Sunday, February 9, 2014

Lima makanan bantu kesuburan wanita


SECARA umumnya, faktor genetik memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kesuburan seseorang. Bagaimanapun, faktor nutrisi juga mampu mempengaruhi keupayaan seseorang wanita untuk mudah hamil. Menurut pakar kesihatan holistik yang juga penulis buku Women-Code, Alisa Vitti, sistem reproduksi yang lebih sihat dapat diperoleh menerusi keseimbangan hormon yang terhasil menerusi diet pemakanan. Lima makanan yang dikatakan mampu meningkatkan kualiti kesuburan wanita ialah avokado, biji bunga matahari, kayu manis, telur dan gandum kuda. Buah avokado kaya dengan kandungan lemak tak tepu yang dapat menambah kesuburan, manakala pengambilan tiga genggam biji bunga matahari seminggu mampu meningkatkan kualiti sel telur. Sementara itu, Vitti memberitahu, kayu manis dan gandum kuda merupakan bahan makanan yang akan merangsang proses ovulasi wanita. Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar telur diambil secara rebus separuh masak bagi mengekalkan kandungan vitamin D dan B6 untuk penghasilan progesteron iaitu hormon penting untuk kehamilan. -kosmo

3 comments: