MOSCOW – Pihak polis akhirnya berjaya membongkar kes pembunuhan bersiri yang
berlaku sejak 20 tahun lalu selepas seorang nenek di sini membuat pengakuan
bertanggungjawab melakukan jenayah tersebut baru-baru ini.
Perbuatan wanita itu, Tamara Samsonova, 67, terbongkar selepas satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia membawa mayat seorang wanita, Valentina Ulanova, 79, yang tidak berkepala di dalam sebuah plastik berwarna hitam.
Badan mangsa itu ditemui di sebuah kolam renang di Dimitrova, St Petersburg sebelum Samsonova ditahan polis pada minggu ini.
Pasukan polis turut menemui sebuah diari wanita berkenaan yang ditulis dalam bahasa Inggeris, Rusia dan Jerman yang mengandungi pengakuan membunuh seramai 10 orang sejak 20 tahun lalu.
Malah, pihak polis juga menemui buku-buku berkaitan ilmu hitam dan astrologi.
“Berikutan itu, polis kini meneliti semula beberapa kes bunuh yang belum diselesaikan dengan anggota badan mangsa dikerat dan dibungkus di dalam beg sebelum ditemui bertaburan di sekitar bandar St. Petersburg sejak 20 tahun lalu,” kata jurucakap polis.
Salah seorang lagi mangsa dipercayai suaminya yang dilaporkan hilang pada tahun 2005. Bagaimanapun, polis masih tidak mengetahui sama ada suaminya masih hidup atau telah mati. – Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3hR7AYqJg