak adil mensasarkan pelajar Afrika-Amerika dengan menuduh mereka anggota kumpulan samseng.


-Metro       

Monday, October 26, 2015

Kecoh jumpa budak




Port Dickson: “Dia tidak menangis, tetapi kelihatan seperti ketakutan. Kami menyangka keluarganya sengaja meninggalkan kanak-kanak ini di sini kerana tidak ada sesiapa datang hingga dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut,” kata pekerja sebuah stesen minyak yang menemui kanak-kanak lelaki, di Batu 4, Jalan Pantai, dekat sini, semalam.


Kanak-kanak berusia sekitar lima tahun itu dilihat seperti tidak sihat ditemui di stesen minyak berkenaan jam 10.30 malam kelmarin.
Berita penemuannya menjadi viral dalam laman sosial termasuk WhatsApp.
Dia yang enggan dikenali mengakui selepas sejam menunggu, tiada ahli keluarga kanak-kanak itu datang menyebabkan dia menghubungi polis sebelum dibawa ke Balai Polis Port Dickson untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan penemuan kanak-kanak terbabit.


-Metro

Sunday, October 25, 2015

Gadis napalm buang parut selepas hampir 40 tahun




Florida: Wanita yang satu ketika dulu pernah dikenali sebagai ‘gadis napalm’ apabila imejnya menangis dalam keadaan bogel selepas diserang bom kimia pada Perang Vietnam dirakam jurugambar dari Associated Press (AP) akhirnya berpeluang membuang parut lecuran teruk dialami dalam kejadian itu.
Kini, hampir 40 tahun selepas serangan pada 1972 itu, Kim Phuc yang dianggap simbol keperitan Perang Vietnam mungkin tidak lagi perlu menutup parutnya yang menjadi peringatan penderitaan dialami ketika itu.

“Selama ini saya sangka parut berkenaan akan dibawa sampai mati. Saya memujuk hati bahawa bila mati saya tidak akan rasa lagi kesakitan akibat parut saya.
“Tetapi kini saya mempunyai harapan untuk hidup dengan lebih normal,” katanya,
Kim kini berada di Miami untuk menemui ahli dermatologi yang mempunyai kepakaran dalam rawatan laser bagi pesakit yang mengalami lecuran.
Bulan lalu, Kim, 52, memulakan beberapa siri rawatan laser dengan doktornya, Jill Waibel yang mampu melembutkan dan melicinkan tisu parut tebal sepanjang lengan kiri, leher serta tengkuk dan hampir sepenuhnya pada belakangnya.
Lebih penting lagi, rawatan itu akan mengurangkan kesakitan yang masih dialami sehingga hari ini.
Kim ditemani suami Bui Huy Toan dan wartawan AP, Nick Ut, 65, yang merakam gambar pada 1972 itu dan masih berhubung dengannya sehingga hari ini.
“Dia yang merakam gambar saya ketika berusia sembilan tahun dulu dan kini dia jugalah yang akan melihat penghabisan kisah ini,” katanya.
Ut merakam gambar itu pada 8 Jun 1972 selepas tentera Vietnam Selatan secara tidak sengaja melepaskan napalm ke atas penduduk di perkampungan Kim, Trang Bang.
Ut berkata, dia masih ingat Kim menjerit ‘Panas! Panas!’ dalam bahasa Vietnam sebelum dia membawanya masuk ke van AP.
Kim kemudian menangis teresak-esak sambil berkata ‘Saya akan mati, panas sangat, matilah saya.’
Setiap rawatan Jill menelan belanja antara AS
$1,500 hingga AS$2,000 (RM6,400-RM8,500) tetapi dia menawarkan khidmatnya secara percuma ketika Kim menghubunginya.
Katanya, Kim yang kini tinggal di Kanada memerlukan kira-kira tujuh rawatan dalam tempoh lapan atau sembilan bulan akan datang. - Agensi/Metro

Thursday, October 22, 2015

Seksa telan pencungkil gigi




Buenos Aires: Seorang lelaki terseksa selama enam bulan selepas tertelan pencungkil gigi ketika sambutan tahun baru yang tanpa disedari mencucuk jantungnya. Selama tempoh itu, Horacio Rodriguez Videla, 42, mengalami rasa sakit mencucuk-cucuk, demam panas dan batuk berdarah, lapor portal berita Clarin. Doktor menyangka dia menghidap AIDS dan terkejut apabila hasil pembedahan menemui pencungkil gigi di dalam jantungnya. Videla berkata: “Memang saya banyak makan kudapan ketika meraikan Tahun Baru bersama kawan-kawan. Mungkin saya tertelan pencungkil gigi itu.” - Agensi






- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87045#sthash.Thh8slT9.dpuf

Wednesday, October 21, 2015

Tak sayang anak




Riyadh: Seorang lelaki ditangkap selepas dia memandu di lebuh raya selaju 104 kilometer sejam dengan anaknya bergayut di luar tingkap kenderaan itu.
Kejadian itu dirakam seorang pemandu lain sebelum ia menjadi viral di media sosial.
Polis berjaya menjejaki lelaki berkenaan menerusi video itu dan menahannya atas tuduhan membahayakan nyawa kanak-kanak dan pengguna jalan raya lain.
Sehubungan itu, orang ramai menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman berat terhadap lelaki itu dan mencadangkan kanak-kanak berkenaan diletakkan di bawah penjagaan agensi kebajikan.
Polis sehingga ini enggan mengulas sama ada kanak-kanak itu didera atau berseronok dengan tindakan bapanya.
Keselamatan jalan raya adalah isu besar di Arab Saudi.
Pada 2013, sebanyak 485,831 kemalangan jalan raya dicatatkan dengan 6,458 kematian, atau seorang terbunuh akibat kemalangan setiap 90 minit. - Agensi/Metro


     

