Thursday, February 27, 2014

Isu bonggol unta


KAUM Muslimah perlulah mengutamakan syariat berbanding mengejar trend yang akhirnya merugikan. - Gambar hiasan

SOALAN

ALHAMDULILLAH, akhir-akhir ini, kita dapati telah ramai wanita Islam kita yang mengenakan tudung, walaupun pemakaian itu bertujuan tertentu dan bukan kerana tuntuan syariat sangat. Yang menjadi persoalan saya ialah, apa yang dimaksudkan dengan sebuah hadis yang menyebut tentang bertudung tetapi tinggi umpama bonggol unta itu adalah haram.

Jawapan

Usaha menutup aurat daripada lelaki dan wanita adalah usaha yang baik. Lelaki mempunyai hukum aurat yang berbeza daripada wanita. Antaranya ialah tentang pemakaian tudung bagi menutup rambut dan kepala wanita. Maka adalah wajib hukumnya bagi wanita menutup kepala sama ada dengan tudung, kain batik, selimut, langsir dan sebagainya. Yang penting bukan tudung tetapi menutup aurat kepala.

Wujud fahaman bahawa wanita tidak diwajibkan menutup kepala. Fahaman ini adalah fahaman yang salah dan bertentangan dengan nas al-Quran dan riwayat hadis. Oleh itu, fahaman sebegini wajib ditolak. Hadis mestilah menjadi pegangan bagi setiap Muslim.

Adapun isu bonjolan seperti bonggol unta, perkara ini disebut dalam satu riwayat hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. (Kitab al-Libas, no hadis 2128). Hadis tersebut menerangkan tentang kumpulan yang berpakaian tetapi telanjang. Antara maksudnya ialah insan yang berpakaian tetapi masih tidak menutup aurat dengan sempurna.

Berapa ramai yang dapat kita saksikan di mana pakaian mereka seksi menampakkan aurat. Bahkan, pakaian mereka masih menampakkan betis, paha dan perut mereka. Maka apa yang disebutkan oleh Nabi SAW dalam riwayat hadis ini sebenarnya telah berlaku. Ingatlah bahawa balasan bagi insan yang berperangai sebegini adalah neraka tanpa mengira pangkat dan harta.

Kemudian disebut bahawa di atas kepala mereka seperti bonggol unta. Bonggol unta ini adalah rambut wanita yang disanggul naik ke atas kepala.

Menurut Imam Nawawi dalam menghuraikan hadis ini, ia bermaksud bahawa mereka meletakkan sesuatu di rambut atau kepala mereka bagi membesarkan bahagian belakang kepala mereka. Ini bermaksud bahawa wujud penambahan hiasan hingga ia terkeluar daripada kebiasaan.

Cara perhiasan ini pula digayakan di luar rumah. Maka rambut yang disanggul ke atas dan ditambah dengan alat sanggul hingga bentuknya seperti bonggol unta, maka ia wajib dielakkan.

Hadis ini juga tidak terhad kepada insan yang tidak menutup aurat kepala. Tidak menutup aurat kepala adalah dosa. Namun hadis ini juga meliputi golongan yang menutup kepala namun perhiasan rambutnya adalah melampau had yang sewajarnya.

Adapun rambut yang disanggul di belakang kepala maka ia tidak termasuk dalam hadis ini. Oleh itu, adalah harus rambut disanggul. Sanggul kecil bagi mengemaskan ikatan rambut juga tidak mengapa. Ini adalah satu perkara yang diperlukan dalam perhiasan wanita.

-Utusan

Wednesday, February 26, 2014

Robot tunjuk cara bersolat di Iran


SEJUMLAH kanak-kanak perempuan melihat robot yang bernama Veldan berdiri di sebuah sekolah di Varamin pada Isnin lalu.

TEHERAN - Seorang guru mengajar al-Quran di sebuah sekolah rendah di bandar Varamin di Iran, 35 kilometer dari sini mencipta sebuah robot kecil yang menunjukkan cara untuk bersolat kepada kanak-kanak.

Guru berkenaan Akbar Rezaie, 27, mendapat idea untuk mencipta robot berkenaan selepas melihat kanak-kanak terlalu asyik bermain dengan patung import yang boleh menyanyi dan menari.

"Justeru, saya mendapat idea untuk mencipta sebuah robot yang boleh mengajar kanak-kanak tentang agama dan pada masa yang sama menghiburkan mereka," katanya.

Menurutnya, dia mencipta robot berkenaan di rumahnya dan memberikan nama Veldan kepada robotnya yang bermaksud kanak-kanak syurga.

-AP/Kosmo

Tuesday, February 25, 2014

Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas ...


Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam
Selepas Bedah Mumia Firaun?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir
bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II
yang sangat terkenal pada tahun 1976.

Firaun yang dikatakan hidup di
zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar
Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada
kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu
diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu
disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Presiden
Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu
dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang
khas di Pusat Arkeologi Perancis.

Di situ ia bakal diperiksa sekali gus
membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang
dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice
Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan
di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am
dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang
gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia
menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin
Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat
mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di
sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat
mengejutkan.

Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat
pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat
tenggelam di dalam laut.

Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut,
‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun
penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr.
Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik
berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada
laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya
sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan
kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia
Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des
Pharaons Et La Midecine).

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille
dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes
(Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General
daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM
AL QURAN.

mumia ramses

Namun seorang rakan sempat membisikkan
kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang
baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara
mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari
ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau
menganggap sangat mustahil.

Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama
tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden,
peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille
menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini
dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun
dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya,
bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru
sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al-Quran telah ada di tangan
umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas
memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus
tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya
diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di
hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal
Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar
Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya
sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya
membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi
tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian
Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut)
pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan
kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun
tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel
dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus
14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada
disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun
selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin
kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille
terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.

Lalu beliau memutuskan
untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman
Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan
seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus
bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille
mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu
supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu
dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.”
(Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar
tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima
akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju
meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam
menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang
berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran
ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi
beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi
al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat
mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai
bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy
Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini,
Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille
berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains
sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara
kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai
kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada
dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan
mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,”
katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran
benar-benar kalam Allah!

PLEASE "SHARE" SEBANYAKNYA..





sumber: disini

Mudah masak beriani


HIDANGKAN bersama daun ketumbar dan kacang gajus

Jika ingin menikmati nasi beriani istimewa selain makan di kedai, hidangan enak diambil daripada bahasa Parsi bererti goreng atau panggang ini sering disajikan di majlis perkahwinan, keraian atau kenduri-kendara.

Cara membuatnya agak rumit selain penggunaan pelbagai rempah bagi memberikan rasa pada nasi, bahan digunakan harus leng-kap dan tepat sukatannya.

Beriani dipercayai dicipta di dapur Maharaja Mungal Muslim yang kemudiannya dibawa ke Iraq, Iran, Afghanistan, Bangladesh serta popular di Asia Tenggara. Dari situ, ia dipercayai dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh pedagang dari selatan India.

Menurut Chef De Partie PNB Darby Park Executive Suites Muhamad Hanafiah Adnan, nasi beriani biasa-nya dimasak menggunakan beras panjang bersama rempah ratus yang digoreng sebelum ditanak. Bagi menjadikan nasi lembut dan lerai, beras harus direndam selama 15 minit. Letakkan sedikit gula ketika proses memasak kerana ini antara rahsia untuk mendapatkan nasi yang cantik dan lembut.

“Nasi beriani yang dimasak akan mengeluarkan warna kekuning-kuningan, berkilat serta memiliki tek-stur lembut. Apabila dihidangkan ia tidak melekat sebaliknya menjadi sebutir-sebutir,” katanya yang menggunakan beras basmathi kerana selain aroma yang berbeza, ukuran beras ini juga panjang sekali gus menjadikannya mudah dimasak.

Nasi beriani boleh dimasak menggunakan periuk nasi elektrik atau biasa. Tetapi jika menggunakan periuk biasa, air perlu dididih-kan terlebih dulu sebelum dimasukkan beras bagi memastikan nasi tidak mentah.

“Ramai mengatakan nasi beriani tidak cantik, hancur dan melekat sedangkan mereka menggunakan sukatan bahan yang betul. Sebenarnya, jika bahan dan sukatan betul, teknik mengacau nasi juga harus diberi perhatian. Ini juga rahsia dalam seni mendapatkan nasi beriani seperti diinginkan. Kacau nasi pada bahagian tepi periuk dan bukannya di tengah bagi mengelak nasi patah, tidak terlerai cantik dan melekat,” katanya.

Bahan:

- 400 gram beras basmathi - 20 gram bawang merah dihiris - 10 gram bawang putih dihiris - 10 gram halia dihiris - 10 gram serbuk beriani - 5 gram serbuk cili - 30 mililiter minyak sapi - 300 mililiter air - 100 mililiter susu cair - 20 gram kacang gajus - 10 gram daun ketumbar - Garam dan gula secukupnya

-Oleh Siti Zarinah Sahib

Polis wanita mati selepas kena tampar


Riyadh: Seorang polis wanita Saudi mati selepas ditampar oleh rakannya ketika bergaduh. Pemeriksaan menunjukkan mangsa diserang darah tinggi ketika kejadian. Anggota itu baru tiba untuk tugas syif malam di balai polis di Makkah apabila dia bertengkar dengan seorang lagi anggota polis wanita. “Mangsa ditampar di muka menyebabkan dia rebah. Rakannya yang lain mengejarkan dia ke hospital tetapi dia mati tidak lama selepas itu. “Doktor berkata dia mengalami tekanan darah tinggi,” lapor akhbar tempatan, Makka. Rakan yang menampar mangsa ditahan tetapi laporan forensik berkata, tindakannya menampar mangsa tidak boleh menyebabkan dia mati. - Agensi/Metro

Monday, February 24, 2014

Hanya berselindung di sebalik nama Islam


SHAH ALAM - Terlalu banyak perniagaan yang tidak mengikut syariat tetapi menggunakan label jenama Islam bagi mengalih pandangan orang Islam untuk mendapatkan produknya.

Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, terdapat peniaga yang mengambil kesempatan di sebalik nama Islam.

“Sesetengah orang itu percaya ekonomi itu jadi Islam kerana ia diletakkan ala-ala gambar macam masjid sikit, ada bangunannya ada kubah-kubah sikit, ada tulisan Arab sikit atau di tambah tulisan yang ada perkataan al.

“Tapi dari segi akadnya tidak tercapai walaupun kopiahnya besar, kerana wujud unsur penindasannya ada di situ, contohnya pinjam di bank yang Islam atau tidak Islam bebanannya adalah sama, tidak dapat mengeluarkan orang Islam dari masalah kemiskinan,” katanya.

Kata beliau, ekonomi Islam adalah melibatkan semua perkara termasuk etika dalam ekonomi itu sendiri supaya ia bersih daripada amalan yang tidak diredai ALLAH.

“Ada pelbagai produk Islam dalam dunia ini, tapi isu kemiskinan tidak dapat kita keluar dengan hanya menghasilkan produk-produk seperti ini.

“ALLAH menyuruh kita bukan sahaja adil, tapi ihsan, bukan sahaja adil dalam urus tadbir ekonomi, urus tadbir politik, rumah tangga dan sebagainya,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, sebagai orang Islam adalah tanggungjawab kita untuk membantu sesama agama bagi membangunkan ekonomi Islam.

“Orang Islam boleh bantu ekonomi Islam dengan membeli barangan orang Islam, saya bukan suruh kita haramkan beli produk bukan Islam, tapi ini adalah antara kaedah kita boleh bantu sesama Islam.

Katanya, walaupun ia bukan kewajipan, tetapi ia adalah sifat yang dipuji kerana untuk bangunkan ekonomi orang Islam.

“Saya bagi satu contoh, bila kita hendak beli ada dua produk, satu produk keluaran Muslim, satu lagi produk bukan Muslim, walaupun tidak salah hendak beli produk tersebut, sebab kuasa membeli adalah hak kita.

“Namun apabila kita beli produk yang Muslim tersebut, sekurang-kurangnya kita telah membantu saudara Muslim kita,” katanya.

Beliau berkata, keutamaan wajar diberikan kepada barangan saudara Muslim walaupun kadangkala harganya lebih tinggi.

“Saya pun sentiasa memesan kepada isteri saya agar sekiranya ingin berbelanja, belilah produk keluaran Muslim,” katanya.

-Sinar

Makanan yang bantu rawat masalah kesihatan


23 Feb – Tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis makanan yang boleh membantu dapat merawat masalah kesihatan anda ketika anda demam atau selsema? Jika tidak tahu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa jenis makanan yang mampu membuatkan anda sembuh dengan cepat.

Beri biru

Beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam mana-mana buah-buahan segar. Ianya mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti anda dalam menentang sejuk dan selesema.

Sayur-sayuran hijau

Sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan, sayuran seperti arugula dan kale mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Inia akan membantu melawan sejuk dan selesema.

Madu

Madu mentah mempunyai beberapa polifenol antibakteria dan antivirus yang boleh membantu dalam berjuang dengan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika anda mengalami sakit tekak.

Bawang putih

Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ianya mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan. Untuk memastikan anda mendapat manfaat yang sepatutnya cuba makan mentah.

Kunyit

Ia bukan rahsia bahawa kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ianya benar-benar membantu jika anda menambah kunyit ke dalam makanan anda apabila anda mempunyai selesema. Anda juga boleh menambah kunyit untuk susu panas untuk membantu melegakan selesema.

Halia

Anda boleh menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari untuk mendapatkan jika mengalami sejuk badan.

Ikan

Ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Anda akan lebih terdedah kepada selesema dan selesema jika anda mempunyai keradangan kronik.

Anise seeds

Jika anda mengalami masalah batuk dan kesesakan dada, maka anise seeds boleh membantunya. Ianya mempunyai ciri-ciri antibakteria dan menawarkan bantuan dari batuk dan kesesakan dada dalam saluran pernafasan. Apa yang perlu anda lakukan hanya tambahkan anise seeds dihancurkan bersama-sama dengan bawang putih, gula, dan kayu manis dalam air panas dan lakukannya tiga kali sehari.

-By Azwa Iela

Thursday, February 20, 2014

Kelebihan bersuami boroi, gemuk


BOROI. Malangnya perkataan itu, ia jadi musuh hampir semua orang. Bagi lelaki, mereka sanggup buat apa sahaja untuk memastikan diri tidak termasuk dalam golongan yang malang itu terutama apabila usia menjangkau 40-an. Namun dalam berusaha, hanya sedikit yang berjaya. Ini berkait dengan banyak sebab, pemakanan, gaya hidup juga soal istiqamah dalam bersenam. Bagi wanita pula, mereka seboleh mungkin tidak mahu pasangan boroi kerana hakikatnya, sesiapa yang boroi akan dipandang hodoh seperti kuih yang tidak ikut bentuk acuan. Namun dalam berdepan dengan isu boroi, kita kadang kala diperdengarkan dengan kenyataan-kenyataan yang membawa maksud bahawa lelaki boroi juga punya kelebihan. Ini termasuk pengakuan oleh wanita sendiri yang saya dapati melalui tinjauan media sosial menyebut bahawa lelaki boroi itu seksi. Benarkah? Saya kira ini mungkin sekadar alasan untuk menyedapkan hati kerana secara relatif, bagaimana boroi mahu dianggap seksi. Apakah kuih yang jadinya tidak mengikut bentuk acuan semestinya sedap? Ya, saya sendiri termasuk dalam kategori boroi. Dan untuk menyedapkan hati sendiri, sejak berkahwin, saya sering mengatakan kepada sesiapa sahaja yang membangkitkan isu keboroian saya bahawa hanya jauhari yang mengenal manikam. Kononnya, hanya wanita yang bersuamikan lelaki boroi sahaja tahu kelebihan kami. Kadang kala saya membuat perbandingan bahawa kami yang boroi ini seumpama minyak masak Seri Murni yang melalui proses pemeringkatan dua kali untuk mendapat kualiti terbaik. Sesiapa yang tidak fahami metafora ini, cuba-cuba fikir sendiri untuk mendapatkan jawapannya! Baru-baru ini saya ditemukan dengan satu lagi kenyataan bahawa lelaki boroi dikatakan lebih penyayang, berfikiran jauh (mungkin sebab hujung perutnya lebih jauh dari otak) dan satu lagi, seksi. Itu berkaitan dengan boroi. Dalam kes gemuk atau berat badan berlebihan, satu soal selidik di Jerman mendapati lelaki yang termasuk dalam kategori itu lebih setia dalam percintaan berbanding mereka yang mempunyai berat badan ideal ataupun kurus. Sekumpulan lelaki berusia antara 31 hingga 69 tahun ditanya mengenai tahap kesetiaan mereka dalam hubungan cinta termasuk yang sudah berkahwin. Hasilnya mendapati daripada 53 peratus yang memberikan jawapan, hanya 11 peratus yang mengaku benar-benar setia dan mereka terdiri daripada lelaki-lelaki gemuk. 23 peratus lagi yang dikenal pasti mempunyai berat badan ideal, mengaku curang. Demikian juga 19 peratus mereka yang dikategorikan sebagai kurus. Apa pun, saya tidak jamin ini juga cerminan bagi orang kita. Namun harus jadi ingatan bahawa setiap apa yang padanya ada kelebihan, pasti ada kekurangan dan setiap yang dianggap kurang, pasti ada kelebihan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, dan bagaimana seadanya kita. Kepada mereka yang termasuk kategori gemuk atau boroi, usahlah lagi bergundah gulana. Jangan dibenci, apa lagi dikeji 'tembikai masak' anda kerana di situlah tersimpan rahsia kelebihan diri anda yang tidak banyak diketahui orang. Uar-uarkanlah bahawa anda bukanlah kuih yang jadinya tidak mengikut acuan kerana bahulu yang rupanya cantik molek bukan semestinya sedap! Kepada isteri-isteri yang suaminya boroi atau gemuk, anggaplah diri anda bertuah kerana zaman sekarang, ramai suami yang tidak setia. Yakinlah selagi mana perut suami anda boroi dan badannya juga gemuk, itulah tanda dia setia. Lazimnya, jarang ada wanita muda yang mahu lelaki seperti itu melainkan jika dompetnya juga benar-benar boroi dan gemuk! MUHAMAD MAT YAKIM-Sinar

