BANDA ACEH, Indonesia – Wilayah Aceh akan menghentikan hukuman sebat terhadap pesalah syariah di tempat awam selepas amalan tersebut dikecam di peringkat antarabangsa, kata pihak berkuasa tempatan semalam.
Rantau konservatif di pulau Sumatera itu semalam meluluskan undang-undang yang menyaksikan mereka yang didapati bersalah hanya akan menerima hukuman di dalam penjara.
Aceh merupakan satu-satunya kawasan yang mengamalkan undang-undang syariah di negara majoriti umat Islam itu.
Di bawah undang-undang baharu ini, sebatan dengan rotan tidak akan dapat disaksi dan dirakam lagi oleh orang ramai. Hanya wartawan serta orang dewasa dibenarkan menyaksikan hukuman tersebut di dalam penjara.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila undang-undang baharu itu akan mula berkuat kuasa.
Tindakan sebat terbuka di luar masjid di Aceh menjadi hukuman biasa bagi pelbagai kesalahan seperti berjudi dan minum arak hinggalah kepada hubungan seksual sejenis.
Kumpulan hak asasi manusia mengutuk hukuman sebat sebagai kejam dan tahun lalu Presiden Joko Widodo menyeru agar sebat di tempat awam dimansuhkan di Aceh.
“Ini (undang-undang) untuk meredakan protes serta untuk meredakan Islamofobia. Kami tidak mahu isu Islamofobia mengganggu urusan di luar Indonesia,” kata Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf. – AFP/Kosmo
No comments:
Post a Comment