KOTA KINABALU – Seekor gajah Pygmy Borneo atau dikenali sebagai gajah kerdil menemui ajal dalam keadaan menyayat hati dengan beberapa kesan tembakan disyaki dilakukan oleh pemburu haram berhampiran Hutan Simpan Ulu-Segama di Kinabatangan semalam.
Gajah betina dianggarkan berusia 10 tahun itu terlebih dulu ditemui dalam keadaan masih hidup oleh sekumpulan pekerja ladang kira-kira pukul 7 pagi pada Jumaat lalu, sebelum perkara itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa.
Sekumpulan pegawai dari pasukan veterina Unit Perlindungan Hidupan Liar (WRU) kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian, namun gagal menyelamatkan haiwan tersebut.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, pegawainya bersama doktor haiwan telah dihantar ke lokasi untuk menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti punca sebenar kematian gajah tersebut.
“Masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada gajah Pygmy Borneo itu mati tertembak atau ditembak
dengan sengaja oleh pemburu haram.
“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan awal telah menemui tiga kesan tembakan pada kepala, perut dan pinggang,” katanya di sini semalam.
-Kosmo
No comments:
Post a Comment