Sunday, March 30, 2014

Kisah Wanita Tidak Boleh Pijak Masjidil Haram

By -Amekaw

SUDAH lebih sepuluh tahun saya mengumpul pengalaman dalam menguruskan jemaah haji dan umrah, pelbagai kerenah yang saya temui. Tak kiralah sama ada sebelum berangkat ke Tanah Suci ataupun sewaktu berada di sana. Apa yang boleh saya katakan, mereka yang berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan ibadah adalah golongan yang dipilih Allah. Jika Allah tidak menjemput, jemaah itu tidak akan berjaya sampai ke Tanah Suci.

Wang bukan segala-galanya. Saya sering melihat kes di mana jika orang itu banyak duit sekali pun, tetapi ada saja halangannya sejak di tanah air sehingga menyebabkan dia gagal menjadi tetamu Allah di Mekah. Ada kalanya, kerana fikir dia kaya dan banyak wang, maka itu menjadi lesen untuk meminta apa saja bertaraf first class bagaikan melancong ke luar negara lagaknya. Pernah saya bawa seorang jemaah wanita, boleh dikatakan dari golongan elit. Sebelum pergi lagi dah minta macam-macam. Lepas tu, langsung tak mahu bercampur dengan jemaah lain. Kononnya orang lain tak setaraf dengannya. Sikapnya sungguh sombong dan suka memerintah orang.

Semasa di Madinah, dia sudah mula tunjuk rasa tak puas hati. Kononnya makanan tak sedap, persekitaran tak selesa dan macam-macam lagi. Saya sendiri tidak faham tujuannya datang ke Tanah Suci untuk beribadah atau melancong. Sudahlah begitu, dia suka melaga-lagakan orang dengan fitnah hingga ada jemaah yang bermasam muka angkaranya. Bila sampai di Mekah, kami bawa ke hotel penginapan. Walaupun hotel itu tidak secantik mana namun ia selesa dan segala kemudahan disediakan. Semua jemaah suka dan amat bersyukur kerana dapat penginapan yang paling dekat dengan kawasan Masjidilharam. Ini memudahkan mereka berulang-alik mengerjakan ibadah.

Macam Kandang Babi

TAPI berlainan pula dengan wanita elit itu. Mula-mula dia membebel kerana tak puas hati dengan hotel itu. Katanya hotel itu buruk. Lama-kelamaan amarahnya mula berpanjangan. Daripada membebel, akhirnya dia terjerit-jerit marah dan memaki hamun di depan jemaah lain hanya kerana tidak mahu menginap di hotel tersebut. “Hotel ni macam kandang babi? Aku tak mahu tinggal kat tempat kotor macam ni!” jerit wanita itu. Habis pintu hotel ditendangnya. Saya hanya geleng kepala. Jemaah lain turut malu dengan sikapnya hamun dalam ihramnya itu.

Kami memujuk, tapi dia terus memarahi dan memaki hamun kami semua. Hampir setengah hari habis masa kami memujuknya. Tidak mahu jemaah lain terganggu kerana kerenahnya itu, akhirnya kami tempatkan dia di sebuah hotel mewah yang jauh dari Kaabah. Kalau diikutkan, tak layak pun dia duduk di hotel itu. Bayangkanlah, bayar pakej untuk kelas pertengahan, tapi minta layanan bagaikan dia membayar pakej kelas pertama. Tapi kerana malas mendengar suaranya yang tak habis membebel dan mengganggu Jemaah lain, kami turutkan saja kemahuannya.

Lepas itu, mutawif minta wanita tersebut membayar dam kerana sudah banyak melanggar syarat dalam ihram. Lebih kurang RM400 dendanya. Tak sampai 15 minit lepas dia bayar, dia boleh marah semula mutawif dan berkeras minta dipulangkan semula duit damnya itu.

Dia sanggup tinggal seorang diri di hotel berlainan yang jauh daripada jemaah lain. Saya dapat, tahu selepas itu dia langsung tidak dapat mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Sebabnya tiba-tiba haidnya datang tak menentu. Kejap ada, kejap tiada. Sehari suci, esoknya ‘kotor’ semula. Semasa dalam ihram, haidnya datang lagi. Akhirnya, sepanjang 10 hari di Mekah, memang dia lebih banyak duduk di hotel saja, langsung tak dapat buat ibadah. Betapa ruginya orang seperti ini.

Gagal Pijak Masjidilharam

SELAIN itu, saya teringat juga satu kes seorang lelaki berusia 60-an yang mengerjakan umrah ditemani anak lelakinya. Semasa di Madinah, semuanya berjalan dengan baik. Tapi, sampai di Mekah lain pula jadinya. Lelaki itu tak boleh memasuki kawasan Masjidilharam. Tiap kali dia jejakkan kaki ke dalam kawasan itu, dia akan menjerit-jerit kepanasan. Badannya rasa nak terbakar sampai nak dicabutnya kain ihram kerana tak tahan berasa panas. Begitulah setiap kali mahu memasuki kawasan Masjidilharam.

Lebih haru, bila kami tanya mana Kaabah, dia boleh tunjuk arah belakang. Maknanya, Kaabah yang besar pun langsung dia tak nampak! Anak lelakinya menangis melihat keadaan itu. Setelah puas bertanya, barulah lelaki itu bercerita dia ada membela hantu raya. Tujuannya untuk membantunya melakukan kerja dan menjaga rumah semasa ketiadaannya sewaktu zaman mudanya dulu. Kami tanya di mana dia simpan benda pemujaan hantu raya itu. Setelah dia menyebutkan lokasinya, anaknya menelefon keluarganya di tanah air dan minta dibuang benda itu dengan bantuan pengamal perubatan tradisional. Setelah hantu raya itu dibuang, barulah lelaki itu boleh memijak kawasan Masjidilharam. Barulah dia boleh melihat Kaabah. Kerana itu semasa memberi kursus pada jemaah yang mahu berangkat ke Tanah Suci, saya selalu mengingatkan mereka jika ada sebarang amalan ilmu hitam atau yang menyalahi syariat, lebih baik ‘dibersihkan’ dahulu dan bertaubat sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Betulkan tauhid kita sebelum berangkat ke sana. Jika tidak, itulah yang terjadi seperti kes pakcik tadi. Selain itu, akhlak kita sesama manusia juga harus dijaga. Sebaiknya kita minta ampun dan maaf pada mereka yang pernah kita zalimi atau sakiti hatinya, apatah lagi jika kita ambil haknya.

Akibat Alih Batu Sempadan

PERNAH berlaku seorang jemaah lelaki yang saya bawa tak boleh buat ibadah sepanjang berada di Mekah. Badannya sentiasa terasa panas dan tidak keruan hingga dia langsung tak boleh beri tumpuan untuk beribadah. Dia mengadu pada saya lalu saya bertanya jika dia ada buat apa-apa kesalahan sebelum ini. Akhirnya dia teringat semasa di kampung dia suka mengambil tanah hak orang. Dia dengan sengaja mengalihkan batu sempadan agar tanahnya lebih luas dengan ‘mencuri’ hak orang lain. Selepas dinasihatkan, dia menelefon jirannya di tanah air dan meminta maaf atas perbuatannya itu. Selepas itu barulah dia dapat melakukan ibadah dengan tenang di Mekah.

Sebenarnya, cerita-cerita yang saya bawakan tadi sepatutnya menginsafkan kita. Apa saja ujian atau balasan yang kita lalui semasa berada di Tanah Suci, terimalah dengan dada terbuka. Jangan takut, jangan gentar. Setiap ujian dan balasan di sana adalah salah satu pengampunan dosa kita. Jika kita tidak dapat menerimanya dengan redha, bermakna kita adalah manusia yang rugi. Segala keajaiban yang ditunjukkan Allah di Tanah Suci itu bersifat pelbagai. Seperti saya alami dua tahun lalu. Ketika saya berniat mahu bawa golongan yang tidak berkemampuan ke Tanah Suci.

Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, orang tua, golongan miskin dan pelajar madrasah di mana mereka ingin sangat ke Mekah tapi tidak mampu dari segi kewangan. Kalau diikutkan logik akal, bajet untuk membawa mereka memang tak cukup langsung. Tapi saya tawakal dan berserah pada Allah. Sampai di Tanah Suci, rezeki saya tak putus-putus. Ramai orang menderma, segala bajet seperti makan minum dan penginapan tiba-tiba dapat diskaun paling murah.