Tuesday, October 20, 2015

Ambil kesempatan kahwin kakak menantu

Riyadh: Seorang lelaki berusia 70-an diselar dalam media sosial kerana berkahwin dengan kakak ipar anaknya. Dalam kejadian seperti sebuah drama televisyen, lelaki itu pergi ke rumah sebuah keluarga di Al Qunfudha, bandar di wilayah Tihamah, untuk memutuskan pertunangan anak lelakinya, atas desakan dua isterinya.
Ketika berada di rumah berkenaan dan sebelum menyuarakan niat kedatangannya, seorang wanita berusia 30 tahun keluar ke ruang tamu untuk menyajikan minuman. “Apabila lelaki itu melihatnya, dia bertanyakan kepada bapa wanita itu, sama ada wanita itu tunang anaknya.
Tuan rumah itu menjawab, dia kakak tunang anaknya dan baru sahaja menjadi janda,” lapor akhbar Okaz.
Lelaki tua itu serta-merta menukar hajat kedatangannya dan memberitahu tuan rumah bahawa dia datang untuk membincangkan perkahwinan anak lelakinya. “Dia juga memberitahu dia mahu meminang dan berkahwin dengan wanita yang menyajikan minuman tadi.
Tuan rumah itu bersetuju terhadap kedua-dua permintaan itu,” lapor akhbar berkenaan. Berita mengenai kejadian itu menjadi viral.
Ramai pembaca menyifatkan lelaki itu miang. “Apabila umurnya sudah mencecah 70-an tahun, dia sepatutnya lebih mendekatkan diri kepada Tuhan, bukan mencari isteri lebih muda,” kata seorang pembaca. - Agensi


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86394#sthash.YvinSghL.dpuf

Sunday, October 18, 2015

Selamat kerana tengok filem gengster


Beijing: Seorang remaja mendakwa berjaya meloloskan diri dari sekumpulan penculik walaupun tangan dan kakinya diikat selepas menggunakan aksi ditiru daripada filem gengster.
Xinhua melaporkan budak digelar Yi itu diculik ketika berjalan sendirian pada 24 September lalu di kampungnya, Fuxin. Yi mendakwa dibawa ke sebuah rumah yang ditinggalkan sebelum tangannya diikat ke belakang dan kakinya juga diikat. Kepalanya ditutup beg plastik dan diikat menggunakan pita pelekat, dengan lubang ditebuk untuk memuatkan straw bagi membolehkannya bernafas.
Yi berkata, sebaik mendengar penculiknya meninggalkan lokasi itu, dia terus bangun dan melompat-lompat sehingga berjaya keluar dari situ ke jalan.
Katanya, aksi itu ditiru daripada kisah filem gengster. Seorang penunggang motosikal yang melihatnya berhenti untuk membantu dan menghubungi polis. Polis berkata, seorang suspek sudah ditahan dalam kes itu. - Agensi




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86134#sthash.YseIxBRH.dpuf

Thursday, October 15, 2015

Mati tayang wang

                                
Pennsylvania: Perbuatan seorang lelaki berjenaka mengenai duit yang dimuat naik ke akaun Facebooknya membawa padah apabila menyebabkannya menjadi sasaran perompak yang membunuhnya. Tony Harris, 50, memuat naik gambar tunangnya Amber Crane memegang beberapa ikat not wang kertas AS$100 dengan keterangan: “Saya tersalah letak AS$60,000 (RM248,000). Harap-harap isteri saya tidak membelanjakan semuanya.” Malangnya, seminggu kemudian tiga lelaki bertopeng memecah masuk ke rumahnya dan menuntut supaya dia menyerahkan wang berkenaan. Harris dilaporkan sentiasa membiarkan pintu rumahnya dalam keadaan tidak berkunci.
Amber berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan pistol ke kepala Harris, manakala dia diacukan pistol seorang lagi perompak. Mereka menggeledah rumahnya mencari wang dan apabila Harris berkata duit itu tidak wujud mereka berang lalu menembaknya di kepala sebelum melarikan diri. Katanya, tiga anak mereka berusia lima dan dua tahun serta 10 bulan juga berada di dalam rumah ketika itu. Kejadian berlaku sehari selepas menyambut ulang tahun kelima anak perempuan mereka. Harris meninggal dunia lapan jam kemudian ketika pembedahan di Hospital Universiti Pennsylvania. Ketua Siasatan Pembunuhan Polis Philadelphia, James Clark tidak menolak kemungkinan Harris dibunuh kerana apa dimuat naik ke Facebooknya. “Sebenarnya wang itu tidak wujud. Perompak berkenaan berusia antara 17 hingga 19 tahun,” katanya. Anak saudara Harris, Anthony Fleming mengesahkan gambar dimuat naik Harris itu sekadar satu gurauan.




 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85494#sthash.rqHnoYyv.dpuf

Wednesday, October 14, 2015

'Dulu aku malu ayah bawa lori sampah'

 
BAGI menzahirkan rasa terima kasih anak kepada seorang ayah yang membesarkannya sehingga berjaya, seorang siswazah dari Thailand bersujud di kaki ayahnya selepas dia berjaya memperoleh ijazah.

Memetik laporan Bangkok Post, siswazah tersebut, Klanarong Srisakul melakukannya di hadapan lori sampah yang menjadi punca pencarian bapanya untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

"Dulu aku selalu berasa malu dengan ayah dan sering bertanya mengapa ayah saya tidak seperti bapa rakan saya yang lain.

"Bapa rakan aku bekerja di pejabat dan ada yang memakai seragam askar dan polis," luah Klanarong di laman sosial Facebook milknya.

Perkongsian itu menyebabkan gambar dia sujud di kaki ayahnya menjadi viral di Thailand.

Menulis dalam kaspyen itu lagi, Klanarong berkata, tindakan dia sujud di hadapan ayahnya adalah sebagai tanda membalas jasa.

"Ini cara aku mengucapkan terima kasih dan membalas setiap keringat, air mata dan saat bahagia bersama ayah.

