MANILA 31 Julai - Hampir 60,000 penagih termasuk pengedar dadah
menyerah diri kepada pihak berkuasa Filipina sejak Presiden Rodgrigo Duterte
melancarkan kempen memerangi ancaman dadah dengan memberi lampu hijau kepada
rakyat untuk membunuh golongan ‘sampah masyarakat’ itu.
Menurut Setiausaha Pejabat Komunikasi Presiden, Martin Andanar, setakat
pertengahan bulan ini, lebih 110 pengedar dadah ditembak mati polis manakala
sekurang-kurangnya 43,000 pengedar dadah ditahan atau me-nyerah diri kepada
pihak berkuasa kerana bimbang dibunuh.
“Sejak Presiden (Duterte) me-lancarkan kempen berkenaan pada Mei lalu, kira-kira 300 kilogram dadah jenis syabu dirampas,” katanya.
Berdasarkan kempen itu, Duterte yang digelar sebagai The Punisher berjanji untuk menghapuskan ancaman dadah yang memberi kesan buruk kepada masyarakat Filipina.
Dalam ucapannya pada Mei lalu seperti dilaporkan portal Mail Online, beliau menyifatkan golongan itu menghancurkan masa depan generasi muda Filipina.
“Kita memberi amaran agar jangan terlibat dalam gejala dadah kerana kita akan membunuh mereka, tidak kira sesiapa termasuk polis,” tegasnya.
Malah, Duterte memberi jaminan untuk melindungi pihak polis yang terlibat dalam memerangi dadah secara agresif dari segi perundangan.
Sementara itu, walaupun kempen Durtete itu menerima kritikan kumpulan hak asasi manusia, Peguam Cara Negara, Jose Calida menyokong penuh usaha Presiden yang mula membuahkan hasil demi menyelamatkan masa depan Filipina.
“Bagi saya, jumlah pengedar dadah yang ditembak mati pihak polis masih belum mencukupi. Berapa ramai pengedar dan penagih dadah berada di Filipina. Di kampung saya sahaja, hampir kesemua penduduk terlibat dengan najis dadah,” katanya.
-Utusan

No comments:
Post a Comment