Thursday, March 30, 2017

RM11 juta harga dara model remaja

London: Seorang remaja Romania berusia 18 tahun mendakwa sudah menjual daranya kepada ahli perniagaan Hong Kong dengan harga £2 juta (RM11 juta) tahun lalu, walaupun ibu bapanya mengancam tidak akan mengaku dia sebagai anak jika meneruskan niatnya itu.
Remaja itu, Khefren, model pakaian dalam dari Bucharest, urusan penjualan daranya itu diuruskan Cinderella Escorts, laman web berpangkalan di Jerman yang mengambil komisyen 20 peratus daripada £2 juta itu.
“Lebih baik saya menjual dara melalui Cinderella Escorts daripada memberinya ‘percuma’ kepada teman yang kemudian saya ditinggalkan. Saya rasa ramai perempuan berfikiran seperti saya.
“Berapa ramai yang sedia melakukan seks pertama kali dengan percuma jika boleh mendapat 2.3 juta euro (£2 juta)?” katanya.
Menurutnya, ahli perniagaan itu amat mesra dan pertemuan pertama mereka ditemani kakitangan Cinderella Escorts.
Menurut Cinderella Escorts sebelum ini, remaja itu dan pelanggannya bertemu di Jerman.
Menurut agensi itu, lebih 300 anak dara menghubungi mereka sejak Khefren mengumumkan secara terbuka mahu menjual daranya.
Ibu bapanya yang kemudian mengetahui perkara itu menjadi berang dan merayu agar dia tidak meneruskan hasratnya. Meski diancam bapanya, Toni, seorang anggota polis dan ibunya untuk tidak mengakui remaja itu anak mereka, Khefren tetap berkeras.
Harga pembukaan untuk lelongan daranya ialah €1 juta Euros (RM4.8 juta). Khefren mendakwa berbuat demikian bagi mendapatkan wang selepas keluarganya bakal kehilangan rumah dan membiayai pengajiannya di Universiti Oxford.

 - Daily Mail/Metro

Wednesday, March 29, 2017

Sudah bersedia

Mexico City: Lelaki paling berat di dunia yang menghabiskan masa enam tahun terlantar di atas katil akhirnya akan menjalani pembedahan pintasan gastrik.
Juan Pedro Franco yang pernah mencatatkan berat badan 595 kilogram menjalani diet selama tiga bulan sebagai persediaan untuk menjalani pembedahan pada 9 Mei depan.
Lelaki berusia 32 tahun itu yang berasal dari Aguascalientes, Mexico perlu mengurangkan beratnya sebanyak 175 kilogram di klinik khas bagi membolehkan dia sesuai menjadi calon untuk menjalani pembedahan itu.
“Dia sudah berjaya mengurangkan hampir 30 peratus berat asalnya. Dengan itu, dia sudah bersedia untuk menjalani pembedahan,” kata Dr Jose Antonio Castaneda Cruz.
Franco mula menjadi tajuk akhbar November lalu selepas dimasukkan ke klinik berkenaan dengan menaiki sebuah van yang diubah suai ke bandar Guadalajara.
Dengan menggunakan kelengkapan dan ambulans khas, dia dipindahkan dari rumahnya ke klinik berkenaan.
Ketika itu, Castaneda berkata, kegemukan dan penyakit yang ada kaitan dengannya, termasuk kencing manis, menjadikan pembedahan itu tidak mungkin dapat dilakukan.
Meskipun berat badannya berkurangan, ia tidak menjamin Franco akan bebas daripada masalah.
Pembedahan pintasan gastrik itu bertujuan mengurangkan berat badannya sebanyak 50 peratus sebelum dia menjalani pembedahan kedua.
Berat Franco hampir sama dengan seorang lagi lelaki obes Mexico sebelum ini, Manuel Uribe.
Uribe pernah dianggap lelaki paling berat di dunia sebelum dia meninggal dunia pada 2014 ketika berusia 48 tahun.