"Sekarang saya membalas setiap pengorbanan ayah, aku kini tidak lagi malu dan sangat bangga dengan ayah," katanya.


-Sinar

Sunday, October 11, 2015

35 tahun tak gunting rambut

Yunnan: Seorang wanita memiliki rambut sepanjang 2.52 meter selepas tidak mengguntingnya sejak 35 tahun lalu.
Gu Meiying, etnik Miao yang menetap di wilayah Yunnan amat mudah dikenali kerana dia satu-satunya penduduk tempatan yang memiliki rambut sepanjang itu.
Menurutnya, dia tidak pernah menggunting rambutnya sejak berusia 24 tahun dan ia akan tumbuh sepanjang enam atau tujuh meter setahun.
“Saya menganggap rambut saya sebagai harta dan juga tangkal,” kata Meiying yang juga percaya rambut panjang menyumbang kepada kesihatannya.
Menurutnya, dia pernah ditawarkan 19,000 yuan (RM11,000) untuk rambut itu, tetapi menolaknya.
“Saya mahu terus menyimpan rambut ini dan berhasrat untuk mencatatkan rekod dunia Guinness,” kata wanita itu.
Setiap kali bekerja di ladang, Meiying akan melilit lima kali rambut itu pada kepalanya atau tiga setengah pusingan pada pinggangnya.
Dia juga mengeluh kerana rambutnya mengambil masa seminggu untuk kering apabila dia membasuhnya. - Agensi

  

Thursday, October 8, 2015

Bunuh ibu, belah dada, keluarkan hati

Fremont: Seorang lelaki mengaku membunuh ibunya sebelum membelah dada dan mengeluarkan hati mangsa menggunakan tangan. Omar Mark Pettigen, 31, ditahan kelmarin, lima hari selepas melakukan pembunuhan ngeri di rumahnya di Fremont, California.
Dia ditahan selepas bapanya yang tinggal di New Mexico meminta bantuan polis untuk mencari bekas isteri dan anaknya setelah mereka tidak menghubunginya sekian lama.
Polis tiba di rumah Omar dan menemui mayat Nailah, 64, di dalam bilik dengan seluar dalamnya terlucut hingga ke pergelangan kaki dan perutnya terburai.
Hasil bedah siasat menunjukkan bekas guru matematik itu dikerat dari leher hingga ke serviks dan turut ditembak sekurang-kurangnya tujuh das. Omar berkata dia bertengkar dengan ibunya yang didakwanya mengacukan pistol kepadanya sebelum dia mencapai tukul pada dinding bilik untuk menyerang wanita itu.
Dia keluar dari bilik itu, masuk semula dengan kapak dan menyerang ibunya sebelum menembak belakang mangsa empat kali. Omar kemudian dipercayai membelah dadah ibunya dengan pisau, mengeluarkan hatinya sebelum meletakkannya semula.
Omar dilapor memberitahu polis, dia membunuh ibunya kerana wanita itu mahu membunuh diri dengan memakan ubat penahan sakit oksidon, Katanya, ibunya ketagih ubat berkenaan selepas menjalani pembedahan pinggul dan lutut. - Agensi


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83637#sthash.6Ra2tcQB.dpuf

Wednesday, October 7, 2015

Tolak RM111,656 dapat RM30,133

Kuwait: Seorang lelaki yang tamak menolak tawaran untuk menjual helangnya dengan harga 100,000 riyal (RM111,656) kerana berharap mampu meraih keuntungan lebih tinggi pada acara lelongan burung di Kuwait.
Bagaimanapun, lelaki itu hampa apabila burung terbabit hanya dijual pada harga 27,000 riyal (RM30,133) pada lelongan berkenaan. Lelaki itu dilaporkan ditawar sebanyak 100,000 riyal oleh seorang peminat helang terkenal di Arab Saudi selepas dia menangkap burung pemangsa berkenaan di bandar Rafha.
“Dia menolak tawaran itu dengan harapan mampu meraih keuntungan lebih tinggi pada acara lelong burung di Kuwait. “Namun, burung itu hanya dijual dengan harga 27,000 riyal dan dia bersetuju untuk menjualnya,” kata akhbar Sada. - Agensi


 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83438#sthash.RXVlZDGW.dpuf

Monday, September 28, 2015

Pendatang Islam murtad di Jerman


Berlin: Paderi Kristian mengambil kesempatan mengkristiankan pendatang Islam yang mahu memasuki Eropah dan sehingga kini ratusan pendatang dari Iran dan Afghanistan sudah dibaptiskan di Gereja Trinity, di bandar raya ini.
Antaranya, Mohammed Ali Zonoobi dari Syiraz, Iran, yang menundukkan kepala apabila Paderi Gottfried Martens merenjis air suci ke atas rambutnya sambil berkata: “Adakah kamu akan berpisah daripada syaitan? Adakah kamu akan berpisah daripada Islam?” “Ya,” jawab Mohammed Ali lalu Martens membaptiskan lelaki itu dan kini nama tukang kayu itu ialah Martin, beragama Kristian, tidak lagi umat Islam.
Dia tiba di Jerman bersama isteri dan dua anaknya lima bulan lalu. Isterinya, Afsaneh juga memeluk Kristian dan kini bernama Katarina. Tidak dapat dipastikan sama ada mereka menukar agama kerana percayakan Kristian atau mahu meningkatkan peluang mendapat suaka politik dengan alasan akan dihukum, termasuk kemungkinan hukuman mati kerana murtad jika kembali ke negara asal.
Paderi Martens menyedari ada yang sanggup memeluk Kristian bagi meningkatkan peluang tinggal di Jerman namun apa saja sebab mereka tidak penting kepadanya. “Ramai yang yakin Kristian akan mengubah kehidupan mereka dan saya jangka hanya 10 peratus tidak akan ke gereja selepas dikristiankan.
Menjadi Kristian tidak menjamin mereka dibenar tinggal di Jerman namun, dengan hukuman mati atau penjara yang lama di Iran dan Afghanistan untuk mereka yang murtad, tidak mungkin Jerman akan menghantar pulang pelarian yang memeluk Kristian. Tiada yang mengakui kesediaan memeluk Kristian itu akan meningkatkan peluang mendapat suaka politik kerana ia akan menyebabkan permohonan mereka ditolak.
Menurut Martens jumlah pelarian yang memeluk Kristian dengannya meningkat mendadak dalam tempoh dua tahun daripada 150 orang kepada 600 orang kini kerana terpengaruh dengan cerita Martens boleh membantu mempercepatkan proses permohonan suaka politik mereka.
Gereja Lutheran di Hannover dan Rhineland juga melaporkan peningkatan pelarian Iran memeluk Kristian dan menurut Martens, ada 80 lagi pelarian, sebahagian besarnya dari Iran dan sebilangan kecil dari Afghanistan menunggu untuk dibaptiskan. Jumlah pelarian yang mahu tinggal di Jerman tahun ini meningkat empat kali ganda berbanding tahun lalu kepada 800,000 orang dari Syria, Iraq, Afghanistan dan Pakistan yang memohon suaka politik.
Pelarian dari Syria yang diancam perang saudara berpeluang besar dibenar tinggal di Jerman berbanding mereka dari Iran atau Afghanistan yang stabil. - AP




 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75233#sthash.j4qepRWT.dpuf

Sunday, September 27, 2015

Pramugari buat duit sampingan

Riyadh: Seorang pramugari dipecat selepas ditemui mengadakan seks bersama penumpang di dalam tandas sebuah pesawat milik syarikat dari Timur Tengah ketika penerbangan.
Wanita itu mengaku menggoda penumpang lain ketika penerbangan dalam usaha membuat wang sampingan, malah dilaporkan meraih keuntungan lebih AS$1 juta (RM4.4 juta) dengan cara itu sejak dua tahun lalu.
Media memetik sumber penerbangan berkata, penumpang terbabit mengaku digoda pramugari berkenaan untuk mengadakan seks dengan bayaran AS$2,000 (RM8,800). Jumlah itu juga dilaporkan bayaran dikenakan bagi setiap pelanggan.
Laporan itu tidak menamakan syarikat penerbangan terbabit, tetapi mendakwa pramugari berkenaan dipecat sebelum dihantar pulang ke negara asalnya. - Agensi


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80707#sthash.5ocYd4Qd.dpuf

Thursday, September 24, 2015

Mohon monyet diberi hak cipta gambar selfie


San Francisco (Amerika Syarikat): Sebuah pertubuhan hak asasi haiwan memfailkan saman di sebuah mahkamah di sini bagi mengisytiharkan seekor monyet diberikan hak milik gambar selfie yang dirakamnya sendiri.
Pertubuhan Layanan Beretika untuk Haiwan (PETA) memohon supaya monyet itu diberikan hak terhadap gambar selfie yang dirakamnya di Indonesia pada 2011. Monyet yang dikenali sebagai Naruto itu merakam gambar selfienya menggunakan sebuah kamera yang dipasang jurugambar Britain, David J Slater. PETA menuntut mahkamah mengisytiharkan Naruto adalah jurugambar dan pemilik yang sah gambar berkenaan.
Pertikaian hak milik gambar itu tercetus pada tahun lalu selepas sebuah laman sesawang, Wikimedia Commons menyiarkan semula gambar selfie itu dengan label milik umum. Slater kemudian meminta Wikimedia memadamkan gambar itu kerana mendakwa imej berkenaan adalah miliknya. “Saya yang memasang kamera dan monyet itu hanya menekan butangnya,” kata Slater.
Bagaimanapun, Wikimedia enggan memadamkan gambar itu dengan alasan ia bukan milik Slater kerana dia tidak merakamkan imej berkenaan sendiri. PETA dalam satu kenyataan menegaskan bahawa, undang-undang di Amerika Syarikat tidak menghalang haiwan memegang hak cipta. “Naruto sendiri yang merakamkan gambar, oleh itu haiwan berkenaan memegang hak terhadap imej berkenaan sama seperti manusia,” katanya. - Agensi


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80021#sthash.kMfkiGGm.dpuf

Tuesday, September 22, 2015

Padah tersilap panggil nama bekas suami

Tallahassee (Amerika Syarikat): Seorang lelaki mengamuk dan membunuh teman wanitanya selepas mangsa secara tidak sengaja memanggil nama bekas suaminya ketika sedang berasmara.
Lebih kejam lagi, Fidel Lopez turut menikam dan mengeluarkan isi perut teman wanitanya, Maria Nemeth dalam kejadian di bandar Sunrise, Florida itu.

Jurucakap polis berkata, Lopez, 24, mengaku membunuh Maria, 31, selepas terlalu marah kerana mangsa memanggil nama bekas suaminya ketika berasmara.
Katanya, Lopez yang mabuk dilapor memukul Maria sehingga pengsan sebelum merosakkan perabot di apartmen milik mereka.
“Lopez kemudian menggunakan serpihan kaca untuk menikam dan mencederakan badan teman wanitanya.
“Tidak cukup dengan itu, Lopez bertindak lebih kejam apabila mengeluarkan usus mangsa dengan menggunakan tangannya sendiri,” katanya.
Selang beberapa minit, Lopez mengheret mayat Maria ke dalam bilik mandi dan menyimbah muka mangsa dengan air dengan harapan wanita itu terjaga.
“Selepas menyedari teman wanitanya tidak bernyawa, Lopez berehat di luar kediaman itu sambil menghisap rokok.
“Lopez kemudian menghubungi polis dan memberitahu teman wanitanya pengsan,” jelasnya.
Menurutnya, polis yang tiba di tempat kejadian menemui mangsa terbaring di bilik air dalam keadaan bogel dengan perut terburai.
“Selepas disoal-siasat, Lopez akhirnya mengaku dia membunuh mangsa,” katanya. - Agensi

