Wednesday, November 8, 2017

Sanggup buat macam ini?



DEMI sayang atau mungkin banyak duit, seorang lelaki di Shenzen, China, membelanjakan 210,000 yuan (RM133,770) membeli 25 telefon pintar iPhone X dan disusun menjadi bentuk hari untuk melamar kekasihnya.
Pereka permainan digital itu, Chen Ming, membuat pesanan awal 25 unit model terbaru telefon keluaran Apple itu dan apabila dilancarkan di China 3 November lalu, dia menyusun telefon terbabit di atas taburan bunga mawar dengan cincin di tengah.
Dia meminta bantuan rakan-rakannya membawa teman wanitanya ke tempat itu untuk kejutan.
Menurut laporan blog oddity central (odditycentral.com), bila teman wanitanya yang hanya dikenali sebagai Lee sampai, melihat telefon berbentuk hari, bunga mawar dan cincin manakala Chen berlutut melamarnya, wanita itu tidak dapat menolak selain menerima lamaran.
Chen dan teman wanitanya bertemu dua tahun lalu, melalui permainan digital yang dihasilkan Chen.
Kedua-dua mereka sukakan permainan video menyebabkan Chen memilih iPhone dan 25 unit melambangkan umur teman wanitanya.
Gambar kejadian itu tular di media sosial China dan ramai tertanya-tanya kenapa Chen membelanjakan wang sebanyak itu untuk membeli telefon sedangkan ia boleh digunakan sebagai bayaran pendahuluan kereta atau rumah.
Di China, iPhone X berharga 8,388 yuan (RM5,343) seunit.
Berikutan telefon itu terlalu banyak, Lee memutuskan menghadiahkan beberapa telefon berkenaan kepada rakan-rakan yang membantu Chen melamarnya.
Chen boleh dianggap bertuah kerana lamarannya diterima. Tiga tahun lalu, lamaran seorang lelaki di China yang membelanjakan kira-kira RM400,000 bagi membeli dan menyusun 99 iPhone 6, ditolak kerana teman wanitanya mahukan berlian.

-Metro

No comments:

Post a Comment