Beijing: Usianya baru enam tahun, tetapi datuknya rela meninggalkannya sebagai ‘jaminan’ di sebuah rumah mandi awam kerana tidak cukup wang untuk membayar hutang. Lebih malangnya, jumlah diperlukan si datuk masih belum dijelaskan walaupun sebulan sudah berlalu, menyebabkan kanak-kanak terbabit - dikenali sebagai Siyao - terpaksa berkampung di rumah mandi berkenaan.
Pengurusnya, Mee Wang, 40, berkata pada awalnya si datuk memberitahu Siyao ingin mandi dalam air suam dan mendapatkan urutan badan. Dia kemudian membawa cucunya itu ke sebuah rumah mandian di bandar Kunming, Yunnan. Apabila tiba masa untuk membayar bil, si datuk mendakwa dia terlupa membawa dompet dan meminta izin pulang untuk mengambilnya di rumah.
Menurut Mee, untuk meyakinkannya lelaki warga emas itu meninggalkan Siyao di situ dan berjanji akan kembali bersama wang yang sepatutnya.“Masalahnya, saya menunggu dia sebulan lalu.“Sepanjang tempoh itu Siyao terpaksa dijaga sepenuhnya oleh pekerja di sini,” katanya.
Kisah Siyao dilaporkan dalam media tempatan dan pihak yang berkenaan merayu agar datuknya datang untuk membawanya pulang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28918#sthash.zmwLmvvv.dpuf

No comments:
Post a Comment