-Metro

Tuesday, March 28, 2017

Bantah penari gelek mahu kendali rancangan agama

Kaherah: Seorang penari gelek terkenal Mesir mencetuskan rasa tidak puas hati di negara itu, termasuk dalam kalangan ulama apabila berkata, dia menandatangani kontrak dengan sebuah stesen televisyen satelit untuk mengendalikan program agama sepanjang Ramadan akan datang.
Sama el-Masry memberitahu akhbar Al-Arabiya, dia serius mengenai perkara itu dan akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai rancangan berkenaan.
Menurutnya, dia akan menjadi hos program, termasuk menjemput tetamu dari kalangan golongan agama untuk bercakap mengenai kepentingan menghormati ibu bapa dan kesan dari segi agama bagi mereka yang ingkar terhadap orang tua masing-masing.
Sama mengaku berdepan masalah untuk mengendalikan program berkenaan kerana tidak mahu bertudung bagi menutup rambutnya sepanjang program itu kerana tidak berbuat demikian dalam kehidupan sehariannya.
Pengumuman Sama mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan dia tidak sesuai mengendalikan program agama, lebih-lebih lagi ketika Ramadan.
Sebahagian mereka mendesak supaya program itu dipulaukan. 

- Agensi/Metro

Monday, March 27, 2017

'Jijik' tapi lumayan

Jika 20 tahun lalu, perkhidmatan permanian beradas dipandang sepi dan kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat.
Tidak kurang juga yang memandang jijik terhadap perkhidmatan itu kerana prosesnya yang unik dan memerlukan seseorang memasukkan tangan ke dalam bahagian peranakan haiwan ternakan.
Namun zaman kian berubah, aktiviti yang berisiko dan boleh mengundang padah kepada individu itu kian mendapat sambutan kerana penternak kini membela dan menternak lembu baka elit termasuk Charolais, Blonde, Limousin, Blue Mega dan Sado.
Roslan Atan, 43, dari Kampung Pak Pa antara tiga individu yang kini aktif menjalankan perkhidmatan itu sejak 1995.
Menurutnya, permintaan terhadap perkhidmatan itu sangat luar biasa dan meningkat sehingga empat kali ganda berbanding pada zaman dia mula menceburi bidang itu.
“Perkhidmatan itu semakin mendapat permintaan daripada penternak selepas lembu baka pelbagai jenis yang mencecah harga puluhan ribu ringgit semakin diminati.
“Secara purata, saya mampu memperoleh RM400 hingga RM640 sehari hasil menawarkan perkhidmatan permanian beradas untuk pelbagai jenis lembu di negeri ini,” katanya.
Katanya, dia menawarkan perkhidmatan permanian beradas untuk ternakan sejak 1995 selepas menyertai kursus yang dianjurkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di Kluang, Johor selama sebulan.
“Saya mengambil keputusan untuk berkecimpung dalam perkhidmatan itu selepas menyedari perkhidmatan itu kurang ditawarkan dan penternak hanya mengharapkan perkhidmatan yang disediakan JPV di daerah masing-masing.
“Pada peringkat permulaan, tiada siapa yang menyedari potensi perkhidmatan itu malah tidak kurang yang mencemuh kerana saya menjalankan perkhidmatan yang disifatkan sebagai menjijikkan,” katanya.
Roslan berkata, kesungguhannya dan minat yang mendalam membuatkan dia dipilih JPV untuk dihantar ke Palembang, Indonesia pada 2014 selama tiga minggu untuk mengikuti kursus lanjutan.
“Di samping itu, saya membantu penternak di sana menjalankan kerja permanian beradas untuk lembu susu,” katanya selepas menjalankan aktiviti itu di Kampung Lingai, Batu Rakit, Terengganu.
Menurutnya, banyak pengalaman yang dilalui sepanjang menjalankan perkhidmatan itu termasuk terkehel tangan dan tulang lutut akibat ditendang lembu ketika menjalankan perkhidmatan itu.
“Berikutan kejadian itu, saya sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan diri supaya kejadian sama tidak berulang.
“Lazimnya lembu kampung yang sukar untuk menjalani proses permanian beradas itu kerana agresif dan sukar dikawal,” katanya.
Roslan berkata, rata-rata penternak mempunyai lembu baka betina akan menggunakan perkhidmatan untuk memasukkan benih pelbagai jenis baka ke dalam induk dan biasanya baka Charolais Demak dan Belgium Blue yang paling mendapat sambutan.
“Terbaru benih lembu baka sado yang menjadi kegilaan penternak dan setiap perkhidmatan dikenakan bayaran sebanyak RM80 termasuk kos pelbagai jenis benih,” katanya.