Balasan kejam kekasih curang

Canberra: Seorang lelaki yang curang bersetuju ‘dihukum’ dengan membenarkan teman wanitanya membakar alat sulitnya menggunakan alat pelurus rambut. Lelaki tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan membuat perjanjian bersama kekasihnya Bronwyn Parker, 22, dengan dirinya dicederakan jika curang.
Akibatnya, lelaki terbabit mengalami kesan lecur tahap ketiga pada kemaluannya selepas dikenakan ‘hukuman’ itu akibat tidur dengan bekas teman wanita. Malah kecederaannya dianggarkan mengambil sehingga dua tahun untuk pulih sepenuhnya.
Bronwyn mengaku menggunakan alat pelurus rambut berkenaan ‘hanya untuk beberapa saat’ bagi menghukum kekasihnya itu yang dikenali menerusi Facebook. “Memang kulitnya nampak melecur seperti daging yang dipanggang,” katanya ketika prosiding di depan Hakim Paul Muscat. Muscat berkata, kejadian terbabit adalah antara yang paling aneh pernah dilihatnya.
Bronwyn dikenakan hukuman penjara tertangguh selama sembilan bulan selepas mengaku salah. - Agensi -


See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79249#sthash.JAMnszb8.dpuf

Sunday, September 20, 2015

Kejutan buaya putih


Alor Gajah: Dua rakan terpaksa membatalkan hasrat ke ladang getah selepas terserempak dua buaya putih sepanjang kira-kira tiga meter di tebing sungai di Kampung Sungai Jernih, Lubok Cina, semalam.
Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu menyebabkan Zulkifli Md Yunus, 51, dan seorang rakan dikenali sebagai Mamat, 50, berpatah balik ke rumah selepas dikejutkan dengan reptilia itu yang menuju ke tebing.
Difahamkan, buaya putih itu dipercayai dari Sungai Rembau dan tersesat ke kawasan kampung terbabit ketika air sungai naik selepas hujan lebat sebelum ditemui dua sahabat itu.
Zulkifli yang juga Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Sungai Siput berkata, dia belum pernah melihat buaya mendarat dan berjemur di tebing sungai berhampiran ladang getah itu.
Menurutnya, buaya yang ditemui agak pelik berbanding buaya di sungai berkenaan yang selama ini ditemui berwarna kelabu atau gelap. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/78378#sthash.QnrKW92B.dpuf

Thursday, September 17, 2015

Denda kerana tak bersih


Hunan (China): Dua puluh pelajar wanita sebuah universiti di sini didenda tidur di atas padang kawad dan berlari dengan kepala mereka dimasukkan ke dalam baldi sebagai hukuman tidak membersihkan bilik.
Lebih memalukan hukuman terhadap pelajar baru di Kolej Vokasional untuk Bahasa Asing di sini itu disaksikan 2,000 pelajar lain. Setiap pelajar baru di universiti di China wajib menyertai kursus latihan ketenteraan bagi membentuk disiplin dan semangat cintakan negara. Hukuman denda seperti berlari di dalam hujan dan diherdik jurulatih menjadi kebiasaan sekiranya pelajar melakukan kesalahan.
Gambar sekumpulan pelajar lengkap dengan selimut, tidur di atas padang kawad yang tersebar di Internet baru-baru ini satu contoh denda yang popular.
Walaupun dikritik pengguna Internet kerana dianggap memalukan, tetapi bagi sebilangan pelajar, mereka merasakan denda itu ringan. Sementara itu, pengetua kolej berkenaan mengakui hukuman seperti itu boleh mengganggu emosi pelajar. “Kami mengarahkan jurulatih supaya tidak terlalu tegas terhadap pelajar ini bagi mengelak mereka tertekan,” katanya.




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/78321#sthash.14tFxFkA.dpuf

Terperangkap dalam kereta kebal





Moscow: Seorang anggota Parlimen Russia dilapor tersekat di dalam sebuah kereta kebal selama lima jam dan mengancam menembak mereka yang berdiri di sekitar kereta kebal itu jika dia tidak boleh melepaskan dirinya.
Kejadian berlaku apabila Setiausaha Parlimen Igor Zotov yang berbadan gempal memasuki kereta kebal itu di Ekspo Senjata Russia di Nizhny Tagil.
Saksi memberitahu wartawan, Zotov terperangkap di dalam kereta kebal itu selama lima jam dan mengancam menembak mereka yang berada di sekeliling kenderaan itu jika dia tidak boleh keluar.
Zotov dalam kenyataannya mengesahkan dia berada di dalam BMP-3, kenderaan tempur amfibia infantri Russia, tetapi menolak laporan yang mendakwa dia tidak boleh keluar.
“Berita itu mengarut. Memang saya masuk ke dalam kereta kebal itu, duduk di tempat pemandunya dan keluar semula.
“Memang saya gempal dan tinggi, tetapi saya tidak terperangkap di dalam kereta kebal itu,” katanya kepada agensi perkhidmatan berita Russia.
Bagaimanapun, penyelaras ekspo Alexander Pisarevsky berkata: “Zotov, kerana badannya yang besar, sukar untuk keluar dari kereta kebal itu. Dia berada di dalamnya selama lima jam.”
Televisyen Russia juga melaporkan: “Timbalan Speaker Parlimen yang gemuk terperangkap dalam kereta kebal.”
Zotov akhirnya keluar dari kenderaan tentera itu dengan bantuan anggota Kementerian Keadaan Darurat dan pasukan keselamatan ekspo. - Agensi



