Tuesday, February 25, 2014

Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas ...


Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam
Selepas Bedah Mumia Firaun?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir
bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II
yang sangat terkenal pada tahun 1976.

Firaun yang dikatakan hidup di
zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar
Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada
kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu
diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu
disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Presiden
Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu
dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang
khas di Pusat Arkeologi Perancis.

Di situ ia bakal diperiksa sekali gus
membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang
dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice
Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan
di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am
dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang
gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia
menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin
Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat
mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di
sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat
mengejutkan.

Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat
pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat
tenggelam di dalam laut.

Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut,
‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun
penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr.
Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik
berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada
laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya
sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan
kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia
Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des
Pharaons Et La Midecine).

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille
dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes
(Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General
daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM
AL QURAN.

mumia ramses

Namun seorang rakan sempat membisikkan
kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang
baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara
mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari
ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau
menganggap sangat mustahil.

Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama
tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden,
peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille
menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini
dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun
dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya,
bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru
sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al-Quran telah ada di tangan
umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas
memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus
tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya
diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di
hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal
Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar
Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya
sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya
membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi
tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian
Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut)
pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan
kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun
tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel
dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus
14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada
disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun
selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin
kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille
terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.

Lalu beliau memutuskan
untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman
Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan
seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus
bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille
mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu
supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu
dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.”
(Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar
tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima
akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju
meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam
menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang
berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran
ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi
beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi
al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat
mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai
bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy
Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini,
Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille
berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains
sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara
kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai
kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada
dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan
mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,”
katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran
benar-benar kalam Allah!

PLEASE "SHARE" SEBANYAKNYA..





sumber: disini

No comments:

Post a Comment