Subang Jaya: Seorang gadis berusia 19 tahun menerima empat jahitan di kepala selepas ditendang teman lelakinya hanya kerana berselisih faham berhubung tarikh perkahwinan mereka. Dalam kejadian jam 9.15 malam kelmarin, mangsa ditendang suspek berusia 20 tahun di hadapan bapa lelaki berkenaan di USJ, di sini.
Sumber berkata, pasangan kekasih dikatakan sempat keluar makan malam sebelum suspek membawa mangsa ke rumah keluarganya di USJ. “Suspek memperkenalkan teman wanitanya kepada keluarga sebelum mendakwa mahu melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. “Bagaimanapun, mangsa memberitahu dia masih belum bersedia untuk berkahwin,” katanya. Sumber itu berkata, kata-kata mangsa itu menyebabkan suspek mengamuk sebelum memarahi teman wanitanya itu. “Mangsa hanya mendiamkan diri kerana bimbang suspek menjadi lebih marah.
Suspek yang gagal mengawal kemarahan kemudian menendang kepala mangsa sekuat hati. “Perbuatannya itu menyebabkan kepala mangsa berdarah. Suspek yang ‘naik hantu’ kemudian memukul dan menendang mangsa berulang kali sebelum dileraikan bapanya,” katanya. Menurutnya, bapa suspek kemudian bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan. “Mangsa menerima empat jahitan di dahi kiri.
Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya di sini,” katanya. Katanya, susulan laporan itu, sepasukan anggota polis b menahan suspek.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36576#sthash.h8kjdp1b.dpuf

No comments:
Post a Comment