Johor Bahru: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun bersama neneknya yang berdepan masalah penglihatan melecur selepas kediaman mereka di Lorong Sawa 3, Kempas Baru di sini, terbakar akibat dilempar bahan mudah terbakar kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Noridah Omar, 59, menjaga cucunya, Nazerah Mohamad Haikal sementara menunggu ibu bapa kanak-kanak terbabit pulang.
Bapa mangsa, Mohamad Haikal Tukiman, 32, mendakwa kebakaran itu mungkin berlaku akibat molotov koktel yang dibaling individu tidak dikenali.
“Saya syak ia ada kaitan dengan seorang pelanggan saya. Baru-baru ini, seorang pelanggan tidak puas hati apabila kereta yang dihantar ke bengkel membaiki kenderaan milik saya sejak Julai lalu masih belum siap.
“Saya memang tidak ada musuh tetapi ada seorang pelanggan yang tidak puas hati dan menuduh saya sengaja melambat-lambatkan kerja pembaikan kereta itu.
“Saya mengesyaki perkara itu ada kena mengena dengan kejadian ini,” katanya, semalam.
Munurut Mohamad Haikal, pelanggan itu ada memberitahu akan membakar keretanya sekiranya kereta lelaki terbabit masih belum dibaiki menjelang akhir bulan ini.
Isteri Mohamad Haikal, Norainnizah Mohamad, 25, yang ketika kejadian berada di tempat kerja bergegas pulang selepas menerima panggilan telefon berhubung kejadian yang menimpa anak perempuan dan ibu mentuanya.
“Saya terus ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan apabila tiba di unit rawatan rapi (ICU), anak saya diberi ubat pelali,” katanya.
-Metro

No comments:
Post a Comment