-Metro

Sunday, March 26, 2017

Bakar ayam dalam pasu bunga



Yusdey juga pernah menjalankan beberapa perniagaan sebelum ini, namun semuanya tidak bertahan lama kerana gagal mendapat sambutan sehinggakan dia hampir berputus asa.
Idea untuk membakar ayam di dalam pasu bunga akhirnya tercetus sebelum dia menjalankan sehingga 10 kali percubaan membakar ayam dalam pasu.
“Isteri pada awalnya bising selepas saya menyuarakan cadangan untuk membuat ayam yang dibakar di dalam pasu bunga kerana dianggap membazir.
“Antara cabaran awal apabila ayam dibakar tidak masak walaupun selepas empat jam dibakar, selain pasu bunga pecah kerana panas,” ujar bapa kepada tiga orang cahaya mata itu.
200 ekor ayam
Selepas menjalankan beberapa percubaan termasuklah mengubah suai pasu tersebut menjadi seperti dapur kecil siap dengan penutupnya yang juga daripada pasu bunga, barulah Ayam Bakar Pasu Telangkup berjaya dihasilkan.
Melalui kaedah membakar ayam dalam pasu bunga, Yusdey memberitahu, dia hanya menggunakan pasu bunga biasa yang diperbuat daripada tanah liat dan mudah diperoleh di nurseri.
Bahagian penutupnya juga menggunakan pasu bunga dengan bentuk dan saiz yang sama, cuma ia telah diubah suai dengan ditambah bahagian pemegang untuk memudahkan proses mengangkatnya.
Bahagian dalam pasu bunga itu cuma diletakkan tempat pemanggang yang mempunyai tiga kaki dan ia boleh diperoleh di kedai menjual perkakasan rumah.
Jelasnya lagi, proses membakar ayam dalam pasu mengambil masa selama 30 minit sahaja dan keseluruhan bahagian ayam akan masak sekata.
Selain itu katanya, ayam bakarnya mempunyai rasa asli, selain tidak menjadi hitam atau rentung semasa dibakar dalam pasu.
Menurut Yusdey, sebanyak 50 pasu bunga akan digunakan untuk membakar ayam setiap hari secara serentak dengan anggaran 150 hingga 200 ekor Ayam Bakar Pasu Telangkup dijual setiap hari. Sebelum ini, dia hanya mampu menjual antara lima hingga 10 ekor ayam bakar.
“Jika hujung minggu atau hari cuti, jumlah jualan boleh meningkat sehingga 300 ekor ayam,” katanya.
Bagi setiap pasu, ia mampu bertahan sehingga setahun boleh digunakan sebelum pasu tersebut retak dan pecah kerana terlalu kerap terdedah dengan haba panas semasa proses membakar ayam.
Yusdey yang kini dibantu oleh isteri, Nur Fahana Ramli, 39, serta tujuh orang pembantu dalam kalangan saudara-mara telah menempah 500 set pasu bunga yang telah direka khas dan bersifat lebih ringan dan tahan lama.
Harga bagi seekor ayam bakar adalah RM22, separuh (RM11) dan RM5 untuk sepinggan nasi ayam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz4cU5NoOz

