Tuesday, June 30, 2015

10 pesanan Rasulullah S.A.W

Pesan-pesan nabi tertuang dalam bentuk dialog antara manusia dan setan ;

1. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Anakmu mati". Katakan kepadanya: "Sesengguhnya mahluk hidup diciptakan untuk mati, dan penggalan dariku (putraku) akan masuk surga. Dan hal itu membuatku gembira".

2.Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Hartamu musnah".Katakan kepadanya: "Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat".

3. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun".Maka, katakan kepadanya :"Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)".

4. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Betapa banyak kebaikanmu", dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka ia katakan kepadanya :"Kejelekan-kejelekanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku".

5. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Alangkah banyaknya solatmu". Maka katakan :"Kelalaianku lebih banyak dibanding solatku".

6. Dan jika ia datang dan berkata :"Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang". Maka katakan kepadanya :"Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan".

7. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak orang yang menzalimimu". Maka katakan kepadanya :"Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak".

8. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak amalmu". Maka
katakan :"Betapa seringnya aku bermaksiat".

9. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Minumlah minum-minuman keras!" Maka katakan :"Saya tidak akan mengerjakan maksiat".

10. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Mengapa kamu tidak mencintai dunia ?" Maka katakan :"Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya".

-

Biar mayat ibu reput atas sofa

Tallahassee: Seorang lelaki boleh dianggap sebagai anak tidak kenang budi apabila sanggup membiarkan mayat ibunya mereput di atas sofa di ruang tamu rumahnya selama beberapa bulan.

Polis berkata, Michael Eugene Sticken (gambar), 60, dipercayai enggan melaporkan kematian ibunya, Joyce Willis, 81, kerana mahu terus menikmati wang bantuan sosial wanita itu.

“Joyce dipercayai sudah meninggal dunia sejak Januari lalu selepas Sticken beberapa kali tidak membenarkan saudaranya melawat wanita berkenaan.

“Sticken yang tinggal bersama ibunya dikesan mengeluarkan wang bantuan sosial wanita itu pada setiap bulan yang berjumlah AS$1,400 (RM5,300),” katanya.

Bagaimanapun, aktiviti lelaki itu terbongkar baru-baru ini selepas pegawai kebajikan datang ke rumah mereka untuk melawat Joyce.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2015 @ 7:32 AM

Monday, June 29, 2015

Pasangan kekasih berpaut di hujung batu

BRASILIA – Sepasang kekasih melakukan aksi lagak ngeri dengan berpaut dan bergayut pada sebuah tebing batu pada ketinggian 843 meter tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan.

Leonardo Edson Pereira, 23, dan kekasihnya, Victoria Medeiros Nader, 18, melakukan aksi berani mati tersebut di kawasan pergunungan Pedra de Gavea, dekat bandar raya Rio de Janeiro.

Satu gambar itu memaparkan Nader yang memakai bikini berwarna merah jambu tergantung pada tebing itu sambil memaut tangan kekasihnya.

Dalam foto lain, Pereira pula dilihat berpaut pada tebing batu itu tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan dengan panorama indah sekitar Rio de Janeiro menjadi latar belakangnya.

“Saya tahu orang ramai menganggap tindakan ini bukan sahaja tidak munasabah tetapi membahayakan diri sendiri. Namun, lagak ngeri itu membuatkan saya berasa teruja.

“Tebing batu itu sememangnya tinggi namun, saya hanya menggunakan kekuatan tangan untuk berpaut. Apa yang penting, saya percaya kepada diri sendiri bahawa saya tidak akan terjatuh ke bawah,” kata Pereira.

Ini bukan kali pertama Pereira melakukan aksi merbahaya itu memandangkan dia pernah memanjat beberapa tebing tinggi lain di sekitar Rio de Janeiro. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3eRAWK7go
 

Thursday, June 25, 2015

Harith Iskander berang gambar anak dalam web lucah

PELAWAK terkenal, Harith Iskander berang selepas gambar anak lelakinya disalahguna dalam sebuah laman web lucah tempatan.

Perkara tersebut didedahkannya di dalam laman sosial Facebooknya.

"Google Alert menarik perhatian saya bahawa gambar-gambar anak saya (dan saya memangku anak saya) dan juga banyak gambar-gambar kanak-kanak lain muncul dalam sebuah laman lucah tempatan berserta imej lucah grafik.

"Ia adalah menjijikkan dan sangat membimbangkan dan saya dalam proses menghubungi SKMM untuk mengetahui apakah tindakan yang boleh diambil," tulisnya.