Kad ATM bila dicucuk sentiasa ada wang. Dalam poket pun bila saya seluk, ada saja wang yang saya sendiri tertanya-tanya entah datang dari mana. Itulah kuasa Allah. Semasa pergi tak cukup wang, sampai di sana wang saya jadi berlebihan hingga boleh membeli-belah untuk golongan yang tidak berkemampuan ini.

Daripada situ saya bertekad seboleh-bolehnya saya mahu membantu membawa golongan sebegini ke Tanah Suci. Oleh kerana itulah saya wujudkan program ‘Kembara Taubat Di Bumi Anbia’ yang akan bermula pada Mei tahun ini. Tujuannya untuk memberi peluang pada golongan yang tidak berkemampuan untuk sama-sama menjadi tetamu Allah di sana. Saya percaya, benda baik yang kita lakukan dengan ikhlas tanpa tujuan mengaut keuntungan pasti akan dipermudahkan jalannya oleh Allah.

Thursday, March 20, 2014

Terkejut jumpa epal ‘kembar’

MEL menunjukkan buah epal ‘kembar’ yang ditemui di pokok laman rumahnya.

Kingston (Australia): Seorang wanita terkejut apabila pokok epal di halaman rumahnya mengeluarkan buah “kembar,” lapor media semalam.

Mel Staples berkata, dia meminta anak lelakinya yang berusia lapan tahun untuk memetik buah itu di halaman rumah mereka untuk dimakan.

Namun, katanya, dia terkejut kerana ia sangat berbeza daripada epal biasa. “Epal itu kelihatan seperti cantuman epal hijau dan merah dan ia bercantum dengan baik,” katanya.

Epal pelik itu tumbuh di laman rumah Mel di Kingston, selatan Tasmania.

Mel juga memuat naik gambar epal berkenaan ke laman sosial dan menarik perhatian rakan-rakannya.“Mereka tidak mempercayai epal ini dan menuduh saya mewarnakan buah berkenaan sebagai bahan jenaka,” katanya.

Sementara itu, pakar penanaman epal, Bob Magnus berkata dia belum pernah melihat epal seperti itu.

“Epal itu sangat jarang ditemui tetapi pelbagai jenis mutasi boleh berlaku pada setiap masa,” katanya.

Magnus berkata, epal sememangnya melalui proses mutasi secara semula jadi dan epal gala atau epal merah yang ada kini adalah sangat berbeza daripada generasi asal.

“Amalan kacukan epal bukan sesuatu yang aneh kerana apa yang anda jumpa di kedai kini kebanyakannya melalui proses berkenaan,” katanya.

- AFP/Metro

Wednesday, March 19, 2014

Anak anjing RM6 juta

SEORANG lelaki bergambar dengan anjing dari baka Tibetan Mastiff selepas ia dijual di pameran haiwan peliharaan mewah di Zhenjiang.

Zhenjiang: Seekor anak anjing baka Tibetan Mastiff dilapor dijual pada harga RM6 juta semalam, menjadikannya anjing peliharaan paling mahal pernah dijual.

Seorang pemaju hartanah membayar 12 juta yuan (RM6 juta) untuk membeli seekor anak anjing berusia setahun itu di pameran ‘Haiwan Peliharaan Mewah’ di wilayah Zhenjiang, lapor akhbar Qianjiang Evening.

“Haiwan itu mempunyai genetik singa dan ia baka Mastiff paling baik,” kata pembiak baka berkenaan, Zhang Gengyun.

Dia juga memberitahu seekor lagi anjing dari baka sama dijual pada harga RM3.1 juta.

Dengan bulu yang banyak sekitar kepala menjadikannya kelihatan seperti singa dan haiwan itu menjadi simbol kemewahan di China.

Haiwan dengan bulu keemasan ini mempunyai ketinggian 80 sentimeter dan berat 90 kilogram.

“Baka Tibetan Mastiff sangat jarang ditemui, sama seperti haiwan kebanggaan negara ini, panda, menyebabkan harganya tinggi,” katanya.

Rekod jualan anjing dari baka berkenaan sebelum ini ialah RM5.2 juta.

- Agensi/Metro

Persis Nabi Muhammad SAW


ABDULLAH bin Mas’ud termasuk seorang sahabat yang mula-mula sekali masuk Islam. Sejak di Mekah, beliau yang dikenali sebagai Ibnu Mas'ud sangat tekun berkhidmat kepada Rasulullah SAW. Ke mana Nabi Muhammad SAW pergi, Ibnu Mas’ud selalu bersama untuk melayani keperluan baginda SAW.

Beliau menyiapkan selipar Rasulullah SAW apabila hendak dipakai dan menyimpan selipar itu apabila baginda tidak memakainya.

Dek Kerana kerapatannya dengan Rasulullah SAW, Ibnu Mas’ud diiktiraf sebagai tokoh sahabat yang sangat faham tentang Islam. Huzaifah pernah ditanya: "Siapakah sahabat Nabi yang paling mirip akhlak dan sifatnya dengan Rasulullah?" Beliau menjawab: "Ibnu Mas’ud."

Suatu hari Ibnu Mas'ud menziarahi kematian seorang kenalannya. Dalam majlis kesedihan itu, beliau melihat seseorang sedang ketawa.

Ibnu Mas’ ud menjadi sangat marah dan berkata: "Engkau tertawa padahal tengah menghadiri jenazah? Aku tidak akan berbicara denganmu selama-lamanya!" (kitab al-Zuhd Imam Ahmad)

Tunjukkan simpati

Hidup ini tidak selamanya indah. Terkadang kita bergembira, terkadang kita bersedih. Ada saatnya kita tertawa, ada saatnya kita menangis. Dinamika kehidupan ini berlaku pada diri kita, juga berlaku pada orang lain.

Adab seorang Muslim apabila tertimpa musibah ialah bersabar. Adabnya apabila melihat orang lain tertimpa musibah ialah bersimpati dan mendoakan.

Pada saat-saat susah, perasaan orang yang ditimpa musibah sangat sensitif. Justeru, fahami kesedihan hatinya dan pilihlah kata-kata yang terbaik untuk diucapkan.

Bayangkan jika musibah itu menimpa diri kita, agak-agaknya ucapan apa yang ingin kita dengarkan pada saat itu?

Bergurau tentu tidak patut dilakukan pada saat dan situasi seperti itu. Apa lagi mempersendakan penderitaan tersebut dengan pelbagai anekdot yang mengundang gelak ketawa.

Sikap itu menjadi cerminan hati yang keras membatu, hati yang tidak sensitif dengan penderitaan orang lain.

Justeru, Ibnu Mas’ ud sangat marah kepada pelaku perbuatan itu. Beliau bersumpah tidak akan berbicara lagi dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut sebagai pelajaran baginya untuk tidak mengulangi sikap yang buruk itu.

Kepada bukan Muslim

Sikap simpati kepada pihak yang tengah bersedih bukan hanya perlu ditunjukkan kepada sesama Muslim. Bukan akhlak Muslim mempersendakan orang yang tengah ditimpa kesusahan, walaupun ia bukan Islam. Sebagai perwujudan akhlak mulia, kita sekurangnya wajib menunjukkan sikap bersimpati dengan kesusahan yang sedang menimpanya.

Apabila Sahl bin Hunaif dan Qais bin Saad berada di Qadisiyyah, mereka melihat sekumpulan orang tengah menanggung jenazah. Kedua-dua sahabat Nabi SAW ini bangkit berdiri.

Apabila diberitahu bahawa jenazah tersebut ialah jenazah Yahudi, keduanya berkata: "Sebuah jenazah pernah berlalu di hadapan Nabi SAW lalu baginda berdiri. Apabila diberitahu bahawa jenazah itu Yahudi, baginda bersabda: Bukankah ia nyawa manusia juga? (riwayat al-Bukhari)

Semoga kita mendapat kekuatan untuk mengamalkan adab yang sangat tinggi ini.

