Mumbai: Eman Ahmed dikatakan wanita paling berat di dunia ketika dia diterbangkan ke India dari Kaherah Februari lalu dengan berat badannya mencecah 500 kilogram (kg).
Bagaimanapun, selepas dua bulan menjalani rawatan membabitkan pembedahan dan diet khas, Eman, 36, berjaya menghilangkan 242kg, kata Dr Muffazal Lakdawala, doktor yang bertanggungjawab merawat wanita Mesir itu.
Dr Lakdawala berkata, Eman menjalani pembedahan pada 7 Mac lalu dan kini menjalani diet khusus.
“Hasil pembedahan dan diet khas itu, dia berjaya mengurangkan 242kg beratnya iaitu 50 peratus dari berat badannya sejak tiba di India.
“Sebenarnya kami juga terkejut kerana menjangkakan proses penurunan berat badan akan mengambil masa lebih lama selepas pembedahan,” katanya.
Sebelum ini, Dr Lakdawala dilaporkan menjangka berat badan Eman cuma turun 20 hingga 30kg sebulan.
Selain itu, fungsi organ Eman turut dilaporkan menunjukkan perkembangan positif, terutama buah pinggangnya.
Bagaimanapun, Eman masih lumpuh sebelah badan dan kadangkala mengalami sawan.
- Daily Mail/Metro
No comments:
Post a Comment