Thursday, March 23, 2017

Kepala dalam komputer


Lanzhou, China: Gara-gara kecewa kerana tewas dalam permainan video dalam talian, seorang pemuda bertindak menanduk skrin komputer hingga menyebabkan kepalanya tersangkut pada alatan berkenaan.
Pemuda berkenaan dilaporkan bermain permainan League of Legends bersama beberapa rakannya di sebuah kafe Internet baru-baru ini.
Bagaimanapun, dia dan rakan-rakannya sering tewas menyebabkan kedudukan pasukannya dalam permainan dalam talian itu jatuh.
Kerana terlalu kecewa dengan prestasi rakan sepasukannya, pemuda itu secara tiba-tiba menghantuk kepalanya pada skrin komputer menyebabkan alatan itu berlubang.
Tindakan pemuda itu menyebabkan rakan-rakannya dan petugas di kafe Internet berkenaan terkejut.

-Metro

Tuesday, March 21, 2017

Landasan kereta api tembus apartmen



Chongqing: Sebuah landasan untuk kereta api ringan dibina menembusi sebuah bangunan kediaman 19 tingkat di China.
Bandar raya Chongqing di tenggara negara itu mempunyai populasi 49 juta orang dengan keluasan hanya seluas 50,000 kilometer persegi, menyebabkan pihak berkuasa perancang bandar terpaksa mencari jalan kreatif bagi menyelesaikan isu ruang.
Satu caranya ialah dengan membina sebuah stesen khas kereta api menembusi blok kediaman itu, antara tingkat enam dan lapan. Ia memudahkan penduduk blok berkenaan dan yang berhampiran menaiki kereta api itu tanpa pergi lebih jauh.
Meskipun menetap terlalu hampir dengan stesen yang sibuk itu, namun bunyi bising diatasi dengan menggunakan kelengkapan khas.
Dengan pembinaan dan rancangan yang kreatif itu, perancang bandar tidak perlu merobohkan bangunan bagi membina landasan kereta api.
Seorang jurucakap pihak berkuasa Chongqing berkata: “Bandar raya kami sudah amat padat dan untuk mencari ruang membina jalan raya atau landasan baru kereta api adalah cabaran besar.”

-Metro

Monday, March 20, 2017

Cara balas dendam untuk kekasih curang

Melbourne: Seorang wanita bertindak balas terhadap teman lelakinya yang curang dengan menjual semua barangan milik kekasihnya selepas mereka memutuskan hubungan.
Wanita berusia 26 tahun itu mengadakan jualan terbuka, menawarkan barangan milik bekas teman lelakinya dengan harga murah di kediamannya di Yarra Selatan, tenggara Melbourne, kelmarin.
Dia turut menggantung poster berbunyi: “Bekas kekasih curang. Semua mesti dijual!”
Pelajar universiti itu berkata, tindakannya itu adalah cara dia membalas dendam terhadap lelaki berkenaan.
Antara yang dijual ialah pakaian, kasut, permainan video, filem, kelengkapan senaman, buku dan beberapa lagi.
Menurutnya, wang hasil jualan itu akan digunakan untuk dia melancong ke luar negara.

-Metro

Sunday, March 19, 2017

Bukan anak patung


London: Kanak-kanak berusia lapan bulan ini dilahirkan dengan rambutnya begitu lebat sehingga menyebabkan dia sering disangka memakai rambut palsu.
Ibunya, Philippa Rabbitts berkata, anaknya, Bella, sering membuat orang yang melihatnya terkejut.
Ibu berusia 27 tahun itu berkata, dia berulang kali ditahan oleh orang yang terserempak dengannya ketika keluar bersama Bella.
“Mereka mulanya menyangka Bella anak patung. Tetapi, apabila mereka melihatnya kali kedua, mereka akan terkejut. Ada yang bertanya sama ada saya memakaikan Bella rambut palsu. Apabila saya katakan tidak, mereka lebih terkejut,” kata Philippa.
Bella menarik perhatian sejak mula dia dilahirkan apabila jururawat berbaris untuk melihat sendiri ‘bayi rambut paling lebat’ pernah mereka temui.
Philippa, pereka online berkata, badan anaknya yang kecil membuatkan dia lebih kelihatan seperti anak patung.
Lebih menguntungkan Philippa dan suaminya, Matthew, 33, kerana Bella suka rambutnya dibasuh dan disikat.
Bagaimanapun, menurut Philippa, dia menghabiskan masa agak lama untuk membasuh, menyikat dan mengikat rambut anaknya kerana Bella sukar duduk diam.