Wednesday, February 19, 2014

Petua Kuruskan Badan





Badan
yang kurus dan lansing menjadi idaman setiap wanita. Petua yang boleh gunakan
ialah dengan menggunakan limau nipis atau limau kasturi. Ambil 2 biji limau
nipis atau limau kasturi, perahkan jusnya dan campurkan dengan air.Simpan
didalam peti sejuk dan minum sesudah makan tengahari atau makan malam. Ditambah
dengan senaman ringkas.Amalkan selalu.

sumber :petua opah di sini

FAKTA TENTANG PAYUDARA


Fakta yang anda perlu tahu mengenai payudara. Jadi, untuk kaum hawa kat luar sana, jagalah elok-elok aset kamu ni. Jangan merokok. sumber: Nasihangit.blogspot

Tuesday, February 18, 2014

Rumah Terbalik, idea perniagaan dianggap gila


BENARLAH kata orang, jika seseorang itu betul-betul menjiwai sesuatu usaha yang sedang dibuatnya, benda yang dikatakan mustahil pun boleh terjadi. Itu yang berlaku kepada syarikat Trekkers Lodge Sdn Bhd yang mencipta dan mengendalikan tarikan pelancongan Rumah Terbalik di Tamparuli, Sabah. Ya, rumah itu memang terbalik. Matlamat di sebalik idea unik itu mudah, iaitu bagi menaikkan sektor pelancongan di Sabah. Berbekalkan kos pembinaan RM1 juta, rumah itu yang mengambil masa enam bulan untuk dibina akhirnya siap pada Januari 2012, sebelum dibuka kepada pelancong pada 9 Mac 2012. Penolong Pengurus Tamu Rumah Terbalik Ayub Janien berkata, sejak ianya dibuka sehingga pertengahan tahun lalu, jumlah pengunjung ke rumah itu mencecah satu juta orang. “Pada minggu pertama dan kedua selepas pelancaran, jumlah orang yang datang sudah melebihi 20,000,” katanya semasa ditemui di Rumah Terbalik yang menggaji 58 pekerja. Kini, Rumah Terbalik menjadi antara tarikan yang dipromosikan di laman web rasmi Lembaga Pelancongan Sabah. Idea dianggap gila dan mustahil Sama seperti idea unik yang lain dalam perniagaan, cadangan untuk membina Rumah Terbalik dianggap idea gila oleh banyak pihak lain. “Apabila kita kata hendak buat rumah yang dibina terbalik, orang cakap kita gila. “Ramai orang tidak percaya Rumah Terbalik ini boleh dibina. Hendak minta lesen untuk bina rumah ini pun memang susah,” katanya. Menurut beliau, rumah itu dibina menggunakan khidmat kontraktor tempatan tetapi mereka terpaksa beberapa kali menukar kontraktor sebelum ia dapat disiapkan. “Ramai kontraktor tidak sanggup hendak bina rumah ini. Bahagian paling susah untuk dibina adalah bahagian atap. “Kalau di luar negara, mereka bina sebuah rumah biasa, kemudian mereka terbalikkan. Tetapi kita bina terus bermula dengan atap di atas tanah,” katanya. Beliau berkata, rancangan awal adalah untuk membina rumah itu di atas bukit, namun keadaan tanah yang tidak sesuai menyebabkan lokasinya ditukar. Rumah terbalik pertama di Asia Tenggara Ayub berkata, Rumah Terbalik itu memecah rekod sebagai yang pertama di Malaysia dan di Asia Tenggara. Selain di Sabah, rumah terbalik turut dibina sebagai tarikan pelancong di luar negara, antaranya di Rusia, Jerman dan Kanada. Menurut Ayub, walaupun pada awalnya rumah itu dibina untuk tarikan pelancong asing, kebanyakan pengunjung yang datang adalah dari sekitar Sabah sendiri. “Kami juga sebenarnya agak terperanjat dengan sambutan orang tempatan terhadap rumah ini. “Musim cuti umum dan cuti sekolah di Malaysia adalah waktu paling sibuk untuk kami,” katanya yang menambah mereka menerima sehingga 3,000 pengunjung setiap hari untuk lawatan kira-kira 20 minit memasuki rumah itu. Apa yang menarik perhatian begitu ramai pengunjung? Pastinya hiasan dalaman rumah itu, yang semuanya dipasang secara terbalik, jadi apabila pengunjung memasuki rumah tersebut, mereka akan melihat sofa dan set televisyen di atas kepala manakala kipas dan lampu di lantai. “Kipas di lantai itu sebenarnya boleh berfungsi seperti biasa, cuma kami tidak hidupkan atas faktor keselamatan. “Dalam banyak-banyak barang ini, tong gas paling susah untuk dipasang,” katanya sambil menjelaskan kesemua hiasan dalaman dan keperluan harian di dalam rumah itu dilekatkan menggunakan gam khas dan dibiarkan sehingga sehari untuk memastikan ianya benar-benar kukuh. Menurut Ayub, sebahagian daripada hiasan rumah itu diimport khas dari Semenanjung Malaysia untuk memastikan reka bentuk dan kualitinya terjamin. “Namun, Rumah Terbalik ini dibina mengikut reka bentuk rumah di Sabah, tidak sama dengan di Semenanjung Malaysia. Rumah ini juga menggambarkan corak hidup orang Sabah, terutama kepercayaan zaman dahulu,” katanya. Selain hiasan dalaman rumah, bahagian luar rumah itu juga dilengkapi barangbarang biasa yang ada di rumah di Malaysia, tetapi bezanya barangan itu, seperti penyapu, basikal dan kereta, juga terbalik. Rancang bina sebuah lagi rumah terbalik Ayub berkata, syarikat itu dalam perancangan untuk membina sebuah lagi Rumah Terbalik di Sepilok, Sabah. “Buat masa ini, kami akan memberi perhatian kepada Rumah Terbalik di Kota Kinabalu ini dahulu. “Kami ada membuat tambahan baru, iaitu taman terbalik di bahagian luar. Kami juga bina tandas terbalik di bahagian luar rumah untuk tujuan mengambil gambar kerana di dalam rumah itu, kami tidak benarkan pengunjung mengambil gambar,” jelasnya. Menurut Ayub, Trekkers Lodge juga akan membeli sebuah bas untuk menyediakan pengangkutan percuma dari lokasi tertentu di Kota Kinabalu ke Rumah Terbalik. Selain Rumah Terbalik sebagai tarikan utama, syarikat itu turut giat mempromosi Restoran Mango Garden dan kafeteria yang terletak dalam kawasan rumah itu. “Jika pengunjung sudah pernah datang dan masuk ke dalam Rumah Terbalik, mereka boleh datang semula untuk menikmati makanan di restoran ini pula,” katanya mengenai Restoran Mango Garden yang pernah memasuki sebuah rancangan makanan terkenal. Menurut beliau, pembinaan Rumah Terbalik di kawasan pinggir bandar itu turut memberi kesan baik kepada penduduk di pekan Tamparuli. “Sudah mula ada kemajuan di pekan ini kerana ramai pelancong sama ada tempatan atau luar yang datang ke sini,” katanya. Ayub berkata, di sebalik sambutan menggalakkan, syarikat itu tidak merancang menaikkan harga tiket yang ditetapkan pada RM10 bagi pemegang MyKad dewasa, RM5 bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun (dan percuma bagi kanak-kanak di bawah tiga tahun) dan RM18 bagi pelancong luar. FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN-Sinar

