Jakarta: Kerana bermain terlalu lama, seorang wanita di sini sanggup memukul anak tirinya termasuk meletakkan seterika panas di pipi kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun berkenaan.
Kejadian itu berlaku di Duren Sawit, Jakarta Timur semalam yang menyebabkan kanak-kanak malang itu cedera di kepala dan pipi.
Seorang jiran mangsa yang dikenali sebagai Wiwi, 53 berkata, kanak-kanak itu dipukul dengan kejam kerana keluar bermain dari pukul 12 tengah hari hingga 2 petang.
“Wanita itu yang dikenali sebagai Su marah kerana anaknya bermain terlalu lama dan tidak pulang ke rumah.
“Kanak-kanak itu cedera di pipi kerana diletakkan seterika panas oleh Su dan kepalanya turut benjol akibat dipukul,” katanya.
Ujarnya, kanak-kanak itu tinggal bersama bapa dan ibu tirinya selepas ibu bapa kandungnya berpisah.
“Kanak-kanak itu tinggal bersama ibu tirinya sejak setahun yang lalu.
“Saya tidak tahu mengapa wanita itu sanggup memukul anaknya tetapi saya mendengar dia berang selepas kanak-kanak itu keluar bermain,” katanya. - Agensi/Metro

No comments:
Post a Comment