Tambahnya lagi, dia tidak mendedahkan nama laman web berkenaan dan meminta pelayar yang mempunyai pengalaman dalam kes-kes sebegini untuk memberi cadangan terbaik untuk menangani kes ini.

Sementara itu, memetik laporan sebuah portal, pelawak itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada pukul 10 pagi tadi.

-Sinar

Tuesday, June 23, 2015

Ramadan di Xinjiang dicemari

BEIJING  – Satu festival bir yang diadakan beberapa hari sebelum permulaan Ramadan di wilayah Xinjiang yang dihuni etnik Uighur Islam, mencetuskan kemarahan kumpulan penduduknya yang kini tinggal dalam buangan.
 
Laman web kerajaan Niya melaporkan, pertandingan bir yang diadakan pada awal minggu lepas sebelum permulaan Ramadan, dihadiri lebih 60 petani dan penternak muda.

Gambar yang disiarkan juga memaparkan wanita menari di atas pentas dan sekumpulan lelaki meminum bir sebanyak mungkin dalam satu minit.

“Terdapat pelbagai pertandingan bir yang menarik. Hadiah berbentuk wang tunai sebanyak 1,000 yuan (RM600),’’ jelas laman web berkenaan.

Jelas web itu, pertandingan tersebut diadakan bagi menceriakan kehidupan penduduk kampung dan menjamin keharmonian serta kestabilan kampung.

Dalam pada itu, jurucakap Kongres Uigher Dunia, Dilxat Raxit mengutuk pertandingan tersebut.

“Pertandingan itu merupakan provokasi terbuka terhadap Islam,’’ katanya dalam kenyataan.

Media rasmi dan laman web kerajaan Xinjiang mengeluarkan berita dan notis rasmi pada tahun ini yang menggesa anggota Parti Komunis, kakitangan awam, pelajar, dan guru tidak berpuasa. – Reuters

Monday, June 22, 2015

Potong gaji kerana menari

Riyadh: Pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi memutuskan memotong gaji beberapa jururawat warga Asia yang dirakam menari di sebuah hospital di negara itu. Jabatan Kesihatan wilayah Asir di selatan negara itu membentuk jawatankuasa khas untuk menyiasat rakaman video yang tersebar di media sosial negara itu yang menunjukkan jururawat berkenaan menari di bilik rehat sebuah hospital kerajaan di bandar Al Majarda.

“Kami memutuskan menolak gaji mereka sebagai hukuman kerana menari dalam hospital. Kami tidak boleh bertolak-ansur terhadap perbuatan seperti itu di premis kesihatan kami,” kata jurucakap jabatan berkenaan Saeed Al-Nuqair. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57296#sthash.4WY3p84f.dpuf

Sunday, June 21, 2015

'Dunia semakin tua'

KOTA BHARU - Walaupun lebih kepada fenomena alam, namun gempa bumi di Ranau Jumaat lalu disifatkan sebagai peringatan daripada ALLAH kepada umatnya tentang usia dunia yang semakin tua.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, kejadian itu memerlukan umat manusia sentiasa dalam keadaan bersedia dengan melipat gandakan amal ibadah.

“Fenomena alam boleh berlaku di mana sahaja dan kepada sesiapa sahaja. Dari segi akidahnya, ia adalah peringatan daripada ALLAH bahawa dunia sudah tiba di penghujungnya.

“Bila kita didatangkan dengan musibah, ingatkan setiap individu dan masyarakat untuk lebih mentaati ALLAH sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas tragedi yang meragut kira-kira 20 nyawa sehingga petang semalam.

Menurutnya, gempa bumi pada jam 7.15 pagi itu juga adalah tanda-tanda kecil kiamat, sekali gus memberi petanda agar umat Islam sentiasa bersedia kembali menemui ALLAH apabila tiba masanya.

“Setiap yang berlaku ada pengajaran yang perlu kita ambil kerana ia melibatkan semua kumpulan tanpa mengecualikan sesiapa. Setiap orang akan kena walau siapa pun,” katanya.

Mohamad Shukri berkata, peringatan ALLAH didatangkan dalam pelbagai bentuk, bukan sahaja gempa bumi, malah bencana alam lain seperti banjir yang berlaku penghujung tahun lalu, kemarau panjang dan kemalangan.

“Itu kehendak ALLAH, sebab itu dalam kehidupan seharian, kita diingatkan supaya sentiasa berzikir dan bila ditimpa bencana seperti ini, perlu lebih banyak berzikir dan berfikir,” katanya.

Mengulas kepercayaan sesetengah pihak yang mengaitkan kejadian itu dengan ‘kemarahan’ Gunung Kinabalu terhadap beberapa pelancong bogel, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan kepercayaan bertentangan dengan akidah.