Mati kerana kaki ayam


Florida: Seorang lelaki berasal dari Tampa berdepan tuduhan membunuh rakannya selepas mereka bergaduh kerana berebut kaki ayam. James Jugo, 52, didakwa menyerang Benjamin Calderon, 56, selepas rakannya itu mengambil kaki ayam yang dimasaknya di kuali. Bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Benjamin menunjukkan ada tanda pendarahan dalaman selepas dia dipukul berkali-kali di muka, leher dan beberapa tempat lain. Seorang saksi memberitahu polis dia melihat James memukul Benjamin dengan papan. Adik Calderon, Bolivar memberitahu media tempatan abangnya menetap di rumah James selepas keluar dari rumah perlindungan. Bolivar berkata, abangnya berusaha mengumpul duit untuk mengambil lesen supaya dapat bekerja sebagai pengawal keselamatan. “Tiada siapa yang patut mati semata-mata kerana berebut kaki ayam,” katanya. Pihak berkuasa Tampa berkata James ditahan atas tuduhan membunuh selepas memukul rakannya sehingga mati baru-baru ini. Jugo ditahan di penjara selepas gagal membayar ikat jamin. Rekod menunjukkan dia masih belum mengambil peguam untuk membelanya di mahkamah. Dia pernah ditahan sebanyak 19 kali sebelum ini. - AFP/Metro

Monday, February 17, 2014

Wanita ada janggut


BERKSHIRE, Britain - Seorang wanita berketurunan Sikh sering dibuli di sekolahnya kerana wajahnya yang berjanggut, lapor akhbar MailOnline semalam. Semasa bersekolah, wanita berkenaan, Harnaam Kaur digelar "wanita lelaki" kerana dia berpakaian seperti lelaki untuk menutup bulu pada dada dan tangannya. "Saya tidak mahu keluar dari rumah kerana tidak tahan dengan ejekan orang ramai. Saya berkurung di dalam bilik dan berasa tidak mahu hidup lagi," katanya. Wajah Harnaam mula ditumbuhi janggut ketika dia berusia 11 tahun disebabkan sejenis penyakit ganjil yang dikenali sebagai sindrom ovari polisistik. Dia sebelum ini kerap bercukur dan menyapu krim pemutih untuk meredakan sindrom tersebut. Namun, apabila memasuki usia 16 tahun, Harnaam mula membiarkan janggut pada mukanya kerana agama Sikh tidak membenarkan penganutnya membuang rambut dan bulu badan. "Saya tidak akan membuang rambut pada muka lagi kerana ia adalah cara Tuhan membuatkan saya dan saya gembira dengan keadaan saya sekarang," jelasnya. - Agensi/Kosmo

Sunday, February 16, 2014

Gadis Asia terbaik ? bertuahnya badan


Cantik cara tradisional Wanita Asia punya banyak rahsia cantik yang diolah daripada alam semula jadi. Di Malaysia contohnya, ada banyak ramuan tradisional yang diminum atau dipakai di badan untuk tujuan kecantikan. Wanita Jepun kebiasaannya minum teh. Hampir semua negara mempunyai rahsia turun-temurun cantik menggunakan cara tradisional mereka sendiri. Pola pemakanan warga Asia juga cenderung lebih sihat. Hal itu juga menjadi pendorong kecantikan dan rahsia awet muda wanita Asia. Warna kulit jadi pelindung Warna kulit orang Asia cenderung kuning hingga sawo matang. Semakin gelap warna kulit, semakin bagus perlindungan terhadap kerosakan akibat sinar matahari. Oleh itu, bagi anda yang memiliki kulit sawo matang seharusnya bersyukur. Wanita dengan kulit putih memerlukan perlindungan yang lebih banyak. Selain itu, kulit wanita Asia cenderung lebih halus dan lembut. Kerap kali kita lihat gadis Barat sanggup berjemur di bawah terik matahari semata-mata mahukan tona warna kulit seperti orang Asia. Jelas, mereka cemburu dengan kita! Tak mudah kedut Komposisi lemak di wajah wanita Asia lebih banyak berbanding wanita dari benua Eropah dan Amerika. Perbezaan ini menyebabkan kulit wajah wanita Asia tidak mudah berkedut. Wanita Asia juga cenderung memiliki mata yang cembung, hal ini akan membuat mereka tidak mudah mengalami mata kendur. Lemak di sekitar bibir juga lebih banyak sehingga garis lengkung senyum lebih samar. Kemudian dari segi fizikal, wanita Asia memiliki kulit yang halus mulus dan lembut seperti sutera, jauh bezanya jika bandingkan dengan kulit wanita Barat yang kasar dan berbulu lebat. Tulang wajah lebih halus Dibandingkan gadis dari benua Eropah dan Amerika, struktur tulang wajah wanita Asia lebih halus. Tulang pipi tidak terlalu menonjol, tulang dagu juga lebih halus dan membujur. Hal ini membuatkan wajah wanita Asia tampak lebih lembut. Sedangkan wanita Barat memiliki struktur tulang yang lebih tegap, tulang hidung lebih menonjol, tulang pipi tinggi dan tulang dagu lebih terlihat. Lambat beruban Rambut orang Asia lebih cepat tumbuh dibandingkan masyarakat Carribean mahupun Caucasian. Menariknya, rambut kita tumbuh 1 hingga 3 sentimeter setiap bulan. Lebih menyenangkan apabila rambut kita lambat untuk mengalami kebotakan berbanding masyarakat luar lain. Selain botak atas faktor usia, rambut beruban orang Asia juga lebih lambat daripada bangsa lain. Tidak perlu bersusah payah mewarnakan rambut. Sedia kala memiliki rambut hitam pada waktu orang lain mewarnai rambut? Anda harus bangga dengan hal ini. Rambut asli Asia mengandungi medulla yang banyak pigmen warna gelap membuatkannya berkilau dan lembut. Namun kerana rambut kita lebih tebal dan panjang, kadangkala ia lebih cepat kering. Perlu rajin melakukan ‘rawatan’ dengan nutrisi untuk mengekalkan kelembapannya. -Metro

Thursday, February 13, 2014

Kepala ‘dipancung’ lif


Moscow: Seorang wanita mati di hadapan anaknya yang berusia dua tahun dalam satu kemalangan lif di kediaman mereka yang menyebabkan kepalanya putus. Olga Tilinina, 20, bersama anaknya hendak menaiki lif di tingkat bawah kediaman mereka apabila pintu lif tiba-tiba tertutup. Separuh badan Olga tersepit pada pintu lif dan selebihnya terperangkap di dalam. Olga bagaimanapun sempat menolak anaknya keluar sebelum lif itu bergerak naik. Lif yang terus bergerak naik itu menyebabkan kepala dan badannya terputus. Menurut laporan media tempatan, kepala wanita berkenaan ditemui di tingkat bawah manakala badannya ditemui di tingkat dua selepas lif berkenaan terhenti di situ. Rakan keluarga berkenaan, Mikhail berkata: “Mangsa baru pulang daripada bersiar-siar bersama anaknya dan ingin menaiki lif tetapi pintu lif tertutup tiba-tiba.” “Olga berjaya menolak anaknya keluar sebelum separuh badannya tersepit pada pintu dan bahagian atasnya melanggar lantai konkrit ketika lif bergerak naik. “Keadaannya sangat mengerikan dengan badannya terputus dan isi perutnya terburai,” kata rakannya itu. “Yang paling menyedihkan, kejadian berlaku di depan mata anaknya yang masih kecil,” kata seorang petugas kecemasan ketika ditemui. Sebelum itu, suami Olga, Dmitry, 24, menaiki lif yang sama membawa seorang lagi anak mereka Egor berusia setahun selepas keluarga itu keluar bersiar-siar. Dalam keadaan trauma, anak mereka, Maxim hanya boleh berkata “Mama...kaki” apabila menemui bapanya yang juga terkejut dengan kejadian berkenaan. Sebagai tanda ingatan kepada isterinya, Dmitry menulis dalam status di laman sosialnya: “Saya kehilangan seorang yang sangat saya cintai.” Dia dalam usaha memfailkan saman ke atas syarikat penyelenggaraan apartmen itu kerana kecuaian mereka hingga menyebabkan kemalangan ngeri itu. Pihak berkuasa Russia sudah mula melancarkan siasatan mengenai kejadian itu. Seorang penduduk aparmen berkenaan berkata, sudah banyak aduan dibuat mengenai lif itu yang dibina sejak era Soviet. - Daily Mail/Metro

