KUBANG PASU 30 Mac – Seorang gadis berusia 21 tahun maut dalam
keadaan menyedihkan dipercayai akibat didera kenalan lelakinya yang juga suami
orang dan bapa seorang anak di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Gemilang,
Jitra di sini.
Mangsa, Nurul Syahira Ishak dikatakan tidak sedarkan diri di dalam bilik
utama di tingkat dua rumah berkenaan sebelum dikejarkan ke Hospital Jitra
menggunakan ambulans kira-kira pukul 1.30 petang.
Sumber memaklumkan, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Jitra.
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat.
“Pemeriksaan mendapati terdapat banyak kesan lebam di beberapa bahagian badan termasuk muka, kaki dan tangan mangsa dipercayai akibat dipukul. Polis bersama unit forensik kemudian menjalankan siasatan di rumah tersebut dan merampas lebih 25 barangan termasuk termos yang kemek, televisyen yang pecah skrin, tuala, bantal serta kerusi plastik patah.
“Difahamkan mangsa tinggal di bilik tersebut bersama lelaki itu yang bekerja sebagai penjual insurans serta ahli keluarganya. Isteri suspek merupakan seorang doktor di hospital kerajaan dan pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia lima bulan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pasangan itu dilihat dibawa menaiki van polis kira-kira pukul 8 malam menuju ke Ibu Pejabat Polis Kubang Pasu. Lelaki itu dibawa dalam keadaan tangannya bergari sementara isterinya pula mendukung anak mereka sambil menutup muka dengan tangan.
Sementara itu jiran-jiran mangsa mendakwa, pasangan berkenaan baru saja berpindah ke rumah berkenaan yang merupakan sebuah homestay milik seorang lelaki Cina.
Salah seorang daripadanya memberitahu, pasangan tersebut menyewa bilik utama di rumah tersebut untuk dijadikan kediaman mereka sejak penghujung tahun lalu.
“Kami yang tinggal di sini memang sering mendengar jeritan lelaki tersebut. Tetapi tidak tahu pula siapa dimarahnya dan kami sangkakan mereka suami isteri bergaduh.
“Tetapi tidak pernah pula kami melihat kelibat mangsa. Cuma suspek saja yang selalu dilihat di balkoni manakala isteri dan anaknya pun jarang sekali jumpa,” katanya.
Tambahnya, kali terakhir beliau mendengar jeritan lelaki itu kira-kira pukul 8 pagi tadi. Selain jeritan, ada dalam kalangan jiran yang mendakwa beberapa kali terdengar bunyi pintu berdentum.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Nashir Ya ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.
-Utusan

No comments:
Post a Comment