-Utusan

Tuesday, March 18, 2014

Solat berjemaah bukti kesatuan ummah


Barra’ bin Azib berkata, “Rasulullah SAW mengisi celah-celah barisan yang kosong sehingga bahu kami saling bertemu. Baginda bersabda: Jangan saudara sekalian berada dalam barisan yang tidak tersusun. Nanti Allah menjadikan hati saudara sekalian berpecah-belah. Baginda juga bersabda: Sesungguhnya Allah dan malaikat memberi rahmat kepada barisan yang pertama.” (Riwayat Abu Daud)

Abdullah bin Umar berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Berdirilah dalam barisan yang lurus. Sentuhlah bahu-bahu antara saudara. Isilah tempat-tempat yang kosong dan ringankan tangan saudara saling menarik ke hadapan. Jangan biarkan barisan saudara diisi oleh syaitan. Sesiapa yang merapatkan barisan disatukan hatinya dan sesiapa yang merenggangkan barisan, direnggangkan hubungan sesamanya.” (Riwayat Abu Daud)

Solat berjemaah menunjukkan kesatuan umat Islam dalam beribadah dan ia juga dapat diterjemahkan dalam kehidupan bermasyarakat supaya saling bersatu padu.

Jurang ruang beri peluang musuh Islam

Hikmah ditekankan supaya barisan solat berjemaah itu tidak ada jurang ruang supaya kesatuan lebih kukuh kerana andai terdapat lompang, ia akan memberi peluang musuh Islam untuk melebarkan jarak.

Itulah yang diperhatikan hari ini apabila umat Islam tidak bersatu, kesempatan itu diambil musuh untuk menanamkan sifat kebencian. Hakikatnya, apabila umat Islam bergaduh sesama mereka, yang akan rugi adalah umat Islam.

Andainya umat Islam seluruh dunia bersatu seperti ketika menunaikan solat jemaah, pasti kita dapat bayangkan kekuatan hebat bakal dimiliki. Pemandangan itu sudah tentu membuatkan hati musuh Islam menjadi kecut. Sedihnya, pemandangan itu belum dapat dilihat lagi.

-BH

Monday, March 17, 2014

Lelaki diserang bakteria pemakan daging


LONDON 17 Mac - ‘Berat mata me mandang, berat lagi bahu memikul', itulah penderitaan yang terpaksa ditanggung seorang bapa muda dari Britain yang kehilangan anggota badan dan kulit di bahagian mukanya akibat dimakan kuman pemakan daging.

Alex Lewis, 34, dari Stockbridge, dekat daerah Hampshire kehilangan kedua-dua belah kakinya, sementara lengan kirinya dipotong selepas kaki, hujung jari, lengan, bibir, hidung dan sebahagian telinganya bertukar menjadi kehitam-hitaman.

Akibat penyakit itu, beberapa organ utama bapa kepada seorang anak tersebut tidak berfungsi sehingga menyebabkan dia koma selama seminggu akibat bakteria pembawa maut yang menyerang tubuhnya.

Mail Online melaporkan, mimpi ngeri buat Lewis bermula empat bulan lalu selepas dia menghidap selesema.

Lebih malang, ketika simptom yang melanda Lewis semakin teruk, doktor di Hospital Royal County di Winchester, Hampshire tidak lama selepas itu mengesan darah lelaki tersebut dijangkiti streptokokus Kumpulan A, bakteria yang biasanya tidak berbahaya.

Doktor kemudian mendiagnos Lewis menghidap septisemia, selepas bakteria itu dikesan berada dalam darahnya dan sindrom kejutan toksik dengan doktor memberi amaran bahawa dia hanya mempunyai peluang tiga peratus untuk hidup.

Bagaimanapun, menurut doktor, dia hanya mempunyai satu cara untuk terus hidup iaitu dengan pembedahan membuang anggota badannya pada Januari lalu.

Kini, menurut Lewis, dia berharap akan dapat berjalan semula menggunakan kaki palsu selepas mengharungi kehidupan yang mencabar itu.

- AGENSI/Utusan

Sunday, March 16, 2014

10 artis Arab terkaya


Walaupun bahasa Arab bukan mudah untuk dikuasai, beberapa selebriti melakar namanya melalui bahasa itu untuk memukau peminat seni, sekali gus mengumpul kekayaan luar biasa.

Berikut ialah senarai 10 penyanyi Arab mendapat bayaran paling mahal:

Najwa Karam (Kekayaan: RM180.3 juta)

Najwa dianggap antara penyanyi wanita paling lawa. Berusia 48 tahun, artis kelahiran Lubnan ini dikenali kerana memiliki suara bertenaga. Lebih 50 juta albumnya terjual di seluruh dunia. Dia juga dianggap ikon fesyen untuk rantau Arab.

Amr Diab (Kekayaan: RM147.5 juta)

Amir Diab dianggap penyanyi lelaki paling diminati di dunia Arab dengan lagu dan nyanyiannya dide­ngar hampir di setiap negara rantau itu. Penyanyi berasal dari Mesir itu juga dikenali kerana kemampuannya mencipta lagu. Kini berusia 52 tahun, Amr pernah mendapat Anugerah Muzik Dunia untuk kategori Album Timur Tengah Terlaris sebanyak tiga kali, iaitu pada 1998, 2002 dan 2007.

Haifa Wehbe (Kekayaan: RM131.1 juta)

Penyanyi Arab paling cantik dan paling banyak mendapat liputan media. Selain popular di negara Arab, Haifa turut diminati di Hollywood dan negara lain. Dia dilahirkan di Mahrouna, Lubnan, pada 10 Mac 1976. Bekas finalis Ratu Cantik Lubnan ini juga menyertai bidang lakonan. Pada 2006, majalah People menyenarai Haifa sebagai seorang daripada 50 wanita tercantik di dunia.

Nancy Ajram (Kekayaan: RM131.1 juta)

Seorang lagi penyanyi kelahiran Lubnan. Nancy adalah pe­nyanyi Arab paling ramai pengikut di rangkaian laman sosial. Melalui sokongan padu bapanya, Nancy mula membuat persembahan sebagai pe­nyanyi kanak-kanak dan menghasilkan album pertama menjelang usianya 15 tahun. Namanya melonjak selepas mengadakan kolaborasi dengan penerbit ternama, Jiji Lamara dan mereka menghasilkan album Akhasmak Ah.

Elissa (Kekayaan: RM124.5 juta)

Lahir di Deir el Ahmar, Lebanon 41 tahun lalu, Elissa seorang lagi artis yang tampil dengan gabungan wajah ayu serta suara merdu. Elissa menjadi antara penyanyi wanita Arab yang paling ba­nyak mendapat pencalonan dalam pelbagai anugerah di Asia.

Diana Haddad (Kekayaan: RM98.3 juta)

Diana, 37, adalah pe­nyanyi wanita Arab yang memiliki suara paling bertenaga ketika ini dan mencabar kebanyakan penyanyi lain yang lebih popular. Nama penuhnya ialah Diana Joseph Fouad Haddad dan kini memiliki kewarganegaraan Emiriah Arab Bersatu. Turut dikenali sebagai personaliti televisyen, Diana adalah seorang daripada penyanyi wanita Arab paling popular dan berjaya sejak akhir 1990-an.

Majida El Roumi (Kekayaan: RM91.8 juta)

Namanya melonjak dan sebutan ramai hanya sejak beberapa tahun lalu. Dia diingati kerana berjaya membawa beberapa lagu Arab popular. Dilahir dan dibesarkan di Kfarshima, Lubnan, Majida memulakan kerjaya muziknya sejak awal 1970-an apabila menyertai pertandingan pencarian bakat baru Studio El Fan ketika berusia 16 tahun. Majida, 57, juga pernah terpilih sebagai Duta Khas PBB.

Ragheb Alama (Kekayaan: RM91.8 juta)

Ragheb Subhi Alama, 51, adalah personaliti serba boleh Lubnan. Dia berbakat sebagai penyanyi, pencipta lagu personaliti televisyen dan dermawan. Dia memulakan kerjaya sebagai artis pada 1980-an melalui penyertaannya dalam pertandingan mencari bakat baru Studio El Fan. Kemunculannya itu membawa tuah apabila memenangu Anugerah Platinum.