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/78050#sthash.AuHyCvBQ.dpuf

Monday, September 14, 2015

Telan berlian curi RM11.9 juta


Bangkok: Seorang wanita China cuba menyeludup berlian curi bernilai 10 juta baht (RM11.9 juta) keluar dari Thailand dengan menelan batu itu.
Wanita itu dibenarkan keluar dari hospital hari ini, selepas doktor berjaya mengeluarkan berlian berkenaan. Menurut polis, wanita berusia 39 tahun itu, menukar berlian asli dengan batu palsu ketika pameran barang kemas di pinggir Bangkok, Khamis lalu, dan cuba keluar dari negara berkenaan dengan menelan berlian terbabit.
Polis berjaya menahannya ketika dia hendak menaiki pesawat di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, selepas berlian berkenaan dikesan melalui X-ray.
Lelaki berusia 33 tahun yang bersamanya juga ditahan. Polis menggunakan pelbagai cara termasuk memberinya makan julap namun berlian berkenaan gagal dikeluarkan lalu meminta bantuan hospital. Jurucakap Hospital Besar Polis, Leftenan Kolonel Anchulee Theerawongpaisal, berkata doktor menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan berlian berkenaan dalam masa 12 minit. - AFP -




See more at: http://www.hmetro.com.my/node/77470#foto

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan kisah ini.
Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, "Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?" Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.
"Tujuh ratus ribu," jawab malaikat yang satu lagi.
"Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?"
"Tiada satu pun"
Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, "Apa?" Dia menangis dalam mimpi.
"Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?"
Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.
"Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Diatas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah. "
"Bagaimana ia boleh terjadi begitu?"
"Itu adalah kehendak Allah"
"Siapakah orang tersebut?"
"Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik"
Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria.
Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.
"Di sana, di pinggir bandar", kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.
"Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?", tanya Ulamak
"Betul, siapakah tuan?"
"Saya Abdullah bin Mubarak"
Said terharu, "Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?"
Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.
"Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?"
"Wah! saya sendiri tidak tahu!"
"Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini".
Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, "Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika....Labbaika la syarika laka labbaika... innal hamda...Wanni'mata... Laka wal mulka... La syarika laka...
Ya Allah, aku datang kerana panggilan -Mu. Tiada sekutu bagi -Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi -Mu.
Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis "Ya Allah aku rindu Mekah ... Ya Allah aku rindu melihat ka'abah ... Izinkan aku datang ... Izinkan aku datang, ya Allah ..."
Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.
"Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji"
"Tetapi anda batalkan?"
"Benar"
"Apa yang berlaku?"
"Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu ngidamkan sesuatu "
"Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?
"Ya sayang"
"Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya "
"Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Disitu terdapat seorang balu dan enam orang anaknya."
Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit. Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.
Akhirnya dengan perlahan dia berkata, "Tidak boleh tuan"
"Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi," kata saya tegas
"Makanan ini bukan untuk dijual, tuan," katanya sambil berlinang air mata.
Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, "Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan," katanya.
Dalam hati saya, "Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, "Kenapa?"
"Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak "
"Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram".
Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah.
Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi.
"Ini masakan untuk kamu"
Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka.
"Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi"
Ya Allah ... disinilah Hajiku ... 
Ya Allah... disinilah Mekahku ...

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata.
Fikirkanlah bagi orang yg pergi berpuluh puluh kali Haji tapi bakhil....dimana tempatnya...sedangkan dlm masa yg sama berapa ramai lagi umat Islam yang memerlukan...
Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa dekat dgn kita.




Sumber..!


Tak mahu bongkak

Riyadh: Arab Saudi semalam menyelar laporan yang mengecam negara itu kerana tidak membantu krisis pelarian Syria.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya, kementerian luar negara itu berkata, ia sudah menerima kemasukan kira-kira 2.5 juta rakyat Syria sejak konflik bersenjata negara berkenaan bermula empat tahun lalu.
Sehubungan itu, kementerian berkenaan menyifatkan dakwaan negara itu tidak membantu pelarian Syria sebagai ‘palsu dan mengelirukan.’
Kenyataan itu dibuat berikutan kenyataan serupa dikeluarkan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas kedua-dua negara yang kaya itu dituduh tidak membantu lebih empat juta warga Syria yang melarikan diri dari peperangan.
Pegawai kementerian luar Saudi dipetik oleh Agensi Berita Saudi (SPA) sebagai berkata, negara itu tidak mahu menunjuk-nunjuk atau bongkak dengan apa yang dilakukannya terhadap pelarian Syria.
“Kami tidak mahu menganggap mereka sebagai pelarian. Kerana itu kami mengeluarkan permit kepada 100,000 rakyat Syria yang ingin menetap di negara ini,” kata pegawai itu.
Menurutnya, dengan permit berkenaan, pendatang Syria itu boleh mendapatkan pendidikan percuma, penjagaan kesihatan dan bekerja di negara itu.
Selain itu, katanya, Arab Saudi juga menghulurkan bantuan kepada jutaan pelarian Syria di Jordan, Lubnan dan negara lain dengan kerjasama negara berkenaan, termasuk bantuan peri kemanusiaan berjumlah AS$700 (RM3 bilion).

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/77199#sthash.BdsSnrBl.dpuf

Thursday, September 10, 2015

Suami 84, isteri 24






Moscow: Meskipun sudah berusia 84 tahun, ia tidak menghalang seorang wanita berusia 24 tahun untuk berkahwin dengan pelakon terkenal Russia, Ivan Krasko. Legenda filem sejak era Soviet yang berlakon dalam lebih 140 filem, mengumumkan ia merancang membina keluarga dengan isteri terbarunya itu, Natalia Shevel, yang 60 tahun lebih muda daripadanya, sebaya cucunya.




Perkahwinan Krasko dengan Natalia diadakan secara tertutup, hanya dihadiri keluarga dan rakan di St Petersburg, semalam. Krasko yang mempunyai enam anak, bertemu Natalia ketika mengajar seni di Institut Pendidikan Liberal, St Petersburg dengan isterinya itu antara pelajarnya.




