Beijing: Seorang wanita dari wilayah Shandong di China terpaksa menahan kesakitan selepas batu kecil sering keluar dari kelopak matanya hampir setiap hari.
Ding Aihua yang berasal dari kampung Lufang memberitahu, batu sebesar kacang soya itu dikesan keluar dari matanya sejak tujuh tahun lalu.
Katanya, dia sudah berjumpa dengan ramai doktor dan semuanya bingung dengan keadaan itu serta gagal merawatnya.
“Pada mulanya mata saya berasa sakit dan terasa seperti ada objek keras di dalam kelopak mata saya.
“Apabila suami saya melihat mata saya dia terkejut apabila menemui batu kecil di bawah kelopak mata,” katanya.
-Metro
No comments:
Post a Comment