“Kita kena banyak berzikir, ingatkan ALLAH dan jauhi kepercayaan khurafat.

"Gempa bumi ini adalah isyarat, petanda kiamat yang ingin ditunjukkan kepada umat Islam. Jangan sampai kita lakukan perkara khurafat, kena ingat tidak ada kuasa lain selain kuasa ALLAH SWT,” katanya.

-Sinar

Friday, June 19, 2015

40 CIRI ANAK SOLEHAH

1.MENGHAYATI TUGAS IBU BAPA

2.HORMAT DALAM UCAPAN DAN PERBUATAN

3.MENUNDUKKAN DIRI DI HADAPAN IBU BAPA

4.MENJAGA KEHORMATAN IBU BAPA

5.MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN IBU BAPA DARI KEPENTINGAN ORANG
LAIN

6.MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN IBU DARIPADA KEPENTINGAN BAPA

7.MENGHORMATI AGAMA IBU BAPA

8.MENGAJAK IBU BAPA BERTAUHID KEPADA ALLAH

9.MENDORONG PERJUANGAN TAUHID IBU BAPA

10.MENJAUHKAN DIRI DARIPADA PERBUTAN SYIRIK IBU BAPA

11.TIDAK BOLAH MENINGGIKAN SUARA DI DEPAN IBU BAPA

12.MERELAKAN HARTA YANG DIAMBIL IBU BAPA

13.MEMOHON KEAMPUNAN KE ATAS DOSA2 IBU BAPA

14.MEMENUHI NAZAR HAJI IBU BAPA YANG TIDAH TERLAKSANA

15.MEMBETULKAN WASIAT IBU BAPA YANG KELIRU

16.MENGUTAMAKAN WASIAT IBU BAPA SEBELUM ANAK MENINGGAL

17.MENGEKALKAN KEBAJIKAN IBU BAPA SETELAH MENINGGAL DUNIA

18.MEMENUHI KEPERLUAN IBU BAPA DI USIA LANJUT

19.MEMOHON KASIH SAYANG ALLAH UNTUK IBU BAPA

20.MEMBANTU IBU BAPA YANG TELAH MENINNGAL DUNIA DENGAN
AMAL SOLEH

21.MEMBANTU USAHA IBU BAPA

22.MEMBANTU IBUBAPA MENGERATKAN SILATURRAHIM SAUDARANYA

23.MENYAMBUNG IKATAN SILATURRAHIM DENGAN SAHABAT IBU BAPA

24.TIDAK MENGINGKARI KETURUNAN IBU BAPA

25.BERUSAHA MENYENANGKN HATI IBU BAPA

26.TIDAK MASUK KE BILIK PERIBADI IBU BAPA TANPA IZIN

27.TIDAK BOLEH BERDENDAM DENGAN IBU BAPA

28.TIDAK BOLEH MERASA DAPAT MEMBALAS JASA IBU BAPA

29.MEMINTA IZIN IBU BAPA SEBELUM PERGI BERJIHAD

30.MEMBAYAR HUTANG IBU BAPA SETELAH MEREKA MENINGGAL DUNIA

31.TIDAK BOLEH MENYUSAHKAN HATI IBU BAPA

32.KEWAJIPAN KEPADA IBU BAPA SETELAH ANAK BERKELUARGA

33.TIDAK BOLEH MAKAN HARTA IBU BAPA TANPA IZINNYA

34.MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA IBU BAPA

35.PATUH PERINTAH IBU BAPA

36.MEMANGGIL IBU BAPA DENGAN PANGGILAN TERPUJI

37...................................

38.TIDAK BOLEH MEMBUNUH IBU BAPA YANG KAFIR YANG BERADA DI PIHAK MUSUH

39.MEMOHON BANTUAN DOA IBU BAPA

40.MEMERDEKAKAN IBU BAPA DARI PERHAMBAAN



~Sumber

Thursday, June 18, 2015

China larang penduduk Islam Xinjiang berpuasa

BEIJING 17 Jun – Umat Islam di wilayah Xinjiang, barat China bakal menyambut Ramadan pada tahun ini dengan perasaan dukacita, selepas beberapa buah kerajaan tempatan mengeluarkan notis larangan meraikan bulan penuh keberkatan itu termasuk memaksa penjawat awam berjanji untuk tidak berpuasa.
 
