Wednesday, July 8, 2015

Zur Eda masuk ICU

Petaling Jaya: Penyanyi terkenal era 1980-an, Zur Eda, 50,dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, tengah malam tadi dipercayai akibat jangkitan kuman di buah pinggang.

Anaknya yang dikenali sebagai Siti Sarah, 26, ketika dihubungi berkata, ibunya demam dan muntah-muntah sejak tiga hari lalu dan kini masih dalam pemantauan doktor. "Saya tidak tahu bagaimana keadaan mama kerana dia masih dalam ICU dan doktor tidak membenarkan dia menerima pelawat.
“Saya harap semua dapat doakan mama segera sembuh kerana saya hendak beraya dengannya,” katanya.

Zur Eda yang juga ibu kepada dua anak pernah dirawat selama dua bulan di hospital sama empat tahun lalu akibat penyakit sama. Siti Sarah berkata, doktor belum mengenal pasti punca penyakit ibunya tetapi dia merasakan ia ada kaitan dengan masalah buah pinggang yang dialami penyanyi popular dengan lagu Pelitaku dan Kelmarin itu sebelum ini.

Masalah itu menyebabkan buah pinggang sebelah kanannya tidak berfungsi," katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62973#sthash.rsPEtsfU.dpuf
 

No comments:

Post a Comment