Nicole Saba (Kekayaan: RM81.9 juta)

Nicole dianggap penyanyi bersuara paling merdu dari Lubnan, membolehkannya mendapat gelaran bayaran paling tinggi bagi sesuatu persembahan di Arab ketika ini. Antara 1998 hingga 2001 Nicole menganggotai kumpulan pop The 4 Cats dan sempat menghasilkan dua album bersama Tic - Tick dan Layl Nhar. Mereka kian popular apabila menjadi model iklan gel mandian Lux.

Mika (Kekayaan: RM75.4 juta)

Lahir dengan nama asal Michael Holbrook Penniman Jr dan berdarah kacukan Lubnan - British. Dia menghasilkan album penuh berjudul Life in Cartoon Motion pada 2007 dan sebanyak 5.6 juta unit terjual di seluruh dunia. Album itu juga membantu Mika memenangi Anugerah Brit serta dicalonkan untuk Anugerah Grammy.

-Metro

Thursday, March 13, 2014

Hebatnya doa seorang ibu


SALAM dari Madinah Al-Munawarrah. Firman Allah SWT: "Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku, akan Ku beri dia. Siapa yang meminta ampun, akan Ku ampuni dia."

Duhai wanita, itulah janji Allah SWT. Maka, berdoalah, nescaya Dia akan perkenankan. Lalu saya terkenang kisah seorang anak yang bertahun-tahun merantau jauh ke luar negara. Tiba-tiba hatinya meronta-ronta mahu kembali ke tanah air.

Ia bukan kerana kehilangan pekerjaan atau bukannya hilang tempat berteduh. Bukan. Ia perasaan aneh menyentap jiwa dan perasaan. Hatinya terkenang ibu yang ditinggalkan. Ia rasa kerinduan membuak-buak.

Putaran kenangan semasa kanak-kanak terutamanya ketika dibelai manja muncul silih berganti. Lantas anak itu menyatakan hasrat kepada ibunya, 'Duhai ibuku, daku mahu kembali ke pangkuanmu.'

Allah ya Allah, tiba-tiba hatinya terkenang keperitan ibu membesarkannya di kala hidupnya cukup mudah di negara orang. Rumah modennya kelihatan tidak seceria sebagaimana gobok usang ibunya. Kerusi kenderaan yang dinaikinya tidak seenak belakang dukungan tubuh kering ibunya.

Aneh, tiba-tiba beliau merasai semakin tinggi jawatan yang disandang, semakin canggih ruang pejabat, namun sofa penggalas duduk tidak seempuk ribaan kasih ibu ketika kecilnya.

Kerinduan

Beliau nyatakan, 'Daku sering terlena dan bermimpi di sofa ini. Mimpi diri ditikam dari depan dan belakang. Ada masanya kaki disentap ke bawah dan tangan diikat ke atas sedangkan mata ditutup rapat dan mulut dikunci.

Beliau berhempas pulas mahu melepaskan diri. Subhanallah! Akhirnya, beliau terlepas dalam kesusahan.

Hari itulah beliau menangis pilu bermuhasabah diri. Diam-diam beliau terkenang ibu tua yang ditinggalkan sendirian nun jauh beribu batu. Itulah harga mengejar kejayaan di negara orang. Kejayaan dunia ciptaan sendiri.

Lagi, beliau terbayang usapan penuh kasih dan sayang, ketekunan mendengar rintihan apabila dirinya diperlakukan oleh rakan-rakan. Tergambar senyuman ikhlas melihat beliau menerima anugerah kejayaan.

Malah, beliau terkenang air mata ibu mengalir perlahan di hari konvokesyen. Hatinya bertambah sayu mengenangkan air mata ibu membasahi pipi sambil tangan melambai-lambai melihat dirinya berangkat pergi berhijrah. Ia bagaikan lambaian terakhir.

Pada saat dan detik itu, hatinya cekal melangkah gagah tanpa belas meninggalkan ibu yang melambai longlai semata-mata mahu mengejar impian.

Daku punya cita-cita. Ia hanya soal pilihan antara berada di negara sendiri atau ke luar negara. Di sana lebih lumayan. Aku fikir kehidupan ini perlu diteruskan. Aneh, tiba-tiba sahaja jawatan dan gaji besar di luar negara tiada makna. Jiwa beliau mati kelemasan merindui wajah dan mata bundar ibunya. Tiba-tiba juga hatinya berbisik perlahan: "Maafkan daku duhai ibu jika selama ini aku mengabaikan dirimu."

Begitulah, saya juga berasa aneh dengan perubahan yang berlaku kepadanya lalu bertanya kepada ibunya, "Duhai wanita seusia dengan ibuku, apakah rahsiamu sehingga begitu hebat terpanggil pulang anak kebanggaanmu?"

Dengan penuh kesyukuran si ibu membuka bicara. Katanya, "Allah SWT telah memanggilnya pulang. Berdoalah dari hati. Usah putus berdoa siang dan malam. Sewaktu duduk, berjalan, berdiri mahupun berbaring. Bukankah Allah Maha Mendengar segala yang ada di dalam hati dan apa terkandung di dada?"

Duhai wanita yang seusia dengan ibuku, apakah kandungan doamu? Ibu itu berkongsi rahsia doa yang dipanjatkan kepada Tuhannya pada sepertiga malam tersisa: "Ya Allah, sesungguhnya daku hidup miskin tidak berharta. Satu-satunya harta paling berharga adalah anak yang dianugerah-Mu.

"Ya Allah, sesungguhnya susu yang mengenyangkan perutnya adalah seluruh makanan bagi menyabung nyawaku. Aku menyusuinya di kala perutku kosong berpuasa. Ya Allah, hampirkan daku kepadanya sebelum aku beredar pergi. Ya Allah perkenankanlah."

Doa ibu

Benar. Kami semua tahu. Seluruh jiwa raga tertumpu kepada anaknya. Bersengkang mata ketika anaknya kesakitan. Beliau bahagia melihat anaknya tertawa gembira, berdukacita melihat anaknya gundah gulana serta bersabar melihat kenakalannya.

Beliau berbangga melihat anak berjaya melangkah ke menara tinggi. Namun tiada daya upaya menahan lantaran kemahuan anak begitu kuat sekali mahu menetap di luar negeri.

Akur bahawa anak itu tidak akan hidup bersama ibu buat selama-lamanya. Beliau reda melepaskan anaknya pergi. Namun, kerinduan terhadap anaknya semakin hari semakin menebal. Lalu pada satu pertiga malam masih tersisa beliau mengadu kepada Tuhan yang Maha Berkuasa.

Rintihnya lagi: "Ya Allah Ya Tuhanku, kembalikan anakku di sisi selagi masih ada sisa hayatku. Daku sudah tua dan tidak berdaya. Kudratku, rambutku serta wajahku telah jauh berbeza. Sesungguhnya daku bimbang akan pergi menemui-Mu tanpa dapat menatap wajahnya."

Sungguh, bukankah Allah Maha Mendengar?

-Kosmo

Monday, March 10, 2014

Bibi Aisya: Wanita bukan lemah


AISHA Mohammadzai, 23, nekad melarikan diri selepas dia tidak sanggup lagi menjadi mangsa dera keluarga mertuanya yang kejam.

Malah, suaminya turut mengheret wanita itu ke kawasan pergunungan dan bertindak menghukumnya dengan memotong hidung serta telinganya tanpa perikemanusiaan.

Kira-kira empat tahun lalu, keadaan wajahnya dengan hidung yang rompong telah menjadi imej tragik mengejutkan masyarakat dunia.

Memori hitam

Pengalaman pahit Aisha bermula ketika dia berumur lapan tahun.

Bapanya telah mengatur perkahwinannya dengan seorang lelaki dengan tujuan untuk menamatkan sengketa antara kedua-dua keluarga yang turut digelar sebagai amalan Baad oleh masyarakat tempatan di Afghanistan.

Aisha diserahkan kepada bapa mertuanya ketika berumur 16 tahun dan dia tidak dibenarkan bertemu suaminya untuk tempoh dua tahun.

‘Setiap hari saya didera secara fizikal dan mental oleh keluarga mertua.

Keadaan itu menyebabkan saya tertekan dan nekad melarikan diri untuk mencari perlindungan,” katanya.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut menyebabkan dia dipenjarakan selama lima bulan sebelum diserahkan semula kepada suaminya dan wanita itu kemudiannya dibicarakan di ‘mahkamah’ Taliban.

