Wednesday, July 22, 2015

Polis bebas lelaki rakam punggung wanita

CONWALL – Seorang wanita di Britain berang apabila diberitahu polis bahawa lelaki yang merakamkan gambar punggungnya menggunakan telefon bimbit berkamera di sebuah pasar raya di sini tidak akan ditahan.
Ibu kepada seorang anak itu, Gemma Newitt diberitahu bahawa perbuatan tersebut bukan satu jenayah.
Ketika kejadian pada 9 Julai lalu, Newitt, 20, sedang membeli barangan di sebuah kedai koperasi apabila seorang lelaki mula mengekori dan merakam gambarnya.
Newitt marah selepas menghubungi pihak polis berhubung insiden itu tetapi diberitahu bahawa tiada kesalahan jenayah dilakukan.
Lelaki tersebut, Karl Leggatt, 28, turut mendakwa, Newitt sengaja membuat kecoh. Menurutnya, dia hanyalah seorang pemuda biasa dan bukan menghidap sindrom fidofilia atau cenderung untuk merogol, lapor akhbar The Sun.
“Nampaknya, perbuatan merakam gambar yang tidak sepatutnya di pasar raya tanpa pengetahuan atau persetujuan individu berkaitan adalah tidak menyalahi undang-undang! Geram!,” ujar Newitt di laman sosial Facebook.
Sementara itu, seorang jurucakap polis Cornwall mengesahkan, polis telah menyoal lelaki tersebut dan dia memberikan alasan merakam gambar itu kerana Newitt mempunyai punggung yang cantik.
“Dia tidak ditahan kerana itu bukan kesalahan,” kata jurucakap tersebut. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3gg7ruOl9 

No comments:

Post a Comment