KANGAR - Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meluahkan rasa sedih
dengan tindakan parti politik menjadikan sumpah talak isteri sebagai cagaran
sekali gus tidak mengharmonikan masyarakat dan mampu meruntuhkan rumah
tangga.
Menurutnya, politik begitu berada di tahap negatif apabila agama dijadikan alat menguatkan parti.
"Malah saya bersetuju dengan pandangan Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa talak itu tidak sah.
"Seperti pendapat Ibnu Taimiyah menyatakan jika seseorang menyebut sesuatu akibat contoh 'jika saya ambil duit awak lagi, maka awak tertalak' kerana tujuannya tidak mahu hidup dengan isteri, oleh itu talaknya berlaku.
“Tetapi jika dia tidak bermaksud talak dan sekadar mahu takutkan diri dia sahaja supaya tidak melakukan perkara itu maka Ibnu Taimiyah berpendapat talak tidak terjadi dan individu itu perlu membayar kifarah sumpah itu dengan berpuasa tiga hari serta bertaubat,” katanya di
pejabatnya di sini, kelmarin.
Mohd Asri menjelaskan sumpah bai’ah dilafazkan ahli Pas dengan tertalaknya isteri dengan talak tiga jika keluar parti atau melompat ke parti lain tidak wajar berlaku kerana mempertaruhkan isteri demi kepentingan politik.
"Politik patut diadunkan dengan agama jika untuk tujuan baik tetapi jika agama dijadikan alat memperkuatkan politik itu salah," katanya.
-Sinar
No comments:
Post a Comment