Monday, November 6, 2017

Maut dihempap wanita bunuh diri



SEORANG lelaki dihempap wanita yang terjun dari apartmen bagi membunuh diri di Seoul, Korea Selatan, menyebabkan kedua-duanya terbunuh, hari ini,
Lelaki berusia 68 tahun itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya apabila wanita berusia 56 tahun terjun dari tingkat 13.
Menurut laporan agensi berita Yonhap, kedua-dua mereka dikejarkan ke hospital namun lelaki dan wanita itu mati ketika rawatan.
Polis menyatakan wanita terbabit dipercayai mengalami tekanan perasaan menyebabkan dia mahu membunuh diri.
Kadar bunuh diri di Korea Selatan antara yang tertinggi di dunia dan kerajaan negera itu memperuntukkan hampir 10 billion won (RM38 juta) pada tahun ini bagi kempen mencegah bunuh diri.

-Metro

No comments:

Post a Comment