Tuesday, April 11, 2017

Jutawan derma kekayaan sebelum mati



Naypyidaw (Myanmar): Seorang jutawan yang uzur mengambil keputusan mendermakan kekayaannya kepada orang miskin kerana sedar hartanya tidak berguna lagi apabila dia meninggal dunia.
Jutawan itu mendapat pujian selepas satu video menunjukkan dia mengagihkan sejumlah wang tunai kepada penduduk miskin tersebar di Internet.
Video itu yang mula tersebar di Facebook baru-baru ini menunjukkan beberapa pekerja menyusun wang tunai yang banyak di atas meja.
Beratus-ratus penduduk miskin kemudian dilihat beratur dan beberapa pekerja lagi dilihat mengagihkan wang berkenaan kepada mereka.
Selepas menerima wang itu, penduduk berkenaan dilihat bersujud tanda terima kasih di hadapan seorang lelaki tua yang duduk di kerusi roda.
Menurut laporan, lelaki tua itu adalah seorang jutawan dan dia kini uzur akibat sakit tua.
Bagaimanapun, laporan itu tidak mendedahkan identiti jutawan berkenaan dan di mana lokasi wang berkenaan diagihkan.
Jutawan itu dilaporkan seorang yang pemurah dan sebagai bantuan terakhirnya dia mengambil keputusan untuk mendermakan kekayaannya kepada penduduk miskin.
Keputusan mendermakan kekayaan itu juga dibuat kerana jutawan itu sedar hartanya tidak boleh dibawa mati. 

- Agensi/Metro

No comments:

Post a Comment