Pematangsiantar (Indonesia): Seorang pemuda di sini bertindak membunuh diri selepas terlalu kecewa kerana tidak mempunyai wang untuk melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya.
Sawaludin Siregar, 26, dijumpai mati pada pagi semalam di dalam bilik air di rumahnya di Kecamatan Siantar Martoba, di sini.
Sawaludin ditemui dalam keadaan terduduk dengan pergelangan tangan kirinya dikelar di dalam bilik air oleh ibunya sendiri.
Ibu mangsa sebelum itu berasa hairan selepas mendapati ada darah mengalir di bawah pintu bilik air yang terkunci ketika mahu mengambil air sembahyang.
Wanita berkenaan kemudian bertindak memecahkan pintu bilik air dan terkejut mendapati anaknya sudah tidak bernyawa.
Polis berkata, mangsa mati akibat kehilangan darah yang banyak selepas mengelar pergelangan tangannya dengan pisau lipat. - Agensi/Metro

No comments:
Post a Comment