-Metro

Thursday, March 16, 2017

Majikan ampun amah kerana harapkan pahala



Jakarta: Seorang amah warga Indonesia yang dituduh membunuh anak majikannya di Arab Saudi terlepas hukuman mati selepas bapa mangsa membuat kejutan dengan memaafkan wanita itu.
Masamah Raswa Sanusi berdepan hukuman pancung selepas didakwa membunuh anak majikannya yang berusia 11 bulan di Tabuk pada 2009.
Wanita yang berasal dari Cirebon ini mengaku tidak bersalah membunuh bayi berkenaan ketika dibicarakan di sebuah mahkamah di Tabuk.
Sepanjang perbicaraan berlangsung keluarga bayi itu tetap menuntut Masamah dihukum mati walaupun pihak kedutaan Indonesia merayu mereka memaafkannya.
Pegawai di Pejabat Konsular Indonesia di Jeddah, Rahmat Aming memberitahu, dalam pembicaraan pada Isnin lalu, hakim sepatutnya membacakan hukuman terhadap Masamah tetapi ditangguhkan apabila bapa mangsa tiba-tiba bangun.
Tanpa diduga lelaki itu yang dikenali sebagai Ghalib mengangkat tangan dan terus menangis teresak-esak.
“Saya dengan ini memaafkan Masamah kerana mengharapkan pahala daripada Allah,” katanya dengan suara tersekat-sekat.
Hakim yang terkejut sekali lagi meminta kepastian daripada Ghalib.
Ghalib sekali lagi memberitahu dia sedar dan penuh ikhlas memaafkan Masamah tanpa sebarang syarat.
“Saya hanya mengharapkan kebaikan untuk keluarga saya dan Masamah,” katanya.
Mahkamah kemudian menerima pengampunan daripada Ghalib.
Masamah dijangka dibebaskan tidak lama lagi.

-Metro

Wednesday, March 15, 2017

Jahanam punya bapa



Texas: Seorang lelaki yang sanggup melacurkan anak perempuannya yang berusia 16 tahun selepas mengetahui remaja itu pernah melakukan hubungan seks, dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun.
Selama empat bulan, lelaki itu, Scott Robinson, 46, membawa anaknya itu ke perhentian lori dekat rumahnya di Baytown, di sini, dan memaksa remaja itu menjual tubuhnya.
Menurut remaja itu kepada polis, dia mendapat beberapa pelanggan dalam satu malam dan bapanya mengambil semua wang diperolehinya.
Lelaki itu juga memaksanya mengiklankan perkhidmatan seksnya dalam satu laman web.
Menurut kenyataan Peguam Daerah Harris yang dikeluarkan Selasa lalu, dalam perbicaraan minggu ini, mahkamah mendapati Robinson bersalah kerana menganjurkan pelacuran selepas dia ditahan oleh polis yang menyamar sebagai pelanggan pada 2015.
Rekod juga menunjukkan lelaki itu mempunyai banyak rekod jenayah, termasuk memilik dadah, pecah masuk premis, menceroboh dan mencuri kenderaan.
Dia menawarkan perkhidmatan seks oleh anaknya itu kepada anggota polis berkenaan dengan bayaran AS$280 (RM1,244).
Ibu tiri dan abang tiri mangsa juga didakwa kerana bersubahat, malah abang tirinya itu juga menjadi pemandu menghantarnya bertemu pelanggan. - DM
According to the statement released Tuesday by the Harris County District Attorney's Office, Robinson told her that if she was going to act like a prostitute she might as well be one.