Natalia sering menulis puisi kepadanya yang menurut Krasko, amat memikat. Pelakon itu yang sudah tiga kali berkahwin sebelum ini berkata: “Puisinya itu membuatkan saya berasa kembali menjadi lelaki yang saya sangka sudah lama hilang.




Kehidupan saya seperti bermula kembali dan apa yang hilang, ditemui semula.” - Daily Mail.




 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/76626#sthash.bRLBgEq1.dpuf

Tuesday, September 8, 2015

11 tahun 10 suami


New York: Inilah wanita yang lebih hebat daripada Elizabeth Taylor dari segi jumlah perkahwinan. Lianna Barrientos, 39, berkahwin dengan 10 lelaki dalam masa 11 tahun dan satu ketika, melangsungkan perkahwinan dengan enam daripada mereka pada tahun sama.




Lianna minggu lalu ditangkap pihak berkuasa kerana berkata perkahwinannya yang ke-10 pada 2010 adalah yang pertama.




Dia kahwin kali pertama pada 1999 dengan Mohamed Gerbril, diikuti dengan Ahmed Allam pada 2001, kemudian dengan Habibur Rahman, juga pada 2001, lapor akhbar New York Times.




Menurut akhbar itu, wanita itu berkahwin dengan enam lelaki pada 2002 - Davit Koridze, Duran Goktepe, Aliaksandr Paharelau, Vakhtang Dzneladze, Rashid Rajput dan Kakhaber Khorbaladze.






 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43031#sthash.qoIUvdOJ.dpuf

Monday, September 7, 2015

Nama paling pendek


Jakarta: Selepas beberapa individu di Indonesia muncul dengan nama pelik seperti Tuhan, Saiton dan Andy Go To School kini giliran seorang gadis pula yang mempunyai nama paling pendek.




Pelajar di sekolah menengah di Pemalang, Jawa Tengah ini dipercayai individu yang mempunyai nama paling pendek selepas namanya hanya D. D yang berusia 15 tahun menunjukkan rekod sekolah yang memaparkan namanya kerana dia masih belum membuat kad pengenalan diri.




Bapanya, Mulyaji berkata, dia memberi anaknya nama D kerana gadis itu dilahirkan terlalu cepat. “Anak saya ini adalah anak yang keempat dan saya memberi nama D sempena urutan huruf itu yang berada di tempat keempat,” katanya.




Menurutnya, hanya anak bongsunya itu diberi nama yang unik dan semua kakak D mempunyai nama biasa. D memberitahu, dia tidak pernah menghiraukan atau berasa terganggu dengan nama yang diberikan oleh bapanya itu. “Saya berasa senang walaupun nama berbeza dan rakan yang lain sudah biasa memanggil saya D,” katanya. - Agensi



 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75989#sthash.0CmQQGyp.dpuf

Doktor jahit tangan pesakit dalam kulit perut

Houston (Amerika Syarikat): Sekumpulan doktor di sebuah hospital di sini terpaksa menjahit tangan seorang lelaki ke dalam kulit perutnya selepas anggota badan itu cedera parah akibat terkena besi panas.


Tangan kiri Haley Hernandes, 70, melecur teruk akibat dihempap besi panas ketika menggantikan tayar lorinya pada bulan lalu. Hernandes berkata, besi berkenaan yang berada di atas lorinya sangat panas selepas seharian berjemur di tengah panas terik matahari. “Besi itu menghempap tangan saya seperti seterika panas menyebabkan kulit dan daging saya melecur teruk,” katanya.


Menurutnya, ketika sampai di hospital doktor memberitahu tangannya sukar untuk diselamatkan kerana kecederaannya terlalu parah. Doktor di Hospital Methodist Houston, Anthony Echo memberitahu, sebagai langkah terakhir pihaknya memilih untuk menjahit tangan lelaki itu di bawah kulit perutnya.


Katanya, teknik itu bukannya asing dalam dunia perubatan, tetapi sangat jarang dilakukan. “Teknik ini membolehkan tangan yang cedera teruk ini mendapat bekalan darah dari kulit bagi membantunya sembuh. “Tangan pesakit itu dibiarkan dalam kulit perutnya selama beberapa minggu sebelum dikeluarkan,” katanya.


Menurutnya, prosedur itu berjaya menyelamatkan tangan Hernandes daripada dipotong dan lelaki berkenaan kini menjalani pemulihan. - Agensi


 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75292#sthash.Zs8IQpOg.dpuf

11 Tuhan akan mengundi




Banyuwangi: Pendedahan seorang lelaki yang bernama Tuhan menyebabkan wilayah Banyuwangi popular di Indonesia. Namun, wilayah Jember yang terletak bersebelahan Banyuwangi jauh lebih unik kerana mempunyai 11 penduduk bernama Tuhan.


Semua penduduk itu mendaftar sebagai pemilih untuk pilihan raya kecil bagi memilih pemimpin wilayah itu yang akan berlangsung Disember ini. “Memang benar ada beberapa pemilih yang bernama Tuhan yang dikesan ketika saringan daftar pemilih untuk pilihan raya ini,” kata pegawai suruhanjaya pilihan raya Jember Ahmad Hanafi.


atanya, mereka yang bernama Tuhan itu ada yang sudah berkahwin dan tinggal di beberapa daerah dan bandar Jember. “Ada namanya memang Tuhan tetapi ada yang memakai di awalan atau di akhiran seperti Satuhan dan Tuhani,” jelasnya. Menurutnya, ada 11 individu yang mempunyai nama Tuhan dan mereka memiliki kad pengenalan dan alamat berbeza.