Laman web Hindustan Times melaporkan, sejak beberapa hari lalu laman web kerajaan tempatan di Xinjiang telah menerbitkan berita dan mengeluarkan notis yang menggesa anggota parti, penjawat awam, pelajar dan guru-guru supaya tidak menyambut bulan Ramadan, sama seperti tahun lalu.
Tindakan tersebut diambil susulan daripada kejadian serangan ganas di wilayah berkenaan sejak tiga tahun lalu sehingga mengakibatkan beratus-ratus orang terkorban, dengan Beijing mendakwa serangan dilancarkan oleh militan Islam.

Kerajaan dalam laman webnya berkata, pegawai keselamatan makanan minggu lalu sebulat suara bersetuju untuk ‘membimbing dan menggalakkan’ restoran halal beroperasi pada bulan Ramadan di daerah Jinghe berhampiran sempadan Kazakhstan.

Mana-mana restoran yang mendengar arahan tersebut tidak akan diperiksa secara kerap oleh pegawai keselamatan makanan.

Media tempatan melaporkan, penjawat awam di daerah Maralbexi berjanji secara lisan dan bertulis untuk tidak menyambut bulan Ramadan, tidak menyertai sebarang aktiviti keagamaan serta tidak berpuasa.

Kongres Uighur Sedunia dan aktivis hak asasi manusia berkata, polisi berbentuk penindasan yang dilaksanakan oleh kerajaan di wilayah Xinjiang, termasuk sekatan ke atas amalan agama menjadi punca utama kekacauan berlaku, dakwaan yang dinafikan oleh Beijing.

“China meningkatkan larangan dan pemantauan menjelang bulan Ramandan. Nasib bangsa Uighur sering dipolitikkan dan peningkatan kawalan akan menyebabkan berlaku banyak penentangan,” kata jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Dilxat Raxit dalam satu kenyataan.

-Utusan

Tuesday, June 16, 2015

Asmara goyang...

Georgetown: Seorang pemandu lori memberi alasan kasihan dan prihatin terhadap nasib janda beranak satu ketika mereka ditangkap selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Nibong Tebal, kelmarin.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan bersama wanita berusia 20 tahun serta seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan pasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang membuat serbuan jam 1 petang selepas menerima aduan awam.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan berkata, selepas menerima maklumat awam, lima pegawainya pergi ke tempat kejadian untuk membuat pemeriksaan dan siasatan lanjut.

Beliau berkata, sebaik tiba, rumah berkenaan berkunci dan anggotanya terpaksa mengetuk pintu serta memperkenalkan diri, namun tidak dibuka hingga terpaksa menunggu sejam.


“Berikutan itu, kami meminta bantuan dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan sebelum akhirnya pintu depan dibuka wanita.

“Selepas memasuki rumah itu, kami menemui seorang lelaki yang baru keluar dari sebuah bilik dalam keadaan berpakaian lengkap manakala wanita itu mendukung bayi lelaki.

“Kedua-dua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pernikahan kepada pegawai penguat kuasa agama dan hasil soal siasat mendapati rumah itu disewa lelaki berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu mengaku memberi izin kepada wanita berkenaan menumpang kerana kasihan berikutan wanita itu dikatakan sebatang kara selepas bercerai dengan bekas suami serta tidak bekerja.

Beliau berkata, kedua-dua mereka ditahan dan dibawa ke balai polis untuk laporan tangkapan dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 27(a)(b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

-Metro

Monday, June 15, 2015

Tak jadi bunuh diri kerana sungai kotor

Zhejiang: Seorang lelaki berusia 48 tahun yang cuba melemaskan dirinya dalam usaha untuk membunuh diri di sungai di sini membatalkan hasratnya kerana air sungai itu terlalu kotor.

Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Liu memberitahu polis, dia mengalami kerugian besar dalam perniagaannya, menyebabkan dia mengambil keputusan membunuh diri.

Dia terjun ke Sungai Yiwu kelmarin. Sebaik berada dalam sungai itu, dia kesal dengan keputusannya kerana air sungai itu terlalu kotor dan busuk, sebelum dia cuba berenang ke tebing.

Bagaimanapun, bukan senang untuk dia berbuat demikian kerana arus deras sungai itu, diburukkan pula dengan hujan lebat.

Dia berjaya mengapungkan dirinya ketika dihanyutkan ke hulu sungai. Mujur ada orang melihatnya sebelum menelefon polis.

Dia memberitahu pasukan perubatan: “Saya tidak jadi bunuh diri kerana air sungai itu busuk dan kotor. Saya juga tidak akan cuba lagi untuk bunuh diri.” - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58021#sthash.YEyNOII4.dpuf

Sunday, June 14, 2015

Aksi pelik wanita seksi makan diri


Beijing: Seorang lelaki ditangkap di bandar Tengzhou di wilayah Shandong selepas mengaku berpakaian perempuan untuk membolehkannya memasuki bilik air wanita.