-Metro

Tuesday, March 14, 2017

Tidak mengaku salah rogol ibu


Taiping: Seorang pekerja kilang berusia 21 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, bagi menghadapi tuduhan merogol ibu kandungnya pada 8 Mac lalu.
Tertuduh yang bekerja di sebuah kilang tayar di sini, didakwa melakukan kesalahan terhadap ibunya yang berusia 49 tahun di rumah mereka di Kamunting di sini, kira-kira jam 7 malam.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol seseorang wanita yang hubungan mereka tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dan minta dibicarakan.
Timbalan Pendakwa Raya Safiyatun Ahmadun membantah sebarang jaminan diberi kepada tertuduh kerana mangsa adalah ibu kandungnya sendiri dan mereka tinggal serumah yang jika dibenarkan, tertuduh mungkin mengganggu mangsa.
Lelaki itu melalui peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Kathan Maruthamuthu, yang mewakilinya meminta mahkamah membenarkan jaminan yang rendah dengan alasan mempunyai pendapatan RM1,100 sebulan.
Hakim Mohd Sabri Ismail kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 21 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Harian Metro pada 9 Mac lalu, melaporkan seorang janda anak lima dirogol anak lelaki kandungnya.
Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah dipetik sebagai berkata, polis menerima aduan daripada seorang suri rumah yang mengadu di rogol anak kandungnya dan susulan itu, polis menahan suspek berusia 21 tahun yang bekerja sebagai buruh di sebuah kilang tayar di Taiping.

-Metro

Monday, March 13, 2017

Pilih kena rotan



Aceh: Dua penduduk beragama Buddha secara suka rela memilih dihukum mengikut undang-undang syariah selepas didapati bersalah kerana berjudi.
Ratusan penduduk di Aceh Besar berkumpul di Masjid Al Munawaroh baru-baru ini bagi melihat enam pesalah termasuk dua lelaki beragama Buddha berkenaan dihukum sebat kerana melanggar undang-undang syariah.
Kedua-dua lelaki berusia 57 dan 60 tahun itu dihukum sebat sembilan kali kerana didapati bersalah berjudi sabung ayam.
Seorang lelaki Islam berusia 35 tahun pula dihukum sebat 10 kali juga didapati bersalah kerana berjudi.
Aceh menguatkuasakan undang-undang syariah selepas mendapat kuasa autonomi dan setiap penduduknya termasuk yang berlainan agama mematuhinya.
Bagaimanapun, orang yang bukan Islam yang didapati bersalah melakukan jenayah boleh memilih untuk dihukum mengikut undang-undang syariah atau kanun jenayah negara itu.
Kesalahan berjudi mengikut undang-undang kanun jenayah boleh dihukum penjara 10 tahun dan denda Rp25 juta (RM8,337).
“Dengan menerima hukuman mengikut undang-undang syariah, kedua-dua mereka ini secara suka rela mahu disebat,” kata pendakwa raya Aceh Besar, Aziz yang dipetik Jakartapost.
Pesalah bukan Islam pertama yang dihukum mengikut undang-undang syariah di Aceh adalah seorang lelaki yang disebat pada pertengahan 2016 kerana menjual arak.
Sementara itu, Aziz memberitahu, seorang guru agama dihukum sebat 112 kali kerana mencabul tiga pelajar lelaki berusia 15 dan 16 tahun.
Darmawan AB Abdullah, 41, pada mulanya dijatuhi hukuman sebat 120 kali tetapi dikurangkan kerana hakim menimbang tempoh dia ditahan.
“Pesalah melakukan perbuatan keji ini di lokasi dan masa yang berbeza,” katanya.

