OSLO 25 Julai - Tiada sesiapa yang dapat mengatasi undang-undang
di Norway apabila seorang anggota polis mendenda dirinya sendiri kerana gagal
memakai jaket keselamatan.
Tindakan pegawai polis tersebut, Arne Stavnes dirakam dalam satu ruangan di
dalam surat khabar Verdens Gang ketika dia melakukan rondaan di pulau Utoya, 38
kilometer dari Oslo.
Foto itu mendapat komen yang melucukan daripada pembaca yang mendapati Arne telah melanggar undang-undang kerana kerajaan Norway mewajibkan semua orang memakai jaket keselamatan ketika berada di dalam kapal tidak lebih daripada lapan meter panjang.
Malahan, Arne turut menunjukkan dirinya sedang bergambar sambil memegang wang denda berjumlah AS$58 (RM 236.64) di dalam surat khabar itu.
- AFP/Utusan

No comments:
Post a Comment