Polis serbu restoran saji daging manusia


Abuja: Polis menahan 11 orang termasuk pemilik sebuah restoran dalam satu serbuan terhadap premis makanan yang menyajikan hidangan daging manusia. Dalam serbuan itu, polis menemui dua kepala manusia yang masih segar di restoran yang terletak di Anambra. Jasad dan kepala ditemui berbungkus seperti daging haiwan biasa dan polis menyatakan hidangan kepala manusia panggang juga terdapat dalam menu restoran terbabit. Dua senapang jenis AK-47, senjata lain, ratusan peluru dan telefon bimbit turut ditemui. “Kami selalu melihat orang yang mencurigakan keluar dan masuk restoran ini,” kata seorang penduduk tempatan. Seorang paderi yang terkejut apabila mengetahui dia dihidangkan dengan sajian daging manusia membuat laporan polis. “Saya makan di restoran itu dan mendapati bilnya terlalu tinggi. Kemudian pelayan kedai memberitahu harga itu adalah untuk sajian daging manusia yang saya makan. Saya sangat terkejut,” katanya. -Agensi/Metro

Tuesday, February 11, 2014

Lima ciptaan terhebat Muslim

Susunan: HASHNAN ABDULLAH

AKHBAR terkemuka di United Kingdom (UK), The Independent pada edisi 11 Mac 2006 pernah menyiarkan sebuah artikel tulisan Paul E. Vallely bertajuk, Bagaimana Para Pereka Cipta Muslim Mengubah Dunia menarik untuk dikongsi. Apa tidaknya, tulisan tersebut wajar diambil perhatian, khasnya kepada umat Islam agar tidak terlalu berkiblatkan kepada tokoh-tokoh barat acap kali membicarakan soal dunia penciptaan inovasi baharu. Sungguhpun akhbar tersebut telah menyenaraikan sekitar 20 penemuan penting yang mampu mengubah peradaban umat manusia, namun di ruangan yang agak terhad ini akan diketengahkan lima ciptaan inovasi terhebat umat Islam pada abad pertengahan. Menariknya lagi, ciptaan tersebut sehingga ke hari ini masih berguna dan popular. Kopi KIRA-kira 1.6 juta cawan kopi diminum setiap hari di seluruh dunia. Berbilion-bilion orang bergantung kepadanya sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka. Namun, tidak ramai yang mengetahui kaitan minuman popular itu dengan masyarakat Islam. Menurut rekod sejarah, dalam tahun 1400-an, kopi menjadi minuman yang sangat popular dalam kalangan umat Islam di Yemen yang terletak di selatan Semenanjung Arab. Legenda itu bermula apabila seorang gembala (ada yang mengatakan di Yemen, ada yang mengatakan di Ethiopia) menyedari bahawa kambingnya menjadi sangat bertenaga dan resah apabila memakan biji kopi dari sebatang pokok. Penggembala itu memberanikan dirinya untuk merasai bahan itu dan ternyata, ia memberi rangsangan tenaga yang luar biasa. Lama-kelamaan, tradisi memanggang biji kopi dan merendamkannya di dalam air untuk menghasilkan minuman berkuasa itu telah wujud dan hasilnya, minuman kopi dilahirkan. Tanpa mengira, sama ada kisah penggembala itu benar-benar berlaku atau tidak, budaya minum kopi telah meresap dari kawasan tanah tinggi di Yemen ke seluruh Empayar Uthmaniah iaitu empayar Islam yang terulung di abad ke-15 Masihi. Serentak itu, kedai-kedai yang khusus menjual minuman kopi telah muncul di beberapa buah bandar utama dalam dunia Islam iaitu seperti di Kaherah, Istanbul, Damsyik dan Baghdad. Dari dunia Islam, minuman kopi telah menyelinap masuk ke Eropah melalui bandar tumpuan saudagar besar iaitu Venice. Walaupun pada mulanya, kopi itu dianggap sebagai sebagai “minuman Muslim" oleh pihak gereja Katolik, tetapi kini ia telah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Eropah. Kedai-kedai kopi pada era 1600-an telah menjadi tempat ahli-ahli falsafah bertemu dan membincangkan isu-isu seperti hak-hak manusia. peranan kerajaan dan demokrasi. Perbincangan itu telah melahirkan satu pergerakan intelektual yang paling berkuasa di dunia moden hari ini. Daripada seorang gembala kambing di Yemen atau Ethiopia kepada pembentukan pemikiran politik masyarakat Eropah, minuman kopi yang kini mencatatkan lebih satu bilion cawan setiap hari itu merupakan satu inovasi Islam yang paling penting dalam sejarah kehidupan manusia hari ini. Pemberian ijazah universiti DALAM sejarah awal Islam, masjid turut memainkan peranan sebagai sekolah. Orang sama yang mengetuai solat akan mengajar kumpulan pelajar tentang sains Islam seperti al-Quran, fiqh (perundangan) dan hadis. Sejajar dengan perkembangan tamadun Islam, wujud keperluan untuk mewujudkan satu institusi formal yang dikenali sebagai madrasah yang dikhususkan untuk bidang pendidikan. Madrasah formal pertama adalah al-Karaouine, yang diasaskan pada 859 Masihi oleh Fatima al- Fihri di Fes, Maghribi. Sekolahnya berjaya menarik beberapa ulama terkemuka dari Afrika Utara serta pelajar-pelajar pintar. Di al-Karaouine, pelajar diajar oleh guru-guru untuk beberapa tahun di dalam pelbagai subjek daripada sekular kepada agama. Pada akhir program itu, mana-mana pelajar yang berjaya akan diberikan sijil yang dikenali sebagai ijazah yang mengiktiraf bahawa pelajar itu memahami apa yang diajarkan dan juga layak untuk mengajar pelajar lain. Pemberian ijazah yang pertama oleh institusi pendidikan itu telah tersebar dengan cepat di seluruh dunia Islam. Antara yang terawal mengambil langkah sama adalah Universiti Al-Azhar yang ditubuhkan di Kaherah, Mesir pada 970 Masihi dan kerajaan Seljuk telah menubuhkan puluhan madrasah di seluruh Asia Barat pada tahun 1000-an. Konsep institusi pendidikan yang memberikan ijazah itu turut merebak ke Eropah melalui orang Islam Sepanyol. Universiti Bologna di Itali dan Oxford di England yang diasaskan pada abad ke-11 dan ke-12 telah meneruskan tradisi Islam memberikan ijazah kepada pelajar yang berjaya, dan menggunakannya sebagai penentu kepada tahap kelayakan seseorang dalam mata pelajaran tertentu. Pancaragam tentera RAMAI pelajar yang belajar di sekolah dan universiti di dunia Barat sudah biasa dengan pancaragam. Ia sekumpulan pemuzik yang berarak ke padang semasa acara sukan untuk menghiburkan penonton dan bersorak kepada para pemain. Pancaragam yang dibangunkan berasaskan semasa Gunpowder Age di Eropah itu, diwujudkan bagi menyemarakkan semangat anggota tentera dalam peperangan . Pun begitu, tradisi itu berasal daripada kumpulan pancaragam mehter Uthmaniah pada tahun 1300-an yang berjaya membantu tentera Uthmaniyyah menjadi antara angkatan bersenjata paling berkuasa di dunia pada masa itu. Sebagai sebahagian daripada kor elit Janissary Empayar Uthmaniah, tujuan pancaragam mehter diwujudkan adalah untuk memainkan muzik keras bagi menakut-nakutkan musuh dan menyemarakkan lagi semangat tentera sekutu. Akhirnya, orang Kristian di Eropah turut menggunakan konsep pancaragam yang sama untuk menakutkan musuh mereka. Lagenda mengatakan bahawa selepas kegagalan menawan Vienna pada 1683, tentera Uthmaniah telah meninggalkan berpuluh-puluh alat muzik dan kemudiannya orang Austria mengumpul, mengkaji dan menggunakan alat muzik itu untuk kegunaan sendiri. Selepas kejadian itu, angkatan tentera di seluruh Eropah turut menggunakan konsep pancaragam itu dan ini secara tidak langsung mengubah cara peperangan di Eropah selama berabad-abad. Kamera PASTINYA sukar untuk membayangkan dunia tanpa fotografi. Syarikat berbilloin dolar seperti Instagram dan Canon diasaskan berdasarkan idea untuk merakam cahaya dari tempat kejadian, mewujudkan imej daripadanya dan menghasilkan semula imej itu. Tetapi berbuat demikian adalah sesuatu mustahil tanpa usaha dan sumbangan daripada saintis Islam abad ke-11, Ibnu al-Haitham, yang membangunkan bidang optik dan mengambarkan bagaimana kamera berfungsi. Apabila Ibnu al-Haitham diletakkan di bawah tahanan rumah oleh Fatimid pemerintah al-Hakim, beliau mempunyai masa dan keupayaan untuk mengkaji kerja-kerja bagaimana cahaya berfungsi. Sebahagian besar kajiannya itu memberi tumpuan kepada bagaimana lubang kamera berfungsi. Ibnu al-Haitham adalah saintis pertama yang menyedari bahawa apabila lubang kecil ditebuk pada kotak tahan cahaya, sinaran cahaya dari luar akan melalui lubang itu hingga ke dinding kotak itu. Beliau sedar bahawa makin kecil lubang itu, maka lebih jelas imejnya dan ini membolehkan beliau membangunkan sebuah kamera yang boleh menangkap imej yang jelas. Penemuan Ibnu al-Haitham mengenai kamera dan bagaimana untuk menangkap imej telah membawa kepada pembangunan kamera dengan menggunakan konsep yang sama. Tanpa penyelidikan bagaimana cahaya bergerak melalui lubang itu, mekanisme moden yang ada dalam kamera hari ini tidak akan wujud. Algebra WALAUPUN ramai pelajar sekolah menengah bertungkus-lumus mempelajari matematik, mereka tidak mungkin menghargai kepentingan algebra yang merupakan salah satu sumbangan paling penting semasa kegemilangan Tamadun Islam kepada dunia moden. Algebra telah dibangunkan oleh ahli sains dan ahli matematik, Muhammad ibnu Musa al- Khawarizmi yang hidup antara tahun 780 hingga 850 Masihi di Parsi dan Iraq. Dalam buku monumentalnya, Al- Kitab al- Mukhtasar fi hisab al -jabr wa -l- muqabala (The Compendious Book on Calculation by Completion and Balancing), beliau menetapkan empat prinsip-prinsip asas algebra. Malah, dalam buku itu, al-Khawarizmi turut menerangkan bagaimana untuk menggunakan persamaan algebra dengan pemboleh ubah yang tidak diketahui bagi menyelesaikan masalah dunia seperti pengiraan zakat dan pembahagian harta pusaka. Buku al-Khawarizimi itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin di Eropah pada tahun 1000-an dan 1100-an, yang mana beliau dikenali sebagai Algoritmi (perkataan algoritma itu berdasarkan nama dan kerja-kerja matematik beliau). Tanpa usaha beliau dalam membangunkan algebra, aplikasi praktikal matematik moden seperti kejuruteraan, adalah sesuatu yang tidak mungkin wujud. Karya-karya beliau telah digunakan sebagai buku teks matematik di universiti-universiti sekitar Eropah selama beratus-ratus tahun selepas kematiannya. -Utusan