Polis semalam memasuki bilik air wanita di sebuah perpustakaan di bandar berkenaan selepas menerima laporan mengenai kegiatan menghendap.

Mereka menemui suspek memakai skirt mini ketat, berkasut tumit tinggi, bermekap tebal dan memiliki payu dara besar luar biasa di dalamnya.

“Bentuk badannya sama dengan lelaki,” kata seorang anggota polis.

Selepas disoal siasat, lelaki itu mengaku berpakaian perempuan untuk membolehkannya menghendap wanita di dalam bilik air.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53424#sthash.U6Lbida9.dpuf

Thursday, June 4, 2015

Kucing jadi jaga bank

Manila: Sebuah bank mengupah seekor kucing sebagai pengawal keselamatan untuk menangkap tikus yang merosakkan kabel dan dokumen penting. Kucing berkenaan, Muning, memiliki kad pengenalan sendiri.

Menurut sumber, ia bekerja dengan Bank Pembangunan Filipina di Manila sejak lima tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, ia dianggap kakitangan biasa dan menangkap seekor tikus sehari.

Gambarnya menjadi viral selepas dimuat naik ke Facebook, minggu lalu. Sumber itu berkata, gaji Muning termasuk lima tin makanan kucing setiap bulan. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55796#sthash.62Zc0AjC.dpuf

Wednesday, June 3, 2015

Ikan laut dalam gergasi dijumpai terdampar

LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Seekor ikan spesis laut dalam yang dikenali sebagai 'Oarfish' dijumpai terdampar di pantai pulau Catalina, Isnin lepas.

Menurut laporan CNN, ikan tersebut berukuran 17 kaki panjang.

Wanita tersebut, Annie MacAulay memberitahu, dia membawa anaknya untuk bermain kayak di pulau tersebut.

Katanya, dia sedia maklum mengenai spesis ikan tersebut, namun tidak pernah menemuinya.

"Saya kebetulan berada di sini," kata beliau yang juga menyandang jawatan presiden dalam organisasi Mountain and Sea Adventures, sebuah organisasi kesedaran alam sekitar.

Difahamkan, kali terakhir Oarfish ditemui di pulau Catalina adalah pada Oktober 2013.

"Ikan tersebut dipercayai hidup pada kedalaman 3,000 kaki.

"Tidak ramai yang menyelidik mengenai ikan tersebut, jadi tingkah laku dan populasi ikan tersebut tidak diketahui," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Institusi Marin Pulau Catlina pada 2013.

-Sinar

Tuesday, June 2, 2015

Raja Arab Saudi cuci Kaabah menjelang Ramadan

JEDDAH - ARAB SAUDI . Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud menjalankan aktiviti mencuci Kaabah pada hari ahad lalu sebagai sebahagian daripada tradisi setiap tahun sebelum bermulanya bulan puasa.
Memetik laporan Saudi, Gazett.Com, sebelum mencuci, Raja Salman sempat menunaikan solat sunat di dalam Kaabah bersama kaum kerabat di raja yang lain.
Selesai menunaikan solat sunat, Raja Salman memegang kain putih yang sudah disapu minyak wangi lantas menyapukan kain tersebut ke dinding Kaabah.
Dalam lawatan itu, turut mengiringi Raja Salman adalah Putera Mahkota Muhammad Naif.
Semasa lawatannya itu juga, Raja Salman sempat membincangkan tentang projek pembesaran di Makkah.
 
-sinar

Monday, June 1, 2015

Mati belah perut sendiri

Tangerang: Seorang lelaki warga Nigeria mati selepas dipercayai cuba membelah perutnya sendiri untuk mengeluarkan kapsul dadah yang ditelannya. Austin Chilikuwuma, 25, ditemui mati dalam keadaan perutnya terburai di tepi Jalan Tol Sedyatmo dekat Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, kelmarin.

Jurucakap polis berkata, lelaki itu dipercayai membelah perutnya untuk mengeluarkan kapsul dadah.“Kami menjumpai lapan kapsul dipercayai berisi dadah dan serpihan kaca di bilik hotel tempatnya menginap tidak jauh dari lokasi mayatnya ditemui,” katanya.

Chilikuwuma menginap di hotel itu pada pagi kelmarin dan pada pagi semalam dia keluar dari bilik dengan tidak memakai baju dan perutnya berdarah.“Dalam keadaan ususnya terburai, lelaki itu berlari ke bawah dan keluar ke jalan raya,” katanya.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/54852#sthash.00KRpKsY.dpuf