-Metro

Sunday, March 12, 2017

46 maut dihempap sampah


Addis Ababa, Ethiopia: Sekurang-kurangnya 46 terbunuh manakala puluhan lagi masih hilang apabila timbunan sampah runtuh menghempap mereka, semalam, sama ada yang mencari bahan kitar semula atau yang tinggal di kawasan itu.
Setakat ini, pihak berkuasa sudah menemui 46 mayat, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak.
Tidak dapat dipastikan punca timbunan sampah di Pusat Pengumpulan Sampah Koshe, pinggir bandar raya ini, runtuh menimpa rumah sementara dan bangunan batu. Pusat pengumpulan sampah itu beroperasi sejak 50 tahun lalu.
Laporan awal menyatakan kira-kira 150 orang berada di kawasan itu ketika kejadian dan menurut Datuk Bandar Addis Ababa, 37 mangsa berjaya diselamatkan dengan dua cedera parah.
Pusat pengumpulan sampah itu menjadi tumpuan ratusan pencari bahan kitar semula setiap hari, namun ada juga yang tinggal di kawasan itu dalam rumah yang dibina daripada dahan kayu dan lumpur.
Difahamkan aktiviti membuang sampah di kawasan itu disambung semula baru-baru ini, selepas dihentikan beberapa tahun lalu, selepas laluan ke pusat pengumpulan sampah yang baru, dihalang petani dan penduduk kerana membantah pembukaan pusat yang baru itu.

-Metro

Thursday, March 9, 2017

Lompong dimamah bakteria



Phnom Penh: Akibat mencabut sebatang gigi, seorang remaja perempuan kehilangan separuh wajahnya selepas dijangkiti sejenis bakteria pemakan daging.
Suth Ret, 18, terkena jangkitan kuman dikenali sebagai Necrotising Fasciitis selepas menjalani rawatan pergigian berkenaan pada Disember lalu.
Kerana luka di gusinya tidak dirawat dengan cepat, sejenis bakteria yang wujud di tekak remaja itu telah masuk ke saluran darahnya.
Bakteria itu mula memakan kulit dan daging pada bahagian kanan mukanya menyebabkan Suth kini hampir tidak memiliki wajah.
Suth kini bertarung nyawa di sebuah hospital di sini dan doktor berusaha menghentikan kuman itu daripada terus merebak ke keseluruhan mukanya.

-Metro

Monday, March 6, 2017

Jantung di luar dada



New Delhi: Seorang bayi yang dilahirkan dengan jantungnya berdegup di luar dada mengejutkan ibu bapa dan doktor di India.
Tazmina Khatun, 28, yang berasal dari sebuah kampung di Assam, timur laut India melahirkan anak perempuannya itu di sebuah hospital kerajaan awal minggu ini.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila mendapati jantung anaknya berdegup di luar dadanya, sesuatu yang jarang berlaku.
Doktor berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu selepas merawatnya serta-merta sebelum memindahkannya ke hospital lain.
Bagaimanapun, ibu bapanya bimbang dia akan mati kerana mereka tidak mampu membiayai kos pembedahan bagi memasukkan semula organ itu ke dalam dadanya.
Tazmina dan suaminya, Jahirul Isma, 29, berkata, mereka hampa dengan keadaan anak sulung mereka.
“Saya hanya mampu menangis melihat anak saya. Saya tidak percaya dia akan dilahirkan sebegitu.
“Kami hanya berharap keajaiban akan berlaku supaya dia hidup seperti orang lain,” kata Jahirul.
Tazmina berkata, dia tidak mengalami masalah sepanjang hamil.
Bagaimanapun, dia tidak pernah menjalani pemeriksaan sepanjang tempoh itu kerana masalah kewangan.
Dr Manirul Islam Sarkar yang merawat bayi itu sebaik dilahirkan berkata, bayi itu menghidap ectopia cordis yang menyebabkan jantungnya membesar di luar dada.

-Metro