Tuesday, February 25, 2014

Mudah masak beriani


HIDANGKAN bersama daun ketumbar dan kacang gajus

Jika ingin menikmati nasi beriani istimewa selain makan di kedai, hidangan enak diambil daripada bahasa Parsi bererti goreng atau panggang ini sering disajikan di majlis perkahwinan, keraian atau kenduri-kendara.

Cara membuatnya agak rumit selain penggunaan pelbagai rempah bagi memberikan rasa pada nasi, bahan digunakan harus leng-kap dan tepat sukatannya.

Beriani dipercayai dicipta di dapur Maharaja Mungal Muslim yang kemudiannya dibawa ke Iraq, Iran, Afghanistan, Bangladesh serta popular di Asia Tenggara. Dari situ, ia dipercayai dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh pedagang dari selatan India.

Menurut Chef De Partie PNB Darby Park Executive Suites Muhamad Hanafiah Adnan, nasi beriani biasa-nya dimasak menggunakan beras panjang bersama rempah ratus yang digoreng sebelum ditanak. Bagi menjadikan nasi lembut dan lerai, beras harus direndam selama 15 minit. Letakkan sedikit gula ketika proses memasak kerana ini antara rahsia untuk mendapatkan nasi yang cantik dan lembut.

“Nasi beriani yang dimasak akan mengeluarkan warna kekuning-kuningan, berkilat serta memiliki tek-stur lembut. Apabila dihidangkan ia tidak melekat sebaliknya menjadi sebutir-sebutir,” katanya yang menggunakan beras basmathi kerana selain aroma yang berbeza, ukuran beras ini juga panjang sekali gus menjadikannya mudah dimasak.

Nasi beriani boleh dimasak menggunakan periuk nasi elektrik atau biasa. Tetapi jika menggunakan periuk biasa, air perlu dididih-kan terlebih dulu sebelum dimasukkan beras bagi memastikan nasi tidak mentah.

“Ramai mengatakan nasi beriani tidak cantik, hancur dan melekat sedangkan mereka menggunakan sukatan bahan yang betul. Sebenarnya, jika bahan dan sukatan betul, teknik mengacau nasi juga harus diberi perhatian. Ini juga rahsia dalam seni mendapatkan nasi beriani seperti diinginkan. Kacau nasi pada bahagian tepi periuk dan bukannya di tengah bagi mengelak nasi patah, tidak terlerai cantik dan melekat,” katanya.

Bahan:

- 400 gram beras basmathi - 20 gram bawang merah dihiris - 10 gram bawang putih dihiris - 10 gram halia dihiris - 10 gram serbuk beriani - 5 gram serbuk cili - 30 mililiter minyak sapi - 300 mililiter air - 100 mililiter susu cair - 20 gram kacang gajus - 10 gram daun ketumbar - Garam dan gula secukupnya

-Oleh Siti Zarinah Sahib

No comments:

Post a Comment