JEDDAH - ARAB SAUDI . Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud
menjalankan aktiviti mencuci Kaabah pada hari ahad lalu sebagai sebahagian
daripada tradisi setiap tahun sebelum bermulanya bulan puasa.
Memetik laporan Saudi, Gazett.Com, sebelum mencuci, Raja Salman sempat
menunaikan solat sunat di dalam Kaabah bersama kaum kerabat di raja yang
lain.
Selesai menunaikan solat sunat, Raja Salman memegang kain putih yang sudah
disapu minyak wangi lantas menyapukan kain tersebut ke dinding Kaabah.
Dalam lawatan itu, turut mengiringi Raja Salman adalah Putera Mahkota
Muhammad Naif.
Semasa lawatannya itu juga, Raja Salman sempat membincangkan tentang projek
pembesaran di Makkah.
-sinar
No comments:
Post a Comment