Bagaimanapun, Ahmad tidak memberi maklumat lanjut berhubung individu bernama Tuhan berkenaan kerana ia dokumen rahsia. - Agensi




 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75686#sthash.6DFMm9Dd.dpuf

Tuesday, September 1, 2015

Tak adil pada Allah


Suami romantik sanggup tidur bawah jambatan

Chongqing (China): Seorang lelaki yang bekerja sebagai pemungut barang terpakai menjadi viral selepas kisahnya untuk berjimat daripada membayar sewa asrama tersebar di Internet.
Lelaki yang dikenali sebagai Xiong memilih tinggal di bawah jambatan kerana mahu berjimat supaya dia boleh membeli rantai emas dan cincin berlian yang dikehendaki isterinya.
Xiong sebelum ini tinggal di asrama yang disediakan kerajaan tempatan.
Bagaimanapun, untuk berjimat, dia mengambil keputusan untuk tinggal di bawah jambatan.
“Di bawah jambatan ini saya boleh berjimat lima yuan sehari. Saya mahu mengumpul wang untuk membeli rantai emas dan cincin berlian untuk isteri saya. Saya mahu membelinya di pusat beli-belah, seperti yang dilakukan orang lain di bandar ini,” kata Xiong.
Menurut laporan, Xiong memungut barang terpakai dan menyimpannya sebelum menjualnya.
“Isteri saya sudah berusia lebih 60 tahun. Saya memungut barang terpakai dan yang dibuang orang ramai untuk mendapatkan sedikit wang, Isteri saya pula bertani di kampung kami.
“Saya mahu membeli rantai emas dan cincin berlian sebagai hadiah untuk membuktikan dia tidak salah memilih saya sebagai suami,”katanya. - Agensi/Metro

Thursday, August 27, 2015

Tikus makan mata, jari bayi di hospital

ANDHRA PRADESH - INDIA . Seorang bayi maut selepas seekor tikus memakan mata dan jari seorang bayi yang baru berumur 10 hari di sebuah hospital, semalam.
Menurut Dailymail, tiga kakitangan hospital tersebut digantung kerja berikutan kejadian itu.
Bayi tersebut ditempatkan di Hospital Kerajaan Guntur berkenaan kerana mengalami masalah saluran kencing.
Kejadian tersebut disedari oleh ibu bayi tersebut, Chavali Lakshmi selepas mendapati jari bayinya mempunyai kecederaan seperti digigit.
Mata kiri bayi berkenaan juga rosak akibat digigit.
Ketua Menteri Andhra Pradesh, N Chandrababu Naidu memerintahkan kejadian tersebut disiasat.
 
-Kosmo

Wednesday, August 26, 2015

Remaja dikebumi hidup-hidup?

Saudara-mara seorang ramaja Honduras yang mati ketika hamil tiga bulan, memecahkan kubur serta kerandanya selepas mendakwa terdengar bunyi ketukan dalam keranda itu membuatkan mereka percaya remaja berkenaan masih hidup.
Remaja itu, Nelsy Perez, 16, dikejarkan ke klinik terbaring dalam keranda, berpakaian gaun pengantin yang sepatutnya dipakai untuk majlis perkahwinan dengan lelaki yang menjadi bapa bayi dalam kandungannya.
Namun, doktor menegaskan tidak menemui sebarang tanda remaja itu masih hidup.
Menurut saudara-mara remaja itu, mereka mendapati ada tanda pergelutan dengan panel kaca keranda pecah serta calar-calar pada jarinya.
Rakaman video kejadian itu yang berlaku awal Julai lalu, di Copan, barat Honduras, namun mula disiarkan stesen televisyen negara itu mulai semalam.
Rakaman itu menunjukkan orang ramai berkumpul di sekeliling kubur Nelsy ketika seorang remaja memecahkan konkrit kubur untuk menarik keluar kerandanya.
Menurut keluarga remaja itu, Nelsy yang tiga bulan hamil, tiba-tiba sakit dan mereka mengesyaki dia dirasuk lalu meminta pertolongan seorang paderi.
“Paderi memintanya menyebut tuhan tetapi dia enggan. Suara yang keluar dari mulutnya bukan suaranya,” kata bakal suami Nelsy, Rody Gonzales, kepada stesen televisyen Univision.
Mereka membawanya ke hospital dan beberapa jam kemudian doktor mengesahkan Nelsy meninggal dunia.
Sehari selepas dikebumikan, Gonzales melawat kuburnya dan terdengar ketukan dalam kubur dan pekerja di perkuburan itu juga mendengar ketukan.
Keluarganya yakin Nelsy sebenarnya masih hidup kerana selepas keranda dibuka, mereka mendakwa tubuh remaja itu tidak berbau busuk selain warna kulitnya tidak berubah.
“Dia tidak berbau busuk, tubuhnya kelihatan normal,” kata ibu saudaranya Gladys Gutierrez.
Doktor yang mengesahkan kematiannya, Claudia Lopez, berkata ujian menunjukkan Nelsy memang sudah mati.
“Kami membuat semua ujian yang menunjukkan remaja perempuan itu sudah meninggal dunia. Mereka memasukkannya ke dalam keranda dan membawanya kembali ke kubur,” katanya.
Keluarganya percaya jantung Nelsy berhenti sementara menyebabkan doktor mengesahkan dia sudah mati dan ketika dikebumikan, dia masih hidup.
Remaja itu dipercayai tersedar apabila jantungnya kembali berfungsi tetapi meninggal dunia akibat kekurangan oksigen dalam keranda.
Sepupunya, Carolina Perez, berkata: “Selepas dia dikeluarkan dari keranda, saya dapati tubuhnya masih panas ketika disentuh. Malah saya dapat merasai degupan jantungnya yang lemah.
“Ada calar pada dahi dan jarinya seolah-olah dia cuba keluar dari keranda.”
Ibu remaja itu, Maria Gutierrez, amat yakin anaknya masih hidup ketika dikebumikan dan menyalahkan doktor yang mengesah serta menanda tangani sijil kematiannya. - The Guardian
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2015 @ 5:32 PM
Nelsy Perez yang berusia 16 tahun, hamil tiga bulan ketika disahkan meninggal dunia oleh doktor.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73144#sthash.H9hChhCB.dpuf