“Ketika itu, mereka menetapkan ‘hukuman’ ke atas saya. Pada sebelah malamnya, saya diheret dalam keadaan tangan dan kaki diikat ke sebuah kawasan pergunungan di Oruzgan.

“Pertemuan pertama saya dengan suami menjadi kenangan paling pahit yang tidak dapat saya lupakan hingga kini.

Saya diseksa hingga tidak bermaya dan ditinggalkan keseorangan tanpa belas kasihan,” jelasnya.

Nasib terbela

Bagaimanapun, wanita itu diselamatkan pekerja bantuan asing dan ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di Kabul sebelum dihantar ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan bantuan.

Pada Ogos 2010, Yayasan Grossman Burn, sebuah badan perubatan kemanusiaan di Los Angeles menawarkan pembedahan pembentukan semula pada wajahnya secara percuma.

Ketika itu, Aisha yang memakai hidung palsu turut diraikan dalam sebuah majlis makan malam di Beverly Hills dan merasai pengalaman melalui karpet merah selain mendapat penghormatan dari isteri kepada bekas Gabenor California, Maria Shriver.

Wanita yang menjadi mangsa penindasan keluarga sendiri akhirnya menjadi tumpuan media di luar negara selain diberi peluang untuk menghiasi muka depan majalah Time.

Trauma

Sekitar September 2010, kesihatan mental Aisha dilaporkan terganggu ketika dia tinggal bersama keluarga angkatnya Menurut ibu angkatnya, tingkah laku wanita tersebut berubah dan dia cuba mencederakan diri sendiri serta kadangkala menjerit seperti orang hilang akal secara tiba-tiba.

Ketika itu, doktor mendapati fizikal dan mental Aisha belum cukup stabil untuk menjalani pembedahan pembentukan semula wajah tersebut.

Susulan daripada itu, Aisha diletakkan semula di bawah jagaan sebuah organisasi berpusat di New York, Women for Afghan Women.

Hidup baru

Tahun 2013 membuka lembaran baru dalam hidup Aisha selepas beliau selamat menjalani beberapa pembedahan untuk pembentukan semula hidungnya di Hospital Bethesda Naval terletak di luar Washington.

Pakar pembedahan plastik menggunakan kulit yang diambil dari dahi dan lengannya untuk melakukan prosedur itu pada Disember 2012.

Selain itu, mereka turut mengimplan cakera kecil pada dahi Aisha dan memasukkan cecair untuk menghasilkan kulit baru.

"Kami juga menggunakan tisu dari lengan dan rusuk Aisha untuk proses pembentukan semula itu selain kulit dahinya diterbalikkan dan dijahit pada permukaan hidungnya," katanya.

Ketika diwawancara stesen televisyen tempatan, wanita itu menyatakan bahawa dia sangat gembira dengan wajah barunya itu.

“Saya mahu wanita di seluruh dunia yang menjadi mangsa dera sentiasa tabah dan tidak berputus asa,” tegasnya.

Kini, Aisha tinggal bersama keluarga angkat di Frederick, Maryland dan turut mengikuti pengajian Bahasa Inggeris dan Matematik.

"Kini, dia menjadi penyeri dan melengkapkan keluarga kami.

Secara jujurnya, kami sanggup melakukan apa saja untuk Aisha," kata bapa angkatnya, Mati Arsala.

-MARLISSA MOHAMMAD KAMAL/Sinar

Pengantin unik kaum Pomak


Kecantikan seseorang wanita biasanya lebih terserlah pada hari perkahwinan dan untuk menyambut hari bersejarah itu, ramai yang sanggup berhabis menjalani rawatan kecantikan bagi menaikkan seri wajah mereka. Kebahagiaan yang dirasakan turut menaikkan kemanisan wajah mempelai dalam menyambut tetamu yang datang meraikan mereka.

Namun keadaan amat berbeza bagi pengantin perempuan daripada komuniti Pomak di perkampungan Ribnovo, Bulgaria. Hiasan, dandanan dan solekan wajah menutup kejelitaan pengantin perempuan. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan, sekali pandang tidak ubah seperti topeng yang menakutkan.

Majlis perkahwinan kaum Pomak biasanya diadakan selama tiga hari merangkumi acara kenduri, menari dan pameran barang hantaran. Pada hari ketiga, wajah pengantin perempuan akan disolek tebal. Muka dan leher mereka akan disapukan krim muka berwarna putih yang kemudiannya dilekatkan labuci beraneka warna.

Labuci ini akan dilekatkan di pipi, dahi, dagu, kening, hidung dan kelopak mata dengan bentuk tertentu. Apa yang lebih menarik ialah ia turut dilekatkan di atas bibir dan kelihatan seperti misai!

Kemudian deretan bunga disusun di garisan anak rambut sebelum ia ditutup dengan layah merah. Sebagai pelengkap dandanan, hiasan kepala berjurai yang berkilat diletakkan bagi menutup wajah pengantin perempuan.

Sambil memejamkan mata dan menggenggam cermin muka, pengantin perempuan ini akan dipimpin keluar daripada rumah keluarganya untuk diserahkan kepada pengantin lelaki.

Ada banyak teori yang dikemukakan bagi menerangkan tradisi pelik kaum beragama Islam di Bulgaria itu. Ada yang percaya cermin muka itu bertujuan melindungi pengantin perempuan daripada pandangan jahat, ada pula berkata ia untuk menghubungkan pengantin dengan nenek moyangnya yang sudah meninggal dunia.

Berkenaan solekan warna putih pada wajah pengantin perempuan, penduduk Ribnovo ada cerita tersendiri. Pada zaman dulu, anak-anak lelaki mengikut ayah mereka menternak kambing biri-biri di kawasan pergunungan dan hanya balik ke kampung apabila cukup umur untuk berkahwin.

Oleh kerana mereka menjalani kehidupan yang lasak dan tiada pengalaman bergaul dengan perempuan, lelaki Pomak perlu belajar melayani isteri dengan lemah lembut. Jadi tugasan pertama (melayan isteri) sejurus selepas perkahwinan - yang masih diamalkan hingga sekarang - ialah mencuci wajah isteri dengan susu.

Budaya ini memang unik dan sangat berharga. Tidak hairanlah jika kaum Pomak sedaya upaya mempertahankan warisan nenek moyang mereka ini walaupun pemerintah komunis sejak dulu lagi berusaha untuk menghapuskannya.

Pada setiap musim sejuk penduduk Ribnovo yang beragama Islam dan bekerja di Jerman, Britain atau Israel dalam sektor perladangan dan pembinaan akan balik ke kampung untuk berkahwin mengikut adat resam mereka. Ribnovo adalah kampung terpencil dan miskin yang terletak di jajaran Pergunungan Rhodope.

Bagi pasangan muda, Letve Osmanova dan Refat Avdikov, kedua-duanya berusia 21 tahun, hari bersejarah mereka yang disambut selama dua hari dimulakan dengan pameran barang hantaran daripada stokin, mesin basuh sehinggalah katil pengantin yang disusun di sepanjang jalan supaya ia boleh disaksikan penduduk kampung.

Acara kemuncak adalah pada hari kedua di mana wajah Letve disolek tebal oleh dua ibu saudaranya. Kemudian mereka melekatkan labuci beraneka warna yang disusun menjadi bentuk bunga pada wajahnya.

Untuk meleng-kapkan dandanannya, ibu saudara Letve menyematkan layah dan hiasan berjurai berkilauan bagi melindungi wajah pengantin perempuan. Solekan dan dandanan ini membuatkan Letve kelihatan seperti anak patung.

Letve kemudiannya dipimpin dan diarak keliling kampung dengan alunan muzik tradisional sebelum digandingkan dengan bakal suaminya. Namun penampilan pengantin lelaki sangat berbeza dengan pengantin perempuan yang berwarna warni. Pengantin lelaki hanya mengenakan sut hitam dan kemeja kuning air mirip gaya lelaki Eropah.

Dalam majlis gilang-gemilang ini, mereka tidak menghidangkan arak, sesuai dengan tuntutan Islam. Mengikut sejarah, nenek moyang kaum Pomak beragama Kristian dan memeluk Islam ketika Bulgaria berada di bawah pemerintahan Uthmaniah daripada abad ke-14 hingga ke-19. Justeru itu, golongan muda dilarang mengadakan hubungan intim atau bermesra-mesra sebelum mendirikan rumah tangga.

Apa yang lebih menarik ialah, pengantin perempuan dikehendaki menutup mata sepanjang acara pernikahan. Dia hanya dibenarkan mengintai melalui cermin kecil yang dipegangnya sehinggalah majlis pernikahan selesai. Selesai majlis, Refat membawa isterinya balik dan mencuci solekan Letve dengan susu, kata bapa saudara Refat, Mustafa Avdikov.

“Saya bangga dengan keunikan tradisi kami ini,” kata Letve sambil tersenyum sebelum majlis perkahwinannya bermula. Sememangnya majlis perkahwinan boleh diumpamakan seperti perayaan musim sejuk yang amat dibanggakan oleh 3,500 penduduk Ribnovo.

Bagaimanapun pemerintah komunis Bulgaria yang mula mengambil alih kuasa selepas Perang Dunia Kedua sehingga 1989, bertindak kejam ke atas semua agama termasuklah Kristian Ortodoks yang menjadi anutan sebahagian besar penduduknya.

Malah regim Todor Zhirkov memberi tekanan besar kepada umat Islam terutama kaum Pomak, dengan memaksa mereka menghapuskan adat dalam perkahwinan dan berkhatan. Bahkan pengantin perempuan juga dilarang memakai pakaian tradisional yang berwarna-warni itu. Selain itu, mereka turut dipaksa menggunakan nama Eropah Slav (Slavonia).

Mungkin ketabahan kaum Pomak ini ada kaitan dengan makna nama kaum itu sendiri kerana perkataan Pomak bermakna orang yang menderita. Kini ada kira-kira 200,000 keturunan Pomak di seluruh dunia. Daripada sejuta masyarakat Islam di Bulgaria, kaum Pomak dianggap minoriti berbanding jumlah keseluruhan penduduknya yang mencecah 7.4 juta orang. Selain di Bulgaria, kaum Pomak juga boleh ditemui di Turki, Greece, Albania dan beberapa negara lain.

Seorang wanita di Ribnovo, Sevie Beeva, 86, yang dipaksa menukar namanya kepada Sofka, tidak dapat melupakan kepahitan hidup ketika komunis memerintah. “Saya terpaksa berhenti kerja kerana tidak mahu mendengar nama itu (Sofka),” katanya.

Seorang lagi penduduk Ribnovo, Fatme Kuchukova, 82, memberitahu bagaimana penduduk membaling batu pada polis apabila mereka datang untuk menukar nama penduduk pada 1964.

Namun peristiwa yang dianggap memalukan dan menghina umat Islam itu tidak diceritakan pada generasi muda. Bagaimanapun majlis perkahwinan itu menunjukkan identiti kaum Pomak yang pemurah dan sangat mementingkan hubungan kekeluargaan.

Bulgaria yang kini meng-amalkan sistem demokrasi, menjadi anggota Kesatuan Eropah pada 2007 dan ia turut memberi cabaran kepada kaum Pomak untuk mengekalkan identiti mereka kerana ramai golongan muda berhijrah ke bandar besar untuk mencari kerja.

Letve dan Refat adalah antara yang bertuah kerana dapat terus tinggal di kampung halaman mereka.

“Kami akan terus tinggal di Ribnovo. Isteri saya seorang tukang jahit dan saya pula bekerja dengan jabatan perhutanan. Apa yang pasti kami bahagia tinggal di sini, di kawasan pergunungan walaupun terpencil dan jauh dari kesibukan kota,” kata Refat. Tentu saja mereka menjadi penyambung kepada warisan yang berharga ini.

-Norlaila Hamima Jamaluddin-Metro

Friday, March 7, 2014

Jangan main-main naluri isteri


BEBERAPA hari lepas, saya duduk berborak dengan mereka yang sudah melimpah ruah pengalamannya mengenai hal ehwal wanita. Walaupun sudah masuk umur 43 dan sudah hampir 20 tahun berumahtangga tetapi bercampur dengan mereka, saya berasa diri seperti anak muda mentah.

Rupanya masih banyak yang saya tidak tahu mengenai wanita. Betullah seperti apa yang dikata oleh seorang kawan, wanita adalah makhluk yang dijadikan ALLAH dengan seribu satu misteri. Dan meneroka misteri wanita adalah pengembaraan hidup yang sangat menarik. Namun pengembaraan ini tidak ada destinasi muktamadnya sebagaimana misterinya wanita yang tidak pernah ada jawapan tuntas bagi setiap persoalan membabitkan mereka.

Dalam perbualan itu, berkatalah seorang daripada bijak pandai ini bahawa lelaki jangan berasa diri mereka sudah cukup pandai untuk menyembunyikan rahsia daripada isteri, terutama suami yang daripada spesis patin buah iaitu mereka yang mengamalkan cara hidup liar, bebas seperti patin yang di luar sangkar.

"Orang perempuan ni kita tak tau, instinct depa kuat. Apa yang kita buat di luar rumah, depa boleh rasa. Tinggal lagi sama ada depa nak bising atau tidak saja," katanya.

Menyusul selepas, macam-macam pandangan dikemukakan. Ada yang mengatakan dalam pada suami yang jenis patin buah itu berasa mereka sudah cukup bijak menyembunyikan kegiatan kokurikulum daripada pengetahuan isteri, keharmonian rumah tangga sebaliknya berjaya dikekalkan hanya bersebab kesabaran isteri.

"Isteri ni... depa saja tak mau buat kecoh. Selagi mana dirasa apa yang dibuat suami di luar rumah tak menjejaskan depa, selagi itulah depa bertahan. Ada juga yang fikir, kalau depa bising, keadaan akan jadi lebih haru biru. Anak-anak macam mana?

"Bagi mak-mak ni, anak-anak lebih utama. Sebab itu depa diam. Walaupun makan hati, depa tak bising sebab depa tau, kalau depa bising, akibatnya mungkin lebih buruk untuk depa." Demikian salah satu pendapat yang dikemukakan.

Menariknya, untuk mengiyakan lagi tajuk itu, seorang daripada rakan saya itu buat pengakuan. Katanya, pernah suatu ketika bekerja di luar kawasan, dia terserempak dengan kekasih lamanya sewaktu universiti dahulu.

"Nak jadi cerita, ex-girlfriend aku tu tak kahwin lagi. Bila dah terjumpa, dan aku pun tengok dia masih lawa, semangat lama pun datang balik. Kami pergi makan dan berborak agak lama. Kiranya dalam hati aku memang ada niat nak sambung balik apa yang sudah terputus."

Namun dengan tidak semena-mena kata kawan saya itu, keasyikannya menganyam impian tiba-tiba tersentap apabila isterinya telefon.

"Sebelum tu, tak pernah sekalipun dia call waktu kerja. Biasanya bila kerja outstation, malam aku yang call dia untuk tanya khabar, tahu-tahu hari tu, entah macam mana dia teringat nak call aku pulak. Dan lagi yang paling tak sedap, dia tanya aku ok ke tak? Tiba-tiba saja. Bila aku tanya dia sebab apa tanya macam tu, dia kata, entah, tiba-tiba saja rasa tak sedap hati," katanya.

Sejak itu, kata si rakan, jangankan impian jangka panjang, impian jangka pendeknya pun terus terhenti di situ juga. Taubat nasuha terus dia. Kawan saya itu bukan spesies patin buah tetapi patin sangkar!

Saya teringat satu cerita yang lain. Ini berkaitan hipnosis. Hipnosis biasanya dikaitkan dengan keadaan seseorang yang kelihatan seperti tidur tetapi tidak tidur. Adapun apa yang berlaku kepada seorang kawan seperti yang dia sendiri akui, bagi saya adalah paling 'membahayakan'.

Katanya, pernah terjadi dalam keadaan tidak sedar, dia sendiri bercerita habis apa yang dilakukan di luar rumah kepada isterinya.