Monday, February 10, 2014

4 lelaki anggota bola sepak wanita kebangsaan Iran


Teheran: Pemain bola wanita Iran semalam diwajibkan menjalani ujian pemeriksaan jantina selepas empat pemain dalam pasukan kebangsaan wanita negara itu disahkan lelaki. Petugas perubatan akan menjalankan pemeriksaan secara rawak ketika sesi latihan dan pemain yang gagal dalam pemeriksaan itu, selain tidak dapat membuktikan jantina mereka akan diharamkan daripada menyertai perlawanan. Pihak berkuasa bola sepak Iran mengumumkan pemeriksaan rawak itu selepas mendapati beberapa pemain, termasuk empat dalam pasukan kebangsaan wanita sebenarnya lelaki yang belum menjalani pembedahan menukar jantina atau mereka yang mengalami masalah kekeliruan jantina. Pembedahan menukar jantina dibenarkan di negara itu sejak 1979 apabila Ayatollah Ruhollah Khomeini mengeluarkan fatwa membenarkan tindakan sedemikian. Pemain yang tidak dapat membuktikan mereka wanita dilarang menyertai perlawanan. - Agensi/Metro

Sunday, February 9, 2014

Jana pendapatan dengan ais krim goyang


KUALA LUMPUR 10 Feb. - Siapa sangka perniagaan aiskrim ’goyang’ yang diilhamkan bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Malik Mizan, 54, menerusi jenama ’Best Ice Cream’ mampu menjana pendapatan lumayan. Bekas pegawai berpangkat leftenan itu juga sedang membina rangkaian perniagaan ais krimnya terutama untuk diceburi golongan muda sejajar dengan hasrat kerajaan memperkasa ekonomi Bumiputera. Malik yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Duta Prosper Sdn. Bhd., pemilik jenama Best Ice Cream itu, berkata, melalui perniagaan itu beliau bertekad untuk melahirkan sebanyak 10 jutawan aiskrim di seluruh negara dalam tempoh lima tahun. Beliau yakin sasaran itu mampu dicapai jika para usahawan muda menunjukkan kesungguhan dalam perniagaan yang konsepnya adalah mudah, bermodal kecil dan berisiko rendah itu. Syarikat itu turut memperkenalkan Pakej Usahawan Modal Insan kepada generasi muda yang ingin menjadi usahawan Best Ice Cream dengan berbekal modal sebanyak RM10,000. "Kami akan berikan kursus dan latihan selama dua hari satu malam mengenai cara pembuatan aiskrim, pengurusan perniagaan, penyenggaraan peralatan, strategi pemasaran dan motivasi," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di Hulu Kelang di sini. Selain latihan, syarikat juga akan menyediakan kiosk, mesin aiskrim, peti beku (freezer), loceng aiskrim, baju T, topi, apron, lidi buluh serta bahan mentah. - BERNAMA/Utusan

Tinggal bersama mayat reput ibu


RENNES - PERANCIS . Seorang wanita warga emas ditemui hidup bersama mayat ibunya yang telah reput di barat laut Brittany, Perancis. Timbalan Pendakwa Patrick Lewden berkata, pihak berkuasa menemui mayat wanita itu yang disyaki telah meninggal dunia sejak beberapa tahun lalu di rumahnya di sebuah kampung Mael-Carhaix. "Wanita ini tidak pernah dilihat sejak tahun 2010,"katanya, dipetik dari laporan AFP. Si mati dilahirkan pada 1921 dan dipercayai tinggal bersama anak perempuannya berusia 66 tahun yang mengalami masalah kesihatan mental. -Sinar

Lima makanan bantu kesuburan wanita


SECARA umumnya, faktor genetik memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kesuburan seseorang. Bagaimanapun, faktor nutrisi juga mampu mempengaruhi keupayaan seseorang wanita untuk mudah hamil. Menurut pakar kesihatan holistik yang juga penulis buku Women-Code, Alisa Vitti, sistem reproduksi yang lebih sihat dapat diperoleh menerusi keseimbangan hormon yang terhasil menerusi diet pemakanan. Lima makanan yang dikatakan mampu meningkatkan kualiti kesuburan wanita ialah avokado, biji bunga matahari, kayu manis, telur dan gandum kuda. Buah avokado kaya dengan kandungan lemak tak tepu yang dapat menambah kesuburan, manakala pengambilan tiga genggam biji bunga matahari seminggu mampu meningkatkan kualiti sel telur. Sementara itu, Vitti memberitahu, kayu manis dan gandum kuda merupakan bahan makanan yang akan merangsang proses ovulasi wanita. Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar telur diambil secara rebus separuh masak bagi mengekalkan kandungan vitamin D dan B6 untuk penghasilan progesteron iaitu hormon penting untuk kehamilan. -kosmo

Wednesday, February 5, 2014

AKU BERNIAT MENENTANG ISLAM AKHIRNYA AKU MEMELUK I...

Ibrahim Killington, pada mulanya ingin menyertai tentera untuk melawan Islam, tapi kemudian hatinya terpaut oleh Al Quran dan Islam!

Berikut ini adalah kisah seorang mualaf asal dari Eropah. Berpunca dari keinginan untuk mengkaji paganisme dan "bahkan" berniat bergabung dalam tentera untuk melawan Islam, namun akhirnya boleh mencari cahaya dan hidayah Islam,
ini kisahnya:

MY NAME IS IBRAHIM KILLINGTON

Sebelum saya menuju Islam, hidup ini benar-benar tertumpu pada minuman (mabuk-mabukan), ubat-ubatan (ganja, dadah, ekstasy), dan berseronok semata-mata.

