MO,9/7/2015 – Tindakan seorang kanak-kanak lelaki menumpang lampu di sebuah restoran makanan segera McDonald untuk belajar pada waktu malam menjadi viral di seluruh dunia.
Dalam gambar yang menjadi viral itu, kanak-kanak berusia 9 tahun tersebut kelihatan belajar di sebuah meja kecil dengan beberapa buku pada waktu malam.
Difahamkan, kanak-kanak berkenaan terpaksa menumpang cahaya restoran makanan segera selepas rumahnya musnah dalam kebakaran.
Gambar itu telah dirakam di restoran McDonald di Manila, Filipina oleh Joyce Torrefranca.
Difahamkan, kanak-kanak itu, Daniel Cabrera tidak sedar ketika gambarnya dirakam.
Joyce berkata,” pada saya yang juga seorang pelajar, dia telah membuatkan saya begitu tersentuh.
“Walaupun serba kekurangan tetapi kanak-kanak ini begitu rajin belajar.”
Daniel yang kemudiannya diburu media negara berkenaan mendedahkan, dia akan berusaha belajar untuk mengubah nasib keluarganya.
-mstar

No comments:
Post a Comment