Monday, April 10, 2017

Pencuri paling bodoh



Shenzhen, China: Seorang lelaki boleh disifatkan sebagai pencuri paling bodoh di dunia apabila dia melarikan diri terus ke dalam balai polis selepas meragut telefon bimbit seorang wanita.
Dalam kejadian pada 31 Mac lalu itu, lelaki berusia 38 tahun itu ditangkap polis kira-kira 10 saat selepas mencuri telefon bimbit seorang wanita di daerah Longgang di Shenzhen.
Rakaman kamera keselamatan menunjukkan wanita itu yang memegang payung berwarna ungu menunggu untuk melintas jalan di satu persimpangan.
Secara tiba-tiba, seorang lelaki terus berlari ke arah wanita itu dan merampas telefon bimbit yang dipegang mangsa.
Wanita itu segera mengejar pencuri berkenaan tetapi dia tersadung dan terjatuh di tengah jalan.

-Metro

No comments:

Post a Comment