"Esoknya dia bercerita balik pada aku apa yang aku ceritakan pada dia, walhal masa itu aku tidur. Rupa-rupanya time aku tak sedar (tidur) tu, dia interview aku dan aku pun ceritakan semuanya. Sejak itu, nak tidur malam pun aku takut, takut kena interview lagi," katanya disambut gelak ketawa kami semua.

Kepada suami-suami patin buah, berhati-hatilah ataupun kembalilah ke sangkar menjadi patin sangkar.

-MUHAMAD MAT YAKIM/Sinar

Wednesday, March 5, 2014

Dasar Syiah - Nikah Anak Sendiri



Nikah mut’ah adalah pernikahan tanpa batas yang haram hukumnya dengan melanggar
aturan-aturan syariat yang suci, mut’ah ini telah melahirkan banyak kisah pilu.
Tidak jarang pernikahan ini menghimpun antara anak dan ibunya, antara seorang
wanita dengan saudaranya, dan antara seorang wanita dengan bibinya, sementara
dia tidak menyadarinya.
Di antaranya adalah apa yang dikisahkan Sayyid Husain
Al Musawi, seorang tokoh Syi’ah murid Ayatullah Ruhullah Al Khumaini yang
kemudian bertaubat dan masuk ke Sunni.Ia menceritakan dalam kitab Lillahi Tsumma
Lil Tarikh:

Kisah Pertama

Seorang perempuan datang kepada
saya menanyakan tentang peristiwa yang terjadi terhadap dirinya. Dia
menceritakan bahwa seorang tokoh, yaitu Sayyid Husain Shadr pernah nikah mut’ah
dengannya dua puluh tahun yang lalu, lalu dia hamil dari pernikahan
tersebut.

“Setelah puas, dia menceraikan saya. Setelah berlalu beberapa
waktu saya dikarunia seorang anak perempuan. Dia bersumpah bahwa dia hamil dari
hasil hubungannya dengan Sayyid Shadr, kerana pada saat itu tidak ada yang nikah
mut’ah dengannya kecuali Sayyid Shadr.”

“Setelah anak perempuan saya
dewasa, dia menjadi seorang gadis yang cantik dan siap untuk
nikah.”

Namun sang ibu mendapati bahwa anaknya itu telah hamil. Ketika
ditanyakan tentang kehamilannya, dia mengabarkan bahwa Sayyid Shadr telah
melakukan mut’ah dengannya dan dia hamil akibat mut’ah tersebut. Sang ibu
tercengang dan hilang kendali dirinya lalu mengabarkan kepada anaknya bahwa
Sayyid Shadr adalah ayahnya. Lalu dia menceritakan selengkapnya mengenai
pernikahannya (ibu si wanita) dengan Sayyid Shadr dan bagaimana bisa hari ini
Sayyid Shadr menikah dengan anaknya dan anak Sayyid Shadr juga?!Kemudian dia
datang kepadaku menjelaskan tentang sikap tokoh tersebut terhadap dirinya dan
anak yang lahir darinya.

Sesungguhnya kejadian seperti ini sering
terjadi. Salah seorang dari mereka melakukan mut’ah dengan seorang gadis, yang
di kemudian hari diketahui bahwa dia itu adalah saudarinya dari hasil nikah
mut’ah. Sebagaimana mereka juga ada yang melakukan nikah mut’ah dengan istri
bapaknya.

Di Iran, kejadian seperti ini tak terhitung jumlahnya. Kami
membandingkan kejadian ini dengan firman Allah Ta’ala, “Dan orang-orang yang
tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesucian (diri)nya sehingga Allah mampukan
mereka dengan karunia-Nya.” (QS. An-Nur:33)

Kalaulah mut’ah dihalalkan,
niscaya Allah tidak akan memerintahkan untuk menjaga kesucian dan menunggu
sampai tiba waktu dimudahkan baginya untuk urusan pernikahan, tetapi Dia akan
menganjurkan untuk melakukan mut’ah demi memenuhi kebutuhan biologisnya daripada
terus-menerus diliputi dan dibakar oleh api syahwat.

Kisah
Kedua


Suatu waktu saya duduk bersama Imam Al Khaui di kantornya.
Tiba-tiba masuk dua orang laki-laki menemui kami, mereka memperdebatkan suatu
masalah. Keduanya bersepakat untuk menanyakannya kepada Imam Al Khaui untuk
mendapatkan jawaban darinya.

Salah seorang di antara mereka bertanya,
“Wahai Sayyid, apa pendapatmu tentang mut’ah, apakah ia halal atau haram?”Imam
Al Khaui melihat lagaknya, ia menangkap sesuatu dari pertanyaannya, kemudian dia
berkata kepadanya, “Dimana kamu tinggal?”

Maka dia menjawab, “Saya
tinggal di Mosul, kemudian tinggal di Najaf semenjak sebulan yang lalu.”Imam
berkata kepadanya,

“Kalau demikian berarti Anda adalah seorang
Sunni?”Pemuda itu menjawab, “Ya!”Imam berkata,

“Mut’ah menurut kami
adalah halal, tetapi haram menurut kalian.

”Maka pemuda itu berkata
kepadanya,

“Saya di sini semenjak dua bulan yang lalu merasa kesepian,
maka nikahkanlah saya dengan anak perempuanmu dengan cara mut’ah sebelum saya
kembali kepada keluargaku.

”Maka sang imam membelalakkan matanya sejenak,
kemudian berkata kepadanya, “Saya adalah pembesar, dan hal itu haram atas para
pembesar, namun halal bagi kalangan awam dari orang-orang Syiah.”

Si
pemuda menatap Al Khaui sambil tersenyum. Pandangannya mengisyaratkan akan
pengetahuannya bahwa Al Khaui sedang mengamalkan taqiyah (berbohong untuk
membela diri).

Kedua pemuda itu pun berdiri dan pergi. Saya meminta izin
kepada Imam Al Khaui untuk keluar.Saya menyusul kedua pemuda tadi. Saya
mengetahu bahwa penanya adalah seorang Sunni dan sahabatnya adalah seorang Syi’i
(pengikut Syiah). Keduanya berselisih pendapat tentang nikah mut’ah, apakah ia
halal atau haram? Keduanya bersepakat untuk menanyakan kepada rujukan agama,
yaitu Imam Al Khaui.

Ketika saya berbicara dengan kedua pemuda tadi,
pemuda yang berpaham Syiah berontak sambil mengatakan,

“Wahai orang-orang
durhaka, kamu sekalian membolehkan nikah mut’ah kepada anak-anak perempuan kami,
dan mengabarkan bahwa hal itu halal, dan dengan itu kalian mendekatkan diri
kepada Allah, namun kalian mengharamkan kami untuk nikah mut’ah dengan anak-anak
perempuan kalian?”

Maka dia mulai memaki dan mencaci serta bersumpah
untuk pindah kepada madzhab Ahlus Sunnah, maka saya pun mulai menenangkannya,
kemudian saya bersumpah bahwa nikah mut’ah itu haram, kemudian saya menjelaskan
tentang dalil-dalilnya.



Sumber: di sini

Tuesday, March 4, 2014

EKSKLUSIF DAN FAKTA !!! JANGAN BELI #TAUGEH WARNA ...






Mesti ramai pembaca yang suka
makan taugeh kan ??? Nak pulak campur dalam char kuey teow,rangup.betul tak
???

Tapi nak beli taugeh tu kena la buat eksperimen
dulu.Beli sikit taugeh tu,jangan makan dulu sebaliknya simpan dulu untuk 3
hari.lepas itu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari.kalau boleh jangan beli taugeh
yang berwarna PUTIH BERSERI.Keputusan yang mungkin boleh didapati,lepas 3
hari bau taugeh tu hancing semacam.Bermakna taugeh tu disiram dengan urine a.k.a
AIR KENCING !!