Seluruh tujuan hidup saya hanya untuk bersenang-senang, ketawa, dan tidak ada yang dilakukan lagi selain bersenang-senang, mungkin sampai mati, dan berkumpul dengan orang-orang yang mempunyai kebiasaan yang sama, dan tentunya itu tidak membuat diri menjadi semakin lebih baik.

Pengalaman pertama saya mengenal Islam adalah pada saat terjadi serangan 9/11.Saya ingat saya masih sangat muda pada waktu itu, saya tidak sepenuhnya menyedari apa yang sedang berlaku. Bahkan, saya berlari ke teman-teman saya setelah melihat laporan berita itu, dan saya mengatakan kepada mereka bahawa "Pelancong" telah menyatakan perang terhadap Amerika .. kerana saya belum pernah mendengar tentang pengganas sebelumnya.

Dan ketika perang itu berlangsung, saya melihat semakin banyak maklumat tentang perang di Afghanistan, saya mula memahami bahawa orang-orang "yang diperangi ini" adalah Muslim..orang islam. Kaum Muslim melakukan kekejaman dahsyat di seluruh dunia, begitu katanya yang terus di "bombardment" (= bertubi-tubi) di gencarkan oleh media-media. Saya mula sangat membenci Islam. bahkan saya cuba untuk bergabung dengan tentera sebanyak tiga kali dengan maksud agar boleh pergi ke sana (Afghanistan), dan membunuh banyak muslim yang saya boleh, sebagai bahagian demi membela negara serta melindungi dan memberi rasa aman bagi keluarga saya. Saya fikir pada masa itu mereka adalah jenayah besar dunia.

MENGENALI ISLAM

Saya selanjutnya mula mendengar lebih banyak tentang Islam, kali terakhir saya meminta perkerjaan dengan tentera, saya datang ke stesen radio, pada waktu itu saya mendengar radio yang mendedahkan tentang teori konspirasi, dan seumpamanya. Stesen radio itu membicarakan tentang suatu perang melawan keganasan dan tentang kehidupan Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wa sallam).

Ini sangat tidak masuk akal bagi saya, bagaimana orang-orang itu "percaya" dan "mengikuti" Nabi ini, setelah semua macam saya dengar perihal "evil things" (hal-hal jahat) yang "mereka katakan" tentang dia (Nabi). Jadi, saya mula mempersoalkan apa yang diyakini Muslim pada waktu itu, dan 'ketika itu pun' saya sedang tertarik untuk mengetahui hal-hal keagamaan ..

Pada saat saya sedang mencari Norse Mythology, (kepercayaan terhadap mitos, legenda dan kekuatan supranatural), and Paganism (penyembahan terhadap berhala), Salah satu teman saya mengatakan kepada saya sebelum saya memutuskan mengkaji paganisme ada baiknya saya melihat-lihat ajaran spiritual yang lain.

Oleh sebab itu, menjadi terfikir buat saya untuk mencari maklumat tentang Muslim di Internet. Saya fikir salah satu muslim pertama yang saya lihat di Internet adalah Baba Ali (muallaf, pembuat filem-filem keislaman yang ditanyangkan dalam "Islam channel" Inggeris).

Dia mematahkan stereotaip tentang Islam bagi saya. Saya terkejut bahawa orang ini lucu (tidak berdarah dingin) dan pembawaannya juga perwatakan nya tenang. Dia tidak seperti apa yang "mereka" tuduhkan perihal muslim dari apa yang pernah saya dengar.konon nya muslim itu ganas,tapi dia sebaliknya.

Bagi memenuhi kehausan saya akan Islam, saya membuat keputusan untuk meminjam Al-Quran dari tempat saya kuliah (kampus). Ketika saya memegangnya, saya fikir ini adalah "Buku Pegangan pengganas," dalam genggaman saya, dan saya khuatir bahawa agen MI5 (Agen rahsia Inggeris) akan datang untuk menahan saya. Saya memutuskan untuk cepat-cepat keluar dari perpustakaan dan membawa pulang Al-Quran yang saya pinjam.

Tapi begitu mulai saya membaca Al-Quran (terjemahan), ".. it hit me immediately", itu menghentam saya, .. dan saya tidak dapat menghentikan untuk tidak membacanya; itu benar-benar menjunam jauh ke dalam hati saya.; Saat saya membaca surat-surat yang ada di Al Quran, Saya tak sengaja membaca tentang orang-orang di neraka yang keadaannya meminum air mendidih sehingga membakar tekak mereka. Membaca ini, hati saya bergetar, seakan-akan saya boleh merasakan tekak saya terbakar, dan saya boleh merasakan bagaimana sebenarnya hal ini, sehingga saya memutuskan saya perlu berubah.

Dalam usaha untuk berubah, hal pertama yang saya lakukan adalah saya pergi ke masjid, saya menghabiskan sepanjang hari di sana dengan membaca. Bahkan ibu saya menelefon di malam hari dan bertanya di mana saya berada sepanjang hari. Saya katakan "Saya sedang berada di masjid! ..."

Dengan terkejut Ibu saya mengatakan, "Tidak, kamu tidak boleh di Masjid, kamu seorang Kristian. Kristian tidak pergi ke masjid."

Ibu saya sangat terkejut dan sangat yakin bahawa saya akan menyusuri jalan yang buruk.

Itu reaksi ibu saya yang wajar, (mengingat gencarnya media dalam melakukan stereotaip negatif tentang islam "war on terror"). namun setelah beberapa waktu, dia mula dapat menerimanya. Dia banyak menangis. Saya tidak terlalu yakin mengapa dia menangis, saya fikir dia merasa saya menolak semua yang diajarinya ke saya selama ini.

Banyak orang mengatakan bahawa ketika mereka mencari Islam, seolah-olah mereka sudah pulang ke rumah asalnya. Dan itulah perasaan yang saya dapatkan. Saya di masa lalu bukanlah saya yang sesungguhnya, saat itu bukanlah diri saya yang sebenarnya. Dan inilah sekarang diri saya sebenarnya.! Saya menjadi diri yang lebih baik setelah saya masuk Islam.

Dan saran saya bagi orang lain (non muslim) yang berfikir / meragukan Islam, Janganlah mencari hanya di internet untuk mengetahuinya, tapi datangilah ke masjid dan berbicara dengan orang yang mempunyai pengetahuan tentang hal itu. kerana terdapat banyak propaganda dan fitnah-fitnah dari laman-laman web anti Islam yang tidak benar. dan jika anda tidak tahu apa-apa tentang Islam. Anda akan kesulitan untuk menilai mana yang benar dan mana yang dusta. Jadi jauh lebih baik untuk bercakap dengan seseorang yang paham dan berilmu.

Dan jangan takut dengan apa yang akan difikirkan keluarga anda; banyak orang bahkan saya sendiri pada mulanya bimbang tentang apa yang akan orang tua saya fikirkan, namun setelah masuk Islam. justeru saya berharap yang terbaik bagi kedua-dua orang tua. bahawa mereka akan mengikuti jejak saya untuk segera memeluk Islam.

 


Lihat: Sumber Asal

Tuesday, February 4, 2014

Penyakit payudara gergasi


TIDAK seperti kebanyakan wanita normal lain, Julia Manihuari hanya mampu terlantar di atas katil selama enam bulan selepas melahirkan anak ketiga. Bahkan, wanita malang berusia 32 tahun itu tidak berdaya untuk duduk, berdiri mahupun berjalan ekoran pembesaran abnormal payudaranya. Cerita ibu kepada empat orang anak itu, saiz payudaranya mula membesar sehingga saiz N, iaitu saiz coli paling besar mengikut ukuran Amerika Syarikat (AS), selepas kelahiran anak ketiganya 11 tahun lalu. Katanya, saiz payudara yang terlampau besar dan berat memberi tekanan kepada keseluruhan tubuhnya yang bersusuk kecil. "Ia sungguh menyeksakan. Saya tidak mampu menanggung payudara yang lebih besar daripada tubuh saya. "Saya juga tidak dapat bergerak bebas. Jika saya cuba bangun, seluruh tubuh akan menjadi lemah. Saya mudah pitam kerana payudara yang terlalu berat," katanya seperti dipetik portal berita Daily Mail. Pembedahan Tambah Manihuari, payudaranya semakin membesar sehingga menyamai saiz perut, menyebabkan dia berasa sakit serta sukar untuk bergerak. "Selain itu, keadaan kulit yang menegang juga terasa perit dan mula berkudis. "Saya turut mempunyai masalah kesukaran bernafas kerana ia seolah-olah menghimpit paru-paru," katanya yang mempunyai ketinggian 152 sentimeter. Bimbang dengan keadaan payudara yang semakin membesar, Manihuari segera mendapatkan rawatan di Hospital Loayza Archbishop di bandar Lima, Peru. Dia yang berasal dari kawasan pedalaman di utara negara berkenaan meminta doktor menjalankan pembedahan bagi mengecilkan saiz payudaranya kerana khuatir ia akan memudaratkan kesihatannya. Manihuari dan suaminya, Ascension yang hanya bekerja sebagai petani bernasib baik kerana mendapat sumbangan derma daripada pihak media tempatan bagi membiayai kos pembedahan tersebut. Dilaporkan bahawa berat payudara kanan Manihuari sebelum pembedahan ialah 9 kilogram (kg), manakala sebelah kiri mencecah 8.6kg. Kebiasaannya, payudara wanita normal dengan saiz badan seperti Manihuari seberat antara 800 hingga 900 gram sahaja. Manihuari tampil lebih sihat dan bertenaga dengan saiz payudara yang lebih kecil iaitu 34B selepas pembedahan yang mengambil masa selama hampir enam jam itu. Pembedahan itu berjaya membuang kira-kira 15.8kg daging daripada payudaranya. Malah, menurut Manihuari, dia tidak lagi berasa sakit dan dapat berjalan selain mampu membuat kerja-kerja rumah. "Sebelum pembedahan itu saya tidak dapat lakukan sebarang kerja. "Keadaan menjadi begitu buruk pada masa itu kerana payudara yang terlampau besar sehingga bersentuhan dengan kaki saya," ujarnya. Kelenjar susu Pengarah hospital berkenaan, Dr. Zarela Solis berkata, Manihuari menghidap penyakit yang jarang-jarang berlaku dalam kalangan wanita hamil iaitu ginekomastia bilateral, sejenis penyakit pembesaran kelenjar susu. Jelasnya, Manihuari menjalani pembedahan itu bagi mengelakkan paru-parunya rosak selain memastikan kesihatannya stabil. "Lebihan daging itu perlu dibuang kerana dikhuatiri akan menghimpit paru-parunya sekali gus mengakibatkan kematian," kata Solis. Sementara itu, menurut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NIH), pertumbuhan itu terjadi secara spontan sepanjang tempoh kehamilan atau ketika menggunakan ubat-ubatan tertentu. Bagaimanapun, katanya, punca sebenar gangguan kesihatan tersebut masih belum diketahui. Meskipun demikian, pakar bedah payudara di Hospital Universiti Staten Island, AS, Dr. Cynara Coomer memberitahu, penyakit ini boleh disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon selama kehamilan. "Selama mengandung, hormon estrogen dan progesteron dalam tubuh wanita meningkat menyebabkan pembesaran kepada payudara. "Bagi perempuan normal, payudara akan mengalami penambahan dari segi ukuran. "Tetapi dalam kes ini, terjadi pertumbuhan payudara secara ekstrem, berkemungkinan sebagai tindak balas terhadap hormon-hormon tersebut." jelasnya. -Kosmo

Susu Ibu : Ada arahan dalam al-Quran


MARDZIAH bersama bayinya menunjukkan barangan penjagaan bayi “Bayi saya enggan menyusu badan. Sudah puas saya cuba pelbagai cara tetapi tidak berjaya”. “Susu badan saya tidak cukup menyebabkan anak saya tidak puas menyusu sampai saya terpaksa bagi susu formula”. Itu antara kata-kata ibu moden bekerjaya saat memberi alasan enggan menyusu bayi yang dilahirkan. Justeru, insiatif dilakukan seorang ibu muda beranak tiga yang memberi nasihat, pandangan dan tunjuk ajar kepada golongan ibu untuk menyusukan bayi sehingga cukup tempoh dua tahun, wajar dipuji. Dengan penampilan berpurdah dan berjubah hitam, bekas graduan Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor ini langsung tidak kekok berkongsi kisah mengenai permulaannya bergerak secara maya dan mengadakan perjumpaan dengan golongan berkenaan sejak tiga tahun lalu. Mardziah Mohd Lokoman, 31, berkata, dia mahu semua ibu yang melahirkan memberi anak mereka susu ibu sepenuhnya kerana Allah sudah menetapkan setiap bayi yang lahir perlu diberikan susu ibu sehingga berusia dua tahun. Pembabitannya sebagai kaunselor laktasi serta berniaga barangan penjagaan bayi dan buku ilmiah berkaitan penyusuan ibu bermula selepas melahirkan anak sulung. “Semuanya bermula selepas saya melahirkan anak sulung, Muhammad Farhan Ibtisam yang kini berusia enam tahun. Dua lagi anak saya ialah Farah Solehah, 4, dan Abdullah Farhan, 2. “Selain suami dan keluarga, saya tidak mendapat sokongan masyarakat sekeliling. Lebih mengecewakan ada yang menyindir saya asyik berkepit dan menyusu bayi sepanjang masa,” katanya. Bagaimanapun, dia tidak menyalahkan mereka sebaliknya menerangkan mengenai khasiat dan kepentingan susu ibu kepada bayi. “Menyusu bayi bukan hanya untuk mengenyangkan, tetapi melahirkan satu perasaan dan tautan kasih sayang yang tidak boleh diluahkan dengan kata-kata. Saya amat bahagia dapat menyusukan ketiga-tiga anak saya sepenuhnya sehingga berusia dua tahun,” kata isteri kepada pensyarah Matematik, Universiti Malaysia Pahang, Mohd Sham Mohamad ini. Jadual suri rumah sepenuh masa ini sentiasa sibuk sama seperti wanita lain yang memiliki kerjaya dan bagaikan bekerja 24 jam sehari. “Saya tidak boleh duduk diam begitu saja. Sama seperti wanita lain, saya menguruskan rumah tangga, menyiapkan keperluan anak-anak, memasak, ke pasar, bertemu kawan dan membawa anak bersiar-siar sama ada bersama suami atau tanpanya,” katanya. Mardziah yang juga pembimbing ibu menyusu di Program Kaunselor Rakan Penyusuan Bayi Malaysia (MBfPC) berkata, kaedah penyusuan yang betul, konsisten dan sentiasa berada di luar tekanan akan menghasilkan susu lebih banyak berbanding sebaliknya. “Ada ibu memberi alasan anak tidak suka menyusu badan dan memilih susu formula tanpa menyelidik sebab anak menolak susu ibu. Punca sebenar adalah ibu,” katanya. Pemilik perniagaan dalam talian Eshop Dunia Susu Ibu ini berkata, dia kerap dipanggil menjadi penceramah atau penasihat di seminar selain berdialog berkaitan penyusuan bayi. “Memiliki perniagaan ini memudahkan saya berhubung dengan orang ramai terutama ibu atau bakal ibu serta agensi yang memerlukan khidmat nasihat mengenai penjagaan dan penyusuan bayi,” katanya. Dia akui susu ibu menepati fitrah bayi yang masih belum matang untuk menghadamkan pemakanan mereka. “Dalam al-Quran, kita diberikan arahan, “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Baqarah: ayat 233). “Mungkin ada ibu yang tidak tahu susu ibu mempunyai keistimewaan tersendiri. “Pasti ada yang tergelak atau kehairanan ketika saya berkongsi ilmu mengatakan susu ibu akan berubah mengikut tempat, cuaca dan umur anak. Begitu juga apabila saya menyatakan susu ibu lebih pekat dan kandungan lemaknya lebih tinggi jika berada di negara sejuk,” ujarnya. Justeru, Marziah berkata, bakal ibu perlu mempunyai pengetahuan lengkap berkaitan penyusuan susu ibu bagi mengelak berlaku salah faham antara ibu dan bayi. “Bayi hendak menyusu tetapi ibu enggan menyusukannya dengan memberi pelbagai alasan. Sikap dan perasaan seperti itu perlu dilontar sejauh mungkin. “Sayangi bayi kita sebagaimana kita menyayangi diri kita kerana tumbesaran awal bayi bergantung sepenuhnya pada susu ibu,” katanya. Dia juga menasihatkan bakal ibu seharusnya memiliki buku panduan berkaitan penyusuan susu ibu dan memahami teknik yang betul menyusukan bayi. Berkongsi pengalaman menyusukan bayi ketika hamil, Marziah berkata, dia tetap menyusukan anaknya tatkala dirinya hamil dan tidak menjejaskan kesihatan atau kandungannya. “Saya tidak mempunyai masalah menyusukan anak dalam keadaan hamil kerana ia secara tidak langsung melahirkan perasaan kasih sayang yang semakin kukuh dan jitu antara kami bertiga dan suami memberi sokongan sepenuhnya,” katanya. -Metro