SEORANG bayi lelaki ditemukan di dalam semak di tepi jalan berdekatan kuarters kerajaan Desa Kenanga Muadzam Shah dekat Rompin, Pahang, malam semalam. IHSAN POLIS
KUANTAN 27 Ogos –
Ditinggalkan tanpa pakaian dalam bungkusan plastik bersama uri yang membusuk. Itulah nasib malang seorang bayi lelaki yang ditemukan dalam semak di tepi jalan berdekatan kuarters kerajaan Desa Kenanga Muadzam Shah, Rompin dekat sini malam semalam.
Bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemukan seorang peniaga, Mohd.Safarin Mohd. Shahir yang pada awalnya menyangkakan bungkusan plastik berkenaan berisi kucing.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, bayi seberat 2.6 kilogram itu ditemukan dalam keadaan sihat oleh lelaki tersebut ketika melalui jalan berkenaan kira-kira pukul 10 malam.
“Lelaki tersebut memaklumkan dia dalam perjalanan dari kedai di Desa Kenanga dan menuju pulang ke Desa Tanjung sebelum ditahan seorang lelaki warga Pakistan yang memberitahu dia menemukan sesuatu di dalam semak.
“Lelaki tersebut membuat pemeriksaan dan mendapati bayi itu masih hidup lalu menghubungi Hospital Muadzam Shah untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment