Dubai: Pengguna jalan raya di bandar ini hampir tidak mempercayai mata mereka apabila melihat wang kertas turun dari langit seperti hujan.
Dalam kejadian awal bulan ini itu, ribuan wang kertas not AED500 (RM495) berterbangan di jalan raya di tengah bandar berkenaan.
Bagaimanapun, pihak berkuasa hingga kini tidak memberikan pejelasan mengenai kejadian itu atau atau dari mana sumbernya.
Rakaman video menunjukkan pengguna jalan raya keluar dari kereta mereka untuk mengutip wang yang bertaburan itu.
Beberapa pengguna dilihat menggenggam sejumlah wang. Nilai keseluruhan wang itu dianggar berjumlah antara AED2 juta (RM1.98 juta) hingga AED3 juta (RM2.97 juta).
Ramai penduduk tidak mengetahui dari mana sumber wang itu dan punca ia ditiup angin kencang selama beberapa minit di kawasan berhampiran Jumeirah.
“Cuaca ketika itu berangin dan isteri saya yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya terkejut apabila melihat sejumlah wang tunai berterbangan,” katanya. - AP

No comments:
Post a Comment