Sunday, March 26, 2017

Bakar ayam dalam pasu bunga



Yusdey juga pernah menjalankan beberapa perniagaan sebelum ini, namun semuanya tidak bertahan lama kerana gagal mendapat sambutan sehinggakan dia hampir berputus asa.
Idea untuk membakar ayam di dalam pasu bunga akhirnya tercetus sebelum dia menjalankan sehingga 10 kali percubaan membakar ayam dalam pasu.
“Isteri pada awalnya bising selepas saya menyuarakan cadangan untuk membuat ayam yang dibakar di dalam pasu bunga kerana dianggap membazir.
“Antara cabaran awal apabila ayam dibakar tidak masak walaupun selepas empat jam dibakar, selain pasu bunga pecah kerana panas,” ujar bapa kepada tiga orang cahaya mata itu.
200 ekor ayam
Selepas menjalankan beberapa percubaan termasuklah mengubah suai pasu tersebut menjadi seperti dapur kecil siap dengan penutupnya yang juga daripada pasu bunga, barulah Ayam Bakar Pasu Telangkup berjaya dihasilkan.
Melalui kaedah membakar ayam dalam pasu bunga, Yusdey memberitahu, dia hanya menggunakan pasu bunga biasa yang diperbuat daripada tanah liat dan mudah diperoleh di nurseri.
Bahagian penutupnya juga menggunakan pasu bunga dengan bentuk dan saiz yang sama, cuma ia telah diubah suai dengan ditambah bahagian pemegang untuk memudahkan proses mengangkatnya.
Bahagian dalam pasu bunga itu cuma diletakkan tempat pemanggang yang mempunyai tiga kaki dan ia boleh diperoleh di kedai menjual perkakasan rumah.
Jelasnya lagi, proses membakar ayam dalam pasu mengambil masa selama 30 minit sahaja dan keseluruhan bahagian ayam akan masak sekata.
Selain itu katanya, ayam bakarnya mempunyai rasa asli, selain tidak menjadi hitam atau rentung semasa dibakar dalam pasu.
Menurut Yusdey, sebanyak 50 pasu bunga akan digunakan untuk membakar ayam setiap hari secara serentak dengan anggaran 150 hingga 200 ekor Ayam Bakar Pasu Telangkup dijual setiap hari. Sebelum ini, dia hanya mampu menjual antara lima hingga 10 ekor ayam bakar.
“Jika hujung minggu atau hari cuti, jumlah jualan boleh meningkat sehingga 300 ekor ayam,” katanya.
Bagi setiap pasu, ia mampu bertahan sehingga setahun boleh digunakan sebelum pasu tersebut retak dan pecah kerana terlalu kerap terdedah dengan haba panas semasa proses membakar ayam.
Yusdey yang kini dibantu oleh isteri, Nur Fahana Ramli, 39, serta tujuh orang pembantu dalam kalangan saudara-mara telah menempah 500 set pasu bunga yang telah direka khas dan bersifat lebih ringan dan tahan lama.
Harga bagi seekor ayam bakar adalah RM22, separuh (RM11) dan RM5 untuk sepinggan nasi ayam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz4cU5NoOz

No comments:

Post a Comment