Dan air urine tu la jugak menyebabkan taugeh
kaler putih berseri.Kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera (Melayu)
senang,warna dia macam KEKUNINGAN SIKIT DAN CEPAT LAYU SERTA KURANG
RANGUP
,Sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja.Ini info dari pegawai
yang pernah buat lawatan ke pusat-pusat penanaman taugeh dibeberapa negeri
tertentu yang diusahakan oleh CHA YA NUN ALIP.



mereka terjumpa satu bilik khas simpan air
kencing utk disiram pada pokok-pokok taugeh tu.kenapa taugeh jadi mangsa ???
Sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat-bulat terus dalam
batangnya.Tak seperti sayuran lain iaitu sayuran-sayuran berdaun hijau yang
mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dengan erti kata
lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses
fotosintesis berjalan untuk penyerapan zat-zat dari baja.Tak macam taugeh dia
serap terus apa yang kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran bukan secara
fotosintesis.

itu sebabnya kalau simpan dalam masa 3 hari bau
dia wangi semacam.setakat inilah info yang dapat saya dapat kongsikan.Sejauh
mana kebenaran saya tidak pasti terpulang pada masing-masing samada nak
percayakan atau sebaliknya.jangan lupa beritahu kepada saudara mara dan kawan
pasal nak mengenal taugeh taugeh hancing dengan taugeh-taugeh bumiputera
 
 




Sumber: di sini

Monday, March 3, 2014

Tanam tauge mudah,untung


PENANAM tauge menuai hasil lumayan

Tauge adalah sejenis makanan daripada percambahan kekacang sama ada kacang hijau atau kacang hitam. Kajian mendapati penghasilan tauge adalah bidang usaha yang berdaya maju.

Kaedah dan pemerhatian:

Walaupun proses penghasilan tauge nampak mudah, kesilapan pemprosesan memberi kesan kepada peng­hasilan. Justeru, pilih lokasi yang betul dari segi sumber air.

Benih kacang mestilah bernas dan bersaiz besar bagi mendapatkan hasil yang baik. Aktiviti mengasing dan membasuh perlu dilakukan dengan teliti sebelum kacang direndam.

Tempoh rendaman enam hingga lapan jam dengan larutan hormon pembesaran. Setiap sekilogram benih menghasilkan 8.7 kilogram (kg) tauge. Untuk percambahan menggunakan tong plastik, pastikan ia tebal dan tidak lut cahaya supaya tauge dapat mencambah dengan sempurna.

Proses pengeluaran tauge:

• Menyediakan persekitaran dan lokasi.

• Mendapatkan bahan mentah (kacang hijau/kacang hitam).

• Mengasingkan benih (benda asing, kacang rosak, batu dan sampah).

• Membasuh (hingga kacang bersih).

• Merendam (6 hingga 8 jam menggunakan larutan hormon).

• Menggaul.

• Mencambah (4 hingga 6 hari dalam bilik yang gelap dan suhu rendah serta tong bersesuaian).

• Menyiram (2 hingga 4 jam sekali).

• Mengasingkan kulit.

Tong penanaman:

Gunakan tong plastik berwarna hitam berukuran 30 liter dengan keting­gian 60 sentimeter (sm), seperti tong sampah.

Bahagian penutup tong ditebuk untuk memasukkan nozel penyembur.

Bahagian bawah tong, dibuat 20 hingga 30 lubang bergaris pusat 4 hingga 5 milimeter.

Lubang ini bertujuan mengalir air siraman keluar.

Tong yang digunakan mesti berwarna hitam kerana keadaan gelap dalam tong diperlukan untuk percambahan tauge.

Dengan tong ini, kuantiti benih kacang yang boleh dimasukkan ialah 1.5 hingga 2.0 kg dan kapasiti pengeluaran antara 10 hingga 15 kg setiap tong.

Penghasilan tauge cara konvensional:

Tidak memerlukan tanah dan kawasan yang luas sebagai media untuk pertumbuhannya.

Ia boleh diusahakan hanya di dalam atau di kawasan belakang rumah.

Apa yang perlu hanyalah sebuah bangunan berbumbung dan dinding saja.

Keperluan asas lain ialah sebuah perigi untuk kegunaan penyiraman.

Kaedah ini mampu menghasilkan 7,200 kg tauge sehari atau 216,000 kg sebulan dengan menggunakan 60 peti.

Bahan yang diperlukan ialah:

1. Kacang

Bahan utama perusahaan tauge ialah kacang hijau.

Jenis yang digemari ialah kacang yang berkulit hitam kerana jenis ini lebih murah daripada jenis hijau. Kacang sebanyak 1 kg boleh menghasilkan 10 kg tauge.

2. Peti percambahan

Peti yang digunakan diperbuat daripada kayu dan berukuran 70 sm x 55 sm x 65 sm.

Kayu di bahagian bawah dijarangkan supaya air boleh mengalir keluar dengan mudah.

Peti kayu ini boleh digunakan sebanyak empat kali.

3. Plastik

Plastik ini digunakan untuk dilapik di sekeliling permukaan dalam peti percambahan bagi menjamin kebersihan tauge.

4. Daun pisang

Daun pisang diperlukan untuk dilapik di bahagian bawah kotak percambahan supaya benih kacang tidak terjatuh melalui lubang.

5. Peralatan menyiram

Perusahaan tauge memerlukan air yang jernih dan tidak mempunyai sebarang kimia (termasuk klorin).

Air perigi sesuai untuk menghasilkan tauge berkualiti.

Kaedah operasi:

1. Pembersihan kacang

Kacang perlu dibersihkan bagi membuang kulit, kotoran lain dan kacang yang tidak bernas.

Ini bagi memastikan kadar percambahan yang tinggi.

2. Memasukkan kacang (benih)

Peti perlu dilapik de­ngan plastik di sekeliling dan daun pisang di bahagian bawah. Bagi peti yang berukuran 70 sm x 55 sm x 65 sm (0.25 m3), benih kacang digunakan ialah sebanyak 12 kg.

Benih dibuang ke dalam peti menggunakan baldi. Ratakan kacang dalam peti bagi memperbaiki kadar percambahan.

3. Menyiram

Siram menggunakan air perigi. Gunakan pam bagi memudahkan proses penyiraman. Siraman perlu dilakukan setiap empat jam selama enam hari atau 36 kali dalam tempoh hayat tauge. Menyiram adalah perkara paling mustahak dalam menjamin pertumbuhan dan kualiti tauge.

4. Penjagaan

Selepas mengisi kacang ke dalam peti, siram setiap empat jam. Daun pisang perlu dibuang selepas hari kedua. Tiada sebarang bahan kimia atau racun makhluk perosak digunakan.

5. Memungut hasil

Tauge sedia untuk dipungut selepas enam hari. Saiznya kira-kira 6 hingga 8 sm panjang. Berat satu peti tauge ialah 120 kg.

-Metro

EKSKLUSIF DAN FAKTA !!! JAUHKAN POKOK INI DARI KEL...



Sila perhatikan pokok hiasan ini
betul-betul.Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda,musnahkan pokok
hiasan ini segera.Sekiranya anda menanam di kawasan rumah,meletak diruang tamu
atau di tempat letak kereta.Pastikan selepas membaca posting ini segera
pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.Pokok hiasan ini
adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda
mengigit daunnya.Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa
kurang dari 1 minit.Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15
minit.Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini.Racun
atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
 
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang
berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok
hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta,membawa
padah.Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan
serta merta dan menghalangkan penafasan.Ini akan menyebabkan kematian kerana
tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang
menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.


Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat
dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga.Sila maklumkan
kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok
ini.Selalu kes ini diklafikasikan sebagai “food poisoning”.Keprihatinan
anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.Ia
berasal dari Kenya,Rwanda dan Uganda.Senang tumbuh di iklim negara ini.Daun yang
besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.tolong Berhati-hati ok.




sumber: di sini

Sunday, March 2, 2014

Terkini : Pemimpin politik ditangkap khalwat


Kangar: Seorang wanita berusia 30-an yang dipercayai pemimpin sayap sebuah parti politik di negeri ini ditangkap khalwat bersama pasangannya, lelaki berusia 50 tahun dalam serbuan oleh bahagian penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di sebuah hotel, di sini, jam 1.30 pagi tadi.

Penguatkuasa membuat serbuan berdasarkan maklumat awam dan intipan bermula kira-kira jam 7 malam.

Ketika diserbu di bilik penginapan, suspek lelaki dilihat memakai tuala dan baju-T manakala suspek wanita berkenaan yang berada di atas katil memakai baju lengan panjang dan berkain batik.

Kedua-duanya mengaku tiada ikatan perkahwinan dan dibawa ke Balai Polis Kangar untuk laporan polis.

-Metro